Friday, 12 October 2012

Kanggaroo Care - Penjagaan bayi pramatang

Anda penah dengar Kanggaroo Care? Bagi ibu-ibu yang tidak pernah melahirkan bayi pramatang (Syukur Alhamdulillah. ) saya percaya pasti ada antara ibu-ibu yang tidak tahu apa itu Kanggaroo Care. Tetapi bagi ibu-ibu yang telah berpengalaman melahirkan anak bayi pramatang ini pastinya Kanggaroo Care sudah menjadi kebiasaan ketika anak-anak mereka berada di unit kawalan rapi di hospital. 

Apa itu Kanggaroo Care?




Kanggaroo Care adalah keadaan di mana ibu atau bapa mendakap bayi secara sentuhan kulit. Maknanya di sini ketika mendakap bayi, dada ibu/bapa hendaklah bersentuhan dengan dada bayi. (bayi ditiarapkan di atas dada ibu/bapa) bukan ibu saje yang boleh buat macam ni. Bapa pon boleh buat ye..Sebelum mendakap bayi, pakaian bayi perlulah ditanggalkan terlebih dahulu (tinggalkan diapers sahaja) dan tubuh bayi perlu diselimut untuk memanaskan tubuh badan bayi. Kanggaroo Care juga boleh dilakukan kepada bayi yang baru lahir juga.. Tidak hanya kepada bayi pramatang sahaja.


Kebaikan Kanggaroo Care?


  • Dapat memanaskan tubuh bayi - semasa ibu/bapa mendakap bayi, secara tidak langsung tubuh badan bayi dapat dipanaskan secara sempurna
  • Mudah bernafas - Bayi akan lebih mudah bernafas semasa berada di dalam dakapan ibu/bapa
  • Mengurangkan tangisan - Bayi akan rasa lebih selamat semasa berada di dalam dakapan ibu/bapa
  • Membantu penghasilan susu ibu - Apabila mendakap bayi, secara tidak langsung akan merangsang penghasilan susu ibu.
  • Mendengar degupan jantung - Bayi akan mendengar degupan jantung ibu/bapa semasa didakap  menyebabkan bayi berasa lebih tenang dan selamat. Ini juga akan membantu proses pembesaran bayi terutama bagi bayi pramatang
  • Degupan jantung yang stabil- Bayi akan lebih mendapat degupan jantung yang lebih stabil.


Anak2 kembarku satu ketika dulu... 


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Mommatwinz Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - Jom Makan Vitamin-
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp :             013-6969805      
Shaklee ID : 859750
 







0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Terkini

Promosi Terkini

Jom Beli Secara Online Guna Kad Kredit/Debit

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Follow by Email

Powered by Blogger.