Wednesday 24 October 2012

Kebaikan senam robik yang perlu anda tahu


Hari ni saya nak citer pasal senam robik plak.. Hehehe.. Maklum la skang ni saya tengah sibuk bersenam robik.. Nak turunkan lagi berat badan ni.. Memang perlu untuk bersenam. Jangan hanya bergantung pada supplemen semata-mata. Best tau senam robik ni sebab kita bebas untuk bergerak. Dengan irama lagu yang rancak memang saya suka. Kalo anda nak tahu antara hobi saya adalah menari sebab pergerakan dalam senam robik memang menari sebenarnya. Walau tak secantik mana tarian saya, hehehe... saya enjoy dengan menari. So untuk hilangkan stress, saya join senam robik di office saya. Memang sangat2 enjoy :). Ok jom saya sharekan dengan anda antara kebaikan-kebaikan senam robik ni.

 

Kebaikan senam robik

  • Menguatkan jantung dan paru-paru
  • Meningkatkan tahap DHL (kolestrol baik) di dalam darah.
  • Mengurangkan tahap tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Meningkatkan rupa paras , rupa bentuk dan keyakinan.
  • Tidur yang mencukupi.
  • Meningkatkan sistem immune.
  • Menguatkan dan memejal otot.
  • Menguatkan tulang , mengurangkan retak tulang dan risiko osteoporosis.
  • Mengurangkan tekanan perasaan.
  • Menambahkan tenaga dan meningkatkan produktiviti.
  • Nisbah bertambahnya otot dan mengurangkan kandungan lemak.
  • Mengelakkan kencing manis dan membolehkan badan mengeluarkan insulindengan efektifnya.
  • Mengawal berat badan dan mengurangkan kadar obesiti yang kalau tidakdikawal menjadi faktor rosiko utama penyakit jantung, kencing manis, kanser dan lain-lain lagi.

Anda nak tahu supplemen apa yang saya amalkan setiap hari untuk menurunkan berat badan? Selepas sarapan pagi saya akan mengambil vitalea, b complex dan vitamin c. Vitamin-vitamin ni perlu saya ambil di waktu pagi untuk memastikan badan saya cergas dan sentiasa bersedia untuk bekerja. Maklum la malam memang saya tak cukup tidur. Anak-anak kembar masih menyusu.
Tengahari plak, saya akan mengambil Chinch Shake. Sedap tau.. Saya suka perisa coklat. Cinch mempunyai protin yang akan meningkatkan metabolisme. Secara tak langsung, lemak lebih senang dibakar. Lepas tu saya akan ambil omega dan alfafa pula. Kalau nak dibandingkan dengan lecithin, omega lagi pantas membakar lemak berbanding lecithin. Alfafa pula diambil untuk membuang lemak2 yang telah dibakar. Perlu ye mengambil alfafa kerana jika lemak sahaja dibakar pembuangya takde tak boleh juga.
Malam plak sebelum tidur saya akan mengambil vivix dan ostematrix. Vivix diambil untuk awet muda. Hihi.. Selain tu vivix juga berupaya menurunkan berat badan. OStematrix plak saya ambil untuk memastikan bila bangun pagi badan saya akan menjadi cergas dan tidak letih. Ini memang penting agar mutu kerja kita akan berkualiti dan mudah juga untuk kita beribadah.


Okay.. setakat ni dulu saya nak mengomel.  Nanti saya sambung lagi ye.. Kepada sesiapa yang berminat nak order vitamin, jangan segan silu hubungi saya ye.. Saya juga menyediakan vitamin mengikut bajet anda.. Konsultasi juga akan diberikan secara percuma!!



*
 Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “
Mommatwinz Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - Jom Makan Vitamin-
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp :             013-6969805      
Shaklee ID : 859750

Menguatkan jantung dan paru-paru


Meningkatkan tahap DHL (kolestrol baik) di dalam darah.


Mengurangkan tahap tekanan darah tinggi.


Mengurangkan risiko penyakit jantung.


Meningkatkan rupa paras , rupa bentuk dan keyakinan.


Tidur yang mencukupi.


Meningkatkan sistem immune.


Menguatkan dan memejal otot.


Menguatkan tulang , mengurangkan retak tulang dan risiko osteoporosis.


Mengurangkan tekanan perasaan.


Menambahkan tenaga dan meningkatkan produktiviti.


Nisbah bertambahnya otot dan mengurangkan kandungan lemak.


Mengelakkan kencing manis dan membolehkan badan mengeluarkan insulindengan efektifnya.


Mengawal berat badan dan mengurangkan kadar obesiti yang kalau tidakdikawal menjadi faktor rosiko utama penyakit jantung, kencing manis, kanse

Sunday 21 October 2012

Adakah protin soya di dalam ESP merbahaya?



Soya akan memberi kesan mudarat jika kacang soya yg ditanam :-

  • Tidak organik.
  • Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO).
  • Tidak mengandungi 9 asid amino penting
  • Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan alkohol.
  • Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan.
  • Diproses tanpa haba.
  • Tidak ditambah dengan kalsium.

Ini berbeza dengan ESP Shaklee kerana :-


  • ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu, termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • ESP membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isoflavones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • ESP ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  •  Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.(Paling penting utk pengguna muslim)
Dengan penerangan di atas, anda tidak perlulah risau untuk mencuba ESP. Ia ternyata selamat, amat berkhasiat dan dapat memberi kesihatan yang baik dengan izin Allah. 




* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Mommatwinz Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - Jom Makan Vitamin-
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp :             013-6969805      
Shaklee ID : 859750

Saturday 13 October 2012

Bagaimana tangani masalah bengkak payudara selepas bersalin

Dalam masa 2 ke 3 hari selepas bersalin, anda mungkin mendapati payudara anda bengkak berdenyut-denyut, berketul-ketul dan penuh dengan rasa tidak selesa. Kadang-kadang bengkak itu akan merebak sehingga ke ketiak. Anda juga mungkin mengalami sedikit demam. Namun jangan bimbang, ianya hanya sementara.



Apa penyebabnya?

Selepas 72 jam bersalin, susu akan terhasil melimpah-limpah untuk bayi anda. Apabila ini tejadi, lebih banyak darah akan mengalir ke payudara anda dan sedikit ke kawasan bengkak. Hasilnya, payudara menjadi penuh dan membengkak. Tetapi tidak semua ibu-ibu mengalaminya. Setengahnya mungkin hanya mengalami sedikit pembesaran, setengah lain pula mungkin mendapati payudara membesar dengan banyak dan mengeras. Mungkin ada ibu-ibu tidak menyedari kesakitan ini kerana baru bersalin dan masih kepenatan.

Bagaimana untuk merawatnya?
  • Pembengkakan ini sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang menghasilkan susu untuk bayi
  • Pakailah bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat
  • Susukan bayi anda kerap, setiap 2 ke 3 jam walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan kepada pengeluaran susu.
  • Cuba berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi lembut. Jika bayi anda kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi untuk yang seterusnya.
  • Elakkan bayi anda menghisap ketika areola ( bahagian gelap puting anda) dalam keadaan keras. Untuk mengurangkan puting rosak atau luka dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang keras menyukarkan bayi menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.
  • Elakkan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau apabila bayi anda tidak dapat meyusu. Habit atau kerap memerah akan menyebabkan pengeluaran susu yang berlebihan dan memanjangkan pembengkakan.
  • Ketika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu mengalir dan mengurangkan ketegangan dan ketidakselesaan
  • Untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, letakkan pek sejuk ke atas payudara sekejap selepas menyusu.
  • Jangan letakkan benda panas seperti pad pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang bengkak kecuali untuk melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini hanya akan memburukkan keadaan.
  • Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat dari doktor.

contoh pek sejuk


Berapa lama akan berpanjangan?

Berita baik untuk anda. Ianya akan berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu dengan cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya akan bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan lebih lembut tetapi penuh dengan susu.


Bolehkah saya terus menyusu?

Anda boleh dan patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap. Sebaiknya terus memberi susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti menghisap jari atau menangis.


Adakah ini akan memberi kesan kepada bayi saya?Tidak. Sebaliknya anda mungkin akan lebih menyusu bayi anda sebanyak dan sekerap yang anda boleh.



Friday 12 October 2012

Kanggaroo Care - Penjagaan bayi pramatang

Anda penah dengar Kanggaroo Care? Bagi ibu-ibu yang tidak pernah melahirkan bayi pramatang (Syukur Alhamdulillah. ) saya percaya pasti ada antara ibu-ibu yang tidak tahu apa itu Kanggaroo Care. Tetapi bagi ibu-ibu yang telah berpengalaman melahirkan anak bayi pramatang ini pastinya Kanggaroo Care sudah menjadi kebiasaan ketika anak-anak mereka berada di unit kawalan rapi di hospital. 

Apa itu Kanggaroo Care?




Kanggaroo Care adalah keadaan di mana ibu atau bapa mendakap bayi secara sentuhan kulit. Maknanya di sini ketika mendakap bayi, dada ibu/bapa hendaklah bersentuhan dengan dada bayi. (bayi ditiarapkan di atas dada ibu/bapa) bukan ibu saje yang boleh buat macam ni. Bapa pon boleh buat ye..Sebelum mendakap bayi, pakaian bayi perlulah ditanggalkan terlebih dahulu (tinggalkan diapers sahaja) dan tubuh bayi perlu diselimut untuk memanaskan tubuh badan bayi. Kanggaroo Care juga boleh dilakukan kepada bayi yang baru lahir juga.. Tidak hanya kepada bayi pramatang sahaja.


Kebaikan Kanggaroo Care?


  • Dapat memanaskan tubuh bayi - semasa ibu/bapa mendakap bayi, secara tidak langsung tubuh badan bayi dapat dipanaskan secara sempurna
  • Mudah bernafas - Bayi akan lebih mudah bernafas semasa berada di dalam dakapan ibu/bapa
  • Mengurangkan tangisan - Bayi akan rasa lebih selamat semasa berada di dalam dakapan ibu/bapa
  • Membantu penghasilan susu ibu - Apabila mendakap bayi, secara tidak langsung akan merangsang penghasilan susu ibu.
  • Mendengar degupan jantung - Bayi akan mendengar degupan jantung ibu/bapa semasa didakap  menyebabkan bayi berasa lebih tenang dan selamat. Ini juga akan membantu proses pembesaran bayi terutama bagi bayi pramatang
  • Degupan jantung yang stabil- Bayi akan lebih mendapat degupan jantung yang lebih stabil.


Anak2 kembarku satu ketika dulu... 


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Mommatwinz Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - Jom Makan Vitamin-
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp :             013-6969805      
Shaklee ID : 859750
 







Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.