Thursday, 21 July 2016

4 kandungan utama di dalam Vivix yang sebabkan ia special sangat.

Vivix memang tak asing lagi. Sana sini orang dok sibuk cerita pasal 'magic' nye vivix ni. Kenapa Vivix ni magic sangat sampai boleh bantu rawat atau cegah macam-macam penyakit. Bukan tu je, pengamal vivix ni akan kelihatan 25 tahun lebih muda dari umur sebenar. Kan ke best tu..

Jom kita baca apa kandungan Vivix yang sebabkan ia special sangat.

Kandungan utama dalam Vivix



1) Muscadine grapes

Muscadine Grape ialah satu spesies anggur yang sangat unik kerana ia mengandungi lebih 1 (satu) kromosom  dari tumbuhan biasa, iaitu 20 kromosom.  Kelebihan ini menjadikan ia spesis anggur yang paling kaya dengan POLIFENOL (satu bahan penting yang sangat baik untuk kesihatan terutamanya untuk pencegahan kanser)

Satu lagi bahan penting ialah Asid Ellagik yang tinggi yang membantu untuk menghentikan tindakan kimia penyebab kanser. Ia mempunyai sifat anti-mikrob dan anti-virus.

Satu lagi uniknya anggur ini ialah saiznya yang sebesar BOLA GOLF! 

2) Purple carrot

Purple Carrot merupakan sumber terbaik untuk Vitamin A, sumber antioksida yang MUJARAB termasuk antocianin (yang menyebabkan warna merah menyala, ungu atau biru pada buah). 

Antocianin membantu untuk antioksidan, anti-radang, anti mikrob dan juga anti kanser. Ia juga sangat baik untuk kesihatan saluran darah, platlet, dan lipoprotein yang penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

3) Elderberry

Elderberry merupakan satu tumbuhan yang terkenal dalam rawatan tradisional untuk flu/selsema terutamanya influenza B. Ia dapat mengurangkan kesan akibat influenza seperti sakit otot dan ketidakselesaan akibat selsema.

Ia mengandungi unsure Flavonoids, salah satu sumber antioksida yang sangat baik untuk mengukuhkan system imunisasi untuk melawan jangkitan bacteria dan virus.

Elderbery turut kaya dengan kandungan Antocianin yang membantu untuk antioksidan, anti-radang, anti mikrob dan juga anti kanser. Ia juga sangat baik untuk kesihatan saluran darah, platlet, dan lipoprotein yang penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Bukan sekadar antioksidan, Elderberry juga ada vitamin A,B, C dan nutrient seperti asid amino. Kesemua nutrient ini baik untuk menguatkan imunisasi, merendahkan kolestrol, beri pelindungan kepada penyakit-penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung & strok.

Elderbery juga sangat baik untuk mengurangkan stress, penglihatan dan juga penghadaman.

4) Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed)

Tumbuhan ini adalah sumber utama kepada bahan RESVERATROL yang juga terdapat dari ektrak kulit dan biji anggur merah.

Resveratrol mengandungi bahan polifenol dan antioksidan yang dapat membantu untuk melambatkan penuaan, merendahkan kolestrol, meredakan tekanan darah, meningkatkan tenaga berterusan dan juga dapat membantu mengawal berat badan.

Kajian makmal telah membuktikan Resveratrol melawan penuaan di peringkat selular, mengaktifkan tindakan genetic  (DNA) untuk mengawaltur tindakbalas dalam badan yang normal. 


Testimoni pesakit kanser sembuh dengan Vivix

Kita hanya berusaha, tapi Allah yang menentukan.. Saya pasti bila kita atau ahli keluarga kita ada yang sakit pasti kita akan rasa sedih dan berusaha untuk cari rawatasn yang terbaik bagi pesakit. Begitu je pesakit kanser.  Kanser adalah penyakit yang paling ditakuti di Malaysia kerana ia boleh membawa maut. Tapi yakinlah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati.

Vivix adalah salah satu cara usaha kita merawat kanser. Di sini saya sertakan beberapa testimoni pesakit kanser sembuh dengan usaha mengamalkan Vivix secara konsisten.

Kanser rahim



Kanser hati


Kanser ovari



Kanser payudara



Kanser rahang



Kanser tahap 4


Kanser usus


Banyak lagi sebenanye testimoni-testimoni tentang Vivix rawat kanser ni. Tapi saya share la ni dulu ye.... Nak dapatkan vivix? Jom roger saya cepat-cepat..

"Mencegah itu lebih baik dari merawat"



Wednesday, 20 July 2016

Bagaimana Vivix bertindak membantu melawan kanser

Apa itu kanser?

Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel tidak normal yang tidak terkawal atau bercelaru di dalam tubuh badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem imun untuk berfungsi dengan baik.

sel normal dan tidak normal

Bagaimana sel kanser bermula dan merebak

Sel kanser bermula apabila sel-sel di dalam tubuh badan tumbuh secara tidak terkawal.  Pada hakikatnya sel-sel di dalam badan kita memang akan mengalami proses kematian dan akan diganti dengan sel-sel yang baru. Tetapi sel-sel yang baru tersebut akan meniru sel-sel yang mati tadi. Jika sel -sel yang mati tadi tu rosak, maka sel-sel baru itu pun turut rosak. Ini lah yang menyebabkan kanser berlaku. 

Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

Jenis-jenis kanser

  • Kanser kolon
  • Kanser hati
  • Kanser payudara
  • Kanser prostat
  • Kanser paru-paru 
  • dan lain-lain lagi

Bagaimana Vivix bertindak melawan kanser

Salah satu daripada kandungan utama dalam Vivix adalah resveratrol yang telah terbukti dalam banyak kajian saintifik boleh membantu mencegah dan merawat kanser.
Apa itu Resveratrol?
Resveratrol merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya. Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberi dan kacang.

salah satu tumbuhan di dalam vivix yang mempunyai resveratrol

Antara kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan resveratrol melawan kanser:


  • Kajian dalam Annals of The New York Academy of Sciences pada tahun 2011 melaporkan beberapa kajian awal menunjukkan resveratrol mempunyai kesan anti kanser.
  • Kajian yang diterbitkan oleh FACEB jurnal pada October 2011 menunjukkan resveratrol berjaya menghalang sel kanser payu dara daripada membesar.
  • Kajian yang dibuat oleh University of Nebraska pada tahun 2008 mendapatiresveratrol berjaya menghalang estrogen daripada bertindak balas dengan DNA dan menyebabkan kanser payu dara.
  • Kajian yang dibuat oleh University of Florida pada tahun 2011 menunjukkan resveratrol mempunyai sifat anti-carcinogenic yang boleh menghalang sel normal menjadi sel kanser.
  • Kajian yang dibuat oleh University of Kansas pada tahun 2012 menunjukkan resveratrol boleh membantu menghalang kanser prostate daripada membesar.

  • Bagaimana Vivix bertindak membantu melawan kanser


    Vivix membantu merawat kanser dengan membetulkan DNA sel yang rosak supaya signal sel dapat diproses dengan betul. Ini akan menyebabkan sel-sel kanser yang rosak ini ‘membunuh diri’ melalui proses apoptosis.
    Apabila semakin lama menggunakan Vivix, sel-sel kanser akan semakin berkurangan dan akhirnya hilang. Anda boleh teruskan dengan Vivix walaupun anda sudah bebas kanser kerana khasiat Vivix sangatlah banyak.

    Wednesday, 13 July 2016

    Segarkan semula sayur yang layu dengan Basic H Shaklee

    Teringat masa bulan puasa yang lepas.. masa tu dah pukul 6.30 petang saya nak masak bihun sup untuk berbuka. Lambat kan saya masak? ha'ah saya terpaksa tunggu suami balik keje dulu baru saya boleh masak dengan aman. Sebab anak kecik saya ni tak boleh tak tengok muka saya. So kena la saya sentiasa dengan anak kecik saya tu..Kalo tak, nangis la gamaknye..

    Bila dah lambat biasa la kelam kabut la kan. Bila bukak peti ais tengok2 sayur sawi dah layu.. Apa yang saya buat saya titikkan dengan Basic H untuk segarkan balik sayur tu. Jom tengok gamba2 kat bawah ni :

    Sayur yang layu

    Cepat-cepat ambik Basic H

    Titikkan 2-3 titik basic H bercampur air

    15 minit kemudian sayur dan mula segar

    Lepas 30 minit sayur makin segar

    Lepas 45 minit tadaa dah boleh potong

    Masukkan dalam sup

    Sayur dan pon siap dimasak
    Ha best kan? So tak yah membazir buang sayur2 yang dah layu tu. Sebenanye boleh disegarkan semula dengan Basic H. Nak tau apa lagi kegunaan Basic H? Klik sini

    Tuesday, 12 July 2016

    Basic H Shaklee 1001 kegunaan

    Basic H? Apa tu? Tak penah dengar pon? Ha meh sini saya nak cerita tentang Basic H.

    Apa itu Basic H?



    Nama penuh Basic H ni "Basic H Organic Super Cleaning". Ha dengar nama pon dah best kan apatah lagi bila dah guna. Oleh sebab nama Basic H ni panjang sangat, kita sebut Basic H je la senang, Basic H ni sebenanye pencuci pelbagai guna dan merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960. Ia di hasilkan daripada  sumber semulajadi iaitu jagung dan kelapa, bebas dari bahan kimia, biodegradasi dan selamat untuk seisi keluarga.

    Kegunaan Basic H

    1) Sebagai bahan pencuci

    • Cuci tandas, cuci lantai, cuci dinding, cuci pinggan
    • Cuci kesan gris dan minyak
    • Rendam baju especially baju baby. Rendam 4-5 hari pun tak berbau
    • Basuh botol susu dan segala botol 
    2) Rendam sayur dan buah
    • Memisahkan bendasing dari sayur/buah
    • Meneutralkan pestisid dan pengawet yang digunakan terhadap sayuran/buah tersebut
    Rendam buah epal dengan Basic H

    3) Kegunaan keluarga
    • Merawat ulser mulut. Celupkan basic-H menggunakan putik kapas & letakkan pada bahagian ulser
    • Memandikan bayi dan kanak-kanak
    • Ubat gigi. Titikkan 2-3 titik Basic-H ke atas berus gigi dan berus seperti biasa.
    • Mandikan anak-anak semasa demam (boleh kurangkan suhu badan)
    • Mandikan anak-anak dengan Basic-H untuk menghalang gigitan nyamuk
    • Digunakan kepada anak-anak yang menghidap ekzema
    • Sebagai pencuci tangan
    4) Berkebun
    • Air siraman tumbuh-tumbuhan yang ‘berkhasiat’. Titiskan beberapa titik ke dalam botol spray yang diisi air biasa dan spray ke pangkal pokok-pokok di taman.
    • Sebagai penghalau serangga perosak. Sama seperti cara di atas cuma sembur ke bahagian batang dan daun.
    5) Kegunaan rumah
    • Menghilangkan bau busuk ikan. Cuma spray saja ke dalam tong ikan.
    • Titikkan setitis ke dalam seterika stim bagi menjaga kebersihan bahagian dalamnya.
    • Membersihkan kesan getah/gula2 getah.
    Banyak lagi keistimewaan Basic H ni. Kalau anda nak tahu apa lagi keistimewaannya? Jom roger saya cepat2 ye.. Harga pasaran cuma RM48.76 je.. Sebotol leh tahan berbulan2.. Memang berbaloi.

    Thursday, 23 June 2016

    7 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Vitamin C Shaklee

    Korang tahu tak? Setiap tablet Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji buah oren (500mg) iaitu sebanyak 7.5 hidangan dan sebanyak 1.5 hidangan dibebaskan setiap jam ke dalam tubuh badan kita. Ujian klinikal telah membuktikan bahawa mengambil 2 tablet vitamin C sehari mampu kekal di dalam darah kita selama 24 jam. 

    Kebaikan Vitamin C Shaklee

    • Membentuk Kolagen -
      Vitamin C mampu meransang pembentukan kolagen. Ia mampu menghalang otot menjadi lembik sekaligus menentang risiko kulit kedut.
    • Memperbaiki Simptom Pendarahan -
      Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar
    • Meningkatkan sistem imun -
      Vitamin C membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
    • Memerangi kanser -
      Vitamin C merupakan anti oksida yang tinggi. Ia mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanserdan membuang toksin dari tubuh badan dengan berkesan. 
    • Mencantikkan kulit -
      Pengambilan Vitamin C setiap hari akan menjadikan kulit semakin cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen yang menyebabkan terjadinya jeragat.
    • Memperbaiki Insomnia -
      Vitamin C memperbaiki insomnia,dan merawat masalah keresahan
    • Mengekalkan kolestrol sihat
      Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah

    7 sebab kenapa perlu memilih vitamin C Shaklee :

    1. Vitamin C Shaklee adalah semulajadi. Tidak mengandungi bahan pengawet dan ia sangat sesuia diambil oleh orang yang mempunyai masalah gastrik
    2. Vitamin C Shaklee mengandungi Bio-Flavonoid iaitu berfungsi untuk menjadikan Vitamin C lebih aktif bertindak. 
    3. Jika anda demam atau selsema, hanya patahkan 2 biji vitamin C dan telan. Ucapkan selamat tinggal kepada ubat-ubat doktor.
    4. Vitamin C Shaklee dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat ( sustained release). Satu biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 500mg. Setiap jam 100mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan.
    5. Vitamin C dapat diserap dengan baik pada dos yang rendah. Jika dos vitamin C tinggi, maka semakin kurang vitamin C yang akan diserap. (itu lah tujuan sustained release dicipta)
    6. Vitamin C Shaklee dihasilkan bersama-sama Bioflavonoids Complex. Bioflavonoids ini adalah antioksida yang terbaik yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Tiada di dalam Vitamin C sintetik. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik untuk kesihatan jantung dan juga alzheimer
    7. Walaupun Vitamin Shaklee dilepaskan dalam masa 5 jam, ia tetap kekal di dalam badan selama 12 jam. Ia akan bekerja dulu di dalam badan sebelum ia keluar.

    Sunday, 19 June 2016

    Kurangkan berat badan dengan Set Kurus Bajet Shaklee

    Set Kurus Bajet Shaklee? Apa tu? Ha.. bagi anda yang baru-baru mengenali Shaklee mesti tertanya-tanya kan apa yang ada dalam Set Kurus Bajet Shaklee ni. Set ni sebenanya kami susun bagi anda yang baru-baru nak cuba produk Shaklee atau pon anda yang berminat nak mencuba tetapi menghadapi masalah kekangan wang untuk mendapatkan produk Shaklee.  

    Dalam set ni hanya ada 2 jenis sahaja vitamin yang boleh bertindak membakar lemak sekaligus dapat mengurangkan berat badan. Dengan berbelanja hanya RM113.53 anda akan dapat apa yang anda inginkan selama ni. 

    Apa itu lecithin?

    Lecithin adalah pembakar lemak semulajadi yang membantu badan menyerap nurien larut lemak seperti vitamin A,D,E,K dan Beta Caretone. Lecithin boleh didapati dari tisu haiwan dan tumbuhan. Kalau anda nak tahu, lecithin adalah diantara hot produk Shaklee. Ramai yang ambil produk ni untuk kawal berat badan mereka. Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya merupakan sumber lecithin yang paling baik  dan bebas kolestrol. Bagi anda yang ingin kurangkan dan mengawal berat badan, pengambilan lecithin Shaklee amatlah digalakkan. 

    Bagaimana lecithin bertindak untuk mengurang dan mengawal berat badan?


    • Lecithin akan memcahkan dan mencairkan lemak terutama kolestrol
    • Lecithin menurunkan total serum kolestrol sekaligus meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL)
    • Lecithin mengawal paras triglycerides (jenis lemak dalam darah)
    • Lecithin memecahkan dan mengurangkan lemak badan yang tersumbat di dalam pembuluh darah
    • Lecithin mengurangkan kesan buruk yang berpunca dari kolestrok
    ** Pengambilan Lecithin 4,000mg bersamaan dengan 6 biji lecithin sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.


    Selain untuk memecahkan lemak, banyak lagi kebaikan lecithin diantaranya ialah :

    • Lecithin menyerap zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan.
    • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
    • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf kurang efisien. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
    • Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.
    • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang
    • Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7,000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan
    • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi.
    • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang.
    • Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ia perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema
    • Lecithin amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.


    Kebaikan Alfalfa Complex

    • Penawar keputihan
    • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
    • Penawar resdung dan allergi
    • Melegakan sakit sendi dan belakang.
    • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
    • Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
    • Memberi kelegaan semasa haid.
    • Merawat arthitis
    • Bagus untuk elergi dan ekzema
    • Merawat asma
    • Mencuci usus bagi membuang toksik
    • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan
    • Merawat jangkitan dalam buah pinggang
    • Meneutralkan asid dalam badan
    • Merawat masalah keputihan pada wanita
    • Menganjalkan payudara bagi wanita.
    • Bertindak sebagai kacip fatimah bagi para isteri.
    • Memulihkan urat selepas bersalin
    • Membantu merawat bahagian intim wanita.
    • Meningkat stamina bagi persediaan hubungan suami isteri
    • Melegakan sembelit
    Kesimpulannya, disarankan ambil kedua-dua produk ini untuk menguruskan badan kerana Lecithin bertugas sebagai pembakar lemak manakala alfalfa pula bertugas untuk membawa keluar lemak yang telah dibakar tadi... 

    Kalau nak dapatkan set kurus bajet ni, cepat-cepat hubungi saya ye.



    Azrina Mohd Jaafar
    Pengedar Sah Shaklee
    ID:859750
    Whatsapp : 013-6969805
    COD: Putra Height, USJ, Kepong


    Sunday, 12 June 2016

    Mengapa Vitamin C sangat penting untuk kanak-kanak

    Ada segelintir ibu bapa yang kata, tak payah la bagi budak-budak vitamin. Mereka masih muda, masih sihat, masih segar..

    Tapi, pernah tak kita sebagai ibu bapa check pemakanan anak kita. Dalam sehari berapa hidangan buah-buahan yang mereka ambil, buah tu pulak kita beli atau tanam sendiri? Zat buah-buahan berada paling bagus bila kita makan buah yang baru dipetik dan masak ranum. Buah yang dijual tu kebanyakan dipetik ketika masih muda, diperam, diawet, dipacking kemudian baru lah sampai kat kita.Agak-agaknya lah, berapa peratus je zat yang tinggal dalam buah tu..

    Selain tu ada tak kita sebagai ibu bapa ni berikan nutrien yang cukup kepada anak-anak kita sedangkan time ni lah mereka memerlukan nutrien yang cukup untuk membesar.


    Kenapa vitamin C?

    -Vitamin C membina otot yang sihat. Kanak-kanak yang aktif dan lasak sedang membina otot-otot mereka

    -Vitamin C meningkatkan imuniti tubuh
    Membesarkan anak-anak zaman sekarang dan dibandar lebih mudah terdedah pada pencemaran udara. Apabila imuniti badan kuat, maka keberangkalian mereka untuk diserang demam, selsema dan sebarang penyakit adalah sangat tipis.

    -Vitamin C sangat penting untuk penyerapan zat besi.
    Kanak-kanak yang sedang membesar sangat memerlukan zat besi. Tanpa vitamin C, zat besi tidak boleh diserap.

    -Vitamin C penting untuk penyembuhan
    Kanak-kanak apabila bermain sering terjatuh dan terluka. Dengan pengambilan vitamin C kadar penyembuhan adalah lebih cepat.

    Bila kita dah tau betapa pentingnya vitamin C ni untuk kanak-kanak, maka kita sebagai ibu bapa perlulah memikirkan jalan yang terbaik untuk anak-anak kita.

    Oleh sebab ini juga Shaklee turut menyediakan vitamin C Chewable sesuai diambil oleh kanak-kanak. Rasanya yang masam-masam manis dah tentu anak-anak suka. Jom Order!

    Tuesday, 7 June 2016

    Hikmah berpuasa di bulan Ramadhan dari sudut kesihatan

    Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Masa scroll2 whatsapp tadi saya ada terjumpa post hikmah berpuasa dari sudut kesihatan ni.. saya sharekan di sini agar ia tidak hilang dan dapat sama-sama kita berkongsi ilmu. InsyaAllah.  Jom kita baca :

    Rumusan Fisiologi Puasa.

    Fasa 1 - Hari 1-2

    Gula dalam badan menurun.
    Jantung berdegup perlahan.
    Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
    Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

    Fasa 2 - Hari 3-7

    Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
    Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
    Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
    Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

    Fasa 3 - Hari 8-15

    Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
    Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
    Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

    Fasa 4 - Hari 16-30

    Badan mula selesa dgn puasa.
    Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

    Subhanallah.. c&p

    Itu lah hikmahnya berpuasa. Rupa-rupanya puasa ni menunjukkan betapa pentingnya berdetox.. Mujur Shaklee dah ada set detox. Makin mudah lah kita untuk menjaga kesihatan.

    Selamat berpuasa semua dan selamat bertarawikh 😍 jom buat amal banyak-banyak

    Nak dapatkan set detox? Jom hubungi saya cepat-cepat.🏻


    Thursday, 2 June 2016

    Oh! Anak kembarku kidal

    Anak ko kidal? Kenapa tak ajar tulis guna tangan kanan? Ajar lah dari sekarang,, itu la ayat-ayat biasa bila ada segelintir umat manusia yang agak terkejut bila tau anak-anak kembar saya cenderung ke arah menguunakan tangan kidal. Tak kira lah makan ke.. menulis ke.. memang anak-anak saya ni guna tangan kidal. Bersalah sangat ke kalau buat kerja guna tangan kidal ni? Bagi saya tak ada apa yang perlu dihairankan pon. Mereka juga insan biasa.. Malah saya juga rasa bangga bila anak-anak saya kidal sebabnye saya pon menulis guna tangan kidal. Keh keh keh.. 

    Anak kembar saya

    Fakta-fakta menarik tentang orang kidal 

    1.  Orang-orang terkenal seperti Napoleon Bonaparte, Bill Gates, Oprah Winfrey, Obama, dan Jimi Hendrix adalah 'orang kidal'
    2. Hari Kidal Sedunia diraikan pada 13 Ogos setiap tahun.
    3. Orang kidal cenderung mengunyah makanan disebelah kiri manakala orang yang menulis dengan tangan kanan cenderung mengunyah makanan di sebelah kanan
    4. Bayi pramatang banyak yang menulis menggunakan tangan kiri
    5. Otak orang kidal didapati lebih aktif dan kreatif ketika bersukan dan bermain komputer
    6. Otak orang kidal lebih cerdas berbanding orang biasa
    7. Orang kidal agak sukar mengawal emosi menyebabkan mereka mudah marah
    8. Orang kidal mudah berasa malu jika berada dikhalayak ramai
    9. Orang kidal agak sukar menggunakan peralatan yang biasa. Contohnya gunting, meja belajar dan sebagainya

    Walau apa pun fakta tentang orang kidal, saya tetap berbangga menjadi salah seorang dari 'orang kidal' Kakak saya juga orang kidal, maka bukanlah satu kepelikan bila anak-anak kembar saya juga orang kidal. Bab anak-anak saya makan menggunakan tangan kidal tu memang kami sebagai ibu bapa akan terus mengajar mereka makan menggunakan tangan kanan.





    Thursday, 19 May 2016

    Rahsia kekal bertenaga berpuasa penuh walaupun menyusukan

    Alhamdulillah, tinggal beberapa hari je lagi seluruh umat Islam nak menyambut Bulan Ramadhan yang penuh barakah. Tak sabar rasanyakan.. Dalam nak menyambut bulan Ramadhan ni, saya percaya tentu ada ibu-ibu yang menyusukan terdetik dihati mereka macamana nak kekal bertenaga atau pun susu cukup ke bila berpuasa nanti. Jangan risau ye ibu-ibu semua. Pasti ada jalannya.

    Saya juga merupakan ibu yang sedang menyusukan ketika ini. Ramadhan nanti genap la anak kecil saya berumur 5 bulan. Saya menyusukan sepenuhnya anak saya di rumah kerana pada tahun ini saya telah mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Niat saya untuk menjadi suri rumah dah lama diidamkan dan alhamdulillah Allah makbulkan niat murni saya. 

    Berbalik pada cerita asal tadi, kalau korang nak tahu, saya juga telah berjaya menyusukan anak-anak saya sebelum ni sehingga mereka berumur 2 tahun. Dan paling mencabar sekali menyusukan anak-anak kembar. Dah la kembar, lelaki pulak tu. Dan semestinya baby boy ni kuat menyusu dari baby girl. Betul tak? Hehehe... Alhamdulillah sepanjang tempoh penyusuan anak-anak saya tu, saya telah berjaya berpuasa penuh tanpa tinggal sehari pon. Saya juga berdoa agar saya juga berjaya berpuasa penuh pada tahun ini insyaAllah.

    gambar tahun bila ntah ni. anak2 kecik lagi
    Mesti nak tahu kan rahsia saya boleh berpuasa penuh walau menyusukan.. Ok jom baca :

    1) Doa


    Malam sebelum esok nak puasa tu, hari-hari saya berdoa agar Allah memudahkan perjalanan penyusuan saya semasa berpuasa ni. Sebab asbab apa yang berlaku kat kita ni pon dengan izin Allah. So jangan lupa berdoa.

    2) Sahur


    Sahur memang penting ye ibu-ibu. Jangan langsung skip bersahur. Walau macamana ngantuk tahap gaban pon, kita mesti bangun sahur. Kan dapat pahala. Free -free je Allah bagi. Dah la siapkan makan sahur untuk suami dah anak-anak, berganda-ganda la pahala kita dapat. Bersahur ni penting.. kalau kita tak bersahur, dah tentu kita tak de tenaga untuk berpuasa. Bila tak bertenaga maka susu pon tak kan terhasil dengan baik dan banyak. Kita kena kuat demi anak kita. InsyaAllah

    3) Amalkan supplement Shaklee


    Ha part ni memang jangan tinggal langsung.  Supplement memang kena ambil bagi membantu kita menambahkan tenaga. Vitamin yang saya ambil adalah :


    • ESP - untuk tenaga dan membantu mempercepatkan penghasilan susu badan.
    • Vitalea -  memastikan tubuh kita tetap mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan meskipun sedang berpuasa
    • Vitamin C - membantu kita kekal sihat sepanjang berpuasa
    • B Complex - vitamin ini menukarkan gula kepada tenaga sekaligus membuatkan kita kekal bertenaga, memberi mood yang stabil di samping membantu keseimbangan aktiviti sel tubuh
    • Performance Drink - membantu mengekalkan keseimbangan gula dalam darah supaya ibu tidak mudah letih (ataupun pengsan) dan juga mengelakkan dehidrasi.

    4) Minum air


    Perlu diingat ye, walau pon berpuasa kita perlu minum air dengan cukup iaitu 3 liter sehari. Ini adalah sangat penting bagi menjamin ibu tidak dehidrasi ketika berpuasa.

    Ok setakat ni je dulu perkongsian saya.. kita sambung di next entry ye. Saya mendoakan agar kita sama-sama kekal bertenaga dapat berpuasa penuh walau pon menyusukan. Walau ada rukhsah atau keringanan untuk ibu-ibu menyusukan berpuasa tapi tak salah kalau kita berikhtiar untuk berpuasa. Betul tak? 

    Ringankan beban perbelanjaan keluarga dengan bisnes online

    Bila sebut je bisnes online, macam-macam yang terfikir dalam kepala kita kan? Ada yang jual baju, tudung, handbag dan macam-macam lagi lah. Bisnes online ni dah jadi fenomena kat Malaysia ni. Masing-masing tujuannya tak lain tak bukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan. 

    Macam tu jugak dengan saya, saya lebih suka memilih Shaklee sebagai bisnes online saya. Pejam celik dah lebih kurang 5 tahun saya bersama Shaklee. Kenapa saya suka sangat dengan bisnes Shaklee ni dan memang tak minat pon nak buat bisnes lain? Jom baca kat entry ni... 

    Hihi.. tepek gamba sket betapa bangganye saya jadi SID Shaklee.


    Dan semestinya jadi ahli Shaklee banyak kelebihannya, Korang boleh la klik entry ni.  Sejarah saya dengan Shaklee ni pulak korang boleh la baca kat entry ni. Bestkan?

    Ok la sebelum saya melelapkan mata untuk tido di malam hari, saya share kan sebuah video tentang pengalaman Puan Shazana Azlan yang telah membuktikan bahawa dengan bisnesShaklee beliau telah mampu membayar segala bil-bil yang ada tanpa usik duit gaji pon..




    Nak Jana Pendapatan Online Untuk Bayar Sewa Rumah? from iReach HD on Vimeo.

    Monday, 16 May 2016

    Kesan jerawat pudar hanya 3 hari dengan Shaklee Collagen Powder

    Sebut je pasal Shaklee Collagen Powder (SCP), memang ramai yang dah tahu keberkesanan produk ni. Mana tak nye ia saintis Shaklee dah jalankan kajian teliti terlebih dahulu sebelum dikeluarkan di pasaran. Nak tahu maklumat tentang SCP ni jom klik sini

    Hari ni saya nak share testimoni keberkesanan SCP dalam merawat jerawat. Bagaimana SCP dikatakan boleh merawat jerawat? Jom baca :


    • SCP membantu menyembuhkan luka dan radang dalaman di bawah lapisan kulit.
    • SCP memperbaiki struktur binaan kulit dan menganjalkan semula kulit menyebabkan parut / lekuk permukaan kulit kurang kelihatan.
    • SCP melembabkan kulit, menjadikan sel-sel kulit mati tidak mengganggu atau menutup liang pori. Tiada lagi kelenjar yang tersumbat, maka tiada lah jerawat. 

    Testimoni pengguna :


    Kesan jerawat pudar






    Liang pori mengecil 


    Pigmentasi pudar

    Kulit kusam jadi berseri


    Ini lah antara testimoni-testimoni menarik pasal SCP ni. Kalau rasa tak teruja lagi tak tahu lah saya nak kata apa.. Ni bukan omongan kosong je tau.. Sebab tu la saya memang obses tentang Shaklee.. Saya pon dah cuba SCP ni. Korang bila lagi? Tak salah nak reward diri sendiri untuk cantik kan? Jom contact saya cepat-cepat untuk dapatkan SCP yang sungguh mabeles ni.. 

    Thursday, 12 May 2016

    6 Sebab Utama Kenapa Ramai Yang Berebut-rebut Nak Buat Bisnes Shaklee

    Samada korang perasan atau tak, makin lama makin ramai orang yang berminat untuk buat bisness Shaklee kat Malaysia ni. Bila cerita pasal Shaklee mesti ada yang menyebut.. "Shaklee? Ooo.. kawan aku ada jual", "Shaklee? Makcik aku pon ada jual" tak pon ayat macam ni. " Shaklee? Jiran selang 2 umah aku ni pon jual" Hatta, bila kita google.. banyak blog-blog yang cerita berkenaan Shaklee. Kenapa jadi macam tu? Best sangat ke bisnes Shaklee ni? Jom kita teruskan baca apa sebabnya ye..


    1) Yuran keahlian yang murah

    Ya, yuran keahlian Shaklee memang murah. Hanya RM80 je. Tak perlu nak buat pinjaman untuk jadi ahli. Dah la murah, keahlian seumur hidup pulak tu. Tak perlu dah sibuk-sibuk nak bayar untuk renew keahlian. Kalau korang nak dapatkan keahlian secara percuma pon boleh, korang just beli produk berjumlah 200 uv point Shaklee dah sah-sah korang dapat jadi ahli free-free je. Best kan?


    2) Produk MLM terbaik


    Rata-rata, ramai pon yang tak sedar yang Shaklee ni sebenanya produk MLM. Shaklee ni bukan macam produk MLM yang merepek-repek tu. Produk Shaklee ni orang beli pon bukan sebab MLM. Produknya memang orang sentiasa cari sebab dah terbukti kesan dan kebaikan bila guna produk ni. Dah la semulajadi, halal pulak tu. Lagi pon Shaklee ni dah ada bukti kajian saintifik di dalam Landmark Study yang dorang buat, Siap ada plak yang tak sangka yang Shaklee ni sebenarnya bisnes MLM.


    3) Pihak pengurusan Shaklee yang bagus


    Pihak pengurusan Shaklee sangat berpengalaman dalam menguruskan hal-hal pentadbiran Shaklee. Bonus kami terima tak pernah lambat. Cukup je masa memang kami terima bonus kami. Selalu mengadakan kelas tentang produk untuk memastikan kami mendapat ilmu tentang produk dan tentang kesihatan. Bila dah ada ilmu, senanglah kami nak consult customer.


    4) Bonus berdasarkan hasil kerja


    Ya, bonus yang kami terima adalah dari hasil usaha kami dalam bisness Shaklee. Siapa yang usaha lebih, dapat la ganjarannya lebih.Takde istilah downline yang kerja teruk, upline goyang kaki je.. No! No! No!. Dengan bonus Shaklee dapatlah kami membantu suami dalam perbelanjaan rumah.


    5) Upline super duper best


    Dalam group bisnes, kami telah dipimpin oleh upline-upline yang memang sangat supportive dan berpengetahuan tinggi. Begitu senang sekali mereka nak share segala ilmu mereka untuk kami. Tanya je apa mesti ada jawapannya. Nak tau saya duduk bawah pimpinan group yang mana? Dah tentulah la IReach.. Group yang dinaungi oleh Master Lyna dan Master Zainul Anuar. Dorang ni memang la ohsem! Nak tau apa lagi bestnya tentang group IReach ni? Ha.. meh KLIK SINI


    6) Sokongan kumpulan yang kuat


    Di dalam group IReach juga, kami mempunyai rakan-rakan bisnes yang sangat supportive. Saling bantu membantu antara satu sama lain. Takde istilah pentingkan diri dan dengki sesama ahli kumpulan. Oleh sebab ni lah ukhuwah kami sentiasa kuat. Macam-macam aktiviti yang telah disusun oleh upline kami untuk kami. Pernah juga saya mencuba bisnes yang lain, tapi saya berpatah balik semula pada group Shaklee saya kerana saya x dapat ukhuwah dan pimpinan yang hebat seperti di Shaklee.

    Nak sama-sama tambah pendapatan bersama kumpulan kami? Jom whatsapp saya segera di 0136969805. Ingat tau.. jangan sampai anda tersalah memilih upline.. Tak tau nak buat bisnes macamana? Jangan risau. Saya akan bimbing anda hingga berjaya.

    Jom kita tonton video kat bawah ni tentang pengalaman Puan Fatimah berbisnes dengan Shaklee:


    Bisnes Shaklee Penipu? Isk3. Tak Percaya? Tengok Ni from iReach HD on Vimeo.

    Saturday, 7 May 2016

    Cara kurangkan berat badan dengan Detox Parasit.

    Pernah tak korang dah cuba macam-macam cara untuk kurangkan berat badan tapi tak turun-turun gak berat badan tu. Kalau perkara ni pernah berlaku kat korang, berkemungkinan besar korang dah diserang parasit. Dalam entry sebelum ni saya dah terangkan serba sedikit berkenaan parasit. Korang bolehlah ke entry ni.



    Gambar kat atas ni adalah salah satu testimoni pengguna yang mengamalkan Detox Parasit untuk mengurangkan berat badan. Bestkan? Camana nak buat Detox Parasit ni? Jom saya terangkan cara-caranya..

    Detox Parasit

    -Detox Parasit boleh dilakukan dengan 2 cara :

    1. 14 hari ( Full Detox)
    2.   5 hari ( Soft Detox)

    Cara Parasit masuk ke dalam tubuh badan manusia

    • Melalui sumber air minuman dan mandian
    • Mandi di tempat awam seperti mandi di kolam renang
    • Makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
    • Melalui haiwan-haiwan peliharaan
    • Melalui orang yang telah dijangkiti parasit
    • Travel ke tempat yang tidak hygenic
    • Pengambilan antibiotik yang memusnahkan bakteria baik
    • Sayuran organik
    Simptom-simptom serangan parasit korang boleh rujuk kat SINI

    JOM MULAKAN DETOX PARASIT!!

    Dilakukan disekitar bulan purnama ( tengah bulan Islam) Kenapa pada tengah bulan Islam? Jawapannya.. parasit memang sedang bergiat aktif dalam waktu macam ni (bertelur, menetas, mengawan)

    14 hari detox - bermula dari 9 haribulan hingga 22 haribulan mengikut kalendar Islam.


     5 hari detox - bermula pada 13 higga 17 haribulan mengikut kalendar Islam.


    waktu parasit bergiat aktif


    Makanan yang perlu dielakkan semasa Detox Parasit

    • Makanan berasaskan gandum
    • Gula (terutama gula putih)
    • karbohidrat bertapis (cth: kek, biskut, bijirin segera
    • Jus buah kecuali lemon & delima

    Makanan yang digalakkan semasa Detox Parasit

    • Probiotik
    • Rempah ratus (cth: cili, kayu manis, jintan)
    • Lobak merah, betik, nenas
    • Bawang putih (dimakan mentah)
    • Cuka (cth: cuka epal, cuka kurma)
    • Makanan berasaskan kelapa
    • Buah delima\
    • Sayur-sayuran
    • Bunga cengkih
    • Biji labu

    Healing Crisis semasa Detox Parasit

    • Sakit kepala
    • Sakit-sakit badan
    • Tak sedap badan
    • Perut kembung dan berangin
    • Jerawat dan ruam.
    • Badan gatal
    • Kuat berpeluh
    • Najis hitam dan sangat busuk
    • Mengantuk, haus dan keletihan melampau
    • Kerap buang air kecil dan air besar
    Lama ke healing crisis ni? Jangan risau ye.. Tak lama pon.. dalam 2-3 hari ok dah.. 

    Produk Shaklee untuk Detox Parasit

    1. Set Lengkap

        2.  Set Basic


          3. Set Mini



    Nak dapatkan set-set Detox Parasit ni? Jom whatsapp saya segera. Sampai bila kita nak biarkan parasit2 ni berumahtangga beranak pinak kat dalam badan kita kan? Eiii!! Ngeri.. Sebelum ke entri berikutnya jom kita tengok video pengalaman Puan Ebby berdetox Parasit ni..


    Azrina Mohd Jaafar
    Pengedar Sah Shaklee
    ID:859750
    Whatsapp : 013-6969805
    COD: Putra Height, USJ, Kepong



    Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

    Bonjour & Welcome

    Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

    Promosi Mac 2020

    Promosi Mac 2020

    Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

    Jom Join Saya

    Hubungi Saya

    Hubungi Saya

    Kategori

    Jom Like Mama Twin Punya Cerita

    Popular Posts

    Powered by Blogger.