Wednesday 8 November 2017

Lokasi yang paling menarik untuk majlis perkahwinan bertemakan 'Garden Wedding'

Saje la nak share.. 1 Oktober 2017 yang lepas telah berlangsung majlis perkahwinan adik lelaki saya bertemakan 'Garden Wedding'. Alhamdulillah.. majlis ni berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Sebenarnya, saya bukan nak share tentang majlis adik saya ni tapi saya nak share kat mana lokasi majlis perkahwinan adik saya ni. Mana la tau kot-kot ada bakal-bakal pengantin yang nak buat majlis tema Garden Wedding ni.. Boleh la try survey kat tempat ni.

Kita blanje sekeping gambar dulu..

garden weding

Ha.. rasa-rasanya kat mana ni? Dalam hutan tau ni.. Bukan tepi taman.. hehehe.. Kalau dah sebut pasal hutan tu, tak lain tak bukan lokasi majlis kahwin adik saya ni di FRIM, Kepong, Selangor (Forest Research Institute Malaysia). Kalau anda nak tahu, dalam FRIM ni banyak jugak rumah-rumah atau banglo yang boleh disewa untuk berehat atau buat sebarang majlis dan aktiviti. Udara kat sini memang tak disangkal lagi la. Fresh.. Segar bugar mata memandang pokok-pokok hijau. Best sangat.

Jom, saya belanja gambar lagi...


Villa Aromatika FRIM, Kepong

Ok, gambar kat atas ni lah lokasi yang jadi pilihan untuk majlis perkahwinan adik saya (masa ni kerusi dan meja belum susun lagi). Nama lokasi ni Villa Aromatika. FRIM. Banglonya besar.. dan ada kawasan halaman yang sangat luas dan cantik. Dekat halaman ni la kita boleh susun khemah atau buat sebarang aktiviti. 


dari ruang tamu nak ke tingkat atas Villa Aromatika FRIM, Kepong

family area di tingkat atas Villa Aromatika FRIM, Kepong

dalam salah satu bilik di Villa Aromatika FRIM, Kepong

di halaman Villa Aromatika FRIM, Kepong

di halaman Villa Aromatika FRIM, Kepong

Ruang tamu banglo ni sangat lah luas.. boleh main lari-lari sampai kurus lagi. Hehe.. Dekat tingkat atas ada 2 bilik yang sangat-sangat besar, lengkap dengan beberapa buah katil single. Katil size queen atau king tak ada sebab kat sini selalu orang datang buat kursus. Jadi mungkin sebab tu la ada katil size single je.



yeahh pengantin dah sampai

deko meja tetamu yang sangat cantik

meja makan pengantin yang sangat cantik

kakak pengantin pon nak tumpang bergambo
inilah keluarga kami yang sangat happening
Menarik tak? Ok, bagi anda yang nak menempah Villa Aromatika ni boleh la KLIK SINI dan untuk wedding planner pula saya sangat cadangkan anda untuk hubungi En Azroi dari Empayar Bintang. Servis memang tip top, dari katering, khemah dan wedding planner semua dari pakej berbaloi-baloi dari Empayar Bintang. Masakan pun sangat lah sedapnya. 

Sekian saja perkongsian tentang lokasi menarik saya kali ni, next time saya share lokasi lain pulak ye. 


Bagi anda yang berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh dapatkan produk Shaklee dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke Produk Shaklee  dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK

Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805


2 comments:

  1. hi nak tanya,panas tak kalau buat tengah hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je fareeza.. sbb kawasan ni dikelilingi pokok2 hutan.. kalau panas pon still rasa sejuk & redup.

      Delete

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.