Saturday 21 September 2013

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Siapa yang tak pernah dengar lagu popular sekarang ni yang tajuknya "Aku yang dulu bukanlah sekarang". Nyanyian penyanyi cilik dari Indonesia yang bernama Tegar. Saya suka sangat lagu ni sebab bait-bait dalam lagu ni sedikit sebanyak memberikan saya keinsafan dan semangat untuk terus berjaya. 


Bila dengar lagu ni teringat juga kisah kehidupan saya dulu. Apa yang saya nak tekankan di sini kehidupan saya sebelum menjadi pengedar Shaklee. Hidup dengan makan gaji setiap bulan amat memeritkan saya.  Lagi-lagi bila dah berkahwin, mempunyai anak, tanggungjawab tu menjadi lebih besar. Belum hujung bulan duit dalam akaun dah habis. Kadang-kadang tinggal RM30 je.. Nak beli susu dan pampers anak pun susah. 

Ye memang tanggungjawab tu semua wajib dipikul oleh suami. Tapi bagi saya apa salahnya saya membantu suami untuk meringankan beban beliau. So saya mengambil keputusan untuk berubah. Berubah dari susah ke senang. Saya tak nak masalah ini berterusan terjadi dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan Allah. Saya bertemu dengan biz Shaklee yang amat-amat menarik dan berjaya mengubah nasib ramai orang.  

Bermulanya saya dengan Shaklee bila saya mencari supplement yang sesuai untuk menambah susu badan. Ye lah, tekad saya lepas melahirkan anak kembar saya adalah nak menyusukan mereka dengan susu ibu hingga 2 tahun. Nak tahu perjalanan saya dalam menyusukan anak2 kembar saya boleh lah ke ENTRY SAYA. Mulanya saya hanya ingin mencuba supplement ni. Lepas dah cuba memang berhasil. Susu saya kian bertambah. Saya rasa inilah supplement terbaik untuk saya dan amat berkesan. Nak tau supplement apa yang saya ambil, leh la ke ENTRY SAYA. Dalam harti saya terdetik apa salahnya kalau saya cuba buat biz ni. Mana tahu ia berhasil?

Benarlah kata orang, bukan senang nak senang... Usaha dan pengorbanan perlu ada dalam diri seseorang. Nak jadi pengedar Shaklee yang benar-benar berjaya tak semudah ABC.. Saya bersyukur dipertemukan dengan Mommy Lyna. Bagi saya beliau adalah seorang wanita yang perlu dijadikan ikon bagi setiap wanita yang ingin berjaya. Beliau juga lah yang banyak membantu saya dalam biz ni. Ye saya mengaku saya bermula dengan "0". Tak tau apa-apa pun dalam selok belok perniagaan. Saya tak pernah tau camana nak buat blog, camana nak buat iklan, nak buat poster dan macam2 lagi. Tapi dengan berkat usaha tunjuk ajar dari beliau saya telah menjadi diri saya yang sekarang :)

Ye saya mengaku perjalanan saya dengan Shaklee masih belum tamat. Banyak lagi usaha yang perlu saya lakukan untuk terus berjaya dalam Shaklee. Kehidupan saya sekarang memang banyak berubah. Alhamdulillah. Sekarang saya tak perlu lagi nak tunggu gaji di hujung bulan untuk membeli apa yang saya mahu. Tak perlu lagi rasa susah hati memikirkan duit takde nak beli susu dan pampers anak. Tak perlu susah hati memikirkan hutang yang banyak, sedikit sebanyak saya dapat membantu keluarga saya dan orang lain. Terima kasih Allah dengan rezeki yang Engkau berikan ini. Moga kecekalan hati terus diberikan kepada saya. 

Saya yang sekarang :)

Oleh itu, kepada sesiapa sahaja yang rasa ingin membuat biz part time, nak tambah pendapatan, nak merubah kehidupan, jom la hubungi saya segera. Saya akan masukkan anda ke dalam group bimbingan eksklusif saya. Tak mahal pon nak register ahli Shaklee. RM 75 saje seumur hidup. Murah kan? Jangan risau, saya akan membimbing anda bersama upline2 yang hebat2 belaka. JOM UBAH! 

Nak tahu apa kelebihan jadi ahli Shaklee? KLIK SINI
Nak jadi ahli Shaklee di bawah group istimewa saya? KLIK SINI


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750








0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.