Friday, 29 June 2012

Penyusuan anak kembar - Kisah perjalanan penyusuanku

Penyusuan anak kembar tidak semudah yang disangka.. Memerlukan kesabaran yang tinggi, semangat, dorangan dan lain2 lagi lah.. Macam tu lah saya sekarang ni.. Sedar x sedar dah 2 tahun tempoh perjalanan penyusuan anak-anak kembar saya.. 

Anak-anak kembar saya dilahirkan pada 8 Julai 2010..dalam sekitar pukul 5 petang.. Mereka terpaksa dilahirkan seawal 36 minggu sebab sejak usia kandungan saya berusia 30 minggu anak kembar saya yang kedua tidak membesar. Saluran makanan hanya dapat pada si abang saje.. So adalah bahaya jika mereka tidak dilahirkan masa tu. Oleh sebab risau memikirkan keadaan bayi2 saya tu tekanan darah saya pon naik mendadak.. Lagi la bahaya.. huhuhuh... Akhirnya saya terpaksa melahirkan secara emergency... Alhamdulillah semuanya selamat... Cuma berat bayi2 saya tak mencukupi.. Si abang hanya 1.75 kg dan si adik 1.45kg.. huhu... sedihnya saya masa tu.. Maka tertahanlah anak2 saya tu di wad NICU HUKM.

1ST TWIN - MUHAMMAD AQEEL DANIEL
2ND TWIN - MUHAMMAD AQEEF DANIEL



Bayi2 saya ni ditahan di wad NICU tu lebih kurang dalam 3 minggu. Dalam masa tiga minggu tu saya berulang alik dari Puchong (rumah) ke HUKM setiap hari.. Untuk menyusukan mereka. Oleh kerana bayi saya ni di kategorikan sebagai bayi Pra-Matang, adalah penting untuk saya memberi mereka susu yang terbaik di dunia iaitu susu ibu.  Syukur alhamdulillah.. walaupun anak2 saya ketika itu tidak boleh direct feeding dengan saya kerana perlu minum susu melalui tiub, susu saya masih banyak.. Syaratnya saya haruslah pam untuk memastikan adanya stimulasi atau ransangan. Kalau tak pam, nanti cik B akan bengkak.. Demam pulak saya nanti..Kat situ saya dah belajar macam2.. antaranya cara nak stimulate baby agar dia nk nyusu.. Kangaroo Care dan macam2 lagi.. Nanti saya citerkan apa Kangaroo Care tu ye kt entri yang lain..

Bila dah masuk dalam wad tu faham2 je lah.. hari2 anak2 saya kena ambil darah.. Tak sampai hati dibuatnya.. Allah sahaja yang tahu macamana sayunya perasaan saya masa tu… Hari2 tak putus2 saya berdoa agar berat badan anak saya segera bertambah dan boleh dibawa pulang ke rumah…Tiga minggu telah berlalu akhirnya berat badan si kembar cukup 1.8kg dan dibenarkan pulang ke rumah dengan penjagaan rapi..

tadaaaa!!! kami dah bleh balik umah.. comel tak kami?

Kesimpulannya.. walau susah macamana pon kita time tu., sesibuk mana kita, cubalah sedaya upaya untuk susukan anak.. Jangan ada banyak alasan.. Sebab mendapat susu ibu itu adalah hak anak kepada ibunya dan akan dituntut di akhirat kelak. InsyaAllah dengan usaha, doa dan tawakkal pasti akan membuahkan hasilnya.

Alhamdulillah kami membesar dengan sihat
Tengok tu taim mama kat opis pon nk nyusu jugak

0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Terkini

Promosi Terkini

Jom Beli Secara Online Guna Kad Kredit/Debit

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Follow by Email

Powered by Blogger.