Saturday, 10 December 2016

Kenapa bisnes online adalah bisnes yang menguntungkan

Tahukah anda? Dalam banyak-banyak bisnes, bisnes online la yang paling menguntungkan. Jika anda rasa nak cari side income buat lah bisnes online ni dari sekarang tanpa tunggu esok lusa baru nak buat. Sebabnya :

🍃 Tak perlu modal yang besar - cthnya : bisnes Shaklee.. hanya bayar yuran keahlian RM69 je anda dah boleh start bisnes

🍃 Bisnes 24 jam - bisnes online membolehkan anda berniaga tanpa had. Tanpa perlu bukak dan tutup kedai. Time tidur pon bisnes tetap jalan

🍃 Takde risiko kerugian- buat bisnes online mmg takde risiko sebabnya customer akan buat bayaran dulu baru kita poskan barang.

🍃 Kebebasan masa bekerja - ni kan bisnes anda.. terpulang lah pada anda nak buat bisnes bila asalkan pandai manage masa. Tak perlu lah nak berlari2 pukul 8 pagi semata2 nak kejar time scan. Arggh!! Stress mak! (Teringat time keje dulu. Kiki)

🍃 Kebebasan tempat bekerja - bisnes online ni anda boleh buat kat mana2 pon. Kat ruang tamu, kat bilik, kat meja makan sambil kunyah-kunyah keropok pon boleh. Sesambil tu boleh jaga anak depan mata. Ikut anda lah nk buat kat mana sekali pon kat taman bunga sambil berdating pon boleh 🙈🙈 asalkan anda selesa.

🍃 Tak perlu sewa kedai atau pejabat - ha bisnes online ni tak payah nak keluar duit nk sewa pejabat or kedai pon. Kan dah jimat kos.

🍃 Peluang bisnes global - bila buat bisnes online ni makanya umat seluruh dunia leh jadi customer anda. Kan ke best tu?

🍃 Pelanggan tanpa had - bila dah satu dunia leh tengok medium bisnes online anda makanya sesiapa pon boleh jadi customer. Bayangkan lah berapa juta pengguna internet kat dunia ni.. fuh!!

Rasa cukup la tu kot kan point-point yang saya share ni. Kalo rasa tak reti nak buat bisnes tu tolak la tepi awal2 sebab takde sorang pon yg dilahirkan tiba-tiba pandai semua benda.. yang penting ada usaha nak belajar dan baiki diri..

Kalau anda rasa nak try buat bisnes Shaklee mari pm saya. Dont worry saya akan ajar cara2nya.. hinggalah anda jadi terel 😍..

K lah nnt kita sambung citer lagi ye..

Friday, 9 December 2016

Kelebihan pengambilan Carotomax Shaklee

Apa itu Carotomax?

Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene,astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene dan zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap. Pengambilan Carotomox adalah sangat bagus lebih-lebih lagi untuk kesihatan mata. Selain tu, ia juga dikatakan 20 kali ganda lebih bagus dari Vitamin C. Cer bayangkan...

Apa pulak Carotenoid tu?



Carotenoids adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran seperti oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, tomato, bayam, kentang dan lain-lain sayuran. Cara terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid tersebut adalah dengan mengambil sayuran ini tanpa dimasak. 

Kelebihan pengambilan Carotomax


  • Lebih selamat dari Vitamin A. 
    Vitamin A ditemui pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat jika diambil berlebihan.

  • Mempertingkatkan penglihatan
    Ia menghasilkan “ungu visual” yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata.

  • Meredakan penyakit kulit
    Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit.

  • Melindungi Epithelial
    Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

  • Melawan Kanser dan Oksidasi
    Pengambilan kerap beta karotena mengukkuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

  • Menghalang Infeksi
    Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru : batuk, hepatitis, asthma, flu dan selesema.
  • Menggalakkan Perkembangan Normal dan SihatMerangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Juga panghasilan sperma yang sihat.





  • Alpha Carotene
    Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.
  • Beta Carotene
    Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.
  • Lycopene
    Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.
  • Astaxanthin
    Pigmen di dalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. Walaubagaimanapun, Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL.
  • Lutein
    Menyekat katarak, AMD (age related macular disease/penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.
  • Zeaxanthin
    Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Mengurangkan risiko kanser payudara ovari, endometrial dan serviks.

Siapa yang memerlukan Carotomax?

  • Lelaki dan perempuan
  • Mereka yang bermasalah mata seperti rabun dan silau
  • Mereka yang kurang makan sayur atau buah
  • Mereka yang ada masalah kulit
  • Mereka yang ada masalah katarak dan glaukoma
  • Mereka yang ada masalah eye bag atau mata bengkak

Testimoni pengambilan Carotomax

Testimoni 1


Testomoni 2


Testimoni 3


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee. cepat2 hubungi saya ye. Sebarang pembelian produk dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Tips supaya cepat hamil bagi pengantin baru

Anda nak tahu tips cepat hamil? Bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan atau yang baru saja berkahwin. mesti tak lari dari mencari info untuk hamil kan? ok meh saya share sedikit info..

Tips supaya cepat hamil 

1. Jaga pemakanan dan diet



Bila dah kahwin ni macam-macam nak kena jaga. Kita dah tak boleh nak hentam makan apa saje macam bujang dulu. Perlu makan banyak sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berserat dan sebagainya. Jangan lupa untuk ambik B Complex Shaklee kerana dalam b complex shaklee ada 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan terutamanya folic asid

2. Makan vitamin

Anda boleh mengamalkan vitamin kesuburan Shaklee untuk suami dan isteri bagi meningkatkan lagi peluang untuk hamil

3. Mempunyai berat badan yang ideal

Sekiranya anda tergolong dalam golongan berat badan berlebihan atau obesiti, anda dinasihatkan untuk menurunkan berat badan. Berat badan berlebihan akan menyebabkan anda mudah mengalami tekanan darah tinggi dan masalah diabetis ketika hamil. Masalah-masalah ini akan menimbulkan banyak komplikasi ketika hamil

4. Detox

Melakukan detox adalah salah satu cara untuk meningkatkan peluang untuk hamul dengan cepat. Banyaknya tokin di dalam badan akan menyebabkan sukar untuk hamil. Anda boleh lakukan detox cara Shaklee

5.  Lakukan hubungan intim dengan kerap

Kalau tak melalui hubungan intim macamana nak dapat zuriat kan? Cuba lakukan hubungan intim secara kerap. 

6. Ketahui waktu subur

Jika tepat pada masanya, sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang sedang berovulasi. Adalah sangat penting bagi isteri untuk mengetahui bila waktu suburnya. Jika anda tidak tahu cara mengira waktu subur, anda boleh muat turun aplikasi ' Ovulation Calendar Tools'

7. Jumpa doktor

Sekiranya anda telah mendirikan rumah tangga lebih dari 3 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan

8. Jauhi rokok

Hasil kajian saintifik mendapati apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada masalah ketidaksuburan yang tinggi. 

9 Berdoa pada Allah

Sebagai orang Islam kita dianjurkan berdoa untuk memohon sesuatu kepada Allah. Selain dari usaha-usaha di atas solat dan berdoa adalah jalan yang terbaik agar dipermudahkan kita untuk hamil.

Ok, setakat ni saja dulu tips yang saya kongsikan. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee. cepat2 hubungi saya ye. Sebarang pembelian produk dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Kelebihan Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki

Tahukah anda bahawa masalah ketidaksuburan boleh berpunca dari lelaki. Dek kerana ego, ramai lelaki yang agak takut untuk melakukan pemeriksaan bagi menyelesaikan masalah kesuburan mereka. Masalah kesuburan bukan hanya pada wanita sahaja malah lelaki juga turut bermasalah. Jika pasangan yang telah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan zuriat adalah baiknya jika kedua-dua pasangan pergi membuat pemeriksaan doktor.


Punca masalah kesuburan lelaki

  1. Kelainan Genetik.Ia disebut sebagai gangguan genetic di mana terdapat kelainan pada kromosom seks seperti cystic fibrosis,yang terjadi kepada sindrom klinefelter.
  2. Gangguan Hormon.
    Hormon bertindak untuk merangsang kelenjar pituitary bagi merangsang testis dalam proses penghasilan sperma yang banyak dan berkualiti. Gangguan hormon mampu mengganggu tahap kesuburan lelaki. 
  3. Varikokel.
    Varikokel adalah pembesaran abnormal pembuluh darah vena di kantung testis. Ia selalunya dapat dikesan melalui benjolan pada bahagian atas buah zakar sebelah kiri. 
  4. Saluran Sperma Tersumbat.
    Hal ini terjadi sejak lahir apabila saluran sperma tidak terbentuk dengan sempurna. Selain itu, jangkitan bakteria dari hubungan seksual juga antara punca saluran sperma tersumbat. 
  5. Mati Pucuk.
    Untuk menghasilkan ereksi, penis memerlukan aliran darah yg cukup. Penyakit pembuluh darah boleh menyebabkan mati pucuk. Kerosakan saraf juga mampu menyumbang kepada mati pucuk. 
  6. Merokok.
    Merokok menambahkan lagi risiko kemandulan dan menyebabkan kegagalan untuk ereksi serta mati pucuk. Nikotin menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan menyebabkan peredaran darah tidak lancar dan kurang efisyen, termasuk di pembuluh darah dan alat kelamin. 
  7. Pengambilan Minuman Beralkohol.
    Alkohol dalam jumlah besar dapat menurunkan kadar hormon testoteron sehingga mengganggu penghasilan sperma. 
  8. Kesan radiasi.
    Radiasi akan memberikan kesan negatif terhadap jumlah dan kualiti sperma. Selain itu sperma yang terkena radiasi akan menjadi kurang aktif sekaligus akan merendahkan potensi untuk persenyawaan. 
  9. Pengaruh Ubat.
    Beberapa jenis ubat mampu mempengaruhi tahap kesuburan. Antaranya seperti antibiotic, ubat tahan sakit, ubat penenang dan ubat hormon. Read more http://www.healthyvitagarden.com/set-shaklee-untuk-kesuburan-lelaki/

Vitamin Shaklee untuk kesuburan lelaki

1) Vivix

Vivix mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya. 

Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN. Vivix mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

2) Vitamin E


Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta kerana ia membantu meningkatkan hormone seks samaada kepada lelaki mahupun wanita. Vitamin E amat penting untuk meningkatkan kesuburan untuk lelaki. Kajian pada tahun 1924.mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Kajian lain juga mendapati bahawa Vitamin E mampu meningkatkan kesihatan dan kualiti sperma. Dalam satu kajian, ia menunjukkan bahawa pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E dan selenium. Dalam masa yang sama, vitamin E sangat bagus untuk kesihatan jantung sekaligus meningkatkan tahap testosterone. 

3) Vitamin C

Merupakan antioksidan yang berupaya menghapuskan radikal bebas di dalam badan. Ia juga bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Vitamin C akan menjadikan salur darah lembut dan mengembang seterusnya berupaya untuk mengalirkan lebih banyak darah. Ini dapat membantu lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

sumber



Kesimpulannya bagi anda yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat anda juga boleh mencuba mengamalkan vitamin-vitamin di atas. Tak salah mencubakan? Mana tau dengan usaha anda dengan Shaklee, isteri anda berjaya hamil

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin- vitamin ini, anda boleh hubungi saya segera. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA



Wednesday, 7 December 2016

6 Cara cari wang lebih dari rumah

Hidup di zaman ekonomi sekarang ni membuatkan kita terpaksa mencari wang lebih untuk menampung keperluan hidup dan keluarga. Maklum lah di zaman GST, harga barang naik, harga tol naik. dan macam-macam lagi lah yang naik. Kalau dulu kita belanja RM50 dah boleh dapat barang penuh satu troli. Sekarang suku troli pon tak sampai kan? 

Alhamdulillah, dah hampir setahun saya menjadi surirumah sepenuhmasa. Eh, zaman ekonomi gawat ni ko tak takut ke berhenti kerja? Pada mulanya memang la takut, takut tak dapat survive. Tapi kerana tekad untuk jaga anak dirumah, saya buat keputusan berhenti.. Saya berhenti ni pon bukan duduk saja-saja je kat rumah tau. Saya boleh dapat pendapatan walaupun saya duduk di rumah. Nak tahu bisnes apa yang paling mudah dibuat? Jawapannya mestilah bisnes Shaklee.

Macamana nak buat duit dengan bisnes Shaklee




Langkah pertama

1st sekali yang nak kena buat mestilah register dulu jadi ahli. Kalau tak register ahli macamana nak buat sales kan? Nak tau macamana nak jadi ahli boleh klik sini

Langkah kedua

Perlu ada komputer, laptop, hanfon, tablet dan seangkatan dengannya. Kalau takde alat-alat ni semua makanya takkan jadilah bisnes yang nak dibuat kat rumah ni

Langkah ketiga

Perlu ada talian internet. Dah namanya bisnes dari rumah, mestilah perlu ada line internet. 

Langkah keempat

Perlu ada ilmu tentang produk. Kalau takde ilmu tentang produk Shaklee macamana nak jual kan? Ilmu ni kita boleh dapat dengan macam-macam cara. Gi kelas ke, baca buku ke, group shaklee di fb ke, group whatsapp ke.. macam-macam lagilah janji dapat ilmu

Langkah kelima

Perlu ada sifat tekun, rajin, usaha, tawadduk dan seangkatan dengannya. Buatlah bisnes apa sekalipun kalau takde sifat-sifat ni takkan berjaya. Bila gagal sekali usaha lagi sampai berjaya

Langkah keenam

Tidak lupa solat, mohon doa pada Pencipta. Sebab rezeki ni Allah yang tentukan. Kalau kita lupa pada Dia ingat mudah ke kita nak dapat rezeki? Renung2kan...

Ok lah setakat ni dulu saya share ye.. Sebenarnya banyak lagi, tapi sambung pada next entry k..

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk atau ingin membuat bisnes Shaklee? Jom hubungi saya cepat-cepat k




Cara turunkan gula dalam darah tanpa insulin

Tahukah anda? seramai 3.5 juta penduduk dewasa di Malaysia menghidap diabetes dan daripada jumlah tersebut, separuh (9.2 peratus) tidak mengetahui bahawa mereka menghidapi penyakit tersebut.  Lebih menakutkan lagi DIABETES merupakan penyakit tidak berjangkit yang turut mengancam nyawa golongan muda berusia 18 tahun dan ke atas. 


Biasanya pesakit diabetis diberikan ubat untuk dimakan setiap hari bagi mengawal gula dalam darah. Jika ubat masih tidak berkesan untuk mengawal gula, injection insulin akan diberikan sebagai jalan lain untuk memastikan kadar gula adalah sentiasa terkawal di dalam darah. Tapi sampai bila nak bergantung dengan ubat dan injection insulin yang kelak akan memberi kesan yang tidak baik kepada fungsi organ-organ penting dalam tubuh badan.

Untuk anda yang ingin mencuba cara lain yang lebih selamat dan semulajadi, saya mencadangkan anda untuk mengamalkan Vivix.; Kesan Vivix terhadap pesakit-pesakit diabetis telah pun terbukti melalui testimoni-testimoni yang dikongsikan sendiri oleh pengamal vivix. Jom kita baca...


Testimoni berjaya turunkan gula dalam darah dengan Vivix

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3

Testimoni 4


Hebatnya testimoni-testimoni ni kan? Agaknya macamana Vivix bertindak rawat diabetis ye? 

 Anda juga boleh klik sini untuk info lanjut vivix dan diabetis

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan SCP ni, anda boleh hubungi saya segera. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Shaklee Collagen Powder : Produk Shaklee untuk kulit cantik

Wah wah wah.. hujung tahun 2016 ni nampaknya ada offer best dari Shaklee... Shaklee Collagen Powder.. Memang tak asing lagi nama kolagen Shaklee ni. Pengguna-pengguna tegar Shaklee memang tertunggu-tunggu offer dari Shaklee ni. Bila dah ada offer ni semua dok pakat-pakat order.. Ye lah sebab kesannye yang sangat-sangat superb..  Memang berbaloi nak beli. 


Kalau anda nak tahu, Shaklee Collagen Powder (SCP) ni adalah salah satu produk Shaklee yang terbaik untuk cantikkan kulit. Yang specialnya pasal SCP ni ia dihasilkan dari ekstrak sisik ikan merah dan ditambah pula dengan 7 bahan aktif yang terdiri dari ekstrak biji Camellia Japonica, Ekstrak Pffafia, kolagen ikan, ekstrak kulit kerangan laut, lactobacillus achidophilus. vitamin C, Vitamin B2 & B6 yang mana kesemua bahan2 ni mempunyai fungsinya tersendiri.



Sebab bahan-bahan inilah SCP ni merupakan kolagen yang terbaik di pasaran dan sangat berbeza dari kolagen yang lain,

Ujian klinikal ke atas Shaklee Collagen Powder membuktikan 71% pengguna mempunyai tesktur kulit yang lebih gebu selepas mengggunakannya selama 8 minggu berturut-turut

69% peningkatan terhadap kelembapan kulit

75% peningkatan terhadap kelicinan kulit

90% peningkatan terhadap keserian wajah dan kulit


80% pengurangan kedutan diwajah

Yang bestnya sebelum diedarkan di pasaran, saintis-saintis Shaklee dah buat ujikaji dulu tau. Bukan sehari dua punya ujikaji. Nak keluarkan produk yang bagus mestilah melalui ujikaji terlebih dahulu. So, tak perlu lah nak risau untuk cuba SCP ni ye. Jom kita tengok testimoni pulak.

Testimoni Shaklee Collagen Powder untuk kulit cantik


Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3

Testimoni 4




Testimoni 5



Horayyyy!! Bestkan bila dah baca testimoni-testimoni ni.. Terus rasa teruja nak cuba kan? InsyaAllah bila konsisten makan untuk 4 bulan, anda akan dapat rasa perubahan yang ketara pada kulit anda nanti.. Kalau tak percaya, cuba lah.. 😊

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan SCP ni, anda boleh hubungi saya segera. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Monday, 5 December 2016

9 Jenis Makanan Yang Boleh Kurangkan Kolestrol

Tahukah anda? Kolestrol di dalam darah datangnya dari pemakanan dan pengeluaran hati. Rasa-rasanya bila kali terakhir anda jumpa doktor untuk cek kolestrol? Kalau belum pernah cek lagi baik pegi jumpa doktor cepat-cepat. Kolestrol ni pembunuh senyap. Kita takkan sedar pon yang dalam darah kita mengandungi kolestrol yang tinggi melainkan kita buat pemeriksaan doktor. 





Kolestrol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolestrol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.
Hati mampu menyingkirkan kolestrol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolestrol serta merembeskan kolestrol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolestrol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolestrol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolestrol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolestrol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolestrol ‘jahat’ manakala kolestrol HDL dikenali sebagai kolestrol baik.

"Kolestrol adalah penyebab serangan jantung"

Makanan yang boleh mengurangkan kolestrol


1. Kacang soya 




  • mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Pilihlah soya NON GMO ye..
  • mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
  • kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 
2. Kuaci


  • kaya dengan kandungan zat besi
  • amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil mengurangkan kolesterol
3. Buah kurma


  • buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
  • mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
  • flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

4. Buah Epal



  • makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
  • memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak
5. Ikan tuna


  • sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
  • melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL
6. Kacang tanah

  • kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
  • Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung
7. Buah mangga


  • kaya vitamin C
  • vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
  • selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi
8. Kismis

  • mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
  • amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus
9. Jambu batu


  • disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
  • dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan
Dengan mengamalkan makanan-makanan ini, sedikit sebanyak ia boleh membantu anda mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah. Anda juga boleh mengurangkan atau merawat masalah kolestrol di dalam badan dengan mengamalkan Vivix Shaklee. Ingat ye, mencegah itu lebih baik dari merawat. Jaga pemakanan dan amalan bersenam dapat membantu kita mencegah dari sebarang penyakit.

Jika anda ingin mendapatkan supplement Shaklee anda boleh menghubungi saya. Sebarang pembelian produk dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA

Saturday, 3 December 2016

Betul ke soya bahaya?

Selalu kan kita dengar, tak elok makan soya.. makan soya nanti akan melemahkan kejantanan lelaki, makan soya nanti akan mengganggu kesuburan wanita dan lelaki dan macam-macam lagi lah. Persoalannya betul ke semua ni? Adakah ia mitos semata-mata? ok jom kita baca sharing yang saya ambil dari blog fatimahtony.com


Tahukah anda, kebanyakkan isu soya yang dikupas di dalam mana-mana blog dan kajian yang dilakukan adalah melibatkan soya GMO, dan bukannya soya Non-GMO 

Apa beza GMO dengan Non-GMO?

  • Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia.
  • Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?
  • Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.
  • Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.
  • Maka semenjak itu, permintaan soya melonjak naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO.
  • Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.
  • Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.
  • Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya.
  • Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
    1. Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
    2. Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari
Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.
Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????

Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?

  • Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.
  • Phyto-estrogen adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia.
  • Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan.
  • Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.
  • Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan.
  • Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut.
  • Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.
  • Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain.
  • Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?

  • Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya.
  • Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia.
  • Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).
  • Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan.
  • Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu.
  • Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya menyebabkan kanser?

  • Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50.
  • Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara.
  • Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian.
  • Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO.
  • Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?

  • Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO.
  • Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya.
  • Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain.
  • Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.

Soya bahaya pada kanak-kanak?

  • Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak.
  • Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya.
  • Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan…
  • Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. 
  • Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.
  • Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni. Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya.
  • Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia.
  • Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana.
  • Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????

  • Sekarang isu  ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan  ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali.
  • Apa yang anda perlu tahu adalah  ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?
  • Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP).
  • Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan.
  • Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya.
  • Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?


  • Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavone yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.
  • Tapi tidak dengan  ESP Shaklee ya.
  • Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan isoflavone dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavone adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.
  • Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses.
  • Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari.
  • Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.
  • Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak.
  • Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana.
  • Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan.
  • Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya segera. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.