Monday, 5 December 2016

9 Jenis Makanan Yang Boleh Kurangkan Kolestrol

Tahukah anda? Kolestrol di dalam darah datangnya dari pemakanan dan pengeluaran hati. Rasa-rasanya bila kali terakhir anda jumpa doktor untuk cek kolestrol? Kalau belum pernah cek lagi baik pegi jumpa doktor cepat-cepat. Kolestrol ni pembunuh senyap. Kita takkan sedar pon yang dalam darah kita mengandungi kolestrol yang tinggi melainkan kita buat pemeriksaan doktor. 





Kolestrol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolestrol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.
Hati mampu menyingkirkan kolestrol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolestrol serta merembeskan kolestrol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolestrol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolestrol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolestrol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolestrol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolestrol ‘jahat’ manakala kolestrol HDL dikenali sebagai kolestrol baik.

"Kolestrol adalah penyebab serangan jantung"

Makanan yang boleh mengurangkan kolestrol


1. Kacang soya 




  • mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Pilihlah soya NON GMO ye..
  • mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
  • kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 
2. Kuaci


  • kaya dengan kandungan zat besi
  • amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil mengurangkan kolesterol
3. Buah kurma


  • buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
  • mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
  • flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

4. Buah Epal



  • makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
  • memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak
5. Ikan tuna


  • sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
  • melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL
6. Kacang tanah

  • kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
  • Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung
7. Buah mangga


  • kaya vitamin C
  • vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
  • selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi
8. Kismis

  • mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
  • amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus
9. Jambu batu


  • disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
  • dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan
Dengan mengamalkan makanan-makanan ini, sedikit sebanyak ia boleh membantu anda mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah. Anda juga boleh mengurangkan atau merawat masalah kolestrol di dalam badan dengan mengamalkan Vivix Shaklee. Ingat ye, mencegah itu lebih baik dari merawat. Jaga pemakanan dan amalan bersenam dapat membantu kita mencegah dari sebarang penyakit.

Jika anda ingin mendapatkan supplement Shaklee anda boleh menghubungi saya. Sebarang pembelian produk dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA

0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Terkini

Promosi Terkini

Jom Beli Secara Online Guna Kad Kredit/Debit

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Arkib Blog

Follow by Email

Powered by Blogger.