Monday, 20 March 2017

Kenali penyebab buah pinggang bocor dan cara merawatnya secara semulajadi

Anda pernah dengar tentang buah pinggang bocor? Buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, ada sejenis penapis halus di dalam buah pinggang yang dipanggil glomeruli. Ia berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.



Di dalam kes ini, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA yang menyebabkan kehilangan banyak protein di dalam badan.

Punca berlaku Nephrotic Syndrome



Kanak-kanak adalah pengidap paling tinggi berbanding dengan orang dewasa. Walaubagaimanapun, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Ada juga kes yang disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan kencing manis.

Simptom atau gejala Nephrotic Syndrome


sample air kencing berbuih

  • Lemah dan tidak bermaya
  • Kencing berbuih
  • Mata dan muka kelihatang bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur
  • Kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri.
  • Perut kembung
  • Sakit perut
  • Cirit birit

Jenis rawatan yang diberikan kepada pengidap Nephrotic Syndrome

  • Ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
  • Diuretics atau ubat kencing akan diberikan sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa.
  • Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah
  • Sekiranya terdapat jangkitan, antibiotik akan diberikan
  • Mengawal pengambilan garam dan air.

Alternatif rawatan secara semulajadi

Shaklee adalah merupakan vitamin atau makanan tambahan yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Bagi merawat masalah ini, beberapa supplement dicadangkan iaitu :

1) Vivix

Membantu memperbaiki sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA. Ia juga menguatkan sel. Ia juga membantu mengatasi masalah keradangan dengan lebih cepat.

2) Omega Guard



Membantu mengurangkan keradangan dan mencairkan darah untuk mengurangkan masalah berlakunya Nephrotic Syndrome

3) ESP 


Sumber protein yang terbaik yang lengkap dengan kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita. Pengambilan ESP sangat-sangat penting bagi menggantikan sumber protein yang telah hilang akibat kebocoran buah pinggang itu tadi. 


Apa kata mereka setelah mengamalkan vitamin semulajadi Vivix sebagai ikhtiar untuk sembuh dari Nephrotic Syndrome


Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3



Ingin dapatkan Vivix bagi ikhtiar untuk sembuh dari penyakit anda? Jom hubungi saya segera. Pembelian sebarang produk dari blog ini akan melayakkan anda untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA..


**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.


Tuesday, 14 March 2017

Kenali simptom penyakit Bell Palsy dan ketahui cara penyembuhan dengan cepat dan selamat

Apa itu Bell Palsy?





Bell palsy adalah sejenis penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

Walau bagaimana pun, Bell Palsy ini bukanlah sejenis strok kerana pesakit yang mengalami strok biasanya akan mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah sahaja, malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain akan turut terjejas. Berbeza dengan Bell Palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Kebiasaannya, Bell Palsy akan menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stress. Malah, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.

Simptom dan petanda anda diserang Bell Palsy

  • Bentuk muka seakan jatuh sebelah. 
  • Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, 
  • Senyuman dan pergerakan bibir terganggu, 
  • Lidah mengeras, 
  • Kening juga seperti berkerut dan terangkat, 
  • Air liur meleleh 
  • Hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell Palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Kaedah rawatan Bell Palsy yang diberikan di hospital


Kaedah rawatan urutan muka


  • Bagi pesakit yang menunjukkan kelumpuhan menyeluruh, terutama melalui petunjuk mata dan mulut yang tidak boleh ditutup pada bahagian terjejas, dirawat dengan pembedahan khas. Walaubagaimanapun, pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.
  • Bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang, doktor akan memberi antiviral berserta steroid. Namun dalam kebanyakan kes yang berlaku, steroid dilihat lebih berkesan berbanding antiviral.
  • Pesakit juga disarankan untuk melindungi mata mereka daripada terdedah dengan memakai pelindung dan menitis ubat cecair bagi mengelak mata menjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.


  • Adakalanya, rawatan fisioterapi diberikan kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Namun begitu. hasil dari beberapa kajian, fisioterapi tidak membantu sepenuhnya.


  • Bagi masalah Bell Palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan telah dikenalpasti bagi membantu masalah ini. Antaranya ialah pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejas dan pembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery).

Kaedah rawatan alternatif secara semulajadi. cepat dan selamat



Vivix adalah supplement terbaik bagi membantu menyelesaikan masalah Bell Palsy ini kerana ia bertindak dengan melindungi dan memperbaiki sel hingga ke tahap DNA, menambah tenaga sel dan meningkatkan prestasi sel.

Apa kata mereka yang telah sembuh dari Bell Palsy dengan ikhtiar Vivix

Testimoni 1


Testimoni 2




Testimoni 3





 Testimoni 4



Testimoni 5

 Testimoni 6


Kesimpulannya di sini, bagi anda yang sedang mengalami penyakit Bell Palsy ini, usahlah risau.. Pasti ada jalan penyembuhannya... Nak ikhtiar sembuh dengan Vivix? Jom hubungi saya segera. Konsultasi akan diberikan secara PERCUMA..


**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.


Friday, 10 March 2017

Bagaimana Omega Guard Shaklee bertindak sebagai anti radang.

Anda pernah dengar tentang keradangan? Percaya tak sebenarnya dalam tubuh badan kita ni juga boleh berlaku keradangan samada di dalam atau di luar tubuh badan. 

Apa maksud keradangan?






Keradangan atau inflamasi adalah tindakbalas semulajadi sistem pertahanan badan terhadap sebarang ancaman atau kerosakan pada tubuh badan kita. ini adalah proses yang normal sebenarnya.. cuma.. kalau keradangan ni berlarutan dan tidak terkawal selalunya ia akan menyebabkan penyakit spt kanser, jantung, stroke dan mungkin akan mengancam nyawa.

Terdapat 2 jenis keradangan :
  • Keradangan akut (Accute Imflamation)
  • Keradangan kronik (Chronic Imflamation)

Keradangan akut 




Tindak balas yang cepat yang disebabkan oleh jangkitan bakteria atau kecederaan pada tisu badan. Biasanya keradangan jenis ni tak lama. sekitar beberapa hari saja.

Ciri-ciri keradangan yang dapat dilihat :
  • bengkak, 
  • sakit, 
  • kemerahan, 
  • panas atau suam
Jerawat, bronkitis, resdung, sakit tekak merupakan salah satu contoh keradangan akut.

Keradangan kronik


Berlaku apabila badan telah dijangkiti virus atau bendasing yang lebih kuat. Selalunya keradangan kronik akan berlaku berbulan-bulan lamanya kadang tu bertahun-tahun. 

Contoh keradangan kronik adalah serangan athma, sakit sendi hingga bengkak-bengkak, resdung kronik, jerawat kronik, ekzema dan lain-lain.

Bagaimana Omega Guard Shaklee bertindak sebagai anti radang.



Omega Guard adalah supplement terbaik untuk anti radang kerana mengandungi Omega 3. Omega 3 ni pulak ada EPA (eicosapentaenoic) dan DHA (docosahexaenoic). Omega 3 ni juga berupaya menahan pengeluaran hormon leukotrienes yang merupakan bahan utama punca radang.

Sebab ni lah pengambilan Omega Guard secara konsisten dapat mengawal keradangan. Selain dari Omega Guard, anda juga boleh mengamalkan vitamin-vitamin di bawah untuk mengawal keradangan yang anda hadapi.

  • Vivix - kaya dengan antioksida resvaratrol dan polifenol sebagai anti radang
  • Alfalfa Complex - kaya dengan vitamin, mineral dan serat
  • Set antioksidan (ACE) - Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E
Ingin mendapatkan supplement semulajadi untuk ikhtiar sembuh dari keradangan? Jom hubungi saya segera. Pembelian produk dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.



Wednesday, 8 March 2017

Betul ke ESP boleh membantu pesakit diabetis?

Seperti mana yang kita sedia maklum, sel badan pesakit diabetis tidak dapat menyerap insulin akibat sel mereka kehilangan sensitiviti terhadap hormon insulin.




Apa itu insulin?



Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pancreas manusia. Insulin berfungsi dengan menukar glukos/gula yang terdapat didalam aliran darah menjadi tenaga. Jadi kehadiran insulin sangat penting bagi mengawal kadar gula dalam darah kita. Insulin ini boleh dianggap seperti sebuah kenderaan yang mengangkut glukos dan glukos akan ditukarkan kedalam bentuk tenaga. Jika glukos tidak ditukar kedalam bentuk tenaga ia akan terus berada didalam darah dan menyebabkan pelbagai komplikasi.

Apa itu diabetis?



Diabetes atau penyakit kencing manis ialah satu masalah apabila tubuh badan seseorang tidak dapat menghasilkan insulin, atau insulin yang dihasilkan oleh tubuh tidak mencukupi atau juga insulin yg dihasilkan tidak bekerja dengan baik. Masalah-masalah ini menyebabkan kadar gula dalam darah yang diterima melalui pemakanan akan meningkat kerana masalah-masalah insulin ini.

Diabetis ini terbahagi kepada 2 kumpulan :


Type 1

Diabetes Type 1 biasanya dihidapi oleh seseorang sejak lahir lagi. Ia berlaku disebabkan oleh pankreas yg telah rosak atau tidak berfungsi. Maka, pankreas mereka tidak boleh menghasilkan insulin. Mereka yang menghidapi Diabetes Type 1 perlu mengambil injection ataupun orang kita panggil 'cucuk insulin' untuk membekalkan insulin dalam badan mereka.


Type 2

Diabetes Type 2 ni biasanya terjadi akibat keturunan ataupun gaya hidup yg tidak sihat. Pankreas pesakit Diabetes Type 2 mampu untuk menghasilkan insulin. Tetapi, sel & sistem badan mereka tidak mampu bertindak balas dengan baik terhadap insulin tersebut.

Satu kajian pada tahun 1998 menunjukkan bahawa arginine boleh mengurangkan rintangan insulin, yang bererti bahawa sensitiviti insulin boleh ditingkatkan.

Satu lagi kajian oleh penyelidik Eropah menunjukkan bahawa asid amino arginine adalah amat penting untuk sensitiviti sel-sel badan terhadap insulin. Arginine adalah pelopor nitrogen oksida, bahan penghantar yang mempunyai pengaruh secara langsung terhadap sensitiviti insulin.

Kat mana nak dapat asid amino arginine ni?


Asid amino arginine ni boleh didapati dari sumber protin yang kita ambil setiap hari. Sebagai contoh ayam, ikan, susu, telur kekacang dan lain-lain makanan yang berprotein tinggi. Tapi persoalannya di sini. cukup ke jumlah protein yang kita ambil setiap hari? Sedangkan protein sangat sensitif kepada suhu yang tinggi seperti suhu masakan. Bila kita masak sumber protin ni, dah tentu protin ni akan rosak.

Bagaimana ESP bertindak membantu pesakit diabetis?



ESP adalah satu-satunya produk yang mempunyai semua 9 asid amino yang penting

Badan kita memerlukan protin untuk pembinaan sel yang sihat. Pembinaan sel yang tidak sihat akan menyebabkan berbagai-bagai serangan kanser akan menyerang tubuh badan.

Unsur protin terdiri dari 21 jenis asid amino iaitu :

  • 12 daripadanya dinamakan non-essential amino acid dan dihasilkan sendiri oleh tubuh badan.
  • 9 lagi dinamakan essential amino acid dan hanya boleh didapati daripada makanan yang kita makan. ( ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan). Kesemua 9 essential acid amino ini boleh dilihat di tin ESP sebagai bukti.


Kandungan Glycemix Index (GI) dalam ESP adalah rendah


Glycemic Index (GI) bermaksud kadar pertukaran sesuatu kepada Glukos. Makanan dengan GI yang rendah adalah lebih baik kerana tidak menyebabkan glukos dalam badan naik mendadak.

Indeks glisemik menentukan paras karbohidrat berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik yang tertinggi manakala karbohidrat dengan indeks glisemik yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan.

Kesimpulannya ESP adalah sangat bagus untuk diambil oleh pesakit diabetis kerana ESP juga berupaya mengawal gula dalam tubuh badan. 

So, tak payah dah nak pening-pening fikir samada jumlah protein yang kita ambil seharian tu cukup atau tak. Amalkan saja pengambilan ESP yang sangat mudah.





Monday, 6 March 2017

Bagaimanana Vivix bertindak membantu sel menjalani proses necrosis dengan baik.

Seperti mana yang kita tahu, sel-sel di dalam badan kita akan berpecah dan mati apabila sampai masanya. Walaubagaimana pun, sel kita mati dengan 2 cara iaitu secara apoptosis dan necrosis.


Apa itu apoptopis?

Apoptopis adalah sel yang mati dan diganti dengan sel yang baru secara semulajadi.

Apa itu necrosis? 

Necrosis adalah sel yang mati secara pra matang akibat dibunuh oleh faktor luar seperti toksik, bahan kimia, radikal bebas, radiasi, trauma, kecederaan dan sebagainya. Necrosis ini akan menyebabkan ada inflamasi di kawasan tisu sel yang mati tersebut. Contoh yang paling mudah kita nak lihat ialah kulit yang hitam pada kaki pesakit diabetes. Sel-sel kulit hitam tu telah  mengalami proses necrosis.




Contoh yang lain ialah sakit jantung. Sel-sel di jantung tak cukup oksigen (FYI sel perlukan oksigen dan glucose untuk hidup) dek kerana ada blockage di saluran darah ke jantung, sel di jantung tersebut akan mengalami necrosis.

Bagaimana nak pulihkan semula sel-sel hasil dari necorisis ni?


Vivix mempunyai 4 mekanisme utama pembaikan sel. perlindungan sel, tenaga sel dan prestasi sel. Kesemua yang memang kita perlu untuk pastikan sel-sel kita hidup dan boleh menjadikan segala organ dalam badan kita berfungsi dengan baik bukannya berpenyakit.

Sel hidup, mesti ada oksigen dan tenaga, Tapi jika tiada tenaga dan oksigen? Sel akan mati. Contohnya, kalau kita kurang oksigen kita akan jadi semput, begitu juga dengan sel, kalau sel kurang oksigen ia boleh jadi sel berasid dan enzim tertentu akan dilepaskan. Sudahnya DNA yang akan rosak. Sel sepatutnya mesti mampu untuk repair kerosakan DNAnya supaya sel yang rosak tu patutnya boleh mati bukan duplicate jadi sel rosak yang lain.

Apabila DNA sel yang rosak, ia biasanya akan mengesan kerosakan dan cuba untuk memperbaikinya. Jika kerosakan tidak boleh diperbaiki, sel biasanya akan menghantar diri sendiri ke fasa apoptosis.
Bila sel-sel mengalami kerosakan DNA tetapi gagal untuk menjalani apoptosis, sel inilah yang akan membiak menjadi sel kanser
Jadi di sini lah peranan VIVIX. Bukan sebarang product yang boleh control apa yang berlaku secara biologi dalam badan kita. Jadi adalah sangat penting untuk kita faham kenapa kita perlukan Vivix setiap hari.











Nak ikhtiar sihat dengan Vivix? Jom hubungi saya segera. Pembelian produk Shaklee dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA




**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.

Saturday, 4 March 2017

Awas! Pneumonia pada bayi dan kanak-kanak boleh membawa Maut!

Masih teringat lagi dalam ingatan saya tentang perginya anak buah saya yang dikasihi pada tahun lepas akibat jangkitan kuman di paru-paru atau lebih dikenali sebagai Pneumonia. Ketika itu usianya baru mencecah 3 bulan. Allah saja lah yang tahu bagaimana sedihnya kami menerima tentang berita tu. Setelah kejadian tu, saya pon mulalah membuat sedikit pembacaan tentang  Pneumonia ni. 

Apa itu Pneumonia?




Pneumonia adalah jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru. Jangkitan paru-paru ini kerap dialami oleh kanak-kanak yang berusia di bawah umur 5 tahun.



Simptom-simptom jangkitan paru-paru pada kanak-kanak

  • Batuk berpanjangan lebih dari 3 hari
  • Demam panas
  • Batuk dengan atau tanpa kahak
  • Sakit dada 
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan
  • Rasa tidak sihat, sering merengek
  • Pernafasan laju atau susah bernafas
  • Muntah atau cirit-birit
Sekiranya anak-anak anda anda menunjukkan simptom-simptom jangkitan ini, segeralah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan

Kaedah rawatan yang diberikan


Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Walaubagaimanapun, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman ini boleh dilakukan seperti mengamalkan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Selain itu, ibu bapa juga boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.


Pengalaman ibu-ibu yang memberikan anak-anak mereka vitamin semulajadi Shaklee untuk mencegah dari penyakit ini dari berlaku.

Testimoni 1

Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5


Selain dari Nutriferon dan Omega Guard, anda juga boleh memberikan Chewable Vitamin C Shaklee untuk meningkatkan sistem imun anak anda bagi melawan sebarang penyakit

Apa pun yang berlaku, pencegahan awal perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Kita sebagai ibu bapa yang bijak perlulah segera bertindak jika masalah ini berlarutan. Ingat ye, jika simptom-simptom jangkitan paru-paru ini berlarutan lebih dari tiga hari, segeralah bawa anak anda berjumpa doktor.

Sekiranya anda ingin mendapatkan vitamin-vitamin ini, segeralah menghubungi saya k. Konsultasi akan diberikan secara PERCUMA



**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.

Berjaya hamil setelah sepuluh tahun menanti, apa yang pasangan ini lakukan?

Tidak semua pasangan yang telah berumah tangga berpeluang mempunyai zuriat. Sebagai orang Islam kita wajib percaya bahawa kurniaan zuriat ini adalah ketentuan dan rezeki dari Allah SWT. Tetapi, kita sebagai hambanya tak salah untuk berusaha ke arah itu. Dalam Al Quran pon Allah dah sebut mintalah apa saja kepadaNya, Allah pasti akan tunaikan. 

Hari ni, saya ingin berkongsi kepada anda semua kisah sepasang suami isteri yang terpaksa menunggu 10 tahun untuk memperolehi zuriat yang kedua. Alhamdulillah, akhirnya isterinya berjaya hamil. Jom kita baca kisah mereka :

"Assalamualaikum

Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabarjela yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang” Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya."



Bagi anda yang masih belum mempunyai zuriat, saya cadangkan anda untuk mengamalkan Vivix dan Set Kesuburan Shaklee. Moga dengan ikhtiar ini anda berjaya beroleh apa yang dihajatkan. Selebihnya kita bertawakkal kepada Allah SWT.

Ingin mendapatkan pertanyaan lanjut berkenaan produk ini? Jom hubungi saya segera. 


**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.


Friday, 3 March 2017

Kenali punca paru-paru berair dan cara merawatnya

Apa itu penyakit paru-paru berair?



Paru-paru berair adalah keadaan di mana air berkumpul secara berlebihan di dalam paru-paru samada pada tisu paru-paru atau pada lapisan antara paru-paru dengan lapisan di dalam dinding dada. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. Ada juga yang beranggapan mandi malam merupakan punca utama paru-paru menjadi basah seterusnya mengakibatkan penyakit paru-paru berair. Betul ke tanggapan ni? Jom kita lihat apakah punca sebenar berlakunya penyakit ini.

Punca paru-paru berair

Sebenarnya, punca berlakunya masalah ini masih tidak dapat dikenal pasti. Ia mungkin berpunca dari pelbagai keadaan termasuklah :

  • Jangkitan bakteria
  • Jangkitan fungi
  • Jangkitan virus
  • Jangkitan parasit
  • Kecederaan fizikal pada paru-paru
Masalah paru-paru berair ini pula terbahagi kepada dua iaitu:


1) Pulmonari Edema

Pulmonari Edema adalah pengumpulan air berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru bengkak dan berair.

Punca berlakunya penyakit ini adalah disebabkan oleh kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung. Maka, kepercayaan sesetengah pihak bahawa ianya berpunca daripada kemasukan air ketika mandi adalah salah.

2) Pneumonia

Manakala penyakit Pneumonia pula disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku.

Malah, Pneumonia juga boleh dijangkiti melalui udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Sekali lagi, ia bukan berpunca dari mandi malam.


Tanda-tanda anda mungkin telah dijangkiti paru-paru berair

  • Batuk berkahak atau mungkin disertai darah
  • Demam
  • Sesak nafas
  • Menggigil
  • Rasa letih dan cepat mengantuk
  • Sakit dada
  • Loya dan muntah apabila menarik nafas panjang
  • Cirit birit

Kaedah rawatan paru-paru berair

  1. Paru paru berair yang besar dan menyebabkan kesukaran bernafas perlu dirawat dengan kaedah penyedutan cecair di dalam kawasan terlibat menggunakan Thoracentesis.
  2. Paru paru berair yang kecil tidak memerlukan rawatan tetapi punca berlakunya paru paru berair perlu dikenalpasti dan dirawat.
  3. Jika ia berpunca caripada Pneumonia, pesakit akan diberi antibiotik. Sekiranya terdapat nanah terkumpul, ia akan disedut.
  4. Sekiranya perlu, pembedahan perlu dijalankan untuk mengeluarkan nanah.

Pengalaman pesakit paru-paru berair ikhtiar sembuh dengan vitamin semulajadi

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3

Testimoni 4


Kita hanya berusaha yang menyembuhkan hanya Allah SWT. Anda ingin ikhtiar sihat dengan Vivix? Jom hubungi saya segera



*Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.