Sunday, 20 October 2013

Jom tegangkan kulit dengan Shaklee Collagen Powder

Mungkin ada lagi yang tak tahu apa menariknya Shaklee Collagen Powder ni hingga jadi sebutan dan perbualan mereka yang dah mencubanya. Bila dah cuba saya pasti mesti anda terus jatuh hati dan sayang untuk meninggalkannya termasuk la saya... hehehe... Ok la bagi anda yang nak tahu serba sedikit tentang Shaklee Collagen Powder ni... Jom kita teruskan membaca..

Apa itu kolagen?


Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan. Kolagen terdapat pada kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Jangan ingat kolagen ni ada pada kulit je ye :). 72% daripada kulit kita adalah kolagen dan 80% tulang adalah kolagen. 

Apa fungsi kolagen?

Kolagen ni sebenanye bertindak sebagai pelindung organ kita seperti hati, perut, jantung, paru-paru., saluran darah, sel otak dan organ dalaman lain. Kalau untuk luaran, kolagen ni membantu dari segi kecantikan dan kesihatan. Bila makan kolagen ni kulit akan rasa lembut je. Muka pon nampak muda. Kalau x percaya cer tanya dan lihat sendiri mereka2 yang dah amalkan kolagen ni.

Apa itu Shaklee Collagen Powder (SCP)?




Shaklee Collagen Powder atau nama singkatannya SCP adalah terdiri dari bahan semulajadi dan merupakan suplemen kolagen yang hebat. Sebab apa dikatakan hebat? Ia merupakan kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kalau anda nak tahu, ikan merah hidup di dalam laut sedalam 5000m dan boleh menahan tekanan sehinga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan dalam. Tak semua ikan mampu hidup di dalam laut yang bertekanan tinggi. Sebab tu la ikan merah ni adalah sumber kolagen yang terbaik. SCP ni bahannya bukan je dari sisik ikan merah je.Shaklee tambahkan lagi dengan 7 bahan aktif yang terdiri dari ekstrak biji Camellia Japonica, Ekstrak Pffafia, kolagen ikan, ekstrak kulit kerangan laut, lactobacillus achidophilus. vitamin C, Vitamin B2 & B6 yang mana kesemua bahan2 ni mempunyai fungsinya tersendiri.


Perbezaan Shaklee Collagen Powder dengan kolagen yang lain di pasaran 


  • Dihasilkan dari kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Mengandungi berat molekul rendah daripada 1000 dalton dan adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000 dalton.
  • Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembabkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.
Terbukti Shaklee Collagen sangat berkesan!!

Ujian klinikal ke atas Shaklee Collagen Powder membuktikan 71% pengguna mempunyai tesktur kulit yang lebih gebu selepas mengggunakannya selama 8 minggu berturut-turut

69% peningkatan terhadap kelembapan kulit

75% peningkatan terhadap kelicinan kulit
90% peningkatan terhadap keserian wajah dan kulit
80% pengurangan kedutan diwajah


Ha.. best kan Shaklee Collagen Powder ni... Saya pon turut jatuh hati bila dah guna SCP ni. Kesannye dapat dirasai seawal 5 hari.. Lembut sangat kulit ni.. Terasa kulit macam baby je... hehehe... Yang penting suami pon suka je nak belai.. Ahaks!! Ok la bagi anda yang sangat teruja nak dapatkan SCP ni, boleh la hubungi saya k.. Nak call boleh.. sms boleh.. whatsapp lagi la boleh.. no fon saya 013-6969805. Nantikan testimoni pasal SCP ni pada entri saya akan datang ye.. see u..


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Sunday, 22 September 2013

Tips hilangkan "morning sickness" ketika hamil


Morning Sickness bermaksud perasaan mual yang disertai muntah atau tidak di awal tempoh kehamilan (1st trimister) Morning sickness ni selalu berlaku di awal pagi ketika baru bangun tidur hinggalah sampai waktu tengahari. Morning Sickness biasanya hanya berlaku pada minggu pertama hingga ke minggu 13 kehamilan. Akan tetapi ada juga ibu hamil yang mengalami morning sickness ini sepanjang tempoh kehamilannya. Ikutkan saya dulu rasanya tak sabar nak tunggu tempoh morning sickness ni habis. Tak larat rasanya. Hanya ibu2 yang pernah hamil saja yang tahu perasaannya.. Kan??



Gejala-gejala morning sickness :

  • Rasa mual
  • Hilang selera makan
  • Muntah
  • Tak bermaya
  • Pening kepala

Penyebab morning sickness :

  • Hormon hCG -
    Hormon ini meningkat dengan tinggi di awal kehamilan. Semakin tinggi hormon hCG pada seorang ibu, semakin tinggilah rasa loya pada ibu
  • Hormon Estrogen - 
    Hormon ini juga meningkat di awal kehamilan menjadi salah satu punca ibu hamil berasa loya.
  • Sensiviti terhadap bau - 
    Ibu hamil juga mudah sensitif terhadap bau-bauan atau sesuatu aroma di sekelilingnya. Ini berkemungkinan di sebabkan meningkatnya hormon estrogen pada ibu hamil itu sendiri
  • Perut yang sensitif - 
    Beberapa kajian mendapati ibu hamil yang mempunyai bakteria perut yang dipanggil Helicobacter Pylori adalah lebih cenderung mengalami loya yang lebih teruk
Tips hilangkan gejala morning sickness ;

  • Dapatkan rehat yang cukup -
    Tidurlah dengan lena di waktu malam dan tidurlah sebentar di waktu tengahari
  • Bangun perlahan-lahan -
    Ketika bangun pagi, elakkan dari rasa kelam kabut. Ambil masa dahulu. Ini mampu mengelakkan ibu hamil dari berasa pening
  • Pilih makanan -
    Elakkan dari makan makanan yang pedas dan berminyak. Pengambilan kafien juga harus dielakkan
  • Makan dalam portion yang kecil -
    Elakkan makan dengan banyak sekaligus sepanjang tempoh ini. Makan biarlah sikit tetapi kerap.
  • Aktiviti fizikal -
    Banyakkan pergerakan fizikal mampu mengelakkan morning sickness. Jadi jom window shopping :)
  • Pengambilan cecair -
    Minumlah air dengan banyak. Ibu hamil yang seringkali muntah akan kehilangan banyak air di dalam badannya. Oleh itu air perlu diminum dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi. Minum air yang berasa masam juga seperti air limau dapat membantu menghilangkan rasa loya.
  • Pastikan fikiran tidak kosong -
    Elakkan dari sentiasa termenung dan sebagainya. Buatlah sebarang aktiviti seperti membaca, dan berbual-bual dengan rakan
  • Cium bau segar -
    Ibu hamil sangat alah pada bau yang busuk. Oleh itu carilah bau-bauan yang segar seperti lemon dan daun rosemary

Supplement yang boleh diamalkan :

  • Vitamin ibu hamil - Pengambilan vitamin ini dapat meningkatkan nutrisi kepada ibu hamil
  • Peppermint Ginger Plus - Pengambilan vitamin ini dapat membantu membuangkan angin di dalam badan. Vitamin ini boleh diambil jika benar-benar ibu itu memerlukan. Di awal pengambilan, cukup sekadar sebiji sehari. 

  • Ostematrix - Ibu hamil memerlukan pengambilan kalsium yang cukup. Kekejangan otot yang sering dialami oleh ibu hamil menunjukkan si ibu memerlukan kalsium.

  • Vit C Chewable Plus - Rasanya yang masam dapat membantu ibu menghilangkan rasa loya. Pengambilan vitamin C juga dapat meningkatkan antibodi ibu.

  • Performance Drink  - Pengambilan performance drink dapat membantu ibu dari dehidrasi akibat muntah yang berpanjangan. Rasanya yang masam juga dapat menyelesakan tekak ibu.




Walau apa pun yang berlaku, sebagai umat Islam, kita harus menerima keadaan ini sebagai ujian dari Allah. Ketahui lah besar ganjarannya kita mengandungkan zuriat suami. Hadapilah morning sickness ini dengan tabah. 


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750


Saturday, 21 September 2013

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Siapa yang tak pernah dengar lagu popular sekarang ni yang tajuknya "Aku yang dulu bukanlah sekarang". Nyanyian penyanyi cilik dari Indonesia yang bernama Tegar. Saya suka sangat lagu ni sebab bait-bait dalam lagu ni sedikit sebanyak memberikan saya keinsafan dan semangat untuk terus berjaya. 


Bila dengar lagu ni teringat juga kisah kehidupan saya dulu. Apa yang saya nak tekankan di sini kehidupan saya sebelum menjadi pengedar Shaklee. Hidup dengan makan gaji setiap bulan amat memeritkan saya.  Lagi-lagi bila dah berkahwin, mempunyai anak, tanggungjawab tu menjadi lebih besar. Belum hujung bulan duit dalam akaun dah habis. Kadang-kadang tinggal RM30 je.. Nak beli susu dan pampers anak pun susah. 

Ye memang tanggungjawab tu semua wajib dipikul oleh suami. Tapi bagi saya apa salahnya saya membantu suami untuk meringankan beban beliau. So saya mengambil keputusan untuk berubah. Berubah dari susah ke senang. Saya tak nak masalah ini berterusan terjadi dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan Allah. Saya bertemu dengan biz Shaklee yang amat-amat menarik dan berjaya mengubah nasib ramai orang.  

Bermulanya saya dengan Shaklee bila saya mencari supplement yang sesuai untuk menambah susu badan. Ye lah, tekad saya lepas melahirkan anak kembar saya adalah nak menyusukan mereka dengan susu ibu hingga 2 tahun. Nak tahu perjalanan saya dalam menyusukan anak2 kembar saya boleh lah ke ENTRY SAYA. Mulanya saya hanya ingin mencuba supplement ni. Lepas dah cuba memang berhasil. Susu saya kian bertambah. Saya rasa inilah supplement terbaik untuk saya dan amat berkesan. Nak tau supplement apa yang saya ambil, leh la ke ENTRY SAYA. Dalam harti saya terdetik apa salahnya kalau saya cuba buat biz ni. Mana tahu ia berhasil?

Benarlah kata orang, bukan senang nak senang... Usaha dan pengorbanan perlu ada dalam diri seseorang. Nak jadi pengedar Shaklee yang benar-benar berjaya tak semudah ABC.. Saya bersyukur dipertemukan dengan Mommy Lyna. Bagi saya beliau adalah seorang wanita yang perlu dijadikan ikon bagi setiap wanita yang ingin berjaya. Beliau juga lah yang banyak membantu saya dalam biz ni. Ye saya mengaku saya bermula dengan "0". Tak tau apa-apa pun dalam selok belok perniagaan. Saya tak pernah tau camana nak buat blog, camana nak buat iklan, nak buat poster dan macam2 lagi. Tapi dengan berkat usaha tunjuk ajar dari beliau saya telah menjadi diri saya yang sekarang :)

Ye saya mengaku perjalanan saya dengan Shaklee masih belum tamat. Banyak lagi usaha yang perlu saya lakukan untuk terus berjaya dalam Shaklee. Kehidupan saya sekarang memang banyak berubah. Alhamdulillah. Sekarang saya tak perlu lagi nak tunggu gaji di hujung bulan untuk membeli apa yang saya mahu. Tak perlu lagi rasa susah hati memikirkan duit takde nak beli susu dan pampers anak. Tak perlu susah hati memikirkan hutang yang banyak, sedikit sebanyak saya dapat membantu keluarga saya dan orang lain. Terima kasih Allah dengan rezeki yang Engkau berikan ini. Moga kecekalan hati terus diberikan kepada saya. 

Saya yang sekarang :)

Oleh itu, kepada sesiapa sahaja yang rasa ingin membuat biz part time, nak tambah pendapatan, nak merubah kehidupan, jom la hubungi saya segera. Saya akan masukkan anda ke dalam group bimbingan eksklusif saya. Tak mahal pon nak register ahli Shaklee. RM 75 saje seumur hidup. Murah kan? Jangan risau, saya akan membimbing anda bersama upline2 yang hebat2 belaka. JOM UBAH! 

Nak tahu apa kelebihan jadi ahli Shaklee? KLIK SINI
Nak jadi ahli Shaklee di bawah group istimewa saya? KLIK SINI


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750








Thursday, 12 September 2013

Hangatkan hubungan suami isteri dengan "Vitamin Cinta" Shaklee

Vitamin Cinta? Waaa menarik tu.. Shaklee ada jugak ke keluarkan produk vitamin cinta? Mesti ramai yang nak tau apa sebenanye vitamin cinta ni. Kami namakan vitamin cinta ni sebab memang vitamin-vitamin ni sangatlah berkesan untuk menghangatkan lagi hubungan suami isteri.. Membantu memperbaiki hubungan suami isteri yang dingin dan macam-macam lagi.. Ada jugak yang gelar vitamin ni "Vitamin Seks"



Vitamin Cinta yang saya maksudkan tu adalah vitamin E dan alfalfa.. Kedua-dua vitamin ni sangat penting dalam menghangatkan lagi hubungan suami isteri..Jom kita usha dulu pe peranan vitamin E ni.

Peranan Vitamin E untuk suami isteri : 



  1. Lebih tenaga
  2. Ereksi yang lebih lama
  3. Lebih cepat teransang
  4. Meningkatkan pengeluaran air mani bagi lelaki
  5. Meningkatkan kesuburan
  6. Mestabilkan hubungan seks/kewanitaan terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai hormon prolaktin ( hormon menyusu) yang tinggi 
  7. Melancarkan pengaliran darah

Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.

sumber 

Nak tau lagi apa keistimewaan vitamin E ni? Jom KLIK SINI

Jom kita baca plak apa kelebihan alfalfa ni khususnya kepada wanita :

Kelebihan alfalfa 



  • Berfungsi seperti "kacip fatimah" iaitu merapatkan yang membantu hubungan suami isteri semakin hangat
  • Membantu pembesaran payudara, (wahh!! bonus ni)
  • Membantu menyelesaikan masalah "kering ketika bersama"
  • Membantu mengurangkan masalah keputihan pada wanita
Nak tahu apa komen-komen para suami bila isteri mereka mengamalkan alfalfa? Jom KLIK SINI

Eh tapi jangan salah sangka ye.. Alfalfa ni bukan untuk wanita je tau.. Lelaki pon patut mengamalkan alfalfa untuk kesihatan sebab alfalfa ni mempunyai 1001 khasiat. Kalau anda nak tahu apa khasiatnya jom KLIK SINI

Bila dah baca penerangan dan komen-komen kat atas ni pasal vitamin cinta shaklee, saya pasti mesti ramai yang teruja nak dapatkan kedua-dua vitamin ni kan. Untuk dapatkan vitamin ni anda boleh hubungi saya dengan segera sebab saya nak offer kepada anda harga SUPER SPECIAL.Rugi tak cuba tau.. Jom ctc saya :)

* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Saturday, 7 September 2013

Kesihatan jantung bertambah baik, kulit pun semakin cantik dengan CoQHealth Plus

Sibuk betul saya sejak akhir-akhir ni sebab ramai yang bertanya pasal CoQ Health Plus keluaran terbaru Shaklee ni. Masing-masing menunjukkan minat nak mencuba. Oleh kerana CoQ Health Plus ni masih baru lagi dilancarkan iaitu pada bulan Jun 2013 yang lalu, meh saya ceritakan serba sedikit info yang menarik berkenaan CoQ Health Plus.

Apakah CoQHealth Plus?

CoQHealth Plus adalah sejenis supplemen yang mengandungi kesemua proprietari semulajadi dari campuran 28mg CoQ10 dengan 10mg vitamin E dan ekstrak teh hijau. Jika anda nak tahu apa yang dimaksudkan dengan CoQ10 tu boleh la ke entry saya sebelum ni dengan KLIK SINI

Apakah kebaikan CoQHealth Plus?

Dengan pengambilan sebiji sehari CoQHealth Plus dapat :

  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat dari kolestrol jahat ( LDL) yang menyebabkan jantung sukar mengepam (menyebabkan serangan jantung)
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
  • Membantu mengurangkan proses penuaan, wajah lebih berseri 
  • Mampu menghilangkan kedutan dan jeragat 
  • Meningkatkan kesuburan (khusus bagi lelaki)
  • Berfungsi sebagai "sunblock" melindungi kulit dari pancaran sinar matahari (amat sesuai bagi sesiapa yang selalu terdedah kepada pancaran matahari
  • Meningkatkan tenaga dan stamina
Siapakah yang perlu mengambil CoQHealth Plus?

  • Sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan kesihatan yang terbaik
  • Berusia 30 tahun ke atas 
  • Mempunyai masalah kekurangan tenaga (sering letih dan lesu)
  • Mempunyai masalah jantung
  • Sesuai diambil oleh lelaki dan wanita
  • Pengamal ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi dan kolestrol
  • Wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga
Apa kata mereka yang telah mencuba CoQHealth Plus.

Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3



Testimoni 4



Testimoni 5



Cukup la kan testimoni - testimoni yang saya sharekan pasal bestnya CoQHealth ni... Bagi anda yang rasa nak cuba boleh la hubungi saya segera k.. Harga pasaran RM124.. Nak harga special dari saya? Jom sms/whatsapp saya.. Bila badan sihat mudah kita nak beribadah kan? Ok jumpa lagi di entry yang lain ye..

* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750


Thursday, 18 July 2013

Atasi masalah gastrik di bulan puasa dengan ESP

Salam Ramadhan, Alhamdulillah kita dah seminggu kita berpuasa. Kejap je kan? Selalu tak anda dengar orang-orang yang tidak boleh berpuasa kerana gastrik? Sangat kasihan dengan mereka yang mempunyai masalah sebegini. Takkan asyik tak boleh nak puasa je kan? Sebenarnya ada banyak usaha yang kita boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya dengan mengamalkan ESP. Jika ada di antara anda tidak tahu apa itu ESP dan kelebihannya boleh klik sini. Jom saya sharekan pengalaman Puan SufiahNoor dalam mengatasi masalah gastriknya di bulan puasa.




Kita lihat pula apa kata Puan Normastura :




Ikuti juga apa kata Puan Nurhida :




So, kepada anda yang mempunyai masalah gastrik, apa kata anda mencuba ESP. Manalah tahu dengan usaha anda ni penyakit yang anda hadapi ni sembuh. ESP ni bukan sahaja untuk sembuhkan penyakit, kulit anda juga akan bertambah cantik nanti. Bonus kepada anda yang mengamalkan ESP. Jika anda nak tahu laim-lain testimoni menarik tentang ESP boleh klik sini Bagi anda yang ingin mendapatkan ESP, bolehlah menghubungi saya k. Jangan risau, anda akan mendapat potongan harga yang berbaloi dan konsultasi pemakanan secara percuma dari saya. Ok, dengan itu saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan...


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750


Monday, 15 July 2013

Ramai yang berjaya hamil selepas mengamalkan GLA Complex

Anda dah bertahun-tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata? Atau pun anda baru memiliki seorang cahaya mata dan sukar untuk hamil sekali lagi? Berbagai usaha dah dilakukan tetapi masih belum berhasil? Apa kata anda mencuba GLA Complex. Tak salah mencubakan... Mana tahu dengan usaha anda Allah perkenankan doa anda untuk hamil. Sempena promosi harga "Baek Punya" Gla Complex pada bulan Julai 2013 ni, inginlah saya sharekan dengan anda beberapa testimonial dari mereka yang telah berjaya hamil setelah mengamalkan GLA Complex.

Tapi sebelum tu mesti anda tertanya-tanyakan apa GLA Complex tu? Bagi anda yang ingin mengetahui apa yang terkandung di dalamnya boleh lah ke entry saya sebelum ini dengan KLIK SINI ataupun mungkin anda ingin mengetahui bagaimana GLA berfungsi untuk meningkatkan peluang hamil? Anda boleh ke entry saya dengan KLIK SINI



Ok la jom kita teruskan baca testimonial yang saya sharekan ni....

Testimoni 1



Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4



Alhamdulillah, tahniah kepada yang telah berjaya hamil. Didoakan semoga bayi yang dikandungkan sihat sentiasa sehingga masa melahirkan nanti. Bagi yang masih belum berjaya hamil, cubalah sedaya upaya anda untuk berusaha. Banyakkan berdoa lebih-lebih lagi kita sedang berada dibulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Bagi anda yang ingin mengetahui kelebihan Gla Complex ni boleh juga ke entry saya terdahulu dengan KLIK SINI. Nak dapatkan harga promosi GLA Complex? Jom hubungi saya segera.. Bukan saje dapat harga murah, konsultasi pon saya akan beri dengan secara percuma.. ok la mata pon dah berat, berjumpa lagi kita di entry yang akan datang k..


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750


Tuesday, 9 July 2013

Menu sihat untuk bersahur dan berbuka puasa.

Alhamdulillah.. tinggal beberapa jam je lagi kita nak menyambut Ramadan.. Bulan yang penuh barakah. Bulan yang mana pintu-pintu syurga dibuka luas dan pintu-pintu neraka ditutup rapat. Mesti anda skang ni tengah sibuk plan apa yang nak dimasak untuk bersahur dan berbuka esok kan? Yang paling sibuk mesti la ibu-ibu.. Sebab ibu yang nak masak untuk keluarga. Dikesempatan ini saya nak share la dengan anda tentang pembacaan saya di sebuah blog berkenaan menu sihat ni. Jom kita baca...


Keperluan tubuh kita akan pengambilan makanan dan minuman itu berbeza antara makan sahur dan berbuka puasa. Dimasa sahur, lengkapnya menu makanan (4 sihat 5 sempurna) lebih penting daripada mengenyangkan perut. Semasa berbuka puasa, makan sedikit demi sedikit lebih bagus daripada makan banyak sekaligus. Kalau untuk sahur sebaiknya minum air putih, maka sewaktu berbuka sebaiknya minum yang manis! Inilah diantara perbezaan menu sihat antara sahur dan berbuka puasa.


Kebanyakan orang mempunyai kecenderungan makan berlebihan di bulan puasa, apalagi hidangan di bulan Ramdhan biasanya dibuat lengkap dan istimewa. Padahal, hidangan yang nikmat saja tanpa memenuhi gaya makan yang sihat dan prinsip gizi seimbang boleh membuat puasa menjadi kucar- kacir .


Selain mudah mengantuk dan badan menjadi lemah, menu berbuka dan sahur yang kurang sihat juga boleh membuat kadar kolesterol melonjak. Untuk menjaga agar tubuh tetap fit dan berstamina selama menjalani puasa, semak tip menu berbuka dan sahur dari dr.Phaidon L.Toruan, sport nutritionist yang berikut:


Ketika Makan Sahur:

  • Utamakan air, vitamin, dan elektrolit. Ertinya, minum air putih@ air kosong dan buah-buahan, atau jus buah tanpa gula. Air kelapa juga boleh. Caranya minum air kelapa dulu, dan kerana sifat elektrolit di air kelapa, maka kita akan masih merasa haus baru diteruskan dengan minum air putih. Ketika tidur tubuh kita kehilangan berat 1-2 kg, dan itu adalah air. Jadi memulakan puasa dengan pemulihan cecair adalah langkah yang baik.
  • Pilih menu utama yang terdiri dari karbohidrat kompleks seperti nasi merah@beras p'erang, ubi, spageti, atau bubur kacang hijau dengan gula . Jenis karbohidrat ini lebih "tahan lama" dalam membuat gula dalam darah stabil, sehingga mood menjadi relatif lebih baik. 
  • Jangan lupakan serat, baik dari sayur atau buah. Selain membersihkan usus, serat adalah "penyapu semulajadi" yang membantu membersihkan sisa daging diantara-usus. 
  • Pilih lemak sihat atau minyak yang tidak digoreng, seperti zaitun, minyak kelapa atau flaxseed oil. Misalnya dalam bentuk sambal. Lemak membuat pergerakan makanan di perut menjadi lambat, sehingga lebih tahan lapar. Akan tetapi kalau digunakan minyak yg telah digoreng, baik dari makanan yg telah siap yang dibeli semalam , atau diggoreng segera, maka kita memasukkan radikal bebas ke dalam tubuh kita. Akibatnya manfaat puasa secara fisiologi akan berkurangan.


Ketika Berbuka Puasa:

  • Minum yang air yang manis semulajadi tanpa gula. Air kelapa, jus buah melon atau tembikai dan buah-buahan lain. Elakkan gula pasir kerana akan menyebabkan kesan yoyo pada timbangan di hari Raya nanti, dan memberi kesan kesihatan yang kurang baik.
  • Karbohidrat kompleks akan lebih baik bercampur dengan makanan yang tidak digoreng.Nasi putih, dan makanan bergoreng akan membuatkan anda mengantuk semasa tarawih. Mengoreng mengikat oksigen dalam darah hingga 20%.
  • Pasca buka puasa, mengambil lebih banyak air putih. Usahakan minum air kosong dari masa berbuka puasa hingga sebelum masuk tidur,paling minima minum 1 liter air. 


Contoh menu bersahur yang sihat

  •  Nasi Beras P'erang dengan soto ayam, sambal minyak zaitun dan buah pisang.
  •  Bubur kacang hijau dengan gula dan telur setengah masak dengan 3 putih telur dan 1 kuning telur dan  Buah jeruk
  •  Bubur oatmeal dengan telur rebus dan hirisan buah tomato .
  •  Sandwich, roti gandum dengan butter atau mentega kacang. Telur setengah masak 3 putih dan 1  kuning dan Buah betik. 


Contoh menu berbuka puasa

  • Nasi beras perang dengan sate ayam, buah pisang
  • Nasi beras perang dengan soto ayam, buah limau
  • Spaghetti dengan sos tuna dan salad buah.


Kalau anda nak tahu supplement apa yang boleh diambil ketika bersahur untuk mengekalkan tenaga semasa berpuasa, jom KLIK SINI




* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750




Sunday, 23 June 2013

Tips menghadapi jerebu

Oh tidak, jerebu semakin teruk sekarang ni. Semua sekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak di sekitar Muar, Kuala Lumpur dan Selangor diarah tutup esok. Risaunya memikirkan keselamatan anak-anak. Dalam menghadapi musim jerebu macam ni, ibu bapa perlulah lebih berhati-hati mengawal anak-anak agar mereka tidak terdedah sangat dengan udara di luar rumah. Sempena dengan musim jerebu ni saya nak sharekanlah sedikit tips-tips menghadapi musim jerebu ni agar kita lebih berwaspada.

Tips-tips menghadapi jerebu


  • Kurangkan aktiviti luar rumah
  • Pakai mask atau topeng penutup hidung dan mulut
  • Gunakan penghawa dingin ketika memandu
  • Banyakkan minum air kosong
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun selepas melakukan aktiviti luar
  • Mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simtom akibat jerebu
  • Mengamalkan supplement untuk menguatkan sistem imun badan untuk melawan penyakit

Golongan Terdedah Kepada Kesan Jerebu
  • Kanak-kanak.
  • Orang tua.
  • Perokok.
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah.
  • Asma.
  • Bronkitis.
  • Radang paru-paru.
  • Penyakit paru-paru yang kronik.
  • Penyakit jantung.
  • Alahan.
Kesan dan Simtom Akibat Jerebu:

  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
  • Sukar bernafas atau sesak nafas.
  • Mata pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Sakit-sakit dada.
Supplement yang dicadangkan untuk menguatkan sistem imun



Bagi anda yang ingin mendapatkan supplement-supplement seperti di atas, boleh la menghubungi saya dengan segera. Semoga jerebu ini tidak berlarutan dengan masa yang begitu lama. Mohon dijauhkan kita, anak-anak dan orang tersayang terkenana penyakit akibat jerebu ini. Amin..


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.