Monday 7 August 2017

Tips elakkan kencing kotor ketika hamil

Apa itu kencing kotor?



Kencing kotor adalah jangkitan kuman di saluran kencing. Jangkitan ini melibatkan ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra ( yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh)



Menurut kajian, 5 daripada 10 orang wanita mengalami jangkitan saluran kencing, dan 25% di antaranya terkena jangkitan berulang kali. Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus.

Wanita hamil pula lebih mudah mendapat jangkitan ini berbanding wanita tidak hamil kerana sebab-sebab berikut:

a. Berlaku perubahan hormon ketika mengandung. Hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah, seterusnya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.

b. Saiz rahim yang membesar menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.

c. Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpan. Ini memudahkan kuman yang ada dalam pundi kencing terus membiak.

d. Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih kandungan gula (kerana perubahan hormon) menyebabkan kuman bakteria mudah membiak. Wanita hamil yang yang dijangkiti kencing kotor mudah merebak ke buah pinggang. 

Risiko jika kencing kotor tidak dirawat ketika hamil akan mengakibatkan:

* Jangkitan kuman pada buah pinggang (pyelonephritis). Ia adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian

* Bayi berisiko lahir awal dan mempunyai berat badan yang rendah jika ibu ada komplikasi pyelonephritis.

Tanda-tanda anda telah dijangkiti kencing kotor


  • Rasa sakit seperti terbakar ketika membuang air kecil
  • Kerap kencing atau sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil
  • Air kencing berwarna kemerah-merahan (mengandungi darah)
  • Merasa tidak selesa di bawah bahagian abdomen terutamanya ketika melakukan hubungan seks
  • Mengalami demam yang tinggi

Tips elakkan kencing kotor ketika hamil


  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari sehingga air kencing berwarna jernih
  2. Terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang air kecil akan menggalakkan bakteria membiak di dalam pundi kencing
  3. Menjaga kebersihan diriSetiap kali selepas membuang air kecil, lap kawasan vagina dari depan ke belakang untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  4. Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada fabrik kapas dan longgarElakkan seluar dalam yang ketat atau diperbuat dari fabrik nilon ketika hamil.
  5. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks
  6. Tukar pantyliner atau seluar dalam lebih kerap jika berpeluh atau kotor.
  7. Kurangkan pengambilan makanan manis atau minuman yang mengandungi kafein.
  8. Amalkan pengambilan Vitamin C (antara 250-500 mg), Beta-carotene (25,000-50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman kalau daya tahan badan sangat lemah.
Set Vitamin Shaklee untuk membantu mengatasi kencing kotor ketika hamil


1) Garlic Complex

Garlic Complex bertindak sebagai antibiotik untuk menghalang jangkitan kulat dan yis candida. Ia juga boleh meningkatkan antibodi ibu hamil dan dapat mengurangkan masalah alahan kulit terhadap ibu hamil.

2) Sustained Release Vitamin C

Vitamin C Shaklee bertindak untuk meningkatkan sistem imun bagi ibu hamil

Apa kata ibu hamil yang mengamalkan Set Kencing Kotor Shaklee



Nak dapatkan Set Kencing Kotor Shaklee? Anda boleh dapatkan Set Kencing Kotor Shaklee dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke Set Kencing Kotor Shaklee  dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK

Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805

0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.