Sunday 23 June 2013

Tips menghadapi jerebu

Oh tidak, jerebu semakin teruk sekarang ni. Semua sekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak di sekitar Muar, Kuala Lumpur dan Selangor diarah tutup esok. Risaunya memikirkan keselamatan anak-anak. Dalam menghadapi musim jerebu macam ni, ibu bapa perlulah lebih berhati-hati mengawal anak-anak agar mereka tidak terdedah sangat dengan udara di luar rumah. Sempena dengan musim jerebu ni saya nak sharekanlah sedikit tips-tips menghadapi musim jerebu ni agar kita lebih berwaspada.

Tips-tips menghadapi jerebu


  • Kurangkan aktiviti luar rumah
  • Pakai mask atau topeng penutup hidung dan mulut
  • Gunakan penghawa dingin ketika memandu
  • Banyakkan minum air kosong
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun selepas melakukan aktiviti luar
  • Mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simtom akibat jerebu
  • Mengamalkan supplement untuk menguatkan sistem imun badan untuk melawan penyakit

Golongan Terdedah Kepada Kesan Jerebu
  • Kanak-kanak.
  • Orang tua.
  • Perokok.
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah.
  • Asma.
  • Bronkitis.
  • Radang paru-paru.
  • Penyakit paru-paru yang kronik.
  • Penyakit jantung.
  • Alahan.
Kesan dan Simtom Akibat Jerebu:

  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
  • Sukar bernafas atau sesak nafas.
  • Mata pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Sakit-sakit dada.
Supplement yang dicadangkan untuk menguatkan sistem imun



Bagi anda yang ingin mendapatkan supplement-supplement seperti di atas, boleh la menghubungi saya dengan segera. Semoga jerebu ini tidak berlarutan dengan masa yang begitu lama. Mohon dijauhkan kita, anak-anak dan orang tersayang terkenana penyakit akibat jerebu ini. Amin..


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Saturday 22 June 2013

Tips berpuasa bagi ibu yang menyusukan

Tak sampai sebulan pun lagi kita nak menyambut bulan yang penuh barakah iaitu Bulan Ramadhan.. Tak sabar rasanye nak berada di bulan ni. Seronoknya rasa tak terhingga. Bulan ni lah segala pahala amalan kita dilipat gandakan, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Tidak dinafikan juga mungkin ada segelintir ibu-ibu yang menyusukan sedang sibuk mencari tips- tips agar ibu sentiasa bertenaga walaupun sedang menyusukan. Mungkin juga ramai yang risau takut bekalan susu x cukup untuk anak, larat ke ibu berpuasa dan sebagainya. Jangan risau k. InsyaAllah kalau kita berserah kepada Allah insyaAllah Allah akan bantu kita. Macam saya dulu lagi la menyusukan baby kembar. Alhamdulillah, dapat berpuasa penuh. Ok hari ni saya nak sharekan kepada ibu-ibu semua tips-tips menghadapi Ramadhan bagi ibu-ibu menyusukan. Jom baca..



Tips-tips berpuasa bagi ibu yang menyusukan :

  • Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  • Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  • Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  • Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  • Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  • Makan banyak kurma.
  • Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  • Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  • Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
  • Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  • Pam susu sebelum sahur.
  • Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  • Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  • Ambil milk booster jika perlu.
  • Elakkan terlalu penat.
  • Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  • Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
  • Mengamalkan supplement agar ibu sentiasa bertenaga dan bekalan susu mencukupi. Untuk melihat supplement Shaklee yang saya cadangkan ketika ibu berpuasa boleh KLIK SINI 



Sekiranya anda ingin mendapatkan vitamin ibu menyusu semasa berpuasa boleh la menghubungi saya k. Jangan risau ada harga "special" untuk anda sempena menyambut Ramadhan ini.. Selamat berpuasa saya ucapkan semoga amalan puasa kita kali ini lebih baik dari tahun-tahun terdahulu. Amin....


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Friday 21 June 2013

Kaki dah tak lenguh setelah seminggu amalkan Advance Joint Health Tablet

Seronok betul hati saya bila saya dapat komen daripada salah seorang sahabat baik saya mengenai Advance Joint Health Tablet atau nama singkatannya AJHT. Beliau mula ambil AJHT ni seminggu sebelum beliau berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Anda tak tahu apa AJHT tu dan khasiatnya? Boleh la KLIK SINI

Kalau anda nak tahu, beliau ni adalah seorang ibu tunggal yang membesarkan 3 orang hero seorang diri. Saya memang 'tabik spring' la kat beliau sebab susah nak jumpa orang yang setabah beliau. Bayangkan nak membesarkan anak-anak yang sedang membesar seorang diri.. Lelaki pulak semua tu. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa beliau membesarkan anak-anak. Seminggu sebelum beliau berangkat ke Mekah, beliau ada mengadu kepada saya vitamin apa yang sesuai untuk beliau yang selalu sakit kaki ni dah saya cadangkan beliau mencuba AJHT.



Jom kita intai-intai apa perbualan kami selepas seminggu beliau pulang dari tanah suci.. 





Bestkan bila baca testimoni ni.. Kepada anda yang mempunyai masalah sakit-sakit sendi, sakit-sakit badan macam sahabat saya ni apa kata anda cuba AJHT ni. Mana tau sesuai dengan anda. Apa? Masih x puas lagi dengan testimoni ni? Anda boleh KLIK SINI untuk testimoni yang lain. Nak dapatkan harga special dan konsultasi percuma dari saya? Hubungi saya segera sebelum saya bertukar fikiran nak jual dengan harga biasa. Rugi tau nanti... 


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Wednesday 19 June 2013

CoQ Health Plus produk keluaran terbaru Shaklee atasi masalah jantung.


Pernah tak anda dengar cerita ketika seseorang tu bersukan, tiba-tiba dia jatuh rebah lalu meninggal dunia? Atau pernahkah anda mendengar seseorang itu meninggal dunia secara tiba-tiba atau di dalam tidur? Setelah bedah siasat dilakukan baru lah kita ketahui bahawa mangsa tersebut terkena serangan jantung. Di zaman serba moden ni penyakit jantung tak mengenal usia. Tak semestinya orang tua je boleh sakit jantung, orang muda pon dah ramai yang kena serangan jantung ni. Antara faktor-faktor serangan jantung ini adalah di sebabkan merokok, tekanan darah tinggi, kolestrol, diabetis dan sebagainya. 

Atas kesedaran ini, Shaklee Malaysia telah melancarkan produk terbarunya pada 8 Jun 2013 khas untuk mereka yang mempunyai masalah jantung, masalah kolestrol, tekanan darah tinggi atau  kepada mereka yang ingin mencegah masalah ini.


CoQ Health Plus ini mengandungi campuran  Coenzyme Q10 (CoQ10), Vitamin E dan ekstrak teh hijau. Apa yang dimaksudkan dengan Coenzyme Q10 tu? CoenzymeQ10 adalah sejenis jisim yang menyerupai vitamin yang dijumpai di dalam setiap sel dalam badan kita. Para saintis berpendapat jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 dari organ lain. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja kerana ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Degupan ini berlaku dengan adanya tenaga. Pada usia muda tubuh badan mungkin tiada masalah mengeluarkan tenaga untuk degupan jantung tetapi ia mula bermasalah ketika kurangnya pengeluaran tenaga pada usia 50-an dan seterusnya. Degupan jantung akan menjadi lemah. 



Kalau anda nak tahu, CoQ10 juga boleh didapati di dalam makanan harian kita seperti daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang,bayam dan soya. Oleh kerana usia kita yang semakin meningkat, adalah digalakkan untuk mengambil supplement CoQ10 ini yang setara dengan kandungan CoQ10 di dalam tubuh badan kita. 

Dengan pengambilan sebiji sehari supplement CoQ Health Plus ini, ia akan membantu mengurangkan  gejala-gejala masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur dan bengkak. CoQ10 dapat meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung dan juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. 

Harga pasaran sebotol CoQ Health Plus ini RM124, jika difikir-fikirkan apalah sangat dengan harga ini jika dibandingkan dengan kos pembedahan jantung yang memakan belanja beribu-ribu ringgit ni dan dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita.  Saya amat galakkan anda untuk mengambil produk ini kerana sudah pastinya ia semulajadi, tiada bahan sintetik, kimia atau pun dadah, Jika anda nak dapatkan harga "super special" dari saya.. Bolehlah hubungi saya segera. Tawaran ni terhad tau. Anda juga boleh hadiahkan supplement ni buat insan-insan yang anda sayangi. 



* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Sunday 16 June 2013

Atasi masalah kurang selera makan anak anda dengan Meal Shake

Saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana menghadapi masalah susah nak bagi anak makan. Betul tak? Bila nak bagi makan, ada je alasan anak-anak yang menyatakan yang dorang ni tak nak makan. Dah kenyang la.... Tak sedap la.. Dan macam-macam lagi alasan yang direka. Saya juga tak terkecuali dari menghadapi masalah ini. Tapi, sejak berikan anak-anak saya Meal Shake, masalah ni dah dapat di atasi. 

Apa itu Meal Shake?
Meal Shake adalah salah satu protin Shaklee yang sesuai diambil seisi keluarga bermula daripada kanak-kanak berusia satu tahun sehingga dewasa. Ia dihasilkan dari bahan semulajadi iaitu dari buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lactalbumin (sejenis susu). Lactalbumin sangat bagus untuk menguatkan sistem imuniti tubuh.

Manfaat utama :

  • Merupakan nutrisi lengkap kerana menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.Kekurangan zat boleh menyebabkan vitamin sukar menyerap di dalam tubuh badan
  • Kaya dengan protin - Membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium.
  • Anti Oksida - Mengandungi vitamin A,C.E, zink, sellenium yang bertindak melawan penyakit dan melambatkan proses penuaan.
  • Detoksofikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
Kebaikan Meal Shake Shaklee :

  • Rasa vanilla yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • Sesuai untuk kanak-kanak berusia dari satu tahun dan ke atas
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi makanan sahur / sarapan pagi seisi keluarga kerana ia mengenyangkan
  • Rendah lemak tetapi kaya 24 jenis vitamin yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
  • Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema
  • Meningkatkan selera makan kanak-kanak
  • Jika anak anda kerap demam, anak anda akan cepat sembuh dari kebiasaannya
  • Pilihan terbaik bagi sesiapa yang tidak boleh menelan supplement berbentuk tablet
  • Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak

Jom kita baca apa kata-kata ibu diluar sana yang telah memberikan anak-anak kesayangan mereka Meal Shake :

Testimoni 1

testimoni dari customer saya sendiri



Testimoni 2




Testimoni 3


Testimoni 4

Meal Shake untuk anak berpuasa

Testimoni 5



Dah baca testimoni-testimoni yang saya sediakan ni? Bestkan? Sebenarnya banyak lagi testimoni best pasal Meal Shake ni tapi cukup la ni dulu ye.. Saya akan letakkan lagi testimoni-testimoni pada entry yang akan datang.. Jika anda teruja nak dapatkan Meal Shake ni leh la hubungi saya segera. Lagi pon bulan ni memang ada promo "harga murah giler". Bulan ni je tau.. Bulan lain dah takde dah.. So rugi la pada sesiapa yang tak rebut peluang ni.. Takkan anda nak biarkan anak anda tak nak makan kan? Mesti risau je nanti.. So cepat2la dapatkan Meal Shake ni ye... 



* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750


Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.