Sunday 22 September 2013

Tips hilangkan "morning sickness" ketika hamil


Morning Sickness bermaksud perasaan mual yang disertai muntah atau tidak di awal tempoh kehamilan (1st trimister) Morning sickness ni selalu berlaku di awal pagi ketika baru bangun tidur hinggalah sampai waktu tengahari. Morning Sickness biasanya hanya berlaku pada minggu pertama hingga ke minggu 13 kehamilan. Akan tetapi ada juga ibu hamil yang mengalami morning sickness ini sepanjang tempoh kehamilannya. Ikutkan saya dulu rasanya tak sabar nak tunggu tempoh morning sickness ni habis. Tak larat rasanya. Hanya ibu2 yang pernah hamil saja yang tahu perasaannya.. Kan??



Gejala-gejala morning sickness :

  • Rasa mual
  • Hilang selera makan
  • Muntah
  • Tak bermaya
  • Pening kepala

Penyebab morning sickness :

  • Hormon hCG -
    Hormon ini meningkat dengan tinggi di awal kehamilan. Semakin tinggi hormon hCG pada seorang ibu, semakin tinggilah rasa loya pada ibu
  • Hormon Estrogen
    Hormon ini juga meningkat di awal kehamilan menjadi salah satu punca ibu hamil berasa loya.
  • Sensiviti terhadap bau
    Ibu hamil juga mudah sensitif terhadap bau-bauan atau sesuatu aroma di sekelilingnya. Ini berkemungkinan di sebabkan meningkatnya hormon estrogen pada ibu hamil itu sendiri
  • Perut yang sensitif
    Beberapa kajian mendapati ibu hamil yang mempunyai bakteria perut yang dipanggil Helicobacter Pylori adalah lebih cenderung mengalami loya yang lebih teruk
Tips hilangkan gejala morning sickness ;

  • Dapatkan rehat yang cukup -
    Tidurlah dengan lena di waktu malam dan tidurlah sebentar di waktu tengahari
  • Bangun perlahan-lahan -
    Ketika bangun pagi, elakkan dari rasa kelam kabut. Ambil masa dahulu. Ini mampu mengelakkan ibu hamil dari berasa pening
  • Pilih makanan -
    Elakkan dari makan makanan yang pedas dan berminyak. Pengambilan kafien juga harus dielakkan
  • Makan dalam portion yang kecil -
    Elakkan makan dengan banyak sekaligus sepanjang tempoh ini. Makan biarlah sikit tetapi kerap.
  • Aktiviti fizikal -
    Banyakkan pergerakan fizikal mampu mengelakkan morning sickness. Jadi jom window shopping :)
  • Pengambilan cecair -
    Minumlah air dengan banyak. Ibu hamil yang seringkali muntah akan kehilangan banyak air di dalam badannya. Oleh itu air perlu diminum dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi. Minum air yang berasa masam juga seperti air limau dapat membantu menghilangkan rasa loya.
  • Pastikan fikiran tidak kosong -
    Elakkan dari sentiasa termenung dan sebagainya. Buatlah sebarang aktiviti seperti membaca, dan berbual-bual dengan rakan
  • Cium bau segar -
    Ibu hamil sangat alah pada bau yang busuk. Oleh itu carilah bau-bauan yang segar seperti lemon dan daun rosemary

Supplement yang boleh diamalkan :

  • Vitamin ibu hamil - Pengambilan vitamin ini dapat meningkatkan nutrisi kepada ibu hamil
  • Peppermint Ginger Plus - Pengambilan vitamin ini dapat membantu membuangkan angin di dalam badan. Vitamin ini boleh diambil jika benar-benar ibu itu memerlukan. Di awal pengambilan, cukup sekadar sebiji sehari. 

  • Ostematrix - Ibu hamil memerlukan pengambilan kalsium yang cukup. Kekejangan otot yang sering dialami oleh ibu hamil menunjukkan si ibu memerlukan kalsium.

  • Vit C Chewable Plus - Rasanya yang masam dapat membantu ibu menghilangkan rasa loya. Pengambilan vitamin C juga dapat meningkatkan antibodi ibu.

  • Performance Drink  - Pengambilan performance drink dapat membantu ibu dari dehidrasi akibat muntah yang berpanjangan. Rasanya yang masam juga dapat menyelesakan tekak ibu.




Walau apa pun yang berlaku, sebagai umat Islam, kita harus menerima keadaan ini sebagai ujian dari Allah. Ketahui lah besar ganjarannya kita mengandungkan zuriat suami. Hadapilah morning sickness ini dengan tabah. 


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750


Saturday 21 September 2013

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Siapa yang tak pernah dengar lagu popular sekarang ni yang tajuknya "Aku yang dulu bukanlah sekarang". Nyanyian penyanyi cilik dari Indonesia yang bernama Tegar. Saya suka sangat lagu ni sebab bait-bait dalam lagu ni sedikit sebanyak memberikan saya keinsafan dan semangat untuk terus berjaya. 


Bila dengar lagu ni teringat juga kisah kehidupan saya dulu. Apa yang saya nak tekankan di sini kehidupan saya sebelum menjadi pengedar Shaklee. Hidup dengan makan gaji setiap bulan amat memeritkan saya.  Lagi-lagi bila dah berkahwin, mempunyai anak, tanggungjawab tu menjadi lebih besar. Belum hujung bulan duit dalam akaun dah habis. Kadang-kadang tinggal RM30 je.. Nak beli susu dan pampers anak pun susah. 

Ye memang tanggungjawab tu semua wajib dipikul oleh suami. Tapi bagi saya apa salahnya saya membantu suami untuk meringankan beban beliau. So saya mengambil keputusan untuk berubah. Berubah dari susah ke senang. Saya tak nak masalah ini berterusan terjadi dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan Allah. Saya bertemu dengan biz Shaklee yang amat-amat menarik dan berjaya mengubah nasib ramai orang.  

Bermulanya saya dengan Shaklee bila saya mencari supplement yang sesuai untuk menambah susu badan. Ye lah, tekad saya lepas melahirkan anak kembar saya adalah nak menyusukan mereka dengan susu ibu hingga 2 tahun. Nak tahu perjalanan saya dalam menyusukan anak2 kembar saya boleh lah ke ENTRY SAYA. Mulanya saya hanya ingin mencuba supplement ni. Lepas dah cuba memang berhasil. Susu saya kian bertambah. Saya rasa inilah supplement terbaik untuk saya dan amat berkesan. Nak tau supplement apa yang saya ambil, leh la ke ENTRY SAYA. Dalam harti saya terdetik apa salahnya kalau saya cuba buat biz ni. Mana tahu ia berhasil?

Benarlah kata orang, bukan senang nak senang... Usaha dan pengorbanan perlu ada dalam diri seseorang. Nak jadi pengedar Shaklee yang benar-benar berjaya tak semudah ABC.. Saya bersyukur dipertemukan dengan Mommy Lyna. Bagi saya beliau adalah seorang wanita yang perlu dijadikan ikon bagi setiap wanita yang ingin berjaya. Beliau juga lah yang banyak membantu saya dalam biz ni. Ye saya mengaku saya bermula dengan "0". Tak tau apa-apa pun dalam selok belok perniagaan. Saya tak pernah tau camana nak buat blog, camana nak buat iklan, nak buat poster dan macam2 lagi. Tapi dengan berkat usaha tunjuk ajar dari beliau saya telah menjadi diri saya yang sekarang :)

Ye saya mengaku perjalanan saya dengan Shaklee masih belum tamat. Banyak lagi usaha yang perlu saya lakukan untuk terus berjaya dalam Shaklee. Kehidupan saya sekarang memang banyak berubah. Alhamdulillah. Sekarang saya tak perlu lagi nak tunggu gaji di hujung bulan untuk membeli apa yang saya mahu. Tak perlu lagi rasa susah hati memikirkan duit takde nak beli susu dan pampers anak. Tak perlu susah hati memikirkan hutang yang banyak, sedikit sebanyak saya dapat membantu keluarga saya dan orang lain. Terima kasih Allah dengan rezeki yang Engkau berikan ini. Moga kecekalan hati terus diberikan kepada saya. 

Saya yang sekarang :)

Oleh itu, kepada sesiapa sahaja yang rasa ingin membuat biz part time, nak tambah pendapatan, nak merubah kehidupan, jom la hubungi saya segera. Saya akan masukkan anda ke dalam group bimbingan eksklusif saya. Tak mahal pon nak register ahli Shaklee. RM 75 saje seumur hidup. Murah kan? Jangan risau, saya akan membimbing anda bersama upline2 yang hebat2 belaka. JOM UBAH! 

Nak tahu apa kelebihan jadi ahli Shaklee? KLIK SINI
Nak jadi ahli Shaklee di bawah group istimewa saya? KLIK SINI


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750








Thursday 12 September 2013

Hangatkan hubungan suami isteri dengan "Vitamin Cinta" Shaklee

Vitamin Cinta? Waaa menarik tu.. Shaklee ada jugak ke keluarkan produk vitamin cinta? Mesti ramai yang nak tau apa sebenanye vitamin cinta ni. Kami namakan vitamin cinta ni sebab memang vitamin-vitamin ni sangatlah berkesan untuk menghangatkan lagi hubungan suami isteri.. Membantu memperbaiki hubungan suami isteri yang dingin dan macam-macam lagi.. Ada jugak yang gelar vitamin ni "Vitamin Seks"



Vitamin Cinta yang saya maksudkan tu adalah vitamin E dan alfalfa.. Kedua-dua vitamin ni sangat penting dalam menghangatkan lagi hubungan suami isteri..Jom kita usha dulu pe peranan vitamin E ni.

Peranan Vitamin E untuk suami isteri : 



  1. Lebih tenaga
  2. Ereksi yang lebih lama
  3. Lebih cepat teransang
  4. Meningkatkan pengeluaran air mani bagi lelaki
  5. Meningkatkan kesuburan
  6. Mestabilkan hubungan seks/kewanitaan terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai hormon prolaktin ( hormon menyusu) yang tinggi 
  7. Melancarkan pengaliran darah

Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.

sumber 

Nak tau lagi apa keistimewaan vitamin E ni? Jom KLIK SINI

Jom kita baca plak apa kelebihan alfalfa ni khususnya kepada wanita :

Kelebihan alfalfa 



  • Berfungsi seperti "kacip fatimah" iaitu merapatkan yang membantu hubungan suami isteri semakin hangat
  • Membantu pembesaran payudara, (wahh!! bonus ni)
  • Membantu menyelesaikan masalah "kering ketika bersama"
  • Membantu mengurangkan masalah keputihan pada wanita
Nak tahu apa komen-komen para suami bila isteri mereka mengamalkan alfalfa? Jom KLIK SINI

Eh tapi jangan salah sangka ye.. Alfalfa ni bukan untuk wanita je tau.. Lelaki pon patut mengamalkan alfalfa untuk kesihatan sebab alfalfa ni mempunyai 1001 khasiat. Kalau anda nak tahu apa khasiatnya jom KLIK SINI

Bila dah baca penerangan dan komen-komen kat atas ni pasal vitamin cinta shaklee, saya pasti mesti ramai yang teruja nak dapatkan kedua-dua vitamin ni kan. Untuk dapatkan vitamin ni anda boleh hubungi saya dengan segera sebab saya nak offer kepada anda harga SUPER SPECIAL.Rugi tak cuba tau.. Jom ctc saya :)

* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Saturday 7 September 2013

Kesihatan jantung bertambah baik, kulit pun semakin cantik dengan CoQHealth Plus

Sibuk betul saya sejak akhir-akhir ni sebab ramai yang bertanya pasal CoQ Health Plus keluaran terbaru Shaklee ni. Masing-masing menunjukkan minat nak mencuba. Oleh kerana CoQ Health Plus ni masih baru lagi dilancarkan iaitu pada bulan Jun 2013 yang lalu, meh saya ceritakan serba sedikit info yang menarik berkenaan CoQ Health Plus.

Apakah CoQHealth Plus?

CoQHealth Plus adalah sejenis supplemen yang mengandungi kesemua proprietari semulajadi dari campuran 28mg CoQ10 dengan 10mg vitamin E dan ekstrak teh hijau. Jika anda nak tahu apa yang dimaksudkan dengan CoQ10 tu boleh la ke entry saya sebelum ni dengan KLIK SINI

Apakah kebaikan CoQHealth Plus?

Dengan pengambilan sebiji sehari CoQHealth Plus dapat :

  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat dari kolestrol jahat ( LDL) yang menyebabkan jantung sukar mengepam (menyebabkan serangan jantung)
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
  • Membantu mengurangkan proses penuaan, wajah lebih berseri 
  • Mampu menghilangkan kedutan dan jeragat 
  • Meningkatkan kesuburan (khusus bagi lelaki)
  • Berfungsi sebagai "sunblock" melindungi kulit dari pancaran sinar matahari (amat sesuai bagi sesiapa yang selalu terdedah kepada pancaran matahari
  • Meningkatkan tenaga dan stamina
Siapakah yang perlu mengambil CoQHealth Plus?

  • Sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan kesihatan yang terbaik
  • Berusia 30 tahun ke atas 
  • Mempunyai masalah kekurangan tenaga (sering letih dan lesu)
  • Mempunyai masalah jantung
  • Sesuai diambil oleh lelaki dan wanita
  • Pengamal ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi dan kolestrol
  • Wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga
Apa kata mereka yang telah mencuba CoQHealth Plus.

Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3



Testimoni 4



Testimoni 5



Cukup la kan testimoni - testimoni yang saya sharekan pasal bestnya CoQHealth ni... Bagi anda yang rasa nak cuba boleh la hubungi saya segera k.. Harga pasaran RM124.. Nak harga special dari saya? Jom sms/whatsapp saya.. Bila badan sihat mudah kita nak beribadah kan? Ok jumpa lagi di entry yang lain ye..

* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750


Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.