Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
- Tekanan darah yang normal adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
- 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
Langkah-langkah menurunkan tekanan darah tinggi
Sekiranya anda mempunyai tekanan darah yang tinggi, anda boleh mencuba mengamalkan langkah-langkah di bawah ini
- Kurangkan berat badan. Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menurunkan berat badan. Mengurangkan berat badan sebanyak 5kg sudah memberikan impak yang ketara dan boleh membuatkan ubat darah tinggi yang diberikan oleh doktor berkesan pada tubuh badan.
- Bersenam dengan kerap. Anda perlu mencuba untuk bersenam dalam masa 30-45 minit 3-4x (jumlah minimum} seminggu. Pada masa yang sama ia juga membantu kurangkan berat badan.
- Kurangkan pengambilan garam. Anda perlu mengurangkan pengambilan garam kurang dari 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang menyerap air dan boleh meningkatkan tekanan darah. Anda perlu kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Perlu diingat: 1 sudu teh adalah bersamaan 2.3g garam.
- Berhenti merokok: Kesan nikotin rokok dapat meningkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sejam. Sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun akan tinggi sepanjang masa.
- Kurangkan Stress. Pengambilan B Complex dapat mengawal keadaan stress anda. Anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan stress.
- Amalkan diet yang sihat. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah.
- Lakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
0 comments:
Post a Comment