Thursday 23 June 2016

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Vitamin C Shaklee

Korang tahu tak? Setiap tablet Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji buah oren (500mg) iaitu sebanyak 7.5 hidangan dan sebanyak 1.5 hidangan dibebaskan setiap jam ke dalam tubuh badan kita. Ujian klinikal telah membuktikan bahawa mengambil 2 tablet vitamin C sehari mampu kekal di dalam darah kita selama 24 jam. 

Kebaikan Vitamin C Shaklee

  • Membentuk Kolagen -
    Vitamin C mampu meransang pembentukan kolagen. Ia mampu menghalang otot menjadi lembik sekaligus menentang risiko kulit kedut.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan -
    Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar
  • Meningkatkan sistem imun -
    Vitamin C membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  • Memerangi kanser -
    Vitamin C merupakan anti oksida yang tinggi. Ia mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanserdan membuang toksin dari tubuh badan dengan berkesan. 
  • Mencantikkan kulit -
    Pengambilan Vitamin C setiap hari akan menjadikan kulit semakin cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen yang menyebabkan terjadinya jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia -
    Vitamin C memperbaiki insomnia,dan merawat masalah keresahan
  • Mengekalkan kolestrol sihat
    Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah

7 sebab kenapa perlu memilih vitamin C Shaklee :

  1. Vitamin C Shaklee adalah semulajadi. Tidak mengandungi bahan pengawet dan ia sangat sesuia diambil oleh orang yang mempunyai masalah gastrik
  2. Vitamin C Shaklee mengandungi Bio-Flavonoid iaitu berfungsi untuk menjadikan Vitamin C lebih aktif bertindak. 
  3. Jika anda demam atau selsema, hanya patahkan 2 biji vitamin C dan telan. Ucapkan selamat tinggal kepada ubat-ubat doktor.
  4. Vitamin C Shaklee dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat ( sustained release). Satu biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 500mg. Setiap jam 100mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan.
  5. Vitamin C dapat diserap dengan baik pada dos yang rendah. Jika dos vitamin C tinggi, maka semakin kurang vitamin C yang akan diserap. (itu lah tujuan sustained release dicipta)
  6. Vitamin C Shaklee dihasilkan bersama-sama Bioflavonoids Complex. Bioflavonoids ini adalah antioksida yang terbaik yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Tiada di dalam Vitamin C sintetik. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik untuk kesihatan jantung dan juga alzheimer
  7. Walaupun Vitamin Shaklee dilepaskan dalam masa 5 jam, ia tetap kekal di dalam badan selama 12 jam. Ia akan bekerja dulu di dalam badan sebelum ia keluar.

Sunday 19 June 2016

Kurangkan berat badan dengan Set Kurus Bajet Shaklee

Set Kurus Bajet Shaklee? Apa tu? Ha.. bagi anda yang baru-baru mengenali Shaklee mesti tertanya-tanya kan apa yang ada dalam Set Kurus Bajet Shaklee ni. Set ni sebenanya kami susun bagi anda yang baru-baru nak cuba produk Shaklee atau pon anda yang berminat nak mencuba tetapi menghadapi masalah kekangan wang untuk mendapatkan produk Shaklee.  

Dalam set ni hanya ada 2 jenis sahaja vitamin yang boleh bertindak membakar lemak sekaligus dapat mengurangkan berat badan. Dengan berbelanja hanya RM113.53 anda akan dapat apa yang anda inginkan selama ni. 

Apa itu lecithin?

Lecithin adalah pembakar lemak semulajadi yang membantu badan menyerap nurien larut lemak seperti vitamin A,D,E,K dan Beta Caretone. Lecithin boleh didapati dari tisu haiwan dan tumbuhan. Kalau anda nak tahu, lecithin adalah diantara hot produk Shaklee. Ramai yang ambil produk ni untuk kawal berat badan mereka. Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya merupakan sumber lecithin yang paling baik  dan bebas kolestrol. Bagi anda yang ingin kurangkan dan mengawal berat badan, pengambilan lecithin Shaklee amatlah digalakkan. 

Bagaimana lecithin bertindak untuk mengurang dan mengawal berat badan?


  • Lecithin akan memcahkan dan mencairkan lemak terutama kolestrol
  • Lecithin menurunkan total serum kolestrol sekaligus meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL)
  • Lecithin mengawal paras triglycerides (jenis lemak dalam darah)
  • Lecithin memecahkan dan mengurangkan lemak badan yang tersumbat di dalam pembuluh darah
  • Lecithin mengurangkan kesan buruk yang berpunca dari kolestrok
** Pengambilan Lecithin 4,000mg bersamaan dengan 6 biji lecithin sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.


Selain untuk memecahkan lemak, banyak lagi kebaikan lecithin diantaranya ialah :

  • Lecithin menyerap zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan.
  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf kurang efisien. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
  • Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang
  • Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7,000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan
  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi.
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang.
  • Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ia perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema
  • Lecithin amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.


Kebaikan Alfalfa Complex

  • Penawar keputihan
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Penawar resdung dan allergi
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  • Memberi kelegaan semasa haid.
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat asma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan
  • Merawat jangkitan dalam buah pinggang
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita
  • Menganjalkan payudara bagi wanita.
  • Bertindak sebagai kacip fatimah bagi para isteri.
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Membantu merawat bahagian intim wanita.
  • Meningkat stamina bagi persediaan hubungan suami isteri
  • Melegakan sembelit
Kesimpulannya, disarankan ambil kedua-dua produk ini untuk menguruskan badan kerana Lecithin bertugas sebagai pembakar lemak manakala alfalfa pula bertugas untuk membawa keluar lemak yang telah dibakar tadi... 

Kalau nak dapatkan set kurus bajet ni, cepat-cepat hubungi saya ye.



Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
ID:859750
Whatsapp : 013-6969805
COD: Putra Height, USJ, Kepong


Sunday 12 June 2016

Mengapa Vitamin C sangat penting untuk kanak-kanak

Ada segelintir ibu bapa yang kata, tak payah la bagi budak-budak vitamin. Mereka masih muda, masih sihat, masih segar..

Tapi, pernah tak kita sebagai ibu bapa check pemakanan anak kita. Dalam sehari berapa hidangan buah-buahan yang mereka ambil, buah tu pulak kita beli atau tanam sendiri? Zat buah-buahan berada paling bagus bila kita makan buah yang baru dipetik dan masak ranum. Buah yang dijual tu kebanyakan dipetik ketika masih muda, diperam, diawet, dipacking kemudian baru lah sampai kat kita.Agak-agaknya lah, berapa peratus je zat yang tinggal dalam buah tu..

Selain tu ada tak kita sebagai ibu bapa ni berikan nutrien yang cukup kepada anak-anak kita sedangkan time ni lah mereka memerlukan nutrien yang cukup untuk membesar.


Kenapa vitamin C?

-Vitamin C membina otot yang sihat. Kanak-kanak yang aktif dan lasak sedang membina otot-otot mereka

-Vitamin C meningkatkan imuniti tubuh
Membesarkan anak-anak zaman sekarang dan dibandar lebih mudah terdedah pada pencemaran udara. Apabila imuniti badan kuat, maka keberangkalian mereka untuk diserang demam, selsema dan sebarang penyakit adalah sangat tipis.

-Vitamin C sangat penting untuk penyerapan zat besi.
Kanak-kanak yang sedang membesar sangat memerlukan zat besi. Tanpa vitamin C, zat besi tidak boleh diserap.

-Vitamin C penting untuk penyembuhan
Kanak-kanak apabila bermain sering terjatuh dan terluka. Dengan pengambilan vitamin C kadar penyembuhan adalah lebih cepat.

Bila kita dah tau betapa pentingnya vitamin C ni untuk kanak-kanak, maka kita sebagai ibu bapa perlulah memikirkan jalan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Oleh sebab ini juga Shaklee turut menyediakan vitamin C Chewable sesuai diambil oleh kanak-kanak. Rasanya yang masam-masam manis dah tentu anak-anak suka. Jom Order!

Tuesday 7 June 2016

Hikmah berpuasa di bulan Ramadhan dari sudut kesihatan

Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Masa scroll2 whatsapp tadi saya ada terjumpa post hikmah berpuasa dari sudut kesihatan ni.. saya sharekan di sini agar ia tidak hilang dan dapat sama-sama kita berkongsi ilmu. InsyaAllah.  Jom kita baca :

Rumusan Fisiologi Puasa.

Fasa 1 - Hari 1-2

Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 - Hari 3-7

Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 - Hari 8-15

Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 - Hari 16-30

Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

Subhanallah.. c&p

Itu lah hikmahnya berpuasa. Rupa-rupanya puasa ni menunjukkan betapa pentingnya berdetox.. Mujur Shaklee dah ada set detox. Makin mudah lah kita untuk menjaga kesihatan.

Selamat berpuasa semua dan selamat bertarawikh 😍 jom buat amal banyak-banyak

Nak dapatkan set detox? Jom hubungi saya cepat-cepat.🏻


Thursday 2 June 2016

Oh! Anak kembarku kidal

Anak ko kidal? Kenapa tak ajar tulis guna tangan kanan? Ajar lah dari sekarang,, itu la ayat-ayat biasa bila ada segelintir umat manusia yang agak terkejut bila tau anak-anak kembar saya cenderung ke arah menguunakan tangan kidal. Tak kira lah makan ke.. menulis ke.. memang anak-anak saya ni guna tangan kidal. Bersalah sangat ke kalau buat kerja guna tangan kidal ni? Bagi saya tak ada apa yang perlu dihairankan pon. Mereka juga insan biasa.. Malah saya juga rasa bangga bila anak-anak saya kidal sebabnye saya pon menulis guna tangan kidal. Keh keh keh.. 

Anak kembar saya

Fakta-fakta menarik tentang orang kidal 

  1.  Orang-orang terkenal seperti Napoleon Bonaparte, Bill Gates, Oprah Winfrey, Obama, dan Jimi Hendrix adalah 'orang kidal'
  2. Hari Kidal Sedunia diraikan pada 13 Ogos setiap tahun.
  3. Orang kidal cenderung mengunyah makanan disebelah kiri manakala orang yang menulis dengan tangan kanan cenderung mengunyah makanan di sebelah kanan
  4. Bayi pramatang banyak yang menulis menggunakan tangan kiri
  5. Otak orang kidal didapati lebih aktif dan kreatif ketika bersukan dan bermain komputer
  6. Otak orang kidal lebih cerdas berbanding orang biasa
  7. Orang kidal agak sukar mengawal emosi menyebabkan mereka mudah marah
  8. Orang kidal mudah berasa malu jika berada dikhalayak ramai
  9. Orang kidal agak sukar menggunakan peralatan yang biasa. Contohnya gunting, meja belajar dan sebagainya

Walau apa pun fakta tentang orang kidal, saya tetap berbangga menjadi salah seorang dari 'orang kidal' Kakak saya juga orang kidal, maka bukanlah satu kepelikan bila anak-anak kembar saya juga orang kidal. Bab anak-anak saya makan menggunakan tangan kidal tu memang kami sebagai ibu bapa akan terus mengajar mereka makan menggunakan tangan kanan.





Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.