Kepentingan Vitamin Untuk Ibu Hamil
Kehamilan adalah salah satu tempoh yang paling penting bagi ibu untuk menjaga segala pemakanan yang diambil bagi memastikan ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat. Pengambilan vitamin adalah salah satu cara bagi melengkapkan nutrisi ibu dan bayi.
Risiko kekurangan nutrisi ibu hamil terhadap bayi
1. Bayi kurang berat badan
Jika seorang ibu hamil mengalami kekurangan pemakanan, maka bayi dalam kandungan turut akan mengalami kurang nutrisi. Dengan kata lain, nutrisi dan mineral amatlah penting untuk pertumbuhan seumur hidup.
Sekiranya ibu tidak cukup nutrisi, akibatnya, bayi akan menunjukkan tahap pertumbuhan dan berat badan yang rendah. Berat badan kurang daripada 1.5kg ketika dilahirkan akan merisikokan bayi ditahan di wad disebabkan masalah berat badan rendah.
Selain itu kurang pengambilan pemakanan semasa mengandung akan menyebabkan sistem imun yang rendah, berisiko menghidap penyakit akibat jangkitan.
2. Berpotensi anak dengan IQ rendah
Kesan malnutrisi pada ibu hamil akan memberikan kesan kesihatan kepada bayi di sepanjang hidupnya. Bayi yang mengalami masalah malnutrisi akan menyebabkannya mudah terdedah kepada jangkitan, bukan sahaja di awal kelahirannya, bahkan pada masa dewasan kehidupannya.
Selain itu terdapat kebarangkalian yang tinggi bayi akan mengalami gangguan kognitif serta IQ yang rendah secara langsung berkaitan dengan gejala kekurangan gizi, terutama selama masa kehamilan.
3. Pertumbuhan terbantut pada kanak-kanak
Anak-anak yang dilahirkan dari ibu yang tidak cukup nutrisi ini lebih terdedah kepada pertumbuhan yang rendah, kurang koordinasi, penglihatan kabur, kesukaran untuk belajar, dan banyak penyakit lain. Anemia merupakan salah satu penyakit yang disebabkan kerana masalah malnutrisi, yang memberi kesan kepada beberapa wanita hamil di seluruh dunia. Hal ini juga meningkatkan risiko kematian ibu dan bayi semasa melahirkan. Kesan serius lain adalah kelahiran pra-matang, kesukaran bersalin, pendarahan selepas bersalin, dan cacat lahir.
4. Malnutrisi semasa proses menyusu
Selain kesan semasa kehamilan, dalam proses menyusu juga sangat penting pengambilan makanan berkhasiat dan suplemen. Ini kerana bayi yang menyusu ibu memerlukan gizi seimbang yang hanya didapatinya melalui susu ibu.
Masalah kekurangan nutrisi ibu hamul boleh diselesaikan dengan pengambilan Set Hamil Shaklee Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA
0 comments:
Post a Comment