Thursday 29 December 2016

Kenapa shaklee tak mahal? Ada bukti ke?


Ada juga dikalangan kita bila kita offer untuk ambil Shaklee mereka kata mahal. Eh betul ke mahal shaklee ni? Sebagai contoh kita ambil Vivix. Ada apa dengan Vivix? Kenapa ramai yang cakap harganya mahal? Tapi betul ke mahal? Yang peliknya ramai je yang beli Vivix ni walau harganya mahal.. Kenapa ye?


Kalau anda nak tahu..

Vivix ni all in ONE supplement.

Hanya 1 sudu teh je sehari, untuk kecantikan kulit, awet muda, badan yang langsing, menyokong kesihatan kardiovaskular, sendi dan otak, immune booster, tenaga dan kesihatan berpanjangan.

Kalau ambil Vivix ni, nak maintain dengan ni je pun dah ok as daily supplement. Yang lain-lain boleh ambil ikut keperluan dan budget.

Ramai yang nak sangat cuba Vivix ni disebabkan khasiat dan kesannya yang hebat dan ajaib tu, tapi bila dengar harganya, ramai yang tersentak sekejap, mahal katanya. 

Jom kita lihat apa kandungan Vivix

Nak tahu kenapa Vivix mahal?

Sudah tentulah pada ramuan dan kandungan di dalam Vivix tu sendiri. Ada empat ramuan utama yang hebat di dalam Vivix ni iaitu Anggur Muscadine, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum. Keempat-empat ramuan ni sukar didapati dan sangat berkhasiat. Dan pastinya ia bukan dibuat di kilang biasa dan cop brand Shaklee. Tidak. Ia dikeluarkan dari lab Shaklee sendiri di bawah pantauan Saintis Shaklee bergred farmeseutikal.

Hanya 1 sudu teh sehari, tapi khasiatnya melimpah-ruah...

And it's PROVEN, ramai yang dah jatuh cinta dengan Vivix.

Vivix Untuk Kulit Cantik
Vivix Untuk Kurus
Vivix Untuk Kencing Manis

So, mahal ke Vivix Shaklee ni?

Kalau sebotol anda boleh beli dengan harga ratus-ratus je dan kesihatan bertambah baik dari anda perlu berulang alik pergi hospital, perlu jumpa specialist, perlu jalani pembedahan, semestinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi hingga beribu-ribu ringgit. Kesimpulannya, vitamin Shaklee ni sangatlah berbaloi untuk kesihatan kita, setanding dengan harganya. 

8 Tips marketing online berkesan yang saya lakukan setiap hari


Hai semua. Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips yang saya lakukan selama 5 tahun saya berbisnes online. Mungkin ada di kalangan kita yang baru berjinak-jinak dengan bisnes online tidak tahu bagaimana teknik atau tips yang berkesan yang boleh diamalkan. Sekiranya anda nak tahu apa yang saya lakukan. jom teruskan pembacaan anda.. 

Tips marketing online berkesan yang menjadi amalan saya :



1) Medium utama saya dalam bisnes ni adalah blog dan facebook. Untuk mahir berblog, saya perlu belajar, hadir ke kelas blog dan sebagainya. Belajar sampai pandai. 

2) Setiap hari saya akan paksa diri saya untuk update sekurang-kurangnya 2 tajuk sehari di dalam blog. Ini adalah sangat penting untuk jadikan blog kita sentiasa berada di rank teratas di carian google. Manakala di facebook pula saya akan update sekurang-kurangnya 10 post sehari (yang berkaitan bisnes). Ini amat penting bagi menaikkan sales kita.

3) Update status bisnes di facebook pada waktu-waktu yang tinggi trafik . (waktu pagi sebelum waktu pejabat, tengahari waktu lunch, petang ketika habis waktu pejabat dan malam ketika orang tengah berehat bersantai sebelum tidur..

4) Sentiasa mengikuti perbincangan mengenai produk di dalam whatsapp group dan group bisnes kami. Masa ini lah saya belajar tentang produk. Best tau.. Saya paling suka ikut kelas live di facebook yang dianjurkan oleh upline saya. Macam datang kelas real rasanya.

5) Perlu rajin membaca, walaupun saya agak kurang gemar membaca, saya perlu paksa diri untuk rajin membaca. tak kira lah buku produk ke.. motivasi ke... agama ke.. asalkan yang boleh bagi manfaat pada saya dan bisnes.

6) Perlu ada to do list - bila ada to do list ni kita dah merancang terlebih dahulu apa yang kita akan lakukan pada keesokan hari

7) Bila dah jadi surirumah, saya perlu utamakan kerja-kerja di rumah terlebih dahulu, kemas rumah, masak, basuh kain, sidai kain, jaga anak.. Bila semua dah settle dan anak dah diuruskan dengan baik, baru lah boleh nak update status facebook atau blog. Bukan mudah sebenarnya. Kena pandai urus masa..

8) Amalan rohani paling penting - cuba solat awal waktu, mengaji al quran, buat solat sunat contohnya sunat dhuha, dan berdoa dengan jelas.. Dalam bisnes ni penggantungan harapan kepada Allah SWT adalah sangat utama. Kerana Dia lah pemberi rezeki kepada kita. Bila kita utamakan Allah, insyaAllah Allah akan mudahkan perjalanan bisnes kita.. 

Ini lah sedikit sebanyak tips saya menguruskan bisnes secara online. Bisnes secara online la yang paling mudah sebab kita tak perlu nak jumpa orang ramai untuk promosi apa yang kita jual. Just share di blog, fb, instagram, twitter dan sebagainya kita dengan mudah akan dapat pelanggan. Mudah kan?

Nak join saya buat bisnes Shaklee? Nak rasa pendapatan sehingga kita boleh duduk rumah buat bisnes? Nak rasa duduk rumah buat bisnes sambil tu boleh tengok anak depan mata? Jom whatsapp saya 0136969805. Saya akan bimbing kalian sehabis baik.. Janji perlu ada dalam diri kalian semangat untuk berjaya. Jom Shaklee!!


Vitamin untuk mata rabun dan silau

Masalah mata rabun atau silau adalah penyakit mata yang memang tak dapat dipisahkan dari kita lebih-lebih lagi zaman sekarang ni yang lebih terdedah dengan penggunaan komputer, smartphone, televisyen, tab dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi bila ada kanak-kanak seawal usia 5 atau 6 tahun sudah pun memakai cermin mata.



Punca-punca penyakit mata

1,   Myopia

Myopia bemaksud rabun jauh. Myopia terjadi disebabkan oleh ralat pembiasan dimana imej ataupun objek difokuskan dihadapan retina mengakibatkan ketidakupayaan untuk melihat objek jauh dengan jelas. Seseorang yang mempunyai masalah myopia ini hanya akan boleh melihat dengan jelas objek yang dekat sahaja. Walaubagaimanapun, ianya boleh diperbetulkan dengan menggunakan kanta ataupun cermin mata cekung. Myopia ini sering berlaku dikalangan kanak-kanak

Penyebab Myopia :
  • membaca, 
  • menulis, 
  • membuat kerja dekat dan terlalu lama, 
  • pengambilan makanan yang tidak seimbang, 
  • faktor keturunan, melihat skrin komputer terlalu lama

2.  Astigmatisme

Rabun silau atau astigmatisme ini berlaku disebabkan imej yang terbentuk lebih dari satu titik fokus. Astigmatisme ini adalah disebabkan oleh permukaan bentuk kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja. Imej yang terbentuk kurang jelas dan tepat dan menyebabkan pengurangan dan ketepatan penglihatan. Oleh yang demikian penglihatan akan menjadi silau 

Penyebab Astigmatisme :

  • inflamasi pada kornea, parut pada kornea, 
  • ulser pada kornea, 
  • kecederaan pada kornea, 
  • kelopak mata yang bengkak, 
  • kanta kristalin berubah kedudukan dari posisi asal dan perubahan refraktif kanta kristalin.
3. Hyperopia


Hyperopia juga dikenali sebagai rabun dekat. Hyperopia adalah keadaan dimana objek yang jauh boleh dilihat dengan jelas dan terang manakala objek yang dekat dilihat kurang jelas dan tidak dapat difokuskan dengan baik. Penghidap hyperopia ini hanya boleh melihat objek yang jauh dengan jelas berbanding melihat objek yang lebih dekat. Proses akomodasi dalam situasi sebegini.
 Penyebab Hyperopia:
  • variasi biological yang normal
  • faktor usia

Vitamin terbaik yang dicadangkan untuk menyelesaikan masalah mata

1. Vivix

Salah satu ramuan Vivix yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan mata adalah Elderberry (sambucus Nigra). Elderberry tidak hanya kaya dnegan antioksidan, tetapi ianya juga kaya dnegan vitamin A, B dan C. Ianya memberikan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung juga termasuk strok, serangan sakit jantung serta memperbaiki penglihatan dan pengahadaman. Vivix juga kaya dengan resveratrol yang baik untuk kesihatan dan kecantikan mata.

2. Carotomax

Carotomax mengandungi 6 varieti karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat antioksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lainnya. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan beta karotena didalam darah, seterunya memelihara kesihatan penglihatan , kulit dan mencegah kanser. Ianya menghasilkan “ungu visual” yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, rabun jauh, mata kering, gloukoma, katarak, floaters, kantung mata dan juga gegelung hitam di mata.

3. Omega Guard

DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada bulan terakhir perkembangan otak janin semasa didalam kandungan. DAH dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.

Testimoni masalah mata selesai dengan vitamin Shaklee

Testimoni 1

Testimoni 2


Testimoni 3

Bila dah baca testimoni ni baru kita tahu yang masalah rabun atau silau ni boleh dirawat. Sekiranya anda nak dapatkan vitamin ni cepat2 whatsapp saya k.. Sebarang pembelian vitamin dari blog ni akan mendapat konsultasi secara PERCUMA



Wednesday 28 December 2016

Cara terbaik untuk merawat masalah keputihan dengan mudah

Tahukah anda, statistik menunjukkan bahawa 75% wanita yang telah berumah tangga mempunyai masalah keputihan. Masalah ini perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap wanita kerana ia mungkin memberi petanda yang tidak baik kepada kesihatan anda.


Apa itu keputihan?

Keputihan merupakan cairan lendir yang keluar daripada faraj dan berwarna keputih-putihan dengan sifat-sifat yang pelbagai; bergantung kepada punca masalah tersebut.

Jenis-jenis masalah keputihan

  • Berwarna jernih, tidak berbau & tidak gatal
    Keputihan jenis ini adalah normal dan biasanya berlaku 2 minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan semasa mengandung. Ianya juga boleh dihasilkan sekiranya terlalu stress.

  • Berwarna putih, berair & berbau
    Mereka yang mengalami keputihan jenis ini biasanya berasa gatal sekitar faraj dan sakit ketika membuang air kecil. Ini berpunca daripada jangkitan sejenis kulat yang dikenali sebagai candida albicans.

  • Putih pekat, melekit dan berbau
    Keputihan jenis ini biasanya berpunca daripada radang pada serviks & vagina. Masalah ini turut disebabkan oleh jangkitan candida albicans.

  • Coklat dan berair
    Dalam kes ini, ianya berpunya daripada masalah pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut boleh disebabkan oleh pendarahan seperti keguguran, haid yang tidak teratur atau luka dalaman.

  • Merah muda, cair dan tidak berbau
    Situasi ini biasanya terjadi di setelah melahirkan anak. Ianya juga mungkin petanda berlaku pendarahan di pangkal rahim, rahim ataupun faraj. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh hormon estrogen yang berlebihan.

  • Kelabu dengan garis berdarah serta berbau busuk
    Keputihan jenis ini jarang berlaku dan berkemungkinan sebagai petanda awal kanser.

  • Kuning kehijauan, gatal, berbau busuk
    Sekiranya keputihan yang anda alami seperti ini dan anda berasa sakit di sekitar kawasan kemaluan serta mempunyai tanda kemerahan di faraj, anda mungkin terkena jangkitan kuman protozoa trichomonas vaginalis.

  • Kuning dan kental
    Keputihan jenis ini menyebabkan anda terasa panas dan gatal pada kemaluan serta sakit ketika membuang air kecil. Ianya disebabkan jangkitan nisseria gonorrhoe.

Punca berlaku masalah keputihan

Secara amnya, masalah keputihan adalah berpunca dari jangkitan kuman samaada bakteria atau kulat. Punca jangkitan ini adalah disebabkan :

1. Masalah Kebersihan

Anda perlu memastikan faraj perlu dibersihkan selepas membuang air atau bersama dengan suami. Ia perlu dibasuh dengan air bersih atau gunakan pencuci yang sesuai. Faraj juga mestilah selalu kering untuk mengelakkan jangkitan dan risiko keputihan. Faraj yang lembap akan mudah dijangkiti kuman.
2. Hormon Tidak Stabil
Hormon yang tidak stabil juga boleh menyebabkan masalah keputihan.
  • Pengeluaran hormon pembiakan semasa hamil boleh memudahkan kulat melekat pada dinding faraj.
  • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
  • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
  • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
3. Kencing Manis
Biasanya penghidap kencing manis selringkali menghadapi masalah keputihan. Ini adalah kerana tahap gula yang tinggi dalam rembesan faraj menyebabkan kulat tumbuh dengan banyak dan membiak di bahagian faraj.

Merawat masalah keputihan dengan Set Keputihan Shaklee

  • Mengurangkan rasa gatal akibat jangkitan cengan cepat.
  • Menghilangkan bau busuk pada faraj.
  • Membuang toksik dalam tubuh.
  • Tubuh lebih kuat melawan jangkitan kuman.


2. Garlic Complex

  • Menghalang jangkitan kuman dan kulat pada faraj.
  • Menghilangkan keputihan dengan cepat.
  • Mengimbangi tahap gula pesakit diabetis dan mengurangkan keputihan

Testimoni Set Keputihan Shaklee

Testimoni 1


Testimoni 2

Testimoni 3


Bagi anda yang menghadapi masalah keputihan ini, jangan lah bersedih. cubalah produk Shaklee. Saya pon dulu juga hadapi masalah yang sama. Tapi atas ikhtiar ini, masalah ini dah takde. Alhamdulillah. Jika anda inginkan Set Keputihan Shaklee, hubungi saya dengan segera. Pembelian produk dari blog ini melayakkan anda untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA.. Jom!



Tuesday 27 December 2016

7 sebab utama kenapa Shaklee tak bahaya untuk buah pinggang


Lambakan vitamin di pasaran pada masa sekarang memang sangat-sangat merisaukan kita para pengguna. Malah nak memilih vitamin apa yang terbaik untuk kita juga semakin susah memandangkan rata-rata vitamin memberikan testimoni-testimoni yang hebat-hebat belaka. Walau bagaimanapun, sehebat mana pun testimoni itu, adakah vitamin itu selamat untuk penggunaan jangka masa panjang?

Persoalan yg paling penting sekali ialah selamat ker untuk buah pinggang kita?  Maklum la banyak betul kita dengar tentang ramai pesakit buah pinggang ni di sebabkan terlalu banyak ambil supplement. 

Bagi kami para pengguna Shaklee pula, ada sebab mengapa kami pilih Shaklee sebagai pilihan terbaik buat kami. Bila dah decide untuk mengambil Shaklee sebagai vitamin pilihan bermaksud kami dah ada fakta yg membuatkan kami tetap memilih Shaklee. Jadi di sini saya kongsikan fakta-fakta yang boleh membantu menjawab persoalan tentang buah pinggang tu. 

7 sebab utama kenapa Shaklee tak bahaya untuk buah pinggang

  •  DIJAMIN 100% DARI BAHAN ORGANIK

Produk Shaklee dihasilkan daripada 100% bahan organik dan produknya memang 100% bebas daripada bahan sintetik. Organik tu kan selamat bukan saja untuk buah pinggang tapi pada seluruh tubuh kita. Mesti ada yang tanya camana kami tau organik? Jawapannya pernah tak anda baca tentang pengedar-pengedar Shaklee dijemput ker Main HQ di California tu...kat sana lah para saintis Shaklee tunjuk kepada pengguna Shaklee seluruh dunia bagaimana mereka hasilkan produk. Dari situlah kami pengedar Shaklee amat yakin untuk terus menggunakan Shaklee

  •  PRODUK KESIHATAN TERTUA DI DUNIA 



Produk Shaklee dah pun berusia 100 tahun. Vitalea tu pun dah berusia 100 tahun & selama 100 tahun ni takde pulak rekod yang penggunanya claim produk ni menyebabkan buah pinggang mereka rosak atau menyebabkan kematian. Kalau ada mesti dah viral satu dunia. Kan?

  •  VITAMIN MUDAH LARUT 
kredit to portalsihat.com

Kesemua vitamin Shaklee mudah larut di dalam air. Selalunya lepas 1 jam vitamin akan larut & diserap oleh badan kita. Jika vitamin tu mudah larut dan mudah diserap oleh badan kita, tak sempat nak sampai ke buah pinggang. vitamin Shaklee dah larut dulu

  •  ADA LANDMARK STUDY 

Cukup meyakinkan bila ada Landmark Study. Bukan senang nak buat tu tau. Dan bukan senang Shaklee nak merisikokan companynya untuk dijadikan kajian daripada pihak ke-3, kalau result teruk boleh jatuh reputasi company. Tapi Shaklee tak jatuh sebab result memang tip top. Makin bertambah la kami yakin yang produk Shaklee selamat untuk buah pinggang.


  • PENGASAS PRODUK SHAKLEE BEBAS DARIPADA PENYAKIT BUAH PINGGANG

Dr. Forrest C. Shaklee pengasas produk ini pergi meninggalkan legasinya pada usia 90 tahun & beliau bebas daripada penyakit buah pinggang. Sebelum beliau launch produk pertama Shaklee pun beliau dah menjadi pengguna tegar produknya. Jadi, kenapa masih takut nak makan Shaklee??


  • PENGGUNA SHAKLEE TEGAR LEBIH 20 TAHUN BEBAS MASALAH BUAH PINGGANG


Ada ramai pengguna Shaklee di Malaysia ni mengamalkan Shaklee lebih dari 20 tahun. Setakat ni mereka langsung tak ada masalah buah pinggang malah kekal sihat tanpa ada masalah penyakit kronik..demam-demam biasa tu mungkin ada la kan...tipu la kalau mereka tak pernah demam. Betul tak?


  • PESAKIT BUAH PINGGANG PULIH LEPAS MENGAMALKAN PRODUK SHAKLEE


Ramai yang risau amik Shaklee selamat tak untuk buah pinggang? Jangan risau, seperti yang saya katakan tadi, vitamin Shaklee ni larut air, tak dan pon nak sampai ke buah pinggang, vitamin pon dah larut. Sebagai bukti jom tengok gambarajah di bawah ni :



Kesimpulannya, dari anda ambil sebarang supplement yang diragui keselamatannya dalam jangka masa panjang, lebih baik anda ambil Shaklee yang memang terbukti berkesan melalui kajian saintifik yang dilakukan. Selain itu, kajian-kajian yang dilakukan ni telah dibukukan di dalam jurnal-jurnal sebagai rujukan untuk kita semua.

Ok, bagi anda yang ingin mendapatkan produk Shaklee cepat-cepat hubungi saya ya.. Sebarang pembelian produk dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA



Tuesday 13 December 2016

Tips memilih produk untuk kulit berminyak agar kelihatan berseri-seri

Adus!!! Stressnya kalau kulit muka berminyak. Ini lah pengalaman yang saya alami dulu.. belum pon pukul 10 pagi kulit dah mula berminyak. Terutama di bahagian hidung. Mujurlah sekarang masalah tu dah takde walaupon berjemur di bawah terik matahari.


Punca muka berminyak

  • pengambilan makanan yang tidak sihat, 
  • hormon tidak seimbang, 
  • stress, 
  • terdedah di bawah cahaya matahari,
  • kehamilan
  • pengambilan pil perancang
  • dan sebagainya
Bila kulit dah berminyak ni, sudah tentulah menjadi masalah ketidak selesaan kepada diri sendiri, kurang yakin, malu bertemu orang ramai dan sebagainya. Bila kulit muka berminyak maka jerawat pon akan mudah nak timbul. Sampai bila kita nak biarkan masalah ni kan? Masalah kulit ini adalah lebih baik dirawat dari dalam untuk memastikan ia tidak berulang lagi. Untuk merawat masalah ini dari dalam. anda perlu bijak untuk memilih makanan tambahan yang berfungsi untuk atasi masalah ini.

Makanan tambahan / supplement untuk merawat masalah kulit muka berminyak dan berjerawat

1. Vivix

Seperti mana yang kita ketahui, vivix adalah supplement yang sangat istimewa untuk merawat sel-sel dalam badan yang rosak. Vivix  mempunyai tahap antioksidan yang tinggi dan berkualiti dalam menghalang punca  masalah kulit berminyak dan berjerawat

2. Vitamin C
Vitamin C berfungsi untuk merawat kulit berminyak dan jerawat dengan 2 cara utama:
  • Berfungsi sebagai antioksidan, vitamin c melawan radikal bebas yang berbahaya dan mengurangkan keasidan dalam badan. Untuk mengelakkan tindak balas radikal bebas ini yang membawa kepada kulit berminyak dan jerawat, vitamin c boleh membantu menyerap radikal bebas sebelum ia merosakkan kulit.
  • melindungi dan menghalang pembentukan luka pada jerawat. Vitamin C juga menyumbang kepada sintesis kolagen.

3.  Vitamin E Complex


Vitamin E  dihasilkan daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, Ia juga mengandungi ekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol serta digabung dengan 8 jenis vitamin E iaitu alpha, beta, gama, delta. Bukan nak kata kan, tapi sebab itu Vita E Complex daripada Shaklee adalah vitamin E yang paling terbaik di pasaran.

Selain itu,  ia juga mengandungi 10mg selenium semulajadi. Selenium berfungsi membantu tubuh kita menyerap vitamin E, di samping memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu otot. Selenium juga membantu menyahtoksik secara semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksida, selain melindungi fungsi retina.

4. ESP
ESP mengandungi protein berasaskan kacang soya yang membantu untuk mengecilkan atau menutup pori-pori atau liang roma kulit kita. Jika liang roma terbuka, kekotoran akan mudah masuk dan kelenjar sebum akan merembeskan minyak.

5. Shaklee Collagen Powder (SCP)



Diantara fungsi-fungsi SCP adalah melembabkan kulit, menjadikan sel-sel kulit mati tidak mengganggu atau menutup liang pori. Apabila Tiada lagi kelenjar yang tersumbat, maka tiada lah masalah muka berminyak dan jerawat. 

Monday 12 December 2016

Pengaruh pemakanan terhadap perkembangan kanak-kanak zaman sekarang

Kanak-kanak belajar dan memperoleh kepintaran dan kecerdikan semasa mental mereka sedang berkembang. Untuk memastikan kanak-kanak memperolehi semua ini, khasiat nutrisi adalah diperlukan bagi membantu menyokong perkembangan mental kanak-kanak. Selain itu, khasiat yang betul membantu membina otak, memperkembangkan sifat ingin tahu, mahu meneroka, kreativiti dan pembelajaran.


Nutrisi yang sangat-sangat diperlukan oleh kanak-kanak

1. Protein



Protien merupakan bahan asas blok-blok binaan tubuh yang membantu pertumbuhan tisu dan otot serta menyokong fungsi penting tubuh badan. Semakin kukuh bahan binaan asas tubuh badan semakin kuat benteng pertahanan badan dalam melawan penyakit. Juga semakin pantas badan mengesan serangan bahan asing dan menghasilkan antibodi sendiri.

2. Kalsium


Kalsium adalah sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak terutama untuk membina gigi dan tulang yang kuat. Pengambilan kalsium yang mencukupi membantu mencegah terjadinya osteoporosis  di kemudian hari.

3. Asid Lemak Omega-3


Asid lemak penting seperti asid alfa-linolenik (ALA) dan asid linolenik (LA) diperlukan untuk menghasilkan asid docosahexaenoic (DHA) dan asid arakidonik (ARA). Ini penting untuk perkembangan visual dan neurologi anak kita.

4. Vitamin Dan Zat Galian



Vitamin dan zat galian adalah nutrien penting yang diperlukn oleh tubuh kita untuk berfungsi dengan sempurna. Kanak-kanak harus mengambil pelbagai jenis makanan setiap hari untuk memperoleh kesemua vitamin dan zat galian yang diperlukan untuk membeesar dengan normal. Antaranya seperti vitamin A,B,C,D,E dan zat galian seperti zat besi, kalsium dan zink yang mempunyai peranannya masing-masing.

5. Karbohidrat


Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.

Perlu ke kanak-kanak ambil supplement/ makanan tambahan?

Jawapannya adalah ya jika kanak-kanak mempunyai gaya hidup, faktor pemakanan, pengambilan makanan segera, penambahan perisa dan pengawet dalam makanan, kurang serat dan kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Adakah kita sebagai ibu bapa pasti telah menyediakan nutrisi secukupnya buat anak-anak? Fikirkan.. Anda mungkin perlu berikan makanan tambahan untuk anak-anak anda.



Vitamin Semulajadi Shaklee untuk lelaki power






Tahukah anda, masalah kesuburan juga melibatkan kaum lelaki dan bukan hanya wanita sahaja. Menurut kajian lelaki menyumbang 30 peratus kepada masalah ini iaitu sama dengan wanita. 25 peratus adalah kombinasi lelaki dan wanita, manakala 10 peratus adalah faktor yang tak dapat diketahui dan 5 peratus adalah faktor-faktor lainUntuk mengatasi atau merawat masalah ini Vivix adalah salah satu vitamin Shaklee yang boleh diamalkan

Bagaimana Vivix membantu menyelesaikan masalah lelaki mati pucuk atau tidak dapat bertahan lama?


  • Polyganum cuspidatum adalah bahan utama di dalam vivix yang merupakan resveratrol
  • Resveratrol adalah antioksida yang paling baik atau dalam erti kata yang lain yang paling power
  • Tahukah anda bagaimana viagra bertindak? Viagra akan mengembangkan salur darah di bahagian xxx lelaki, 
  • Resveratrol meningkatkan pengeluaran nitrik oksida. Nitrik oksida akan membantu salur darah mengembang, dan memudahkan laluan di bahagian tersebut dan tidak akan tersumbat
  • Viagra hanya mengembangkan salur darah yang kecil sahaja tetapi Vivix bertindak lebih baik iaitu mampu mengembangkan salur darah hingga ke arteri utama.
  • Apabila salur darah di bahagian xxx lelaki tidak lagi tersumbat maka masalah mati pucuk boleh dirawat dengan Vivix


Testimoni masalah kelakian yang berjaya dirawat dengan Vivix

Testimoni 1



Testimoni 2



Kesimpulannya, jika anda / suami anda bermasalah di dalam hubungan intim. amalkan lah vivix kerana vivix dari sumber semulajadi dan tiada kesan sampingan. Ia dijamin berkesan dan selamat. Untuk mendapatkan Vivix, whatsapp saya cepat-cepat k. Jangan biarkan masalah ini lama-lama tak elok untuk kesihatan dan hubungan suami isteri.

Sebarang pembelian produk dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA



























Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Arkib Blog

Powered by Blogger.