Showing posts with label Set Kesuburan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Kesuburan Shaklee. Show all posts

Saturday, 4 March 2017

Berjaya hamil setelah sepuluh tahun menanti, apa yang pasangan ini lakukan?

Tidak semua pasangan yang telah berumah tangga berpeluang mempunyai zuriat. Sebagai orang Islam kita wajib percaya bahawa kurniaan zuriat ini adalah ketentuan dan rezeki dari Allah SWT. Tetapi, kita sebagai hambanya tak salah untuk berusaha ke arah itu. Dalam Al Quran pon Allah dah sebut mintalah apa saja kepadaNya, Allah pasti akan tunaikan. 

Hari ni, saya ingin berkongsi kepada anda semua kisah sepasang suami isteri yang terpaksa menunggu 10 tahun untuk memperolehi zuriat yang kedua. Alhamdulillah, akhirnya isterinya berjaya hamil. Jom kita baca kisah mereka :

"Assalamualaikum

Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabarjela yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang” Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya."



Bagi anda yang masih belum mempunyai zuriat, saya cadangkan anda untuk mengamalkan Vivix dan Set Kesuburan Shaklee. Moga dengan ikhtiar ini anda berjaya beroleh apa yang dihajatkan. Selebihnya kita bertawakkal kepada Allah SWT.

Ingin mendapatkan pertanyaan lanjut berkenaan produk ini? Jom hubungi saya segera. 


**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.


Friday, 9 December 2016

Tips supaya cepat hamil bagi pengantin baru

Anda nak tahu tips cepat hamil? Bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan atau yang baru saja berkahwin. mesti tak lari dari mencari info untuk hamil kan? ok meh saya share sedikit info..

Tips supaya cepat hamil 

1. Jaga pemakanan dan diet



Bila dah kahwin ni macam-macam nak kena jaga. Kita dah tak boleh nak hentam makan apa saje macam bujang dulu. Perlu makan banyak sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berserat dan sebagainya. Jangan lupa untuk ambik B Complex Shaklee kerana dalam b complex shaklee ada 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan terutamanya folic asid

2. Makan vitamin

Anda boleh mengamalkan vitamin kesuburan Shaklee untuk suami dan isteri bagi meningkatkan lagi peluang untuk hamil

3. Mempunyai berat badan yang ideal

Sekiranya anda tergolong dalam golongan berat badan berlebihan atau obesiti, anda dinasihatkan untuk menurunkan berat badan. Berat badan berlebihan akan menyebabkan anda mudah mengalami tekanan darah tinggi dan masalah diabetis ketika hamil. Masalah-masalah ini akan menimbulkan banyak komplikasi ketika hamil

4. Detox

Melakukan detox adalah salah satu cara untuk meningkatkan peluang untuk hamul dengan cepat. Banyaknya tokin di dalam badan akan menyebabkan sukar untuk hamil. Anda boleh lakukan detox cara Shaklee

5.  Lakukan hubungan intim dengan kerap

Kalau tak melalui hubungan intim macamana nak dapat zuriat kan? Cuba lakukan hubungan intim secara kerap. 

6. Ketahui waktu subur

Jika tepat pada masanya, sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang sedang berovulasi. Adalah sangat penting bagi isteri untuk mengetahui bila waktu suburnya. Jika anda tidak tahu cara mengira waktu subur, anda boleh muat turun aplikasi ' Ovulation Calendar Tools'

7. Jumpa doktor

Sekiranya anda telah mendirikan rumah tangga lebih dari 3 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan

8. Jauhi rokok

Hasil kajian saintifik mendapati apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada masalah ketidaksuburan yang tinggi. 

9 Berdoa pada Allah

Sebagai orang Islam kita dianjurkan berdoa untuk memohon sesuatu kepada Allah. Selain dari usaha-usaha di atas solat dan berdoa adalah jalan yang terbaik agar dipermudahkan kita untuk hamil.

Ok, setakat ni saja dulu tips yang saya kongsikan. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee. cepat2 hubungi saya ye. Sebarang pembelian produk dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Kelebihan Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki

Tahukah anda bahawa masalah ketidaksuburan boleh berpunca dari lelaki. Dek kerana ego, ramai lelaki yang agak takut untuk melakukan pemeriksaan bagi menyelesaikan masalah kesuburan mereka. Masalah kesuburan bukan hanya pada wanita sahaja malah lelaki juga turut bermasalah. Jika pasangan yang telah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan zuriat adalah baiknya jika kedua-dua pasangan pergi membuat pemeriksaan doktor.


Punca masalah kesuburan lelaki

  1. Kelainan Genetik.Ia disebut sebagai gangguan genetic di mana terdapat kelainan pada kromosom seks seperti cystic fibrosis,yang terjadi kepada sindrom klinefelter.
  2. Gangguan Hormon.
    Hormon bertindak untuk merangsang kelenjar pituitary bagi merangsang testis dalam proses penghasilan sperma yang banyak dan berkualiti. Gangguan hormon mampu mengganggu tahap kesuburan lelaki. 
  3. Varikokel.
    Varikokel adalah pembesaran abnormal pembuluh darah vena di kantung testis. Ia selalunya dapat dikesan melalui benjolan pada bahagian atas buah zakar sebelah kiri. 
  4. Saluran Sperma Tersumbat.
    Hal ini terjadi sejak lahir apabila saluran sperma tidak terbentuk dengan sempurna. Selain itu, jangkitan bakteria dari hubungan seksual juga antara punca saluran sperma tersumbat. 
  5. Mati Pucuk.
    Untuk menghasilkan ereksi, penis memerlukan aliran darah yg cukup. Penyakit pembuluh darah boleh menyebabkan mati pucuk. Kerosakan saraf juga mampu menyumbang kepada mati pucuk. 
  6. Merokok.
    Merokok menambahkan lagi risiko kemandulan dan menyebabkan kegagalan untuk ereksi serta mati pucuk. Nikotin menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan menyebabkan peredaran darah tidak lancar dan kurang efisyen, termasuk di pembuluh darah dan alat kelamin. 
  7. Pengambilan Minuman Beralkohol.
    Alkohol dalam jumlah besar dapat menurunkan kadar hormon testoteron sehingga mengganggu penghasilan sperma. 
  8. Kesan radiasi.
    Radiasi akan memberikan kesan negatif terhadap jumlah dan kualiti sperma. Selain itu sperma yang terkena radiasi akan menjadi kurang aktif sekaligus akan merendahkan potensi untuk persenyawaan. 
  9. Pengaruh Ubat.
    Beberapa jenis ubat mampu mempengaruhi tahap kesuburan. Antaranya seperti antibiotic, ubat tahan sakit, ubat penenang dan ubat hormon. Read more http://www.healthyvitagarden.com/set-shaklee-untuk-kesuburan-lelaki/

Vitamin Shaklee untuk kesuburan lelaki

1) Vivix

Vivix mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya. 

Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN. Vivix mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

2) Vitamin E


Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta kerana ia membantu meningkatkan hormone seks samaada kepada lelaki mahupun wanita. Vitamin E amat penting untuk meningkatkan kesuburan untuk lelaki. Kajian pada tahun 1924.mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Kajian lain juga mendapati bahawa Vitamin E mampu meningkatkan kesihatan dan kualiti sperma. Dalam satu kajian, ia menunjukkan bahawa pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E dan selenium. Dalam masa yang sama, vitamin E sangat bagus untuk kesihatan jantung sekaligus meningkatkan tahap testosterone. 

3) Vitamin C

Merupakan antioksidan yang berupaya menghapuskan radikal bebas di dalam badan. Ia juga bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Vitamin C akan menjadikan salur darah lembut dan mengembang seterusnya berupaya untuk mengalirkan lebih banyak darah. Ini dapat membantu lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

sumber



Kesimpulannya bagi anda yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat anda juga boleh mencuba mengamalkan vitamin-vitamin di atas. Tak salah mencubakan? Mana tau dengan usaha anda dengan Shaklee, isteri anda berjaya hamil

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin- vitamin ini, anda boleh hubungi saya segera. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA



Wednesday, 23 November 2016

Sukar untuk mendapatkan zuriat? Set kesuburan Shaklee boleh membantu

Saya percaya, setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti berkeinginan untuk mendapatkan zuriat dari hasil perkahwinan mereka. Namun, ada pasangan yang telah diuji oleh Allah S.W.T lambat atau sukar untuk mendapat zuriat. Di usia 2 tahun perkahwinan jika masih tidak mendapat zuriat adalah perkara normal akan tetapi jika usia perkahwinan telah melebihi dari 2 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat, pasangan tersebut perlu mendapatkan nasihat doktor


Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :


1.Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.

Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.


2.Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.

Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.


3.Endometriosis.

Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti puncanya.


4.Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).

Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.


5.Masalah pada rahim.

Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.


Punca- punca masalah ketaksuburan dikalangan lelaki:


1.Masalah gangguan sperma yang tidak matang.

Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma yang tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan alah rendah. Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, Masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.


2.Gangguan kepada pengangkutan sperma.

Dalam 4% dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.


Selain dari mendapatkan nasihat dan rawatan doktor, anda juga boleh mengamalkan pemakanan supplement dari Set Kesuburan Shaklee

Kelebihan yang ada pada Set Kesuburan Shaklee


Bagi lelaki 

  • Meningkatkan nafsu seks dan membantu meningkatkan kebolehan seksual lelaki.
  • Meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma.
  • Memanjangkan tempoh hayat sesuatu sperma.
  • Menghalang sperma dari rosak dan meningkatkan kemampuan pergerakan sperma.
  • Menambahkan hormon lelaki iaitu hormon testosterone.

Bagi wanita
  • Menstabilkan hormon wanita, kerana kestabilan hormon wanita amat penting untuk membolehkan seseorang wanita itu 'lekat'.
  • Menambahkan hormon kewanitaan iaitu hormon estrogen.
  • Menambahbaik kualiti ovum atau "telur" wanita.
  • Meningkatkan keinginan seksual wanita.

Apa yang ada di dalam Set Kesuburan Shaklee


Set Kesuburan Untuk Lelaki

Vitamin E dapat membantu meningkatkan kualiti sperma dan menambahkan kuantiti sperma lelaki. Ia juga dapat meningkatkan ransangan seks kepada suami. Lelaki tidak boleh mengambil Vitamin E setiap hari. Sebaiknya diambil 2 hari sekali atau 3 kali seminggu.

 
Merupakan anti oksidan yang berupaya menghapuskan radikal bebas di dalam badan. Ia juga bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Vitamin C akan menjadikan salur darah lembut dan mengembang seterusnya berupaya untuk mengalirkan lebih banyak darah. Ini dapat membantu lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Set Kesuburan untuk wanita

GLA berfungsi untuk menyeimbangkan hormon wanita yang diketahui berkait rapat dengan kitaran haid dan kesuburan wanita. Ia juga membantu para wanita dalam menghasilkan cecair kesuburan yang memberi ruang untuk sperma terus hidup lebih lama bagi proses persenyawaan iaitu sehingga ke lima hari. GLA juga boleh mengurangkan period pain atau senggugut dan juga mengecutkan cyst.

Vita Lea adalah multivitamin shaklee yang dapat membekalkan pelbagai vitamin di dalam badan seterusnya melengkapkan keperluan nutrisi badan yang tidak dapat kita perolehi daripada makanan harian kita. Keseimbangan nutrisi dalam badan akan menyebabkan sistem badan akan berfungsi dengan baik dan cekap yang juga memberi kesan dalam  meningkatkan kesuburan.

Secara dasarnya, B Complex sangat elok diambil oleh kedua-dua suami dan isteri kerana di samping menjana tenaga, ia juga mengandungi vitamin anti stress yang dapat mengurangkan stress pasangan suami isteri yang mungkin mengganggu hubungan intim pasangan. bagi wanita pula, kandungan asid folik yang terdapat di dalam B Complex amat penting untuk mengelakkan risiko pembentukan tulang belakang bayi yang tidak sempurna.

Alfalfa adalah sangat istimewa untuk wanita kerana merupakan "kacip fatimah" moden yang mampu memberi kesan kepada organ reproduktif wanita. Alfalfa juga boleh merawat penyakit-penyakit wanita seperti keputihan, kegatalan pada vagina dan sebagainya.

Sesungguhnya, rezeki untuk mendapatkan zuriat itu semua adalah dari ketentuan Allah SWT. Kita sebagai hambanya perlulah berusaha, berdoa dan bertawakal dalam memohon rezeki dari Nya. Moga dengan ikhtiar anda mencuba Set Kesuburan Shaklee ini anda dikurniakan zuriat. Amin..



Ok, dalam next entry saya akan kongsikan beberapa testimoni yang telah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee. 

Stay cun........ 


Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.