Cara berkesan hilangkan jerawat hingga kulit jadi licin
Alamak! Jerawat lah.... Bila ada je jerawat saya pasti mesti kita automatik jadi risau, tak senang duduk, asyik-asyik tengok cermin. Ada jugak yang nampak je jerawat, terus picit dengan kuku pulak tu.. Eh, jangan buat macam tu. Kuku kan ada kuman, bila kita picit jerawat dengan kuku, ia kan sebabkan jerawat kita semakin teruk.
Punca-punca terjadinya jerawat
Jerawat ni bukan saja-saja je tau nak tumbuh. Bila jerawat tumbuh, kita perlu beri perhatian. Jerawat tumbuh adalah di sebabkan :
1. Masalah hormon
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. .Sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.
2. Masalah Jangkitan Bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan bakteria ini ke bahagian yang lain pula.
3. Pengambilan makanan
Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.
4. Stress
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.
5. Penggunaan kosmetik dan alat solek
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.
6. Pancaran cahaya matahari
Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.
7. Pakaian
Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.
Ooo.. Ini puncanya jerawat tumbuh.. Kalau tak nak jerawat tumbuh, seelok-eloknya kita cuba lah hindarkan diri dari punca-punca kat atas ni.. Mencegah tu kan lebih baik. Bagi yang memang dah lama menghadapi masalah ni, dah cuba macam-macam cara tapi tak selesai jugak, jom saya sharekan apa yang boleh anda buat..
Cara berkesan hilangkan jerawat
- Buang atau cuci segala toksin di dalam badan. Toksin adalah salah satu punca tumbuhnya jerawat
- Merawat kulit dengan pengambilan supplement Shaklee
- Penjagaan kulit dengan menggunakan masker dari supplement dan skincare Shaklee
Produk Shaklee yang dicadangkan untuk merawat jerawat
1. Alfalfa Complex
Salah satu fungsi Alfalfa adalah membuang toksin di dalam badan. Sebelum nak rawat jerawat, kita mesti detox dulu. Bila dah detox baru mudah vitamin nak bertindak di dalam badan. Nak tau apa lagi fungsi alfalfa? KLIK SINI
2. Vitamin C Sustained Release
Vitamin C bertindak sebagai antioksida dan menghasilkan kolagen. Ia boleh menghalang kotoran yang boleh menyebabkan jerawat. Nak tau apa lagi khasiat Vitamn C KLIK SINI
3. ESP
ESP bertindak untuk menghasilkan sel-sel baru untuk kulit. Ia sangat berkesan untuk merawat kulit yang rosak akibat jerawat.Ia juga dapat menghilangkan parut jerawat. Nak tau apa lagi kelebihan ESP? KLIK SINI
4. Vitamin E
Pengambilan Vitamin E dapat membantu mengurangkan masalah jerawat kerana ia bertindak memperbaiki peredaran darah dan memperbaiki tisu kulit. Ia juga boleh menghilangkan parut jerawat. Best kan? Nak tau apa lagi fungsi vitamin E? Jom KLIK SINI
5. Vivix
Salah satu nutrisi yang terkandung di dalam Vivix adalah resveratrol. Resveratrol merupakan antioksidan dan merujuk kepada kumpulan polifenol yang mana sangat berkesan melawan radikal bebas
Vivix juga mampu mencegah penghasilan AGE protein. AGE protein ni adalah gula yang berlebihan dan juga protein. Bila AGE ni banyak dalam badan boleh menyebabkan sel mati atau artherosclerotic. Dengan Vivix, AGE taklah boleh dihasilkan secara semberono. Maka bolehlah kurangkan sel mati tu berkali-kali ganda. Menjadikan jerawat pun hilang dan kulit anda flawless. Nak tahu apa lagi kelebihan Vivix? Jom KLIK SINI
Testimoni berjaya rawat jerawat dengan Shaklee
Kesan rawat jerawat dengan Vivix |
Set Jerawat Shaklee |
Rawat jerawat dengan Vitamin C |
Rawat Jerawat dengan Set Jerawat Shaklee |
Rawat jerawat dengan alfalfa |
0 comments:
Post a Comment