Cara terbaik untuk merawat masalah keputihan dengan mudah
Tahukah anda, statistik menunjukkan bahawa 75% wanita yang telah berumah tangga mempunyai masalah keputihan. Masalah ini perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap wanita kerana ia mungkin memberi petanda yang tidak baik kepada kesihatan anda.
Apa itu keputihan?
Keputihan merupakan cairan lendir yang keluar daripada faraj dan berwarna keputih-putihan dengan sifat-sifat yang pelbagai; bergantung kepada punca masalah tersebut.
Jenis-jenis masalah keputihan
- Berwarna jernih, tidak berbau & tidak gatal
Keputihan jenis ini adalah normal dan biasanya berlaku 2 minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan semasa mengandung. Ianya juga boleh dihasilkan sekiranya terlalu stress.
- Berwarna putih, berair & berbau
Mereka yang mengalami keputihan jenis ini biasanya berasa gatal sekitar faraj dan sakit ketika membuang air kecil. Ini berpunca daripada jangkitan sejenis kulat yang dikenali sebagai candida albicans.
- Putih pekat, melekit dan berbau
Keputihan jenis ini biasanya berpunca daripada radang pada serviks & vagina. Masalah ini turut disebabkan oleh jangkitan candida albicans.
- Coklat dan berair
Dalam kes ini, ianya berpunya daripada masalah pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut boleh disebabkan oleh pendarahan seperti keguguran, haid yang tidak teratur atau luka dalaman.
- Merah muda, cair dan tidak berbau
Situasi ini biasanya terjadi di setelah melahirkan anak. Ianya juga mungkin petanda berlaku pendarahan di pangkal rahim, rahim ataupun faraj. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh hormon estrogen yang berlebihan.
- Kelabu dengan garis berdarah serta berbau busuk
Keputihan jenis ini jarang berlaku dan berkemungkinan sebagai petanda awal kanser.
- Kuning kehijauan, gatal, berbau busuk
Sekiranya keputihan yang anda alami seperti ini dan anda berasa sakit di sekitar kawasan kemaluan serta mempunyai tanda kemerahan di faraj, anda mungkin terkena jangkitan kuman protozoa trichomonas vaginalis.
- Kuning dan kental
Keputihan jenis ini menyebabkan anda terasa panas dan gatal pada kemaluan serta sakit ketika membuang air kecil. Ianya disebabkan jangkitan nisseria gonorrhoe.
Punca berlaku masalah keputihan
Secara amnya, masalah keputihan adalah berpunca dari jangkitan kuman samaada bakteria atau kulat. Punca jangkitan ini adalah disebabkan :
1. Masalah Kebersihan
Anda perlu memastikan faraj perlu dibersihkan selepas membuang air atau bersama dengan suami. Ia perlu dibasuh dengan air bersih atau gunakan pencuci yang sesuai. Faraj juga mestilah selalu kering untuk mengelakkan jangkitan dan risiko keputihan. Faraj yang lembap akan mudah dijangkiti kuman.
2. Hormon Tidak Stabil
Hormon yang tidak stabil juga boleh menyebabkan masalah keputihan.
- Pengeluaran hormon pembiakan semasa hamil boleh memudahkan kulat melekat pada dinding faraj.
- Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
- Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
- Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
3. Kencing Manis
Biasanya penghidap kencing manis selringkali menghadapi masalah keputihan. Ini adalah kerana tahap gula yang tinggi dalam rembesan faraj menyebabkan kulat tumbuh dengan banyak dan membiak di bahagian faraj.
Merawat masalah keputihan dengan Set Keputihan Shaklee
- Mengurangkan rasa gatal akibat jangkitan cengan cepat.
- Menghilangkan bau busuk pada faraj.
- Membuang toksik dalam tubuh.
- Tubuh lebih kuat melawan jangkitan kuman.
2. Garlic Complex
- Menghalang jangkitan kuman dan kulat pada faraj.
- Menghilangkan keputihan dengan cepat.
- Mengimbangi tahap gula pesakit diabetis dan mengurangkan keputihan
-
Testimoni Set Keputihan Shaklee
Testimoni 1
Bagi anda yang menghadapi masalah keputihan ini, jangan lah bersedih. cubalah produk Shaklee. Saya pon dulu juga hadapi masalah yang sama. Tapi atas ikhtiar ini, masalah ini dah takde. Alhamdulillah. Jika anda inginkan Set Keputihan Shaklee, hubungi saya dengan segera. Pembelian produk dari blog ini melayakkan anda untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA.. Jom!
Testimoni 2
Testimoni 3
Bagi anda yang menghadapi masalah keputihan ini, jangan lah bersedih. cubalah produk Shaklee. Saya pon dulu juga hadapi masalah yang sama. Tapi atas ikhtiar ini, masalah ini dah takde. Alhamdulillah. Jika anda inginkan Set Keputihan Shaklee, hubungi saya dengan segera. Pembelian produk dari blog ini melayakkan anda untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA.. Jom!
0 comments:
Post a Comment