Thursday, 17 November 2016

5 Cara Elak Risiko Kencing Manis Ketika Hamil

"Tahniah puan, puan hamil".. Bila kita dapat tahu je yang kita hamil, perasaan happy dan syukur tu tak dapat nak dibayangkan. Lebih-lebih lagi kalo anak pertama. kali pertama nak rasa jadi ibu, manis nye saat tu. Satu family happy dengan berita tu. Sape ada pengalaman macam tu sebut yeay!! hehe...

Bila dah hamil ni faham-faham je lah. Macam-macam nak kena jaga. Makan nak kena jaga, kesihatan nak kena jaga, nak berjalan pon kena hati-hati. Lagi-lagi dalam trimester pertama. Perkara yang paling saya takut time hamil ialah kencing manis. 

Bagaimana terjadinya kencing manis ketika hamil?



Semasa hamil, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, ini akan mengakibatkan anda menghidap kencing manis ketika hamil.

Kencing manis ketika hamil selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis kencing manis yang lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

Pada kebiasaannya, kencing manis ketika hamil tak menunjukkan sebarang tanda.. Akan tetapi jika ada tanda-tanda seperti di bawah ini segeralah berjumpa doktor.
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.

Cara untuk elak risiko kencing manis ketika hamil


  • Mengamalkan diet yang seimbang yang merangkumi karbohidrat daripada bijian penuh, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat.
  • Bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah. Banyak senaman yang selamat dilakukan semasa hamil seperti yoga, pilates, berenang dan berjalan. Takde alasan untuk ibu hamil tak bersenam kan?
  • Mengawal berat badan
  • Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan dan meningkatkan risiko menghidap kencing manis ketika hamil. 

Kalau didapati menghidap diabetis ketika hamil macamana nak buat ye? Saya akan terangkan pada next entry. so stay cun.. 😉


Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
Shaklee ID : 859750
0136969805


0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Arkib Blog

Powered by Blogger.