Tuesday, 19 April 2016

11 Kebaikan Utama Pengambilan Omega Guard

Sempena dengan promosi Shaklee yang super best Omega Guard  bulan April ni.. Jom kita mendalami lagi apa yang best sangat Omega Guard ni sampai orang sanggup borong berbotol-botol untuk makan seisi keluarga


11 Kebaikan Utama Pengambilan Omega Guard:



  • Membantu menyeimbangkan hormon wanita yang menyebabkan PMS, melicinkan kulit dan menjadikan kulit kelihatan kemerah-merahan
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • Dapat menghindarkan kolestrol, menghindar pembekuan darah didalam badan, mengawal masalah obesiti.
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori (sangat digalakkan pengambilan bagi ibu hamil terutama kandungan yang berada di dalam 3 bulan terakhir fasa kehamilan)
  • Membantu menguatkan keupayaan daya ingatan dan pembelajaran (amat sesuai diambil oleh pelajar)
  • Membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru
  • Menentang kanser
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi
  • Mencegah insomnia
  • Membantu mengurangkan tekanan.
Ha.. Bestkan bila dah tau pasal Omega Guard ni.. Sebenanya banyak lagi yang best tentang Omega Guard ni.. Next time kita citer lagi ye.. So jangan lupa grab promo rege murah Omega bulan ni.. Rugi kalo x ambil peluang. 


Shaklee ID : 859750
0136969805

Tuesday, 29 March 2016

6 sebab soya keluaran Shaklee (ESP) adalah yang terbaik di pasaran.


Demam ESP dan nak abes. Ramai gak orang yang memborong bertong-tong ESP bulan ni. Penah x kadang-kadang korang terfikir. Pe yang best sangat ESP ni? Jawapannye mesti la best... Nak tau kenapa best? Jom baca kat bawah ni :

1) Keberkesanan ESP terbukti melalui kajian klinikal Saintis Sedunia


Bukti kajian klinikal saintis Shaklee


Kalau korang nak tau, ESP telah dimajukan oleh para saintis Shaklee. Walaubagaimanapun, kajian-kajian ini bukan dijalankan oleh para saintis Shaklee sahaja malah telah dikaji oleh selain daripada saintis Shaklee yang bertindak sebagai pihak ketiga. Untuk pengetahuan korang, dalam banyak-banyak syarikat nutrisi, hanya Shaklee sahaja yang berani meminta pihak ketiga membuat kajian terhadap produk-produknya. Produk lain tak berani.. hehehe...


2) ESP satu-satunya produk yang mempunyai semua 9 asid amino yang penting

Badan kita memerlukan protin untuk pembinaan sel yang sihat. Pembinaan sel yang tidak sihat akan menyebabkan berbagai-bagai serangan kanser akan menyerang tubuh badan.

Unsur protin terdiri dari 21 jenis asid amino iaitu :

  • 12 daripadanya dinamakan non-essential amino acid dan dihasilkan sendiri oleh tubuh badan.
  • 9 lagi dinamakan essential amino acid dan hanya boleh didapati daripada makanan yang kita makan. ( ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan). Kesemua 9 essential acid amino ini boleh dilihat di tin ESP sebagai bukti.


9 asid amino di ESP

Sehingga kini, tiada satu pon produk nutrisi yang menyediakan kesemua 9 asid amino di dalam produk mereka kecuali ESP. Sebab tu la ramai yang dapat kesan positif terhadap tubuh badan mereka bila amalkan ESP. Bestkan...

3) ESP diproses pada suhu yang rendah supaya tidak rosakkan protin

Sifat protin tidak tahan pada suhu yang tinggi seperti suhu memasak. Makanan yang kaya protin pon akan hilang kandungan protin apabila dimasak. Kalau masih ada pun sisa protin tu, stukturnya dah berubah kepada gumpalan-gumpalan yang sukar diserap oleh tubuh badan. Tu lah sebabnya kalau makan banyak ikan atau ayam pon masih menghadapi penyakit kekurangan protin seperti alergi, artritis, leaky gut dan auto imun. 

sumber : google
Kesimpulannya, protin yang terkandung di dalam ESP tidak musnah kerana ia diproses pada suhu yang rendah. Sebab tu lah ia kekal berkualiti dan kekal berkesan dalam tubuh badan.

4) ESP diperbuat dari sumber kacang soya NON - GMO




GMO bermaksud- pengubahsuaian secara ginetik. Pada zaman sekarang, banyak tanaman yang telah diubahsuai secara ginetik yang bertujuan supaya ia lebih cantik atau lebih sedap. Contohnya seperti jambu batu, tembikai dan anggur yang tiada biji. Macam tu jugak dengan soya. Kebanyakan soya dipasaran telah menjalani proses ubahsuai genetik.

Risiko menggunakan produk GMO ialah unsur makanan yang dimakan bukan lagi semulajadi dan terdedah kepada racun pestisid yang boleh menyebabkan alegi atau kanser.

Kesimpulannya, ESP diperbuat dari kacang soya asli (NON GMO) dan setiap satu tin ESP mengandungi 30kg kacang soya. Best ke best? hehehe...

5) Kandungan Glycemix Index (GI) dalam ESP adalah rendah

Glycemic Index (GI) bermaksud kadar pertukaran sesuatu kepada Glukos. Makanan dengan GI yang rendah adalah lebih baik kerana tidak menyebabkan glukos dalam badan naik mendadak. Sebagai contoh, bila kita bersarapan pagi dengan roti canai atau nasi lemak, 2-3 jam tu mesti kita lapar balik kan? Kenapa? Sebabnya kedua-dua jenis makanan ini terdiri dari GI yang tinggi.

Berbeza pulak kalau kita bersarapan dengan ESP, mesti kita rasa kenyang je. Kadang tu dah tengahari pon still terasa kenyang. Ini disebabkan ESP mempunyai GI yang rendah. So sesuai sangat untuk diambil oleh pesakit diabetis kerana ESP juga berupaya mengawal gula dalam tubuh badan. Bagi yang nak kuruskan badan pula, pengambilan ESP amat digalakkan kerana bila dah makan ESP akan rasa kenyang yang lama. Dalam masa yang sama dapatlah mengurangkan berat badan dan kadar kalori...

sumber: google
6) ESP tiada kolestrol, tiada asid urik, dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan.

ESP tiada kolestrol kerana ia dari tanaman. Pesakit darah tinggi boleh ambil ESP. ESP juga tiada asid urik kerana asid urik hanya datang dari tubuh badan, bukannya dari makanan. Pesakit gout juga boleh ambil ESP. ESP juga adalah produk semulajadi dan ia mudah dihadam dan diserap oleh tubuh badan. Kesimpulannya badan kita pon boleh kebaikan protin dengan cepat dan sebanyak yang mungkin.

So, kenapa nak ragu-ragu lagi dengan ESP... memang banyak testimoni yang kami ada tentang kebaikan ESP ni. Nak dapatkan ESP jom contact saya cepat-cepat. Takkan kita nak biarkan orang lain je sihat.. orang lain je cantik.. kita pon nak jugak kan... ok jom!!!


Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
ID:859750
Whatsapp : 013-6969805
COD: Putra Height, USJ, Kepong








Thursday, 3 March 2016

Sunday, 21 September 2014

Rahsia saya dapat 20 oz susu kurang dari 30 minit

Pengalaman menyusukan anak adalah pengalaman paling indah buat saya... Alhamdulillah.. saya dapat menyusukan ketiga-tiga anak saya selama lebih dari 2 tahun.. Syukur Ya Allah... Tapi pengalaman menyusukan anak kembar adalah pengalaman yang agak sukar bagi saya.. Banyak betul cabaran yang kena saya tempuh.. Kalau semangat tak kuat, memang susu formula la jawabnye saya bagi dekat anak-anak saya tu.

Muhammad Aqeel Daniel

Muhammad Aqeef Daniel
Alhamdulillah pada 8 Julai 2010 saya telah selamat melahirkan anak kembar secara ceaserean. Berat 1st twin masa lahir 1.75kg dan 2nd twin 1.45kg. Kecikkan? Oleh sebab tak cukup berat badan, maka mereka pun ditahan di wad NICU lebih kurang sebulan. Walaupun anak-anak saya ni tak cukup berat badan, saya masih bersyukur sebab mereka adalah baby yang normal dan sihat. Banyak pelajaran baru yang saya belajar masa anak-anak saya di wad NICU ni antaranya teknik Kanggaroo Care.. Kalo anda nak tahu apa tu Kanggaroo Care boleh la KLIK SINI

Pengalaman penyusuan

Rezeki anak-anak
Tibalah masanya saya nak share pasal pengalaman penyusuan saya.. Gembira ada.. Sedih ada... Stress ada.. Sampai dah naik give up pon ada... Sebab apa saya stress dan give up? Sebabnya masa anak-anak saya di wad NICU, anak-anak saya diberi susu melalui tiub.. Dorang tak boleh nak menyusu direct dengan saya sebab mulut dorang ni terlalu kecik.. Nipple saya plak besar.. So memang la x muat nak masuk mulut dorang tu.. Sedih memang sedih time tu tapi saya kena kuatkan semangat.. Saya dibenarkan pulang ke rumah tapi baby-baby saya ni kena tahan di wad sampailah berat badan dorang 1.8 kg...Setiap hari saya akan bawa susu yang telah di pam ke wad untuk bekalan anak-anak saya.. 

Tak dinafikan masa dalam pantang susu saya memang banyak... Alhamdulillah rezeki Allah buat anak-anak saya.. Tapi lama kelamaan bila baby makin membesar saya tengok susu saya makin kurang. Apa yang saya buat saya mula lah google di internet segala teknik-teknik nak banyakkan susu... Supplement apa yang perlu diambil, makanan apa yang perlu dan sebagainya.. Demi untuk anak-anak saya. Saya memang berazam untuk menyusukan anak-anak saya sepenuhnya dengan susu ibu... Lagipon itu hak anak kepada ibunya...Sampailah saya jumpa satu blog ni menceritakan pengalaman dia banyakkan susu dengan ambil supplement... Saya pon cuba lah supplement tu... Nak tahu apa supplement yang saya ambil? Saya amalkan Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan juga ESP. Anda boleh KLIK SINI untuk maklumat tentang supplement tu.

Selain ambil supplement, saya juga pam susu secara konsisten. At least setiap 3 jam.. Pam susu ni memang penting ye.. Makan la apa supplement sekali pun, mahal atau murah, kalau kita tak pam susu memang tak kan menjadi... Nak ikutkan memang payah..Tapi kita sebagai ibu kena kuatkan semangat..Banyakkan berdoa. Minta pada Allah agar dipermudahkan perjalanan penyusuan kita.... Selain tu, sila jangan skip makan... Makan la nasi.. sayur.... Saya dulu makan je apa pon tanpa risau gemuk... Malah saya rasa saya lebih mudah turun berat badan time nyusukan anak. Disamping supplement-supplement kat atas tu saya juga ambil Lecithin Shaklee.. Alhamdulillah memang sesuai dan berkesan kat saya. 

Pam susu saya
Gambar kat atas ni, inilah pam susu yang saya guna setiap hari.. Memang best pam susu ni.. Lembut je rasa time pam susu tu. Macam anak kita sendiri yang hisap. Saya beli ni secara main kutu dengan salah seorang dealer kat internet.. Nak beli sekali gus memang tak mampu.. huhu.... Tapi banyak-banyak brand pam susu yang saya guna brand Medela la yang terbaik.. Takpe melabur sedikit wang asalkan kita dapat hasil yang lumayan.. 

Gamba lepas habis pantang.. Huhu.. gemuk..
Gamba kurus sket time nyusukan anak.. hehehe...
Time susukan si kembar. Umur dah 2 tahun time ni
Ok la saya rasa setakat ni je dulu perkongsian tentang perjalanan penyusuan saya.... Kepada yang ingin bertanya terus saya boleh lah whatsapp saya di 013-6969805, InsyaAllah saya akan kongsikan dan bantu anda jika ada masalah dalam penyusuan. Kalau nak order vitamin pon boleh.. Whatsapp je saya k.. Sharing is caring :). Nanti ada masa saya sambung lagi k... 


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Wednesday, 23 July 2014

Khasiat limau nipis dalam Perubatan Islam

Ha... menarik plak saya rasa tajuk post ni... saja nak share dengan kawan-kawan semua.. Selalu tak kita dengar dalam perubatan islam ustaz2  guna limau nipis sebagai salah satu kaedah rawatan... jom kita baca apa khasiat limau nipis ni sebenarnye yang saya ambil dari blog ni


Kenapa guna limau?


Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang berkongsi hidup dengan manusia dibumi ini. Mereka berjisim halus tidak seperti manusia yang berjisim kasar, oleh kerana itu golongan mereka ini tidak dapat dilihat bagaimanakah hal keadaan jisimnya dengan penglihatan mata kasar manusia. Pun begitu, mereka juga mempunyai akal dan perasaan, justeru mereka juga tergolong dalam golongan yang diperintahkan Allah agar mentaati titah perintah Allah selain manusia.

Oleh kerana mereka juga berjisim maka tubuh mereka juga akan bertindakbalas dengan jisim-jisim yang lain. Sebab itulah tubuh mereka akan mudharat apabila terkena air limau sebagaimana mudharatnya tubuh kasar kita ini apabila direndam dengan air limau dalam kuantiti yang banyak. Bukankah sesuatu akan mengalami hakisan apabila direndam dalam cecair yang mempunyai kepekatan asid yang tinggi? Begitulah yang akan terjadi pada tubuh jin yang akan terhakis atau hancur apabila dikenakan dengan air perahan limau walaupun dalam kadar kuantiti yang sedikit kerana tubuh mereka berjisim halus. Maka, air perahan limau adalah alat ampuh yang dapat memudharatkan tubuh jin sehingga mereka terpaksa merasai pengalaman sakit yang tidak terhingga.

Maka khasiat mandi limau berkesan untuk memudharatkan tubuh jin yang bersarang dalam tubuh penghidap gangguan jin sehingga tubuhnya kosong dari diinap jin.


Ok... so dengan penerangan dan perkongsian bacaan yang saya kongsikan ni dapatlah kiranya beri jawapan yang selalu bermain di minda saya... Moga ia memberi manfaat kepada semua.. InsyaAllah...

Tuesday, 12 November 2013

FAQ : Soalan yang sering ditanya mengenai Vivix

Bersempena dengan promosi Vivix Buy 6 Free 1 bulan November 2013 ni, inginlah saya sharekan beberapa info mengenai Vivix. Mungkin ramai juga yang belum mengetahui apa fungsi Vivix ni sebenanye. Sejauh mana bukti yang mengatakan pengamal Vivix akan kelihatan 25 tahun lebih muda dari usia sebenar. Best kan? Kalau anda nak tahu, Shaklee ni sebelum mengeluarkan sesuatu produk ia telah diuji keberkesanannya dulu oleh "pharmaseutical standard". Maknanye kat sini, Shaklee ni diakui keberkesanannya oleh pihak ketiga. Bukan diakui oleh syarikat Shaklee sendiri. 


Ok jom kita tengok apa soalan yang sering ditanya tentang Vivix ni..(Frequently Asked Question / FAQ )


Q : Apa itu Vivix
A : Vivix adalah campuran polifenol dengan paten tertunda yang kuat dan eksklusif dari bahan-bahan botanikal yang terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel*


Q : Apa bahan-bahan dalam Vivix
A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*



Q : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?

A : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. * Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.



Q : Apakah polifenol?

A : Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia *



Q : Apakah resveratrol?

A : Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme *



Q : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?

A : Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix adalah menjangkaui resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa campuran yang masih menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol*



Q : Adakah Vivix produk antioksidan?

A : Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam makmal memberi kesan positif terhadap empat kunci mekanisme penuaan selular. Oleh itu, ia sebenarnya lebih dari menyediakan sokongan antioksidan*



Q : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?

A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.



Q : Boleh ke ambil lebih dari satu sudu teh sehari?

A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*



Q : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?

A : Vivix boleh diambil bersama semua rangkaian produk makanan tambahan Shaklee. Malahan digalakkan ambil bersama sesetengah produk seperti Nutriferon dan Cinch Shake sebagai pelengkap harian yang sangat baik kepada pilihan gaya hidup sihat. 



Q : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?

A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.



* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Wednesday, 30 October 2013

Kelebihan menjadi ahli Shaklee

Sejak dua menjak ni ramai yang bertanyakan saya tentang apa kelebihan jadi ahli Shaklee. Mana tak nye.. semakin ramai yang dah mulakan langkah untuk jadi ahli Shaklee sama ada untuk tambah pendapatan atau untuk makan sendiri. Memang sangat nampak perbezaan penyertaan ahli pada tahun 2011, 2012 dan 2013. Pada tahun ni lah (2013) ramai sangat yang dah join Shaklee untuk berbizness terutamanya. Mungkin mereka dah nampak yang Shaklee ni sebenanye boleh buat duit jika dijalankan secara betul dan bersungguh2. Macam saya lah. hehehe....


3 C Shaklee

Dengan menjadi ahli Shaklee, kita ditawarkan dengan 3 jenis keistimewaan. 

1. CASH



Apa yang dimaksudkan dengan CASH?

Shaklee menawarkan 2 jenis bonus tunai. Satu melalui jualan dan satu melalui kepimpinan. Bonus tunai akan dibayar apabila pengedar mencapai minima syarat belian 150 uv @ point iaitu lebih kurang RM470 pembelian dalam satu-satu bulan. Bonus dibayar berdasarkan point belian. Lagi banyak belian maka lagi banyaklah bonus yang diperolehi.

Bonus kepimpinan dibayar sekiranya kita mempunyai sebuah organisasi dan telah melahirkan pemimpin yang efektif.

Namun adilnya Shaklee ialah, walaupun kita mempunyai organisasi yang besar namun sekiranya kita tidak membuat sebarang jualan, maka tiada sebarang bonus yang diberikan.
Seorang downline boleh mendapat bonus lebih besar dari uplinenya sekiranya downline itu bekerja lebih keras dari uplinenya.


Jadi, tiada istilah orang di atas akan sentiasa berada di atas kalau tidak berusaha ya.


2.  CAR BONUS



Sebenarnya Car Bonus yang dimaksudkan ialah bayaran tunai untuk membayar duit bulanan kereta sekiranya kita membeli kereta. Namun sekiranya kita tidak membeli apa2 kereta maka duit itu boleh digunakan untuk kegunaan lain. Bagaimana nak dapat bonus kereta ini? Bonus ini boleh diperolehi apabila kita layak dan telah melengkapi syarat jualan yang ditetapkan. Bestkan?

 [ Sila refer upline anda untuk lebih lanjut].


3. CONVENTION


Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan PERCUTIAN PERCUMA?

Bagi mereka yang serius berbiznes dan memastikan mereka layak mendapat pangkat minima Supervisor serta efektif setiap bulan, Shaklee akan memberikan point untuk percutian pula.
Percutian ada untuk dalam negara dan luar negara.

Sebagai contoh percutian percuma yang ditawarkan untuk tahun 2012 ialah Pulau Langkawi (dalam negara), manakala untuk luar negara pula ialah Umrah / London Paris.

Penginapan, pengangkutan dan makan disediakan dengan baik sekali dan bertaraf 5 bintang. Best sangat2.. 

[ Sila refer upline untuk mengetahui lebih lanjut]

sumber


MAHU MENYERTAI KAMI?







Nak tahu pengalaman saya selama menjadi ahli Shaklee sejak 2012? KLIK SINI


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750


Monday, 28 October 2013

Himpunan testimoni terbaik : Shaklee Collagen Powder.

Aha ingat lagi tak janji saya ari tu nak buat entri pasal testimoni Shaklee Collagen Powder (SCP), Siapa yang dah cuba SCP ni komfem memang jatuh hati. Nak tahu apa bestnya SCP ni? Jom KLIK SINI. Nak tahu SCP ni diperbuat dari apa? KLIK SINI

Apa? kulit tegang bila makan SCP? Badan jadi wangi bila makan SCP? Jerawat dah hilang ha.. ni baru sikit je soalan. Jom kita baca testimoni mereka yang dah cuba SCP'

Testimoni 1


Dua2 gambar ni asli tau. Ahkak dalam gambar ni ada masalah jeragat. Dah cuba macam2 produk pon tak ilang2 gak jeragat dia nih. Bila dah cuba SCP, ha tengok tu masalah jeragat dia dah hilang, kulit makin cerah dan licin. Dah cun gitu :)

Testimoni 2


Makcik ni pulak, sebelum guna SCP kulit muka dia nampak kusam, berkedut dan pucat. Lepas guna SCP ni 15 hari, kulit muka dia terus nampak tegang, nampak muda dan berseri. Boleh tengok perbezaan gambar belah kiri tu sebelum, belah kanan tu selepas.

Testimoni 3.


Ahkak ni pulak, gambar 1st tu sebelum dia amalkan SCP, gamba 2nd tu lepas dia amalkan SCP. Katanye lepas ni dia dah tak payah pakai mekap sangat dah. Cukup tepek2 bedak je kat muka. Gambar 2nd tu lepas 2 jam dia berbedak. Still nampak mengancam gitu.. :)

Testimoni 4


Gambar kat atas ni menunjukkan dari hari 1st dia makan SCP hingga hari ke lima. Dah nampak perubahan. Kulit makin cerah, makin tegang, makin licin dan paling penting jerawat makin pudar. Alahai.. Bestnye la Shaklee Collagen Powder ni rugi tak try. 

Testimoni 5


Testimoni kat atas ni paling best rasanya, Ni perbualan antara saya dan sahabat saya (nama sebenar dirahsiakan) hehe.. Inajay tu nama glemer saya.. hihihi.. Masalah kawan saya ni bila makin lama breast dia makin mengecil. Mungkin dia dah makin kurus, breast dia pon ngikut jadi kecik.. Ahaha.. sory ye 18sx kejap. Husband dia pon komplen gak la kat dia tanya apsal breast makin kecik. Saya pon suggest la SCP kat dia.. Bila dah try SCP ni selama 6 minggu, suami dia terus perasan yang breast dia makin tegang dan membesar.. Waaa bestkan? Seronok rasa bila suami puji2 ni. hihihihi..Selain tu kulit dia memang nampak cantik sangat. Lembut gitu.. :)

Testimoni 6


Yang ni pasal ekzema pulih dengan SCP

Testimoni 7


Yang ni rasa makin jelita :)

Testimoni 8


Yang ni pasal jerawat dah takde :)

Testimoni 9


Yang ni kulit nampak flawless :)

Testimoni 10


Yang ni kulit makin cantik bila makan SCP dan set skin care

Testimoni 11


Yang ni rambut makin subur dengan SCP

Testimoni 12


Yang ni kulit makin cantik :)

Testimoni 13

Yang ni kulit kekal wangi :) hubby yang tegur :)

Testimoni 14


Yang ni tumit kaki jadi lembut.. :)

Ok la setakat ni je saya share kan testimoni2 pasal bestnye SCP ni. Bestkan bila baca testimoni dorang ni. Percaya cakap saya rugi tak try sebabnye SCP ni kolagen terbaik sebab dari sumber haiwan di laut. Apa salahnya kalau kita berbelanja sejumlah wang untuk kecantikan dan kesihatan kita sendiri. Harga SCP ni RM298 sekotak untuk 15 sachet. Nak dapatkan harga murah lagi dari harga sebenar? Jom contact saya laju-laju takut nanti SCP kehabisan stok.. :) 


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Monday, 21 October 2013

Jerawat tumbuh di muka? Apa tandanya?

Ha kali ni saya nak citer sikit pasal jerawat. Saya pasti semua orang memang pernah mengalami masalah jerawat ni. Ada yang jerawatnye sikit je dan ada juga yang banyak. Tapi walau banyak mana pun masalah jerawat yang kita hadapi pasti ada penawarnya.

Anda tahu tak sebenarnye jerawat tumbuh di bahagian2 tertentu di muka kita membawa petanda. Maksud saya di sini ia menunjukkan petanda apa yang kita makan sebenarnya. Walaupun kulit adalah organ kita yang paling besar sekali, namun kulit dan rambut kita adalah organ yang paling last sekali terima nutrien dari apa yang kita makan. Segala baki2 nutrien tu la yang tinggal untuk kulit kita. dah takde pilihan.. kesian kat kulit kan?



Kalau anda tengok refleks pada point jerawat tumbuh kat muka tu, tu la sebenanye bahagian organ dalaman kita yang tak terima nutrien secukupnya. Jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengambil makanan tambahan yang secukupnya. Sebagai contoh pengambilan B Complex dapat mengatasi stress, Vitamin C dapat membantu pembentukan kolagen pada kulit, vitamin E sebagai antioksida, Gla Complex untuk stabilkan hormon & ESP untuk bina sel baru dan baiki sel-sel yang rosak. Kalau anda ada bajet lebih lagi saya cadangkan anda mengambil Shaklee Collagen Powder agar kulit lebih sihat dan nampak muda. Pengambilan air yang secukupnya bersama alfalfa adalah sangat2 penting untuk membuang toksin di dalam badan kita.

So.. itu la info yang saya nak sharekan ari ni.. kita jumpa lagi di entry akan datang ye.. bai bai..

* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Sunday, 20 October 2013

Jom tegangkan kulit dengan Shaklee Collagen Powder

Mungkin ada lagi yang tak tahu apa menariknya Shaklee Collagen Powder ni hingga jadi sebutan dan perbualan mereka yang dah mencubanya. Bila dah cuba saya pasti mesti anda terus jatuh hati dan sayang untuk meninggalkannya termasuk la saya... hehehe... Ok la bagi anda yang nak tahu serba sedikit tentang Shaklee Collagen Powder ni... Jom kita teruskan membaca..

Apa itu kolagen?


Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan. Kolagen terdapat pada kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Jangan ingat kolagen ni ada pada kulit je ye :). 72% daripada kulit kita adalah kolagen dan 80% tulang adalah kolagen. 

Apa fungsi kolagen?

Kolagen ni sebenanye bertindak sebagai pelindung organ kita seperti hati, perut, jantung, paru-paru., saluran darah, sel otak dan organ dalaman lain. Kalau untuk luaran, kolagen ni membantu dari segi kecantikan dan kesihatan. Bila makan kolagen ni kulit akan rasa lembut je. Muka pon nampak muda. Kalau x percaya cer tanya dan lihat sendiri mereka2 yang dah amalkan kolagen ni.

Apa itu Shaklee Collagen Powder (SCP)?




Shaklee Collagen Powder atau nama singkatannya SCP adalah terdiri dari bahan semulajadi dan merupakan suplemen kolagen yang hebat. Sebab apa dikatakan hebat? Ia merupakan kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kalau anda nak tahu, ikan merah hidup di dalam laut sedalam 5000m dan boleh menahan tekanan sehinga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan dalam. Tak semua ikan mampu hidup di dalam laut yang bertekanan tinggi. Sebab tu la ikan merah ni adalah sumber kolagen yang terbaik. SCP ni bahannya bukan je dari sisik ikan merah je.Shaklee tambahkan lagi dengan 7 bahan aktif yang terdiri dari ekstrak biji Camellia Japonica, Ekstrak Pffafia, kolagen ikan, ekstrak kulit kerangan laut, lactobacillus achidophilus. vitamin C, Vitamin B2 & B6 yang mana kesemua bahan2 ni mempunyai fungsinya tersendiri.


Perbezaan Shaklee Collagen Powder dengan kolagen yang lain di pasaran 


  • Dihasilkan dari kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Mengandungi berat molekul rendah daripada 1000 dalton dan adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000 dalton.
  • Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembabkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.
Terbukti Shaklee Collagen sangat berkesan!!

Ujian klinikal ke atas Shaklee Collagen Powder membuktikan 71% pengguna mempunyai tesktur kulit yang lebih gebu selepas mengggunakannya selama 8 minggu berturut-turut

69% peningkatan terhadap kelembapan kulit

75% peningkatan terhadap kelicinan kulit
90% peningkatan terhadap keserian wajah dan kulit
80% pengurangan kedutan diwajah


Ha.. best kan Shaklee Collagen Powder ni... Saya pon turut jatuh hati bila dah guna SCP ni. Kesannye dapat dirasai seawal 5 hari.. Lembut sangat kulit ni.. Terasa kulit macam baby je... hehehe... Yang penting suami pon suka je nak belai.. Ahaks!! Ok la bagi anda yang sangat teruja nak dapatkan SCP ni, boleh la hubungi saya k.. Nak call boleh.. sms boleh.. whatsapp lagi la boleh.. no fon saya 013-6969805. Nantikan testimoni pasal SCP ni pada entri saya akan datang ye.. see u..


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Momma Twinz Vitamin Shoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.