Sunday, 20 November 2016

Cara cepat turunkan tekanan darah tinggi dengan Vivix Shaklee

Tahukah anda Vivix Shaklee boleh membantu anda menyelesaikan masalah tekanan darah tinggi? Apa yang istimewa sangat Vivix ni? Jom kita baca..

Bagaimana Vivix boleh menurunkan tekanan darah tinggi



💖Resveratrol dalam vivix membantu menyelesaikan tekanan darah tinggi (hypertension) melalui beberapa mekanisme. 

💖Ia menurunkan keradangan sel ke dalam dinding pembuluh darah dan menaikkan kemampuan pembuluh darah tersebut untuk bertindakbalas dengan perubahan dalam tekanan darah. 

💖Tambahan lagi, resveratrol sudah dikenalpasti baru-baru ini untuk menurunkan ketegangan pembuluh darah dan otot jantung yang menyebabkan hypertension berlaku. 

💖Resveratrol juga bertindak didalam sel otak untuk menaikkan tekanan darah yang disebabkan oleh faktor pemakanan atau hormon.

Testimoni darah tinggi berjaya turun dengan Vivix






Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
Shaklee ID : 859750
0136969805

7 langkah menurunkan kadar tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.


  • Tekanan darah yang normal adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Langkah-langkah menurunkan tekanan darah tinggi

Sekiranya anda mempunyai tekanan darah yang tinggi, anda boleh mencuba mengamalkan langkah-langkah di bawah ini

  1. Kurangkan berat badan. Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menurunkan berat badan. Mengurangkan berat badan sebanyak 5kg sudah memberikan impak yang ketara dan boleh membuatkan ubat darah tinggi yang diberikan oleh doktor berkesan pada tubuh badan.
  2. Bersenam dengan kerap. Anda perlu mencuba untuk bersenam dalam masa 30-45 minit 3-4x (jumlah minimum} seminggu. Pada masa yang sama ia juga membantu kurangkan berat badan.
  3. Kurangkan pengambilan garam. Anda perlu mengurangkan pengambilan garam kurang dari 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang menyerap air dan boleh meningkatkan tekanan darah. Anda perlu kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Perlu diingat: 1 sudu teh adalah bersamaan 2.3g garam.
  4. Berhenti merokok: Kesan nikotin rokok dapat meningkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sejam. Sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun akan tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan Stress. Pengambilan B Complex dapat mengawal keadaan stress anda. Anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan stress.
  6. Amalkan diet yang sihat. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah.  
  7. Lakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Saturday, 19 November 2016

Cara tambah pendapatan dari rumah

Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun saya bersama Shaklee. Dari buat secara part time, kini saya boleh menambah pendapatan dengan Shaklee sepenuhnya dari rumah. Alhamdulillah, cita-cita saya selama ini telah tercapai. Saya boleh membesarkan anak-anak di depan mata yang selama ini saya risaukan keadaan mereka di taska dan rumah pengash, sesambil tu saya dapat menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja. 




Jom saya sharekan apa bestnya buat bisnes Shaklee ni sampaikan saya tak berpaling langsung pada bisnes lain..

 Nak jadi ahli cuma RM69 je.. murahkan? Tak perlu pon nak buat loan bank bagai semata mata nak jadi ahli.. tapi kalo anda beli produk Shaklee dalam 200 point free-free je anda dapat jadi ahli secara percuma..

🌱 Bila dah jadi ahli pulak, mudah je anda jimat 25% kalo nak beli produk. Kalo anda nak bisnes anda boleh jual dengan harga pasaran.. untung jualan tu anda boleh simpan. Best kan? Bayangkan harga pasaran Vitamin E RM149, tapi harga ahli cuma RM126.14 je.. Best kan? Nak beli dengan harga ahli? Kena la daftar jadi ahli dulu.. ðŸ¤—🤗🤗 

🌱 Bila anda cukup point pulak, Shaklee akan bagi bonus.. Bonus cash tau.. Beli barang dapat lak cash. Perghh!! Tapi ini kalo untuk yang nak buat bisnes la.. yang tak nak bisnes tak perlu nak maintain point pon.. asalkan korang tetap jimat 25%. Best ke memang best? 

🌱Dengan jadi ahli Shaklee, anda berpeluang tambah pendapatan. Tak perlu sijil apa2 pon. Sesiapa pon boleh... Di Shaklee takde konsep orang bawah kerja keras, orang atas dapat untung kaw2.. takde.. takde... Dengan Shaklee sape yang kerja keras dia dapat la habuannya... sape yang malas2.. dapat habuk je la.. Lagi pon group kami sangat la bestnye.. Kami saling support antara satu sama lain.. Tak caya cuba join...

🌱Makin cun... ha ni paling best saya nak citer.. Bila dah konsisten makan vitamin Shaklee mesti la  rasa kesannya...sebabnye Shaklee ni bukan sebarang vitamin, dah la natural, berkesan, takde kesan sampingan lak tu. Makin lama kesihatan bertambah baik, maka bertambah la cun dan hensem.. ðŸ˜ŽðŸ˜Ž. Best kan?

Nak tambah pendapatan? Jom hubungi saya segera saya akan bimbing anda hingga anda dapat berapa sekali pon income yang anda nak.

Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
Shaklee ID : 859750
0136969805

Rawat kencing manis ketika hamil dengan Shaklee

Hai semua, berjumpa lagi kita dalam entri kali ni. Rentetan dari entri saya sebelum ini iaitu cara elak risiko kencing manis ketika hamil, hari ni saya nak share pula bagaimana cara merawat kencing manis ketika hamil. Sebelum tu mari kita lihat apa kesan kencing manis ketika hamil dulu..

kencing manis ketika hamil

Kesan kencing manis ketika hamil

  • Bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin secara inducition atau ceaseran.
  • Jika anda bersalin secara normal pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.
  • Berlaku kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.
  • Bayi yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.
  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.

Vitamin Shaklee untuk merawat kencing manis / mengawal kadar gula ketika hamil

1 . ESP

ESP adalah produk asas untuk Set Kencing Manis kerana bermacam- macam kelebihan. ESP diperbuat daripada kacang soya non GMO yang sangat selamat.

Bagaimana ESP membantu mengatasi / merawat kencing manis ketika mengandung:

😊 Mengandungi tahap gula yang rendah iaitu Index Glisemik rendah
😊 Memberi rasa renyang tanpa menaikkan tahap gula malah mengawal paras gula yang selamat dalam tubuh
😊 Rasa kenyang akan menyelak anda makan dengan banyak yang akan menaikkan paras gula
😊 Mengawal berat badan dengan meningkatkan metabolisma
😊 Memberikan kulit yang cantik dan gebu
Nak tahu maklumat lanjut berkenaan ESP? KLIK SINI


2. Garlic Complex

Garlic atau bawang putih ialah herba semulajadi yang sangat ajaib. Nama saintifiknya ialah allium savitum dan ia bersifat anti bakteria. Malah ia sangat baik untuk melawan gejala kencing manis

Bagaimana Garlic Complex membantu mengatasi / merawat kencing manis ketika mengandung:

😊 Mengandungi Allicin iaitu komponen dalam Garlic yang memberi rasa bawang putih dan baunya yang menusuk.
😊 Kajian membuktikan pengambilan Allicin akan merendahkan paras glukos dalam dalam dan meningkatkan tahap serum insulin.
😊 Meningkatkan pelepasan insulin oleh tubuh
😊 Mengawalselia paras gula dalam darah
3. B Complex


B Complex juga dikenali sebagai Biotin iaitu zat yang larut air. Sejak dulu B Complex telah diuji dan digunakan untuk merendahkan paras glukos atau gula dalam tubuh.

Bagaimana B Complex membantu mengatasi / merawat kencing manis ketika mengandung:

😊 Meningkatkan penukaran gula kepada tenaga
😊 Merendahkan paras gula dalam darah
😊 Mengurangkan depresi, tekanan dan mood swing ketika hamil.
😊 Membantu penghasilan insulin secara semulajadi.
Untuk pengetahuan anda, Set Kencing Manis ketika Hamil ini juga akan memberikan anda kelebihan seperti :

✔ Sebagai peningkat tenaga yang membantu tubuh lebih kuat 
✔ Memberi kulit yang lembut, cerah dan cantik.
✔ Mengatasi masalah kulit seperti ekzema, kurap, kulit kering dan sebagainya
✔ Sebagai sumbat zat yang lengkap untuk ibu dan bayi dalam kandungan
✔ Membantu dalam tumbesaran bayi yang membekalkan folic acid yang didapati daripada B Complex
✔ Menyokong pada kelahiran yang sihat bagi bayi
sumber

Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
Shaklee ID : 859750
0136969805

Thursday, 17 November 2016

5 Cara Elak Risiko Kencing Manis Ketika Hamil

"Tahniah puan, puan hamil".. Bila kita dapat tahu je yang kita hamil, perasaan happy dan syukur tu tak dapat nak dibayangkan. Lebih-lebih lagi kalo anak pertama. kali pertama nak rasa jadi ibu, manis nye saat tu. Satu family happy dengan berita tu. Sape ada pengalaman macam tu sebut yeay!! hehe...

Bila dah hamil ni faham-faham je lah. Macam-macam nak kena jaga. Makan nak kena jaga, kesihatan nak kena jaga, nak berjalan pon kena hati-hati. Lagi-lagi dalam trimester pertama. Perkara yang paling saya takut time hamil ialah kencing manis. 

Bagaimana terjadinya kencing manis ketika hamil?



Semasa hamil, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, ini akan mengakibatkan anda menghidap kencing manis ketika hamil.

Kencing manis ketika hamil selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis kencing manis yang lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

Pada kebiasaannya, kencing manis ketika hamil tak menunjukkan sebarang tanda.. Akan tetapi jika ada tanda-tanda seperti di bawah ini segeralah berjumpa doktor.
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.

Cara untuk elak risiko kencing manis ketika hamil


  • Mengamalkan diet yang seimbang yang merangkumi karbohidrat daripada bijian penuh, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat.
  • Bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah. Banyak senaman yang selamat dilakukan semasa hamil seperti yoga, pilates, berenang dan berjalan. Takde alasan untuk ibu hamil tak bersenam kan?
  • Mengawal berat badan
  • Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan dan meningkatkan risiko menghidap kencing manis ketika hamil. 

Kalau didapati menghidap diabetis ketika hamil macamana nak buat ye? Saya akan terangkan pada next entry. so stay cun.. 😉


Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
Shaklee ID : 859750
0136969805


Cara berkesan hilangkan jerawat hingga kulit jadi licin

Alamak! Jerawat lah.... Bila ada je jerawat saya pasti mesti kita automatik jadi risau, tak senang duduk, asyik-asyik tengok cermin. Ada jugak yang nampak je jerawat, terus picit dengan kuku pulak tu.. Eh, jangan buat macam tu. Kuku kan ada kuman, bila kita picit jerawat dengan kuku, ia kan sebabkan jerawat kita semakin teruk. 


Punca-punca terjadinya jerawat

 
Jerawat ni bukan saja-saja je tau nak tumbuh. Bila jerawat tumbuh, kita perlu beri perhatian. Jerawat tumbuh adalah di sebabkan :

1. Masalah hormon

Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. .Sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian

Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.

Ooo.. Ini puncanya jerawat tumbuh.. Kalau tak nak jerawat tumbuh, seelok-eloknya kita cuba lah hindarkan diri dari punca-punca kat atas ni.. Mencegah tu kan lebih baik. Bagi yang memang dah lama menghadapi masalah ni, dah cuba macam-macam cara tapi tak selesai jugak, jom saya sharekan apa yang boleh anda buat.. 


Cara berkesan hilangkan jerawat 

  1.  Buang atau cuci segala toksin di dalam badan. Toksin adalah salah satu punca tumbuhnya jerawat
  2. Merawat kulit dengan pengambilan supplement Shaklee
  3. Penjagaan kulit dengan menggunakan masker dari supplement dan skincare Shaklee 

Produk Shaklee yang dicadangkan untuk merawat jerawat

1. Alfalfa Complex

Salah satu fungsi Alfalfa adalah membuang toksin di dalam badan. Sebelum nak rawat jerawat, kita mesti detox dulu. Bila dah detox baru mudah vitamin nak bertindak di dalam badan. Nak tau apa lagi fungsi alfalfa? KLIK SINI

2. Vitamin C Sustained Release

Vitamin C bertindak sebagai antioksida dan menghasilkan kolagen. Ia boleh menghalang kotoran yang boleh menyebabkan jerawat. Nak tau apa lagi khasiat Vitamn C KLIK SINI

3. ESP


ESP bertindak untuk menghasilkan sel-sel baru untuk kulit. Ia sangat berkesan untuk merawat kulit yang rosak akibat jerawat.Ia juga dapat menghilangkan parut jerawat. Nak tau apa lagi kelebihan ESP? KLIK SINI

4. Vitamin E

Pengambilan Vitamin E dapat membantu mengurangkan masalah jerawat kerana ia bertindak memperbaiki peredaran darah dan memperbaiki tisu kulit. Ia juga boleh menghilangkan parut jerawat. Best kan? Nak tau apa lagi fungsi vitamin E? Jom KLIK SINI 

5. Vivix

Salah satu nutrisi yang terkandung di dalam Vivix adalah resveratrol. Resveratrol merupakan antioksidan dan merujuk kepada kumpulan polifenol yang mana sangat berkesan melawan radikal bebas

Vivix juga mampu mencegah penghasilan AGE protein. AGE protein ni adalah gula yang berlebihan dan juga protein. Bila AGE ni banyak dalam badan boleh menyebabkan sel mati atau artherosclerotic. Dengan Vivix, AGE taklah boleh dihasilkan secara semberono. Maka bolehlah kurangkan sel mati tu berkali-kali ganda. Menjadikan jerawat pun hilang dan kulit anda flawless. Nak tahu apa lagi kelebihan Vivix? Jom KLIK SINI


Testimoni berjaya rawat jerawat dengan Shaklee

Kesan rawat jerawat dengan Vivix

Set Jerawat Shaklee

Rawat jerawat dengan Vitamin C

Rawat Jerawat dengan Set Jerawat Shaklee

Rawat jerawat dengan alfalfa



Wednesday, 16 November 2016

Cara rawat buasir dengan Shaklee

Apa yang anda tahu tentang buasir? 

Kalau anda nak tahu, buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak pada rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar, ia akan mengganggu dan menyebabkan membran disekitarnya akan membengkak, sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan terlalu banyak tekanan di bahagian rektum menyebabkan vena darah teregang atau membonjol. Vena tersebut juga boleh pecah jika di dalam keadaan yang teruk. Buasir ni pulak terbahagi kepada dua. Nak tahu apa dia? Jom teruskan pembacaan anda.

Jenis-jenis buasir

  • Buasir dalaman
  • Buasir luaran


Buasir dalaman 

Pesakit tidak akan merasa sakit kerana ia berlaku pada bahagian dalaman. Buasir dalaman ni tidak lah bahaya cuma jika anda meneran ketika membuang air besar ia boleh sebabkan permukaan buasir berdarah. Bila dah berdarah, anda akan nampak titisan darah keluar. Jika masalah ini berlaku, anda perlu rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Buasir luaran

Buasir luaran pula akan menyebabkan rasa sakit atau gatal di bahagian dubur. Kalau dah jadi macam ni cepat-cepatlah dapat rawatan. Tetapi ada juga kes di mana walaupun telah mendapat rawatan, masalah ini kembali berulang. 

Tanda-tanda anda terkena penyakit buasir

  1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
  2. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
  3. Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
  4. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
  5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

Cara rawat buasir dengan Shaklee

Sekiranya anda ingin merawat buasir secara selamat dan semulajadi, ada beberapa produk Shaklee yang boleh anda amalkan untuk merawat masalah ini.

1. Vivix : berfungsi untuk memperbaiki sel, DNA

2. Alfalfa Complex : berfungsi untuk menjaga kebersihan usus dan mengurangkan tekanan pada rektum

3. B Complex : berfungsi untuk memperbaiki sistem pencernaan agar rektum tidak stress

4. Ostematrix : berfungsi untuk membantu melembutkan najis

5. Vita-C : berfungsi untuk membantu dalam pemulihan dan pembekuan darah

6. Peppermint-Ginger : berfungsi untuk memberi kelegaan. Boleh juga diminum sebagai teh (hancurkan & kacau dalam air)

Testimoni berjaya rawat buasir dengan Shaklee







Kesimpulannya di sini, penyakit buasir tidak boleh dibiarkan, jika dibiarkan lama-lama takut risiko yang lain pulak timbul. Jadi pada anda yang ingin merawat buasir dengan Shaklee, boleh lah berhubung dengan saya segera ya.. 


Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
Shaklee ID : 859750
0136969805

Tips buat business online dari rumah


Hakikatnya, mengurus business dari rumah adalah lebih mencabar. Cuba bayangkan bagi ibu-ibu bekerja macamana korang sibuk kat rumah pada hari Sabtu dan Ahad macam tu la saya sibuk hari-hari. Jaga anak, kemas rumah, memasak, dalam masa yang sama perlu uruskan business. Kalau anda nak tahu macamana saya uruskan business online dari rumah, jom teruskan pembacaan anda...


Tips uruskan business online dari rumah


💖Perlu kuatkan hubungan dengan Allah. Lakukan solat2 sunat dan minta apa saja dariNya. Moga perjalanan bisnes dipermudahkan.

💖Perlu ada "To Do List". Dengan ada list kita tak la kelam kabut nak buat yang mana dulu

💖Buat kerja semasa anak tidur - Ini lebih mudah untuk kita fokus pada bisnes tanpa gangguan. Time ni la saya curi2 masa untuk update blog, blog walking, follow up customer dan sebagainya.

💖Dahulukan kehendak anak. Contohnya saya akan layan anak terlebih dahulu jika dia menangis. Saya akan pasangkan rancangan kegemaran anak "Didi n friends" atau beri mainan yang melekakannya.

💖Minta suami dan anak-anak doakan kejayaan kita. Ini sangat penting..

💖Cuba luangkan masa untuk hadiri kelas anjuran Shaklee. Ini adalah penting untuk tambah ilmu. Biasanya kelas diadakan hujung minggu atau waktu malam. Saya akan minta suami jagakan anak2 untuk membolehkan saya hadiri kelas.

Inilah sedikit tips yang saya guna setiap hari bagi melancarkan bisnes saya. Penggunan gadjet pon sangat penting bagi saya kerana sambil saya menyusu anak saya tetap boleh berbisnes. Weeohoo!!


Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
Shaklee ID : 859750
0136969805

Tuesday, 15 November 2016

Tips tingkatkan imun badan secara semulajadi


Secara umumnya, badan kita secara semula jadinya ada tiga lapisan pertahanan badan. Organ-organ badan saling bekerjasama untuk memberi perlindungan pada badan.

Organ yang penting untuk membina sistem imunisasi ini ialah:
a) tonsil/adenoids
b) lymphatic vessel
c) thymus
d) lymph nodes
e) spleen
f) apenditis
g) bone marrow

Lapisan pertahanan badan yang pertama


Lapisan pertahanan badan yang pertama ialah perlindungan yang dihasilkan oleh:



a) kulit: sel epidermis (diganti hari-hari)
b) silia (bulu halus) & mukus: cth: bersin untuk halang patogen masuk ke dalam badan
c) air liur: mengandungi lysozyme untuk memecahkan dinding sel patogen dan merupakan antbiotik semulajadi badan
d) jus gastrik: dalam perut. Ia membunuh dulu patogen sebelum membenarkan badan memproses apa yang kita makan

Cara hidup, faktor pemakanan, umur dan lain-lain boleh menyebabkan sistem imun menjadi lemah. Untuk meningkatkan imunisasi lapisan pertama, kita boleh mengamalkan pemakanan secara konsisten:

a) Protein
    i. menguatkan struktur kulit
   ii. meningkatkan pengeluaran air liur
b) Omega
   i. mengurangkan keradangan sel 
  ii. mengukuhkan lapisan pertahanan
c) Vitamin & mineral

Lapisan pertahanan badan yang kedua


Lapisan pertahanan badan yang kedua akan teraktif jika patogen dapat melepasi pertahanan pertama. Lapisan pertahanan kedua dalam badan kita terdiri daripada sel:

a) sel darah putih 
b) makrofaj
c) natural killer cell

Kita akan sedar lapisan pertahanan kedua teraktif apabila kita mengalami simptom  seperti:

a) keradangan (yang sama ada dia membengkak, panas, gatal...)
b) demam, batuk, selsema

Sistem pertahanan di lapisan kedua boleh dikuatkan dengan pengambilan secara konsisten:

a) Caretonoid 
b) Garlic : Antibiotik semula jadi
c) pumpkin seeds
d) safflower (kesumba dalam Bahasa Indonesia)
e) japanese honeysuckle
f) plantago seed

*c, d, e, f membantu mengaktifkan penghasilan interferon semula jadi dalam badan*

Jika lapisan kedua masih tidak dapat membunuh patogen, badan kita akan bekerja sehingga ke peringkat sel paling asas dengan mengaktifkan sistem immunoglobulins.

a) https://youtu.be/6A9JFaeU7Io (Apakah Immunoglobulins (Ig) dan jenis2nya)
b) https://youtu.be/EMThHM-YD5k (Di mana setiap Ig itu berada/berfungsi di dalam badan)
c) https://youtu.be/v9jl9QpVz10 (Cara semua Ig isotop bekerja) warning: 15 min & need full concentration

Lapisan pertahanan badan yang  ketiga

Sistem pertahanan lapisan ketiga boleh ditingkatkan dengan resveratrol yang akan mengaktifkan natural killer cell.

Cadangan pemakanan bagi peringkat imunisasi adalah berbeza
a) Lapisan 1: ESP, Vitalea, Omega Guard
b) Lapisan 2: Nutriferon, Vit C, Garlic Complex, Carotamax
c) Lapisan 3: Vivix

Cadangan jadual pemakanan untuk imunisasi
a) Pagi: ESP, Vivix, Vitalea
b) Tengah hari: Garlic Complex, Nutriferon, Vit C
c) Malam: Omega Guard, Carotamax

Sekian saja penerangan saya tentang tips tingkatkan imun badan. Sama2 lah kita tingkatkan sistem imun bagi mengelakkan dari serangan penyakit.


sumber

Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
Shaklee ID : 859750
0136969805

4 Sebab Utama Kenapa Shaklee Produk Terbaik

Shaklee telah dicipta pada 100 tahun yang lalu, di mana Dr. Forrest Shaklee telah mencipta multivitamin pertama iaitu Vitalized Mineral pada tahun 1915. Multivitamin tersebut kini dikenali sebagai Vitelea Iron Formula. Syarikat Shaklee pula telah ditubuhkan pada tahun 1956


Bayangkan multivitamin ni dah pon berada di pasaran dunia lebih dari 100 tahun. Kalau la Shaklee ni tak bagus, takkan sampai sekarang orang masih amalkan? Betul tak? Nak menguatkan lagi sebab kenapa Shaklee ni produk yang terbaik, jom teruskan baca entry saya ni.. 

Shaklee Produk Terbaik sebab :

1) Semua produk Shaklee adalah dari hasil kajian Doktor dan Saintis PHD



Bayangkan bukan calang-calang orang yang buat kajian ni tau. Bukan tukang sapu, bukan tukang pam minyak. bukan penjual vitamin yang suka nak ngaku yang produk diorang bagus. Mereka ni terdiri dari  pakar2 saintis yang kerja siang malam uji macam-macam benda kat makmal Shaklee US. Saintis2 ni pulak bukan graduate dari calang-calang universiti. Dorang ni semua dah berpuluh-puluh tahun berpengalaman dalam industi pemakanan dan kesihatan.

2) Produk-produk Shaklee didokumenkan dalam pelbagai jurnal antarabangsa


Oleh sebab saintis-saintis yang buat kajian ni power-power belaka, hasil kajian dorang ni didokumenkan dalam jurnal antarabangsa. Jurnal-jurnal ni pulak bukan staf-staf Shaklee je yang syok sendiri tapi turut diiktiraf oleh saintis yang bukan berkhidmat dengan Shaklee pon. Produk nutrisi lain pon takde yang diiktiraf dari saintis diluar syarikat.

3) Produk Shaklee digunakan untuk kerja, aktiviti dan sukan paling extreme


Bukti yang produk-produk Shaklee ni memang betul-betul bagus, ia telah digunakan untuk kerja, aktiviti & sukan paling extreme. Dan takde langsung atlet-atlet Shaklee ni ada dadah dalam badan macam seperti kes Lee Chong Wei. lagipun, kita boleh bandingkan dengan produk lain, takde yang ada rekod sebegini pun POWER.

Kalau Shaklee teruji berkesan untuk orang paling extreme, sudah tentu lah terlebih-lebih berkesan untuk kita rakyat marhaen ni kan?

4) Orang-orang yang selalu kutuk Shaklee akhirnya terpaksa mengaku yang Shaklee ni memang bagus


Sebenarnya, ramai je yang selalu duk ngutuk-ngutuk Shaklee bukan setakat di Malaysia je. Kat negara lain pon ramai. Sampaikan diorang sendiri dah habis idea nak kutuk tang mana lagi dah. Akhirnya, terpaksa setuju yang Shaklee ni memang bagus dan terus jatuh cinta pulak 😉

Cer la kita tanya pemilik produk-produk lain yang ada di pasaran, owner dia pakai x produk-produk yang diorg jual tu? kebanyakannya sendiri pun tak berani pakai sebab diorang pun tahu produk diorg ada paraben, boleh sebabkan kanser, kalau tak percaya, cuba tanya sendiri
Rasanya cukup lah point2 yang saya bagi ni kan.. Kalau ada lagi nanti saya update.. Banyak lagi sebenanye sebab Shaklee ni bagus. Bagi anda yang dah baca entri ni, bukti yang Shaklee ni bagus dah ada. Rasanya dah takde sebab kot untuk anda pilih produk lain. Lagi2 yang takde pon bukti kajian saintifik. Betul kan? Fikir-fikir kan la ye..


Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
Shaklee ID : 859750
0136969805

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.