Monday, 12 December 2016

Pengaruh pemakanan terhadap perkembangan kanak-kanak zaman sekarang

Kanak-kanak belajar dan memperoleh kepintaran dan kecerdikan semasa mental mereka sedang berkembang. Untuk memastikan kanak-kanak memperolehi semua ini, khasiat nutrisi adalah diperlukan bagi membantu menyokong perkembangan mental kanak-kanak. Selain itu, khasiat yang betul membantu membina otak, memperkembangkan sifat ingin tahu, mahu meneroka, kreativiti dan pembelajaran.


Nutrisi yang sangat-sangat diperlukan oleh kanak-kanak

1. Protein



Protien merupakan bahan asas blok-blok binaan tubuh yang membantu pertumbuhan tisu dan otot serta menyokong fungsi penting tubuh badan. Semakin kukuh bahan binaan asas tubuh badan semakin kuat benteng pertahanan badan dalam melawan penyakit. Juga semakin pantas badan mengesan serangan bahan asing dan menghasilkan antibodi sendiri.

2. Kalsium


Kalsium adalah sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak terutama untuk membina gigi dan tulang yang kuat. Pengambilan kalsium yang mencukupi membantu mencegah terjadinya osteoporosis  di kemudian hari.

3. Asid Lemak Omega-3


Asid lemak penting seperti asid alfa-linolenik (ALA) dan asid linolenik (LA) diperlukan untuk menghasilkan asid docosahexaenoic (DHA) dan asid arakidonik (ARA). Ini penting untuk perkembangan visual dan neurologi anak kita.

4. Vitamin Dan Zat Galian



Vitamin dan zat galian adalah nutrien penting yang diperlukn oleh tubuh kita untuk berfungsi dengan sempurna. Kanak-kanak harus mengambil pelbagai jenis makanan setiap hari untuk memperoleh kesemua vitamin dan zat galian yang diperlukan untuk membeesar dengan normal. Antaranya seperti vitamin A,B,C,D,E dan zat galian seperti zat besi, kalsium dan zink yang mempunyai peranannya masing-masing.

5. Karbohidrat


Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.

Perlu ke kanak-kanak ambil supplement/ makanan tambahan?

Jawapannya adalah ya jika kanak-kanak mempunyai gaya hidup, faktor pemakanan, pengambilan makanan segera, penambahan perisa dan pengawet dalam makanan, kurang serat dan kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Adakah kita sebagai ibu bapa pasti telah menyediakan nutrisi secukupnya buat anak-anak? Fikirkan.. Anda mungkin perlu berikan makanan tambahan untuk anak-anak anda.



0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Arkib Blog

Powered by Blogger.