Thursday, 14 June 2012

10 Jenis Makanan Untuk Menjadi Lelaki “Gagah Perkasa”


Haaaaa!!! Macam menariknya bunyinya tu kan? ha…. memang gerenti la lelaki suka tajuk ni… Tapi perempuan pon ada gak yang suka.. termasuk la saya..hehehe…ye  la untuk suami tersayang.. ok jom kita baca apa sebenanye makanan untuk kaum adam nak jadi gagah  perkasa…




10 Makanan  Untuk Menjadi Lelaki “Gagah Perkasa”

1. Ikan
Ikan kaya dengan Omega-3 iaitu sejenis asid lemak. Selain itu, ikan juga membantu dalam fungsi otak,merendahkan kolestrol dan membantu peredaran darah dalam badan. Ikan juga merupakan sumber Vitamin B yang baik untuk kesihatan.

2. Biji Bunga Matahari


Biji bunga matahari mengandungi vitamin B1 yang tinggi. Vitamin B1 ini membantu untuk meningkatkan stamina lelaki untuk beraksi.
Kuaci adalah biji bunga matahari tetapi tidak berani nak katakan ianya bagus kerana dalam kuaci mungkin ada bahan pengawet.


3. Kekacang


Kekacang yang disyorkan adalah badam kerana mempunyai asid lemak yang penting. Selain kaya dengan vitamin pemberi tenaga (B3) ia juga menggalakan pengeluaran hormon lelaki yang penting dalam mengawal nafsu seks.


4. Buah Oren


Kebanyakan kita tahu, buah oren mempunyai vitamin C yang tinggi dimana baik untuk sistem imunisasi badan. Seterusnya membantu melancarkan peredaran darah untuk memberi kepada lelaki ereksi yang lebih lama.


5. Daun Saderi


Kalau anda ke wikipedia boleh baca banyak sebenarnya khasiat daun saderi ini tetapi dalam topik untuk “Lelaki Gagah Perkasa” ini daun saderi baik untuk stimulasi seksual kerana ia mengandungi hormon ‘androsterone’. Hormon inilah yang dikeluarkan oleh lelaki ketika berpeluh yang dikatakan mampu merangsang naluri seksual wanita.
Jadi, tidak hairan la kenapa ramai isteri yang suka tido celah ketiak suami. Orang lain kata busuk, isteri kata sedap….


6. Biji Labu


Biji labu mengandungi elemen zink dimana penting dalam pengeluarkan hormon testosteron untuk lelaki. Juga baik untuk wanita untuk mengekalkan ghairah seksual. Biji labu juga kaya dengan Omega-3 yang memainkan peranan seperti menambah kekuatan,keinginan dan kesuburan.


7. Jeruk Kubis


Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah makan jeruk kubis, jeruk bawang putih biasa la. Apa pun dikatakan kajian menunjuk 90% lelaki menjadi lebih aktif secara seksual selepas makan jeruk kubis. Jeruk kubis ini akan meningkatkan libido (naluri seks) ke tahap yang lebih tinggi.
Jadi para isteri jangan bagi makan pada suami sesuka hati jeruk kubis ini.


8. Pisang


Pisang adalah makanan pemberi tenaga. Sebab itu kalau anda tengok selalunya pemain bola atau ragbi akan dibekalkan dengan pisang. Pisang mengandungi enzim bromelain yang meningkatkan libido lelaki. Juga kaya dengan Vitamin B (riboflavin dan potasium) yang penting untuk pengeluaran hormon testosteron dan tambah tenaga.


9. Avokado


Avokado mengandungi tahap asid folik yang tinggi dimana membantu memproses protein secara metabolisme kemudiannya menjadikan anda lebih bertenaga. Avokado juga mengandungi vitamin B6 dan potasium yang dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki.
Juga baik untuk wanita kerana mampu meningkatkan libido wanita.


10. Asparagus


Mengandungi vitamin E yang tinggi.Ia dipercayai sebagai vitamin yang khusus untuk seks. Dikatakan juga boleh melihat kesannya jika makan asparagus selama tiga hari berturut-turut.

Akhir kata, saya bukan seorang doktor malah jauh sekali seorang pakar seksual. Jadi, saya hanya olah sahaja. Nak tahu apa supplemen Shaklee yang sesuai untuk lelaki, nantikan entri saya akan datang ye…

credit


0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.