Kombinasi terbaik vitamin yang sesuai untuk ibu mengandung
Ramai di kalangan ibu-ibu yang mengandung / hamil masih tidak sedar bahawa mereka perlu mendapatkan nutrisi secukupnya kerana mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi di dalam rahim dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan bagi mengelakkan beberapa risiko kandungan yang mungkin berlaku akibat dari kekurangan nutrisi
Bagi ibu-ibu mengandung yang sedang tercari-cari supplement terbaik untuk diamalkan, Shaklee adalah pilihan yang tepat kerana ia dari bahan semulajadi, dijamin berkesan dan selamat.
Kombinasi terbaik vitamin yang sesuai untuk ibu mengandung
Ostematrix
- Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Ostematrik adalah pil kalsium terbaik kerana ia 3 dalam 1.
- Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
- Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
- Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
- Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu,
- Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
- Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
- Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
- Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
- Ia perlu diambil 4 biji sehari
ESP
- Ia sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
- Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
- Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
- ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
- Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
- Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
- Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
- Ia perlu diminum sekali sehari
Omega Guard (Omega 3)
B Complex
- B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
- Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
- Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
- Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.
- Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
- Ia perlu diambil sebiji sehari
Sustained Release Vitamin C
- Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
- Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
- 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari
- Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
- Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
- Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
- Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Bagi memudahkan ibu-ibu untuk membuat pilihan vitamin yang sesuai, kami telah menyediakan kombinasi vitamin yang perlu diambil mengikut setiap trimister usia kehamilan
- TRIMISTER PERTAMA ( usia awal kandungan sehingga 3 bulan)
- Vitalea
- B complex
- Vitamin C
- Ostematrix
- ESP
TRIMISTER KEDUA ( usia kandungan 4 bulan ke atas)
Testimoni ibu-ibu hamil yang mengamalkan Set Hamil Shaklee
Testimoni 1
Testimoni 2
Untuk pengetahuan ibu-ibu semua, saya juga mengamalkan Set Hamil Shaklee tanpa memakan vitamin-vitamin yang dibekalkan oleh doktor di klinik semasa mengandungkan anak bongsu saya ni.. Alhamdulillah, saya sihat dan bertenaga. Baby dalam kandungan pun takde masalah. Bagi anda yang nak dapatkan Set Hamil Shaklee atau vitamin-vitamin yang lain. segerlah hubungi saya k..
0 comments:
Post a Comment