Sunday 31 March 2013

Status halal Shaklee : Usah diragui lagi.

Isu status halal Shaklee memang selalu dipersoalkan. Rupa-rupanya ramai lagi yang masih meragui status halal Shaklee di Malaysia. Ya, memang tidak dinafikan produk Shaklee adalah produk antarabangsa. Jika kita teliti dengan betul, tidak semua produk Shaklee terdapat di pasaran Malaysia. Contohnya ada produk yang dijual di US atau Australia tetapi tidak dijual di Malaysia. Kenapa macam tu ye? Produk-produk tersebut diragui dan tidak dapat disahkan status halalnya. Tetapi, bagi pasaran produk Shaklee di Malaysia, produk-produk ini telah pun mendapat sijil halal yang dikeluarkan oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA (ISA) iaitu salah satu badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Sijil Halal Shaklee
Bagi yang meragui pulak badan Islam di Amerika Syarikat ni, korang boleh rujuk di website JAKIM. Boleh tengok dekat muka surat 18, disenarai no. 55. Senarai ni dikemaskini pada 15 Februari 2013. So korang jangan ragu-ragu lagi ye... :)




* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : http://www.facebook.com/mommatwinzshoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750  

Wednesday 27 March 2013

Tips berkesan untuk ibu yang ingin berjaya dalam penyusuan.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini. Masih diberi peluang untuk menghirup udara di muka bumi ini...  dan sekali lagi saya bersyukur kerana telah berjaya menyusukan kedua anak kembar saya sehingga berumur dua tahun. Hari ni saya nak sharekan la dengan anda semua beberapa tips yang membawa kesan terbaik untuk mengatasi masalah penyusuan seperti susu sikit, letih, anak tak puas menyusu dan sebagainya..Jom kita baca apa

Kenangan masa susukan baby kembar saya


Tips berkesan untuk berjaya dalam penyusuan ibu :


1. Menjaga waktu solat dan berdoa



Apa kaitan solat dengan doa penyusuan? Solat atau doa adalah tanda kita bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan. Susu yang keluar dari tubuh ibu itu adalah dengan izinNya. Sebagai muslim, kita sepatutnya menaruh harapan yang tinggi kepada Allah SWT dan sentiasa berdoa agar Allah  memudahkan perjalanan rezeki untuk anak kita. Doa yang boleh diamalkan oleh setiap ibu yang menyusukan : 








Yang bermaksud :

8) Allah mengetahui akan apa-apa yang dikandung oleh setiap ibu dan mengetahui tiap apa-apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. dan setiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu

9) Dialah yang mengetahui segala perkara yang ghaib dan yang nyata. Dia juga lah yang Maha Besar lagi Maha Tinggi (yang mengatasi segala-galanya)

2. Menjaga pemakanan.

Setiap ibu yang menyusukan haruslah berwaspada dengan setiap makanan yang diambil. Maksud berwaspada di sini adalah ibu seharusnya tidak mengambil sebarang makanan yang akan menjejaskan pengeluaran susu contohnya mengambil pemakanan tidak seimbang. Ibu perlu memastikan pengambilan makanan hariannya penuh dengan zat yang lengkap sebagaimana yang diperlukan oleh anak yang   menyusu itu.


Pentingkah makanan yang seimbang?


Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan ialah sakit pinggang, sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan terhadap keperluan seks.

Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam. Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul. Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijirin, keju dan yogurt.


* Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang. KLIK SINI

3. Kekerapan penyusuan


Kebanyakan ibu pada zaman moden ini adalah ibu yang bekerjaya. Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak mempunyai masalah seperti yang dihadapi oleh ibu bekerjaya. Perlu diingatkan bahawa "kekerapan penyusuan akan menghasilkan susu yang banyak". Bagi mengatasi masalah ini, ibu bekerjaya perlulah mempunyai jadual mengepam yang tetap dan perlu disiplin. Mengapa perlu jadual yang tetap? Apabila kita mengepam susu pada waktu yang sama, ransangan pengeluaran susu akan sentiasa ada. 


contoh jadual pam susu
4. Sentiasa berfikiran positf dan semangat yang tinggi

Ibu-ibu yang menyusukan perlu sentiasa bersikap positif. Positif di sini bermaksud ibu-ibu haruslah yakin akan dapat menyusukan anaknya sehingga berusia 2 tahun. Bersemangat untuk mendalami ilmu-ilmu penyusuan dan sebagainya. Tidak mudah putus asa jika mengalami masalah kemuruduman susu dan sentiasa mencari jalan penyelesaiannya.




* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : http://www.facebook.com/mommatwinzshoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750  


Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.