Tuesday, 9 July 2013

Menu sihat untuk bersahur dan berbuka puasa.

Alhamdulillah.. tinggal beberapa jam je lagi kita nak menyambut Ramadan.. Bulan yang penuh barakah. Bulan yang mana pintu-pintu syurga dibuka luas dan pintu-pintu neraka ditutup rapat. Mesti anda skang ni tengah sibuk plan apa yang nak dimasak untuk bersahur dan berbuka esok kan? Yang paling sibuk mesti la ibu-ibu.. Sebab ibu yang nak masak untuk keluarga. Dikesempatan ini saya nak share la dengan anda tentang pembacaan saya di sebuah blog berkenaan menu sihat ni. Jom kita baca...


Keperluan tubuh kita akan pengambilan makanan dan minuman itu berbeza antara makan sahur dan berbuka puasa. Dimasa sahur, lengkapnya menu makanan (4 sihat 5 sempurna) lebih penting daripada mengenyangkan perut. Semasa berbuka puasa, makan sedikit demi sedikit lebih bagus daripada makan banyak sekaligus. Kalau untuk sahur sebaiknya minum air putih, maka sewaktu berbuka sebaiknya minum yang manis! Inilah diantara perbezaan menu sihat antara sahur dan berbuka puasa.


Kebanyakan orang mempunyai kecenderungan makan berlebihan di bulan puasa, apalagi hidangan di bulan Ramdhan biasanya dibuat lengkap dan istimewa. Padahal, hidangan yang nikmat saja tanpa memenuhi gaya makan yang sihat dan prinsip gizi seimbang boleh membuat puasa menjadi kucar- kacir .


Selain mudah mengantuk dan badan menjadi lemah, menu berbuka dan sahur yang kurang sihat juga boleh membuat kadar kolesterol melonjak. Untuk menjaga agar tubuh tetap fit dan berstamina selama menjalani puasa, semak tip menu berbuka dan sahur dari dr.Phaidon L.Toruan, sport nutritionist yang berikut:


Ketika Makan Sahur:

  • Utamakan air, vitamin, dan elektrolit. Ertinya, minum air putih@ air kosong dan buah-buahan, atau jus buah tanpa gula. Air kelapa juga boleh. Caranya minum air kelapa dulu, dan kerana sifat elektrolit di air kelapa, maka kita akan masih merasa haus baru diteruskan dengan minum air putih. Ketika tidur tubuh kita kehilangan berat 1-2 kg, dan itu adalah air. Jadi memulakan puasa dengan pemulihan cecair adalah langkah yang baik.
  • Pilih menu utama yang terdiri dari karbohidrat kompleks seperti nasi merah@beras p'erang, ubi, spageti, atau bubur kacang hijau dengan gula . Jenis karbohidrat ini lebih "tahan lama" dalam membuat gula dalam darah stabil, sehingga mood menjadi relatif lebih baik. 
  • Jangan lupakan serat, baik dari sayur atau buah. Selain membersihkan usus, serat adalah "penyapu semulajadi" yang membantu membersihkan sisa daging diantara-usus. 
  • Pilih lemak sihat atau minyak yang tidak digoreng, seperti zaitun, minyak kelapa atau flaxseed oil. Misalnya dalam bentuk sambal. Lemak membuat pergerakan makanan di perut menjadi lambat, sehingga lebih tahan lapar. Akan tetapi kalau digunakan minyak yg telah digoreng, baik dari makanan yg telah siap yang dibeli semalam , atau diggoreng segera, maka kita memasukkan radikal bebas ke dalam tubuh kita. Akibatnya manfaat puasa secara fisiologi akan berkurangan.


Ketika Berbuka Puasa:

  • Minum yang air yang manis semulajadi tanpa gula. Air kelapa, jus buah melon atau tembikai dan buah-buahan lain. Elakkan gula pasir kerana akan menyebabkan kesan yoyo pada timbangan di hari Raya nanti, dan memberi kesan kesihatan yang kurang baik.
  • Karbohidrat kompleks akan lebih baik bercampur dengan makanan yang tidak digoreng.Nasi putih, dan makanan bergoreng akan membuatkan anda mengantuk semasa tarawih. Mengoreng mengikat oksigen dalam darah hingga 20%.
  • Pasca buka puasa, mengambil lebih banyak air putih. Usahakan minum air kosong dari masa berbuka puasa hingga sebelum masuk tidur,paling minima minum 1 liter air. 


Contoh menu bersahur yang sihat

  •  Nasi Beras P'erang dengan soto ayam, sambal minyak zaitun dan buah pisang.
  •  Bubur kacang hijau dengan gula dan telur setengah masak dengan 3 putih telur dan 1 kuning telur dan  Buah jeruk
  •  Bubur oatmeal dengan telur rebus dan hirisan buah tomato .
  •  Sandwich, roti gandum dengan butter atau mentega kacang. Telur setengah masak 3 putih dan 1  kuning dan Buah betik. 


Contoh menu berbuka puasa

  • Nasi beras perang dengan sate ayam, buah pisang
  • Nasi beras perang dengan soto ayam, buah limau
  • Spaghetti dengan sos tuna dan salad buah.


Kalau anda nak tahu supplement apa yang boleh diambil ketika bersahur untuk mengekalkan tenaga semasa berpuasa, jom KLIK SINI




* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750




0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.