Monday 30 October 2017

Akan datang! Produk terbaru Shaklee Baby

Kalau anda nak tahu, siang tadi berlangsungnya Road Show Shaklee tentang kesihatan bayi. Alang-alang ada road show tentang kesihatan baby ni, Shaklee pon perkenalkan kepada kami produk Shaklee yang terbaru yang dinamakan Shaklee Baby. Sebenarnya produk ni belum mula lagi dijual tapi pada yang datang road show hari ni kami diberi keisrtimewaan untuk membeli produk ni terlebih dahulu.. Ha special kan?



Apa yang menarik tentang produk Shaklee Baby ni? 


  • Diuji oleh pakar pediatrik
  • Diuji secara klinikal
  • Bahan semulajadi dan organik
  • Tidak menimbulkan alahan
  • PH seimbang
  • Bahan yang disahkan organik
dan diformulasikan TANPA :

  • Paraben
  • 1,4-dioxan
  • Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • Warna atau wangian tiruan
  • Phthalates
  • Bisphenol-A(BPA)
  • Formaldehid
Semua bahan-bahan di atas ni kebanyakannya terdapat di dalam produk-produk baby di pasaran (tak caya cuba cek label) dan sebenarnya ia memberi kesan yang tidak baik pada kesihatan bayi dalam jangka masa panjang. Dengan Shaklee Baby kita sebagai mak dan ayah ni tak perlu nak risau dah.

Buat masa ni Shaklee Baby yang akan dijual hanya 3 jenis je iaitu :


1) Gentle Wash



2) Soothing Lotion


3) Massage Oil



Walaupun 3 jenis ni je yang akan dijual, ini pon dah rasa cukup happy dah dan ramai mak-mak yang dah tak sabar nak beli produk Shaklee Baby ni. Yang bestnya lagi , Shaklee Baby ni bukan sesuai untuk baby je tau. Bagi yang ada masalah kulit sensitif, ezcema, kulit mudah merekah pon boleh guna. Sesuai sangat la bagi mak-mak yang tak suka dedahkan anak-anak dan keluarga kepada produk-produk yang ada bahan kimia macam selalu ada kat pasaran tu.

Bila saya boleh start beli ni?

Ahaa!! Hujung November ni tau.. ingat hujung November ni.. bila dah mula jual nanti saya akan war-warkan k. Kena cepat-cepat order tau sebab stok katanya limited.. so jangan ketinggalan ye.

Sunday 29 October 2017

Cara turunkan berat badan dengan Omega Guard Shaklee dan bagaimana ia bertindak

Arrgghhh!!! stressnya.. kenapa la berat badan ni susah sangat nak turun-turun? Ok.. ok.. sabar dulu.. apa kata anda cuba Omega Guard Shaklee.





Apa itu Omega Guard?


Omega Guard merupakan supplement minyak ikan yang terbaik di dunia. Di dalam Omega Guard Shaklee terkandung asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. Ketiga-tiga gabungan ini adalah sangat penting bagi menyokong kesihatan. Tidak semua supplement minyak ikan di pasaran mengandungi kesemua gabungan ini seperti Omega Guard Shaklee. Omega Guard memang pilihan terbaik untuk anda

Omega Guard juga merupakan salah satu supplement Shaklee yang boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan. Bagaimana cara ia bertindak? Jom kita baca..

Bagaimana Omega Guard Shaklee membantu menurunkan berat badan

  1. Omega boleh mengurangkan rasa lapar. Pengambilan Omega-3 asid lemak boleh memberi rasa kenyang, dengan itu mengurangkan pengambilan kalori dan membantu dalam penurunan berat badan.

  2. Minyak ikan dapat mengawal pembebasan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Serotonin membantu mengawal selera makan dan mood anda.

  3. Omega 3 berfungsi mengurangkan paras insulin anda sepanjang hari. Apabila paras insulin yang tinggi, anda tidak boleh menggunakan lemak untuk pembakaran tenaga. Apabila paras insulin yang tinggi, tahap HGH anda adalah rendah. Omega 3 membantu memastikan paras HGH tinggi dan insulin pula rendah. Memastikan tahap insulin yang stabil adalah kunci utama dalam mengelakkan kencing manis.

  4. Minyak ikan juga secara langsung meningkatkan pengoksidaan lemak dalam sel-sel lemak.


Apa kata mereka yang telah berjaya turunkan berat badan setelah mengamalkan Omega Guard Shaklee
























Anda tak teruja ke nak mencuba Omega Guard Shaklee ni? Lagi pun Omega Guard Shaklee ni memang banyak khasiatnya. Bukan setakat membantu turunkan berat badan je. Banyak khasiat yang lain. Nak turunkan berat badan ni bukan sehari dua je tau. Ambil Omega Guard ni perlu konsisten dan perlu diingatkan selain pengambilan supplement, senaman dan pengambilan makanan yang sihat sangat penting. Jangan pula salahkan Omega Guard ye kalau anda tak jaga semua tu.. So perlu seimbang semuanya. 

Anda berminat nak dapatkan Omega Guard Shaklee? Anda boleh dapatkan Omega Guard Shaklee dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke Omega Guard Shaklee dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK

Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805


5 sebab utama kenapa ibu yang super sibuk wajib ambil protein soya agar kekal cergas dan sentiasa anggun

Dah jadi ibu ni tak dinafikan memang banyak sangat tanggungjawab. Selain daripada menguruskan keluarga dan kerjaya, mereka sering kali mengabaikan diri mereka dan sebaliknya fokus kepada yang lain. Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian. 



Kenapa protein soya?

Kenapa mesti protein soya? Kenapa tak protein ayam, ikan atau daging? 


Sumber protein haiwan biasanya keadaan genetiknya dah diubah dengan menggunakan pelbagai jenis suntikan. Contohnya :

  • Suntikan hormon pertumbuhan

    Contoh : Ayam yang berada di pasaran biasanya telah disuntik dengan hormon pertumbuhan agar ia cepat membesar.
  • Suntikan Tambah Daging

    Suntikan ini bertujuan untuk membantu ayam-ayam tersebut cepat besar dah banyak daging. Dalam istilah yang lain agar ayam cepat membesar dan gemuk.
  • Suntikan Antibiotik

    Suntikan ini bertujuan untuk melindungi ayam dari terkena dari sebarang jangkitan penyakit. Antibiotik yang sedikit itu boleh menganggu mikrobiota usus apabila kita memakan daging ayam yang telah disuntik dengan antibiotik.

Selain itu, protein haiwan juga tinggi lemak dan kolestrol. Ini boleh menjejaskan kesihatan lebih-lebih lagi bagi pesakit jantung, darah tinggi dan sebagainya.


Kacang soya merupakan sumber protein yang terbaik dari tumbuh-tumbuhan kerana ia mengandungi 9 jenis asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan dan ia tidak mengandungi kolestrol.

5 sebab utama kenapa ibu yang super sibuk wajib ambil protein soya 



1) Meningkatkan Seri Kulit 




Untuk kulit yang berseri, kulit ibu memerlukan protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit. Kulit ibu-ibu akan lebih berseri bila mengamalkan Set The Radiant 4 yang memang ohsem.


2)Menguatkan Rambut dan Kuku 




Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamanya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh. 

3) Melegakan Ketidakselesaan Perut 



Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastrik, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya mudah disediakan dan berkhasiat memberikan ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, dan di mana sekali pun. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat.

4) Menyokong Kehamilan Yang Sihat 



Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu hamil. Dalam tempoh ini, ibu hamil haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.

5) Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu 



perahan susu saya dalam masa 25 minit hasil dari mengamalkan Set Penyusuan Shaklee

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar. Ibu-ibu boleh mengamalkan juga Set Penyusuan Shaklee agar susu ibu lebih meriah macam saya.

Kesimpulannya, protein soya yang mana harus ibu pilih?



Jawapannya adalah ESP. Ibu-ibu wajib mengamalkan protein soya ESP kerana :

1) Keberkesanan ESP terbukti melalui kajian klinikal Saintis Sedunia
2) ESP satu-satunya produk yang mempunyai semua 9 asid amino yang penting
3) ESP diproses pada suhu yang rendah supaya tidak rosakkan protin
4) ESP diperbuat dari sumber kacang soya NON - GMO
5) Kandungan Glycemix Index (GI) dalam ESP adalah rendah
6) ESP tiada kolestrol, tiada asid urik, dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan.








Anda nak dapatkan ESP? Anda boleh dapatkan ESP dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke ESP  dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK

Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805





Friday 27 October 2017

Cara hilangkan parut chicken pox sampai kulit muka boleh licin macam model iklan

Sape yang belum pernah kena chicken pox lagi walaupun dah dewasa angkat tangan? Orang kata setiap orang pasti akan kena chicken pox walaupun sekali seumur hidup. Sejauh mana kebenarannya tu saya tak pasti (mohon rujuk doktor), tapi kalau betul lah kata orang ni, mohon berhati-hati bagi yang belum pernah kena tu. Sebab kesan parut yang tertinggal akibat jangkitan ni sangat lah menusuk jiwa.. huhuhu... ye la dah besar kan.. ada pulak parut hodoh kat muka.. 

Tapi, kalaulah anda dijangkiti chicken pox ni, anda mungkin tak perlu risau bila anda baca pengalaman dari salah seorang pengguna Shaklee yang berjaya menyelesaikan masalah kulitnya akibat jangkitan chicken pox ni...



Derita PARUT Chicken Pox.
========
Perkongsian dari saya sendiri. Sepanjang hidup xpernah kena chicken pox. Tapi penghujung tahun 2012 saya berjangkit chicken pox dari bayi saya (baru 3M) umur 27thn baru kena.

Habis seluruh muka & badan naik chicken pox. Dia punya merenyam ya Allah..dahsyat sgt. Geleng kepala tgk diri sendiri..tapi menangis ya Allah bila tgk baby sy yg kecik tu pun sama teruk chicken pox dia dgn saya.
.
Dapat 2 minggu MC lepas hantar pic ni kat bos. Dia pun seram. Takut berjangkit ke staff lain.
.
Masuk keje semua staff yg xtahu sy kena chicken pox tanya kenapa muka tiba2 byk jerawat. Malu tu tuhan je tau...😔😔😔
.
Ikhtiar saya time tu amik ESP + Vita-C Shaklee. Itu je pun yg mampu dan berbaloi lagipun time tu saya menyusukan baby saya. Kebetulan ESP sgt2 membantu dlm penyusuan. Kira 2 in 1 la.
.
Supplemen ni bukan bertindak secara drastik mcm produk lain. Untuk mengantikan sel2 atau kulit yg rosak/mati amik masa. Sekurang2nya 3 bulan. Jgn mudah putus asa.
.
Alhamdulillah...berkat konsisten parut chicken pox semakin HILANG (skrg xde lgsg). Yang ajaibnya kulit wajah pulak semakin CERAH. Dan yang paling UTAMA sekali, kali ni dpt fully breastfeed baby setahun lebih...😍
.
Dari konsisten dah tukar jadi pengguna SETIA. Sampai skrg xtinggal ESP + Vita-C Shaklee tau. Siap top up set hamil Shaklee lagi sbb preggy anak ke 3.
.
Jatuh cinta sungguh dengan Shaklee. 



Nak lagi testimoni tentang produk Shaklee yang boleh membantu rawat masalah jangkitan chicken pox? Jom scroll lagi..











Anda berminat nak dapatkan produk Shaklee bagi membantu masalah jangkitan chicken pox? Anda boleh dapatkan produk Shaklee dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke produk Shaklee  dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK


Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805

Thursday 26 October 2017

Apa yang best sangat buat bisnes Shaklee sampai makin ramai yang dah terjebak

Pernah tak anda terfikir dengan hanya membayar yuran permulaan sebanyak RM79.50 anda mampu meraih pendapatan sampingan sebanyak mana yang anda inginkan tanpa limit. Nak income 2 angka, 3,4,5,6 angka semua terpulang kepada anda. Benda ni bukan sekadar cakap kosong je. Ramai dah yang mampu buktikan dengan buat bisnes Shaklee. Apa yang best sangat buat bisnes Shaklee ni? Jom kita baca.. 





Apa yang membuatkan best sangat buat bisnes Shaklee :


1) Yuran keahlian yang sangat rendah

memberkit shaklee


Hanya dengan membayar RM79.50 anda dah mula boleh buat bisnes. Selain tu anda juga boleh mendapat free keahlian sekiranya anda membeli barangan sebanyak 200UV (kiraan mata ganjaran Shaklee) Saya dulu mula buat bisnes ni dapat free keahlian jugak. Caranya saya kumpul order kawan-kawan office dan bila dah cukup 200UV saya pon order. Automatik saya dapat free keahlian. Awal-awal buat bisnes mana la ada modal sangat. So, dengan cara tu lah saya ambil peluang ni untuk dapatkan free keahlian. Bijak kan? Anda pon boleh buat macam saya. Bila anda dah register menjadi ahli, anda akan terima Shaklee member kit. dalam member kit tu ada macam-macam panduan tentang Shaklee antaranya panduan nak buat bisnes Shaklee. KLIK SINI untuk jadi ahli

2) Shaklee merupakan sebuah syarikat yang kukuh

HQ Shaklee di Pleasanton, California



Bagi anda yang belum tahu lagi, syarikat Shaklee ni dah wujud lebih dari 60 tahun di dunia (ditubuhkan pada tahun 1956) dan setakat ni Shaklee mempunyai beberapa buah cawangan di seluruh dunia di mana pejabat utamanya terletak di Pleasanton, California. Jadi, kita semua tak perlulah nak takut syarikat ni bankrap atau menipu dan sebagainya. Kita semua boleh buat bisnes Shaklee dengan senang hati. 


3) Shaklee menawarkan Program 3C 



Program 3C Shaklee


Program 3C tu apa? 3C tu adalah singkatan kepada CASH, CAR & CONVENTION. 3C ini akan diberikan kepada ahli Shaklee yang layak. Yang paling best CASH yang diberikan tu takde limit tau. Semua bergantung pada berapa banyak usaha kita dalam membangunkan bisnes ni.



CAR juga akan diberikan kepada ahli yang layak. Yang bestnya Shaklee tak bagi kereta tau. Shaklee akan bagi sejumlah wang setiap bulan, dan terpulanglah pada kita nak buat apa dengan duit tu. Nak bayar kereta ke, nak bayar rumah ke.. terpulang. Tak semestinya duit tu untuk beli kereta.

CONVENTION pula merupakan ganjaran percutian kepada ahli-ahli Shaklee yang telah bertungkus lumus dalam mengusahakan bisnes ini. Setiap tahun Shaklee telah menetapkan syarat-syarat  kelayakan kepada ahlinya yang ingin mengikuti percutian mewah Shaklee ni. Dah la mewah, free pulak tu. Untung sangat-sangat. Doakan saya juga dapat ikut percutian Shaklee ni ye. Bagi umat Islam, anda juga boleh buat pilihan samaada nak pergi umrah atau bercuti ke luar negara. Semua ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee.

4) Produk Shaklee adalah yang terbaik dan sangat berkualiti


Kualiti produk Shaklee adalah sangat-sangat terjamin. Sebelum nak keluarkan sebarang produk, Shaklee telah melakukan kajian bertahun-tahun lamanya terlebih dahulu. Shaklee ni bukan produk buat kat belakang rumah tau. Kenapa kajian ni dilakukan bertahun-tahun? Ini adalah bagi memastikan yang produk Shaklee ni memang bagus, berkesan dan berkualiti. Kajian ni pulak dilakukan oleh saintis-saintis Shaklee. Landmark Study Shaklee membuktikan yang Shaklee ni benar-benar bagus. Kita harus berbangga kerana kita menjual produk yang sangat berkualiti dan dapat membantu orang ramai dapat hidup lebih sihat. Sejak Shaklee ditubuhkan, belum pernah ada lagi satu pun produk Shaklee yang ditarik balik kerana mempunyai bahan terlarang. Bila jual Shaklee ni takde la kita berdosa sebab jual benda yang bagi kesan mudharat kat orang. Betul tak?



5) Tak perlu simpan stok yang banyak





Nak jual Shaklee ni mudah je. Tak perlu pon nak beli stok banyak-banyak sampai puluh-puluh ribu. Sudahnya tak laku, produk pon expired macam tu je.. Nak habiskan stok mulalah jual harga murah dari pasaran. Salah cara tu tau. Shaklee tak benarkan kita buat macam tu. Nak simpan stok boleh tapi tak perlu banyak. Setakat sebotol dua dah memadai untuk setiap vitamin. Itu pon kalau standby untuk customer dekat-dekat yang nak urgent. Macam saya untuk customer yang jauh tu saya order Shaklee secara online je. Pos semua diuruskan oleh Shaklee., Mudah sangat. Jadi tak perlulah kita nak simpan stok banyak-banyak.


6) Pelan pemasaran Shaklee sangat adil




Biasakan kita dengar MLM ni teruk. Orang bawah susah cari duit yang atas goyang kaki je. Ha itu MLM haram jadah namanya.. Walaupun Shaklee adalah sebuah syarikat MLM, pelan pemasaran Shaklee adalah sangat-sangat adil, walaupun anda dah berada pada tahap Master Coordinator (pangkat tertinggi dalam Shaklee), anda tetap perlu berusaha keras untuk kembangkan bisnes anda. Bukan goyang kaki je tau. Contohnya walaupun downline kita berusaha keras buat sale, kita sebagai upline tidak buat sales, kita tetap tak akan dapat apa-apa dari usaha downline kita tu. Di Shaklee, upline dan downline masing-masing perlu berusaha untuk mengembangkan bisnes. Perlu saling bantu membantu. Adilkan? 


7) Bisnes Shaklee boleh dibuat di mana-mana


saya tengah bercuti pon tetap order Shaklee masuk hehe..

Sekarang ni zaman internet, untung sangat kita buat bisnes Shaklee zaman sekarang ni. Segalanya dihujung jari je. Kat mana-mana pun kita boleh berbisnes janji ada smartphone, komputer, laptop, ipad dan internet. Ditambah pulak medium untuk berniaga ni ada macam-macam contohnya Facebook, Instagram, blog, twitter dan sebagainya. Kan senang nak buat duit?

8) Support group yang sangat-sangat best




Kalau anda join saya buat bisnes Shaklee, kelebihannya kita ada support group yang paling best. Upline tak kira la pangkat apa sekali pon tak langsung nak lokek ilmu dengan downline. Saling tolong menolong. Kalau anda nak tau macamana bestnya buat bisnes Shaklee dalam group kami? Hubungi lah saya ye..


Sebenarnya banyak lagi yang best nak cerita tentang bisnes Shaklee ni.. Kalau anda nak tahu, anda kenalah join team saya 'Mommatwinz Empire' 😄 Cepat-cepat hubungi saya tau. Saya dan tak sabar-sabar dah ni nak share ilmu. Nak share macamana nak buat duit dengan Shaklee hanya dari rumah.


Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805


Nak tau apa lagi yang bestnya lagi tentang bisnes Shaklee ni, jom tonton apa kata Adibah Noor masa dia jadi MC pada Shaklee Conference tahun 2016


Beza MLM Shaklee Dgn MLM Haram Jadah from iReach HD on Vimeo.

Wednesday 25 October 2017

Tips berjimat bila menggunakan krim Herbal Blend Shaklee

Krim Herbal Blend Shaklee anda nak habis dah? Eh, jangan buang dulu tau. Sebab anda boleh guna lagi tu. Rugi tau kalau kita buang terus. Macamana caranya? Jom baca sampai habis apa yang saya nak share ni..

Tips berjimat bila menggunakan krim Herbal Blend Shaklee :


1) Langkah pertama


Anda potongkan terlebih dahulu tiub krim Herbal Blend tu. Nak potong ikut mana pon tak kisah. Nak potong guna apa pon boleh. Nak guna gergaji pon takpe janji boleh potong tiub krim tu. Hehe..


2) Langkah kedua




Bila tiub tu dah potong dua, anda akan nampak saki baki krim yang melekat kat tiub tu ada lagi. Kalau dikumpul banyak jugak tu. Adalah rugi kalau kita tak guna krim tu sampai licin. Betul tak?


3) Langkah ketiga




Bila anda rasa saki baki krim tu banyak lagi, dan tak sempat pon nak habiskan, anda gabungkan lah balik tiub krim yang dah anda potong tadi. Tutupkan semula. Takde la krim tu mengeras sebab terdedah pada udara dalam jangka masa panjang.

Ok, tu saja nak share, tips ni boleh juga anda gunakan pada produk Shaklee yang lain yang gunakan tiub. Contohnya pencuci muka Nutriwhite Shaklee. Tapi produk Nutriwhite Shaklee dah takde dah sekarang. Tak sabar nak tunggu produk skincare Shaklee yang baru yang dinamakan Youth. Jadi kita semua kenalah tungguuuu.......

Anda berminat nak dapatkan produk Shaklee? Anda boleh dapatkan produk Shaklee dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke produk Shaklee  dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK

Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805


Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.