Saturday 4 August 2012

Tanda-tanda anda mengalami 'Healing Crisis'



Hai semua… Hari ni Ina nak share dengan anda semua berkenaan “Healing Crisis”. Apa makna healing crisis tu? Healing crisis tu maknanya krisis penyembuhan..Sebab ada sebilangan pelanggan saya bertanya kenapa bila makan supplement Shaklee ni kepala jadi pening, tumbuh jerawat, tumbuh ruam dan sebagainya…



Antara tanda-tanda anda mengalami HEALING CRISIS.

  • penat melampau
  • sangat mengantuk
  • cirit-birit
  • gatal-gatal
  • jerawat naik tiba-tiba
  • loya
  • sakit kepala
  • pening


HEALING CRISIS bukan bermakna tubuh anda tak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala junkies dan toksin yang bersarang dalam tubuh anda selama ni. Masa all those junkies and drugs tu nak hilang, tentulah melalui tubuh kita kan? Tu yang simptom-simptom kat atas tadi timbul. Apa yang kita perlu buat ialah, drink loads and loads of water to help the body to flush out all of those junkies and toxins. Remember, sel-sel tubuh mengambil masa at least 90 days to change/ react.

Jom kita tengok perkongsian puan cery tentang healing crisis.

Vitamin & mineral Shaklee adalah diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita mendapatkan vitamin c dengan memakan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D. Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin? Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil supplement Shaklee
2. Yang merasakan tiada apa2 perubahan terhadap dirinya
3. Yang mengalami masalah seperti ruam2, gatal2 dan sebagainya.

Penerangan:

Golongan (1) adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.
Golongan (2) adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.
Golongan (3) adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi (dalam kes ini, vitamin/mineral Shaklee) membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya.

Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement. untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang2nya 3 liter air sehari.

So, kepada anda2 yang menghadapi Healing Crisis time mula2 ambil Shaklee jangan la risau… Sebab healing crisis ni kejap je.. tak lama pon… Jangan tak makan terus.. Rugi tau beli mahal2 tapi dah tak makan langsung… Yang penting anda kena bersabar untuk jaga kesihatan..Sebab vitamin ni bukannya ubat, makan hari ni esok terus sembuh..Kalau anda ada apa2 masalah berkaitan pengambilan vitamin ni, terus hubungi saya ye


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Jom Makan Vitamin” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay @ Jom Makan Vitamin
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

27 comments:

  1. hi..nak tanya baby saya pon naik ruam bila saya makan alfafa..ok ke? (fully breastfeed mum)

    ReplyDelete
  2. Hai puan zuraini... if baby naik ruam, puan perlu kurangkan pengambilan alfalfa tu..sbb alfalfa tu herba.. . kalau ambil 2 biji sehari perlu kurangkan pada sebiji sehari.. pada permulaan mmg kadang2 baby tak sesuai.. if tak ok jugak puan perlu ambil alfalfa selang sehari.. tgk macamana ye.. kalau rasa dah ok boleh la ambil seperti biasa...

    ReplyDelete
  3. saya makan set D.jerawat naik byk.mmg camtu ke?

    ReplyDelete
  4. itu healing crisis sebenarnya.. bykkan minum air.. teruskan pengambilan vitamin. insyaAllah selepas 3 bulan cik akan dapat hasilnya.

    ReplyDelete
  5. Saya pun nk tanya, saya makan alfalfa dan vit c untuk rawat resdung saya, tapi tibe2 jerawat kecik-kecik naik banyak kt muka, kenapa ye?risau saya, sebab sbelum ni muka saya xde jerawat sangat...

    ReplyDelete
  6. jangan risau k.. tu juga tanda healing crisis.. bykkan minum air dan teruskan pengambilan vitamin :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam saya alami cirit birit dh hari ke 3..dan saya stop dlu mkn alfafa tapi cirit birit berterusan

    ReplyDelete
  9. Slm,sy tgah pgnent skrg..dfhmkan vit e xblh mkn, blh ke just sapu je kt mk.?jrwt naik byk l mk

    ReplyDelete
  10. Salam,sya nk tnya alfafa dia tulis kt btol kna mkn 10biji...blh ke klau sya mkn 5 bji je sblh pg sblm mkn...

    ReplyDelete
  11. baby saya batuk berkahak tiap kali saya ambil esp dan alfalfa. cm ne yea

    ReplyDelete
  12. mule2 mkn alfalfa muke tumbuh bnyk jerawat..tp lepas 2 minggu jerawat makin berkurangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya...mmg ada yg kesan cmtu mcm yg diterangkn kt atas tanda healing krisis..teruskn consume alfafa awak dan mnm air msk bnyk stiap hari

      Delete
  13. salam sy sekrg ambik vit c sbb sy ade mslh jerawt yg teruk tibe2 naik secre mendadak. pastu mak sy ksi letchin dengan alfafa .. slfafa dlm seminggu sy mkn 4 biji je. letchin sy mkn mm iase ume sy ambik 2 biji je sehri. vit c sy ambik mmg sebiji sehri... sy kunyah mcm tu je. mule2 sy ambik letchn tu mmg sy tibe2 rse pening ..sy ambik vit c... jerawt bertmbah.. dan sy seleseme berterusan shingge hingus sy keluar berketul2 dan setiap kli hembus sy rse mcm ade bunyi desingan kuat di telinge sy.. tpi sekrg dh kurang. sekrg ni keluar ikut kahak pulk. sy nk tnye alfafa ambik mse berpe lme yek nk hilangkn jerawt sy yg tibe2 naik xberenti ni yek? da vit E tu sesuai untuk mengeringkan jerawat ke? sbb sy paki produk mcm2 pun x jdi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnykkn mnm air msk setiap hari dan teruskn mkn alfafa sbb awk sdg healing crisis..kesan perubahan brgantung pd thp metabolisma bdn masing..ada cpt ada lmbt..biasa plg cpt kesan dlm 1 bulan..ada krg dr tu...vit e mmg disyorkn untuk cantikkn kulit krn mengndungi anti oksida

      Delete
  14. Sy ambik alfalfa & esp...naik gatal2 1 badan...sy kurangkan dos..mula2 dh ok lepas tu gatal2 mula lagi..kali ni tak kuar kat muka tp satu badan gatal2

    ReplyDelete
  15. Salam...sy amik set dlm pantang dan penyusuan optimum...tmsk gla complex...tp bayi sy dpt ruam2 seluruh badan terutama di muka...apa perlu sy buat yer dan sbb mkn produk yg mana satu?

    ReplyDelete
  16. Salam, sy mkn alfafa dan lepas tu kulit muka saya keluar jerawat byk sgt dr pipi kiri kanan sehhngga ke leher. Boleh tak awk suggest ape lagi vit boleh sy mkn utk cptkn healing process and boleh tak sy sapu vit e di muka ?

    ReplyDelete
  17. Apakah hearing crisis minum vivix.....saya ada masalah gastrik & angin dalam badan....apabila minum vivix masalah angin semakin teruk....boleh sapa2 boleh cerita @ shere kat sini

    ReplyDelete
  18. sya ambik fullset kcntikan esp , vita c dn e.. skrg ni muka naik ruam2.. first consume rsa mual2, bdn tk sedap, buang air bsr tu tkyh ckp mmg slalu. skrg ni plk dh rsa ngam dgn ktiga2 ni, tp skrg nk demam plak.. pdhl sblm ni elok je.. mmg jrg dmam.. prt pn rsa tk sdp..

    ReplyDelete
  19. Hai dear. Boleh minta pendapat? Sy makan lecithin dan perasan tiba2 naik ruam di muka. Selain tu sy consume vitalea vit c bcomp ostematrix tapi mmg dah bertahun amalkan. Cuma lecithin ni je baru start sbb nk trunkn berat lepas bersalin. Skrg tgh pantang hari ke 25.
    Ada juga ambil omega dan alfalfa tp bru je 2 hari start. Ruam ni start since mkn lecithin sy perasan. Lecithin ada healing crisis ke ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon puan rujuk masalah puan ke pengedar Shaklee puan.. mungkin beliau ada cara penyelesaiannya sendiri

      Delete
  20. berapa lama process healing crisis akan berakhir? dan mmg perlu teruskan consume vitamin dan esp jika jerawat seperti ruam keluar without kurangkan any dose? saya nak hilangkan parut hitam dan consume esp+vit c. perlu ke saya ambil vit e juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon puan rujuk masalah puan ke pengedar Shaklee puan.. mungkin beliau ada cara penyelesaiannya sendiri

      Delete
  21. Saya makan alfalfa,vita c dan gla complex..satu hari 3liter saya mnum air masak dan ais tak sentuh langsung..alhamdulillah resdung saya dh brkurngan,berat saya pun sama and yg paling best dah tk risau klau nk mkn seafood.. Shaklee ni makan kene ada peraturan baru lah hasil nya cntik.

    ReplyDelete

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.