Tips menyusu bayi kembar sehingga 2 tahun bagi ibu yang bekerja.
Aqeel Aqeef ketika berumur 8 bulan |
Membesarkan anak kembar merupakan anugerah tak ternilai bagi saya dan suami. Mana tak nya, dalam membesarkan mereka perlu banyak persediaan dari segi mental dan fizikal. Sejak mereka dalam kandungan lagi saya memang berazam untuk menyusukan mereka secara eksklusif. Saya banyak belajar dari blog penyusuan ibu dan juga bahan bacaan. Bagaimana saya berjaya menyusukan anak kembar saya sehingga lebih dari 2 tahun? Jom baca perkongsian saya.
Tips menyusukan bayi kembar yang saya amalkan :
1. Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersemangat
Sentiasa berfikiran positif dan bersemangat untuk menyusukan anak-anak kembar saya adalah menjadi penyebab utama saya berjaya menyusukan anak-anak kembar saya sehingga mereka berumur lebih dari 2 tahun. Bukan mudah tau sebenarnya nak susukan mereka ni. Banyak sangat cabaran. Kalau ikutkan sangat hati ni mesti saya dah mengalah lebih awal lagi. Lagi-lagi lah saya ni bekerja. Alhamdulillah, saya diberikan kesabaran dan suami lah yang banyak memberi sokongan terhadap saya. Mak-mak tahu tak? Bila kita sentiasa stress, sedikit sebanyak akan menyebabkan susu kita akan merudum? Untuk elakkan dari susu merudum maka kita perlu sentiasa berfikiran positif. Ya, kita yakin boleh!
2. Banyakkan belajar tentang tips penyusuan bayi kembar
kredit |
First time nak nyusukan si kembar memang kekok sangat-sangat rasanya. Ye lah sebelum ni saya menyusukan kakaknya saja. Kali ni nak nyusukan 2 orang baby pulak. Macamana tu? Sebenarnya saya banyak belajar dari blog penyusuan ibu. Dekat blog tu banyak sangat ilmu penyusuan yang kita boleh dapat. Google je. Selain tu saya rajin jugak baca buku tentang penyusuan ibu dan tengok tips2 penyusuan di youtube. Bila dah belajar jangan pulak lupa praktikkan. Kalau tak praktikkan memang merudum la susu kita jawabnya.
3. Dapatkan posisi yang selesa ketika menyusu
Bagi mak-mak yang nak menyusukan, posisi keselesaan tu memang sangat-sangat penting tau. Kita sendiri yang boleh rasa macamana keselesaan yang kita nak. Macam saya, posisi baring sambil menyusukan memang selesa buat saya. tapi masa di awal kelahiran bayi kembar, posisi baring tu tak sesuai, sebab mereka kecik lagi. Jadinya saya perlu duduk dengan selesa. Mak-mak boleh letakkan bantal di bawah lengan untuk meninggikan posisi kepala bayi ke payudara ibu. Mak-mak juga bolehlah cuba posisi yang macam kat dalam gambar tu. Bila si kembar dah besar sikit boleh la mak-mak try nyusukan sambil baring pulak. Best tau!
4. Mula buat stok susu ketika dalam waktu berpantang
kredit |
Ha.. yang ni sangat-sangat penting. Memandangkan mak-mak nak bekerja, mesti lah ada stok susu yang mencukupi. Lagi lah untuk si kembar tu. Jumlah stok susu yang mesti ada mestilah double dari stok susu untuk seorang bayi. Kalau triplet? Lagi lah banyak stok yang kena ada. Seelok-eloknya mak-mak buat la stok waktu dalam pantang lagi. Sebab melalui pengalaman saya. waktu berpantang lah susu kita tengah banyak. So, ambil peluang untuk pam susu buat stok. Time baby tidur, kita pam lah susu. Letih? Memang letih.. tak dinafikan.. Tapi untuk pastikan anak-anak kita dapat susu ibu, mak-mak perlulah berkorban.
5. Makan makanan berkhasiat dan minum banyak air
Nak pastikan susu kita lancar, mak-mak perlulah makan makanan yng berkhasiat. Banyakkan makan sayuran hijau dan banyakkan minum air kosong. Mak-mak dalam pantang jangan takut nak minum air banyak. Jangan takut perut buncit. Nak banyak susu memang kena minum banyak air. Bila kita banyak menyusu lagi mudah pembakaran lemak berlaku. Time ni la mak-mak boleh slim balik dengan mudah.
6. Mengamalkan supplement
Supplement adalah sangat-sangat penting bagi ibu yang menyusukan. Nak pastikan susu dapat dihasilkan dengan baik, ibu-ibu perlulah cukupkan nutrisi pada tubuh badan ibu terlebih dahulu. Bukan bermaksud makan supplement ni dah tak perlu makan sayur, tak perlu makan nasi.. supplement ni fungsinya mencukupkan nutrisi dalam badan yang tak cukup tu. Set Berpantang Shaklee memang sangat-sangat membantu saya bertenaga dan melancarkan proses penyusuan saya. Susu bertambah pekat dan baby pon tidur lebih lena. Selain tu kulit ibu dan baby pon cantik sekali. Bonus tu!
7. Berdoa kepada Allah
Walau banyak mana pon usaha kita untuk banyakkan susu, jangan lupa pada pemberi rezeki kita iaitu Allah SWT. Sentiasa lah berdoa kepadaNya agar dipermudahkan perjalanan penyusuan kita. InsyaAllah. Mak-mak juga boleh google doa-doa banyakkan susu ibu.
Ini lah hero-hero kembar saya sekarang. Dah darjah satu tahun ni. Cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah mereka dapat susu ibu sehingga lebih dari usia 2 tahun. Kalau ada mak-mak yang nak tanya tentang pengalaman saya dalam menyusukan anak-anak kembar ni, boleh la whatsapp saya ye. Seronok share pengalaman ni.
Berminat nak dapatkan Set Penyusuan Shaklee? Anda boleh dapatkan Set Penyusuan Shaklee dengan 2 cara :
Cara 1 : Anda boleh terus klik ke Set Penyusuan Shaklee dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK
Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.
Hubungi saya :
Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805
hai..menarik perkongsiannya..dpt susukan anak smpai 2 tahun memg bagus kan....sambil tu jika mak mak ade nak pasang penapis air ke /penapis udara di rumah..utk mudahkan wat susu anak atau nak air sejukkan...air tekan aje kan..bole pm la sy puan sue..sy agen cuckoo kl dan uruskan pemasangan ke seluruh malaysia..sabah srwak pun ade order melalui sy..sy uruskan order melalui onlinee jer...
ReplyDeletewsp 011-16930576/0133890558 (kingtop tu baru 69rm sebulan..air 3 suhu..)dan ade freegift menarik sy nk hadiahkan.wsp ajer ya sy akan bantu..tq