Thursday, 10 October 2019

10 Tanda Anda Kekurangan Kalsium dan Cara Mengatasinya


Hai semua. Sempena kempen kesihatan tulang yang pihak Shaklee jalankan pada bulan ni (Oktober 2019) maka dengan ini saya kongsikan sedikit info berkenaan kalsium yang perlu anda tahu.

Apa itu kalsium?




Kalsium adalah mineral paling penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia bagi pembentukan tulang dan gigi malah ia juga penting bagi ransangan otak, pembekuan darah dan pergerakan otot.

Untuk pengetahuan anda, tanda kekurangan kalsium ni terbahagi kepada dua iaitu :



  • Tanda kecil
  • Tanda besar



Tanda-tanda anda kekurangan kalsium

1. Tangan kebas

Tangan akan kerap merasa kebas dan tidak hilang walaupun kita melakukan pelbagai aktiviti seperti melakukan kerja-kerja rumah dan sebagainya.

2. Kejang otot

Peha, kaki, leher dan bahagian otot utama akan rasa sengal, letih dan mudah kejang / cramp.

3. Senggugut

Jika sering senggugut bagi orang perempuan ketika didatangi haid juga merupakan salah satu tanda kekurangan kalsium

4. Kuku rapuh

Bagi yang mempunya kekurangan kalsium yang kronik, mereka akan mengalami masalah kuku rapuh dan kulit juga akan mengalami kekeringan dan gatal-gatal. 

5. Mudah pitam dan pengsan

Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan seseorang itu mudah pitam atau pengsan kerana kalsium juga sangat penting bagi membantu fungsi saraf berjalan dengan baik.

6. Kemurungan / anxiety

Kajian mendapati bahawa pengambilan kalsium sebanyak 500mg sehari dapat mengurangkan masalah kemurungan / anxiety.

7. Gigi rapuh

Apabila kekurangan kalsium,  badan akan mula menarik kalsium yang ada pada gigi dan tulang yang menyebabkan gigi dan tulang akan menjadi rapuh.

8. Perkembangan kanak-kanak akan terbantut

Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan perkembangan kanak-kanak akan menjadi lambat contohnya lambat tumbuh gigi.

9. Sukar tidur malam (Insomia)  

Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan seseorang itu sukar melelapkan mata, pening dan sering berasa letih.

10. Osteoporosis

Osteoporosis adalah masalah tulang nipis dan kerapuhan tulang. Gejala ini mengambil masa yang lama untuk terjadi akibat kekurangan kalsium yang kronik.

Keperluan kalsium rakyat Malaysia (SEHARI) mengikut peringkat umur




Cara mengatasi masalah kekurangan kalsium


1. Banyakkan makan makanan yang mempunyai sumber kalsium yang tinggi seperti :

  • Susu dan hasil tenusu seperti keju dan yogurt
  • Ikan yang tulangnya boleh dimakan seperti sardin dalam tin dan ikan bilis
  • Kacang dan produk kekacang seperti dal, tauhu dan tempe
  • Sayur seperti bayam, selada air, sawi, cekur manis, pucuk ubi, kailan, brokoli
2. Makan makanan yang membekalkan vitamin D termasuk ikan berlemak (contohnya salmon, sardin, makeral), minyak ikan dan kuning telur. Walaubagaimanapun, vitamin D hanya terdapat dalam beberapa makanan sahaja dan lazimnya dalam jumlah yang kecil. Maka, pendedahan pada sinaran matahari secara langsung adalah cara terbaik untuk mencapai paras vitamin D optimum.

3. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif. Senaman dan bersukan akan menguatkan lagi kepadatan tulang.

4. Mengamalkan supplemen kalsium seperti Ostematrix Shaklee.





Apa kata mereka yang telah mengamalkan Ostematrix





Jom kita tonton pula video di bawah ni perbezaan antara orang yang mengamalkan pengambilan Ostematrix setiap hari dan tidak mengambil apa-apa supplemen. Temuramah ini telah dibuat oleh Puan Sarah iaitu salah seorang dari pakar nutrisi Shaklee.



Anda berminat nak dapatkan Ostematrix? Anda boleh dapatkan Ostematrix dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke Ostematrix dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK


Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan pilihan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805


Sunday, 6 October 2019

Alhamdulillah, sakit lutut ibu semakin berkurangan setelah mengamalkan Ostematrix

Bila dah semakin berumur, masalah yang selalu kita dengar adalah sakit lutut. Sakit lutut ni dah menjadi perkara biasa pula zaman sekarang ni malah orang muda juga turut menghadapi masalah ini terutama bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.

Ibu saya juga tak lari dari menghadapi masalah sakit lutut ni. Bila dah sakit lutut ni biasalah mesti susah nak solat. Terutamanya ketika rukuk dan ketika ingin bersujud. Seksanya saya lihat ibu masa tu. Saya pun belikan la ibu Ostematrix dan minta ibu makan setiap hari. 
Alhamdulillah setelah amalkan Ostematrix selama sebulan saya dah nampak perubahan. Lutut ibu dah tak sakit seperti dulu malah ibu lebih senang bergerak. Syukur Alhamdulillah. Sejak dari tu ibu memang tak miss ambil Ostematrix setiap hari. 

Nak tau apa lagi kelebihan Ostematrix? Jom tengok poster di bawah ni :




Testimoni lain berkenaan pengambilan Ostematrix

Testimoni 1




Testimoni 2





Jom dapatkan Ostematrix sempena promosi pada bulan ini
(Oktober 2019)


Anda berminat nak dapatkan Ostematrix? Anda boleh dapatkan Ostematrix dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke Ostematrix dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK


Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan pilihan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805



Saturday, 5 October 2019

Jangan kita pandang remeh tentang penyakit penuaan

Hai semua.. hari ni saya nak share sikit tentang penuaan. Adakah anda faham apa maksud sebenar penuaan? Penuaan (AGING) dan tua (OLD) sebenarnya membawa maksud yang berbeza. 




Apakah maksud tua dan penuaan?


Tua (OLD) - Semua yang hidup akan menjadi tua, bukan hanya manusia malah haiwan dan tumbuh-timbuhan juga akan tua

Penuaan (AGING) - adalah sejenis PENYAKIT di mana berlakunya kerosakan sel-sel di dalam   badan kita.

Kesan buruk akibat dari penyakit penuaan 


1. Berlaku kerosakan DNA



Apabila berlaku kerosakan DNA, ia tidak boleh lagi melakukan kerja dengan baik dan kesannya sel kita akan rosak dan mati. Secara asasnya, sel kita memang akan mengalami proses kematian dan sel yang mati tersebut akan digantikan dengan sel yang baru. Sel yang baru tersebut akan meniru sel yang telah mati tadi. Jika sel yang mati itu rosak, sel baru itu juga akan turut menjadi rosak. Sel yang rosak ini adalah salah satu penyebab KANSER. Cuba anda bayangkan apa akan jadi jika sel-sel badan kita terdiri dari sel-sel yang rosak?

2. Berlaku kecelaruan sistem kawal selia genetik




Sistem kawal selia genetik ni boleh juga diibaratkan sebagai 'control panel' yang mengawal keseimbangan sel dalam badan kita. Sistem ini lah yang mengawal penggantian sel yang mati di dalam badan kita. Akan tetapi, penyakit penuaan ini membuatkan sistem ini menjadi celaru. Mungkin sel yang patut mati itu tidak mati tetapi telah pun diganti dengan sel yang baru atau sel yang mati itu tidak diganti dengan sel yang baru. Kecelaruan sistem ini juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit seperti KANSER. 


3. Melemahkan mitokondria sel






Mitokondria sel adalah pusat tenaga sel. Apabila kita mengalami penyakit penuaan, mitokondria sel akan menjadi lemah. Apabila lemah, sel dalam badan kita akan hilang fungsi yang menyebabkan tisu-tisu dan organ kita tidak boleh berfungsi dengan baik.


4. Berlaku pemendapan AGE PROTEIN

Age protein adalah kombinasi gula dan protein. Apabila diserang sakit penuaan, protein ini akan termendap di dinding sel kita. Cuba anda bayangkan saja karat pada besi atau karies pada gigi ini lah yang diumpamakan seperti age protein yang termendap tadi. Apabila age protein ni termendap, ia buatkan sel kita tidak boleh berfungsi dengan baik dan akhirnya akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti :

Penyakit akibat masalah penuaan


  • kanser
  • sakit jantung
  • masalah organ
  • darah tinggi
  • masalah sendi
  • masalah kesuburan
  • dan lain-lain


Punca yang menyebabkan penyakit penuaan


  • pencemaran udara
  • makanan yang kurang nutrien 
  • stress dan tekanan perasaan
  • malas beraktiviti
  • dan lain-lain


Sebab itu lah kita tengok zaman sekarang muda-muda lagi dah kena macam-macam jenis penyakit. Salah satu cara untuk kita mengelakkan dari penyakit penuaan ini adalah dengan mengamalkan Vivix. 







kredit

kredit2


Anda berminat nak dapatkan Vivix? Anda boleh dapatkan Vivix dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke Vivix dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK


Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan pilihan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805

Thursday, 18 April 2019

Promosi Jom Shaklee 2019

Assalamualaikum dan hai semua. Mesti anda tertanya-tanya apa la agaknya promosi Jom Shaklee ni ye.. Ok la jom saya terangkan sikit.. Yang pastinya promosi ni memang best.

Bermula April 2019 - Jun 2019 Shaklee mengadakan promosi Jom Shaklee ni khas untuk kesemua pelanggan-pelanggan Shaklee yang nak mendapatkan penjimatan harga. Pelanggan-pelanggan Shaklee kali ni diberikan keistimewaan untuk mendapatkan keahlian secara PERCUMA dan pelbagai lagi penjimatan. Ok jom saya cerita tentang promosi ni.

Promosi Jom Shaklee

Terbahagi kepada tiga :

1. Jom Shaklee Vivix


Wow! Bukan senang tau Shaklee nak buat promosi Vivix ni. Ye la barang baik kan.. Seperti mana yang korang sedia maklum, harga runcit Vivix adalah RM475 sebotol. Biasanya bila pelanggan beli 2 botol Vivix, secara automatik pelanggan akan dapat keahlian percuma dan dapat harga ahli dengan harga RM760. Tapi sempena promosi Jom Shaklee ni, Shaklee bagi lagi penjimatan sebanyak RM76 untuk pembelian 2 botol Vivix tu dengan harga RM684 sahaja. Memang sangat-sangat berbaloi untuk anda beli sekarang.


2. Jom Shaklee Youth Skincare



Ha yang ni pon promo best jugak dari Shaklee. Mana tak nya.. Harga runcit untuk Youth Starter Set ni adalah RM850. Untuk promo Jom Shaklee ni, anda boleh dapatkan Youth Starter Set ni dengan harga RM612 sahaja. Memang dah jimat banyak sangat dah ni. Rugi kalau anda tak rebut peluang ni.


3. Jom Shaklee Daily Essential Set



Daily Essential Set ni pula adalah set Promosi Jom Shaklee yang ketiga. Set ini merupakan set vitamin lengkap untuk diambil oleh seseorang individu setiap hari. Set ni terdiri dari Vitalea, B Complex, Vivix, Vita C Plus, Omega Guard dan ESP. Harga runcit bagi set ini adalah RM1022.50. Dengan menjadi ahli, anda boleh dapatkan set ini dengan harga RM818, tetapi sempena promosi Jom Shaklee ini anda berpeluang dapatkan set ini dengan harga hanya RM736.20 sahaja. Dah jimat banyak sangat tu. Best kan? 


Anda berminat nak dapatkan Set Promosi Jom Shaklee? Anda boleh dapatkan Set Promosi Jom Shaklee dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke Promosi Jom Shaklee dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK


Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan pilihan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805

Monday, 7 May 2018

Rahsia wajah yang breakout teruk kembali cantik dan jelita


Kulit muka rosak teruk atau breakout akibat tersalah pilih produk kosmetik pastinya menjadi mimpi ngeri bagi semua yang pernah mengalaminya. Jom kita baca pengalaman Puan Farah menyelesaikan masalah kulit breakout yang di hadapinya.



Nama saya Farah Qurratun Aini. Isteri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya nak ceritakan kisah benar bagaimana kulit saya boleh breakout  teruk dan kembali cantik selepas bersama Shaklee. 
Dulu semasa bujang saya terjebak dengan produk timbang kilo. Masa tu takde ilmu pon pasal kandungan yang bahaya dalam kosmetik timbang kilo. Tapi jenama produk tu dulu memang terkenal lah.
Minggu pertama pakai memang cantik kulit. Putih bersih. Licin dan lembab. Keadaan macam tu elok selama 3 bulan. Bulan ke empat masa tu dah nak kahwin, dah mula tumbuh jerawat. Risau ! Tapi nasib baik jurusolek pandai tutup jerawat yang ada.
Selepas kahwin, makin teruk. Berjerawat penuh . Merah-merah lagi. Masa ni dah tertekan. Orang pula makin bertanya kenapa kulit macam tu. Malu nak berdepan dengan orang. Bila pakai produk tu semakin pedih jadi saya berhenti pakai produk tu.
.
Suami bawa saya ke klinik kulit untuk dapatkan rawatan. Mana klinik kulit tak pergi. Semua klinik pergi. Bayaran bukan murah. Ratus-ratus semuanya. Tapi kesan tetap sama malah makin teruk pon ada. Jadi suami tak bagi teruskan pakai produk klinik.
.
Kemudian saya mengandung. Dalam tempoh mengandung hormon tak stabil pula maka kulit kembali teruk. Sampaikan saya dirujuk ke doctor pakar kulit di hospital kerajaan. Saya dibekalkan ubat yang dikawal maknanya ubat sapu yang kuat. Saya pakai juga sebab masa tu terpaksa pakai untuk bagi kulit reda dari alahan yang teruk.
.
Selepas bersalin saya teruskan sesi dengan pakar kulit tu. 3 bulan sekali. Tapi sebabkan saya tak guna selalu ubat yang dibekalkan maka saya discaj sendiri appoiment dengan doctor pakar. Sebab risau juga efek ubat tu. Yang saya perasan ubat tu hanya sembuhkan lapisan luar sahaja. Jika tak pakai ubat tu, naik kembali merah-merah dan gatal-gatal.
.
Tekanan sangat masa ni. Dah tak larat nak segan dengan orang. Dah sengsara rasa nak melayan pertanyaan orang lirikan mata yang terkejut tengok kulit muka. Keyakinan diri pon takde masa tu .
.
Jadi saya nekad untuk rawat kulit saya dari dalam. Jika rawat dari luar sahaja ia hanya sembuhkan lapisan kulit luar sahaja. Di lapisan dalam masih ada baki-baki bahan kimia yang bahaya.
.
Saya mulakan dengan GLA Complex untuk stabilkan hormon. Saya perasan bila hormon tak stabil kulit muka semakin teruk. Jadi saya mulakan dengan stabilkan hormone dahulu dengam  mengambil GLA Complex. Kemudian saya konsisten set radiant 4 shaklee iaitu ESP, SR VitaC Plus, Gla Complex dan Collagen serta Vivix.

Selepas sebulan saya consume tanpa miss terutamanya collagen tu saya dapati kulit muka lebih elok berbanding sebelum nya. Dan ramai yang menegur kulit muka makin ok dari dahulu. Cuma masa ini masih kelihatan parut-parut lagi.
.
Dan bila skincare youth masuk, saya terus beli tanpa lepaskan peluang dan pakai setiap hari. Alhamdulilah saya rasa semakin cantik sekarang dan suami sendiri tegur kulit makin cantik, tona kulit lebih sekata dan parut-parut kelihatan semakin pudar.  Kalau suami sendiri yang tegur tu betul lah kan..kulit makin baik dan makin cantik.
.
Saya sangat gembira dan keyakinan diri kembali yakin untuk berjumpa dengan orang dan berselfie. Syukur , produk Shaklee mengembalikan keyakinan diri saya.
.
Itulah Shaklee Effect saya !
Terimakasih Shaklee.
kredit : Supermom Shaklee Story

Wahh!! Bestkan baca pengalaman Puan Farah ni, sekiranya anda juga mempunyai masalah kulit yang teruk atau masalah yang sama dengan Puan Farah, jom dapatkan produk Shaklee dari saya. InsyaAllah cubalah ikhtiar dengan jalan selamat iaitu dengan Shaklee.


Anda berminat nak dapatkan Set The Radiant 4 Shaklee dan YOUTH? Anda boleh dapatkan Set The Radiant 4 Shaklee dan YOUTH dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke Set The Radiant 4 Shaklee + YOUTH  dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK

Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805





Tuesday, 24 April 2018

Menu bersahur paling ringkas dan mengenyangkan di bulan puasa

Tak sampai sebulan je lagi umat islam nak sambut bulan Ramadan tahun 2018 ni. Mesti ada di antara anda yang dah mula terfikir menu bersahur apa yang kita nak hidangkan nanti. Pening jugak kalau nak difikirkan. Maklum la waktu bersahur tu tak semua orang ada selera nak makan. Betul tak?

Alang-alang dah bercerita tentang menu bersahur ni, saya nak share lah jugak tentang menu bersahur saya setiap hari pada bulan puasa. Memandangkan saya dan family kurang gemar makan nasi pada awal pagi, kami mengambil jalan mudah dengan pengambilan ESP. Biasanya saya akan blendkan kurma dan ESP. Tu pon dan cukup sedap. Yang bestnya kita akan kekal kenyang dengan lebih lama dan sentiasa bertenaga nak buat aktiviti harian. Berbeza kalau bersahur dengan nasi, baru pukul 10 pagi dah mula terasa lapar. Sebab apa? ESP ni merupakan sumber protein, protein memang akan berada di dalam perut dengan lebih lama berbanding kalau kita makan nasi (karbohidrat). Sebab tu lah kita akan rasa kenyang lebih lama jika ambil ESP masa bersahur. 



Masih tak percaya ESP ni memang menu yang sesuai diambil ketika bersahur? Jom kita lihat testimoni - testimoni berikut :

Testimoni 1

Testimoni 2




Testimoni 3



Testimoni 4






Anda nak dapatkan ESP? Anda boleh dapatkan ESP dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke ESP  dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK

Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805






Tuesday, 13 March 2018

Fungsi dan kelebihan setiap produk di dalam Youth Skincare Shaklee

Pada bulan Mac 2018 berada la sudah di pasaran produk skincare terbaru Shaklee yang diberi nama YOUTH yang menggantikan produk Nutriwhite dan Enfuselle. Kalau Nutriwhite dan Enfuselle dah memang best, YOUTH lagi la lebih baik dari kedua-dua produk skincare Shaklee sebelum ni. Nak tau tentang sejarah Youth, boleh la klik sini 


Apa yang ada dalam Set Youth ni?

Set Youth terbahagi kepada 2 :

  • Set Asas
  • Set Penjagaan Intensif dan Merawat

Apa beza kedua-dua set di atas?

  • Set Asas - dicadangkan untuk bagi yang baru mula mencuba set ini
  • Set Penjagaan Intensif dan Merawat - dicadangkan bagi mereka yang ada masalah kulit dan ingin merawat struktur kulit muka
Sebenarnya tak de masalah pun bagi anda yang baru nak mencuba set Youth ni untuk mengambil full set. Set Asas tu dicadangkan bagi menyesuaikan dengan keadaan kulit kita. Bagi saya, kalau nak jimat dan mudah ambil full set je terus. Lagi best. Cara penggunaan nanti saya terangkan step by step ye.

Fungsi setiap produk yang ada di dalam Youth :

1) Luminous Gel Oil Cleanser





  • Gabungan pencuci muka gel dan minyak
  • Tidak mengandungi sabun
  • PH seimbang
  • Mengandungi gabungan campuran vitamin yang telah dipatenkan, polifenol serta alga untuk menghaluskan dan mencuci kulit muka dengan lembut

Bahan-bahan utama

  • Vital-Repair
  • Ekstrak Muscadine Grape
  • Ektrak alga hijau

2) Perfecting Skin Toner




  • Membersihkan sel kulit mati
  • Menghidratkan
  • Membekalkan nutrisi 
  • Menyerikan kulit wajah






Bahan-bahan utama : 




  • Vital Repair
  • Muscadine grape
  • Ekstrak anggur
  • Ekstrak alga hijau


3) Youth Activating Serum



  • Mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk pembaharuan sel yang kritikal
  • Terdiri dari campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex yang berkesan - berfungsi untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan sel
  • Bertindak untuk memudakan kulit wajah, menyerikan serta meremajakan.


Bahan-bahan utama :


  • YOUTH Complex dan Apple Stem Cell
  • Lotus Japonicus
  • Vitamin A berkapsul


4) Age Defense Moisturizer SPF 50



  • Melindungi kulit dari pancaran sinaran matahari yang dilengkapi dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF50 UVA/UVB
  • Dilengkapi dengan vitamin dan nutrien botani bagi melembabkan kulit dan menambah baik penampilan kulit secara menyeluruh


Bahan-bahan utama :


  • SPF50
  • Vital Repair Complex
  • Ekstrak Muscadine Grape


5) Radiance C & E


  • Mengandungi 20% vitamin C tulen yang telah dipatenkan, Vit E dan ekstrak rasberi
  • Membantu menegang, mencerah dan mengurangkan garis halus dan kedutan di wajah
  • Mengurangkan jeragat
  • Melicinkan tekstur kulit
  • Membaiki tona kulit secara menyeluruh


Bahan-bahan utama :

  • 20% vitamin C tulen yang telah dipatenkan
  • Vitamin E
  • Ekstrak rasberi

6) Advance Renewal Night Cream



  • Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur
  • Membantu penghasilan kolagen dan elastin
  • Membuatkan kulit kelihatan lebih muda, licin dan cerah

Bahan-bahan utama :


  • Vital Repair +® Complex
  • Schisandra Chinensis
  • Lotus Japonicus

Anda berminat nak dapatkan Youth Shaklee? Anda boleh dapatkan Youth Shaklee dengan 2 cara :

Cara 1 : Anda boleh terus klik ke Youth Shaklee dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK

Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.

Hubungi saya :

Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.