Tips berpuasa bagi ibu yang menyusukan
Tak sampai sebulan pun lagi kita nak menyambut bulan yang penuh barakah iaitu Bulan Ramadhan.. Tak sabar rasanye nak berada di bulan ni. Seronoknya rasa tak terhingga. Bulan ni lah segala pahala amalan kita dilipat gandakan, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Tidak dinafikan juga mungkin ada segelintir ibu-ibu yang menyusukan sedang sibuk mencari tips- tips agar ibu sentiasa bertenaga walaupun sedang menyusukan. Mungkin juga ramai yang risau takut bekalan susu x cukup untuk anak, larat ke ibu berpuasa dan sebagainya. Jangan risau k. InsyaAllah kalau kita berserah kepada Allah insyaAllah Allah akan bantu kita. Macam saya dulu lagi la menyusukan baby kembar. Alhamdulillah, dapat berpuasa penuh. Ok hari ni saya nak sharekan kepada ibu-ibu semua tips-tips menghadapi Ramadhan bagi ibu-ibu menyusukan. Jom baca..
Tips-tips berpuasa bagi ibu yang menyusukan :
- Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
- Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
- Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
- Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
- Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
- Makan banyak kurma.
- Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
- Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
- Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
- Pam susu sebelum sahur.
- Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
- Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
- Ambil milk booster jika perlu.
- Elakkan terlalu penat.
- Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
- Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
- Mengamalkan supplement agar ibu sentiasa bertenaga dan bekalan susu mencukupi. Untuk melihat supplement Shaklee yang saya cadangkan ketika ibu berpuasa boleh KLIK SINI
Sekiranya anda ingin mendapatkan vitamin ibu menyusu semasa berpuasa boleh la menghubungi saya k. Jangan risau ada harga "special" untuk anda sempena menyambut Ramadhan ini.. Selamat berpuasa saya ucapkan semoga amalan puasa kita kali ini lebih baik dari tahun-tahun terdahulu. Amin....
* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay -
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay -
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750
0 comments:
Post a Comment