Awas! Pneumonia pada bayi dan kanak-kanak boleh membawa Maut!
Masih teringat lagi dalam ingatan saya tentang perginya anak buah saya yang dikasihi pada tahun lepas akibat jangkitan kuman di paru-paru atau lebih dikenali sebagai Pneumonia. Ketika itu usianya baru mencecah 3 bulan. Allah saja lah yang tahu bagaimana sedihnya kami menerima tentang berita tu. Setelah kejadian tu, saya pon mulalah membuat sedikit pembacaan tentang Pneumonia ni.
Apa itu Pneumonia?
Pneumonia adalah jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.
Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru. Jangkitan paru-paru ini kerap dialami oleh kanak-kanak yang berusia di bawah umur 5 tahun.
Simptom-simptom jangkitan paru-paru pada kanak-kanak
- Batuk berpanjangan lebih dari 3 hari
- Demam panas
- Batuk dengan atau tanpa kahak
- Sakit dada
- Tiada selera makan, tidak mahu makan
- Rasa tidak sihat, sering merengek
- Pernafasan laju atau susah bernafas
- Muntah atau cirit-birit
Sekiranya anak-anak anda anda menunjukkan simptom-simptom jangkitan ini, segeralah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan
Kaedah rawatan yang diberikan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Walaubagaimanapun, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman ini boleh dilakukan seperti mengamalkan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Selain itu, ibu bapa juga boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.
Pengalaman ibu-ibu yang memberikan anak-anak mereka vitamin semulajadi Shaklee untuk mencegah dari penyakit ini dari berlaku.
Testimoni 1
Testimoni 2
Testimoni 3
Testimoni 4
Testimoni 5
Selain dari Nutriferon dan Omega Guard, anda juga boleh memberikan Chewable Vitamin C Shaklee untuk meningkatkan sistem imun anak anda bagi melawan sebarang penyakit
Apa pun yang berlaku, pencegahan awal perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Kita sebagai ibu bapa yang bijak perlulah segera bertindak jika masalah ini berlarutan. Ingat ye, jika simptom-simptom jangkitan paru-paru ini berlarutan lebih dari tiga hari, segeralah bawa anak anda berjumpa doktor.
Sekiranya anda ingin mendapatkan vitamin-vitamin ini, segeralah menghubungi saya k. Konsultasi akan diberikan secara PERCUMA
**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.
0 comments:
Post a Comment