Friday 20 January 2017

Khasiat anggur merah ( Anggur Muscadine) yang tidak terdapat pada anggur lain.

Pernahkah anda tahu tentang sejenis anggur merah yang dinamakan Anggur Muscadine? Anggur Muscadine merupakan satu jenis anggur yang sangat unik dan juga merupakan salah satu ramuan utama yang terdapat di dalam tonik ajaib Vivix Shaklee.


10 Fakta menarik tentang anggur muscadine

  • Tumbuh di kawasan panas dan lembab
    Anggur muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin. Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik dan cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak resveraterol dan polifenol. Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati dapat hidup dalam cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resveraterol yang tinggi.
  • Saiz sebesar bola golf
    Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar BOLA GOLF! Saiz yang lebih besar berbanding anggur biasa yang berdiameter sekitar 5cm atau seakan-akan sebiji buah plum.

  • Mempunyai kulit yang keras dan tebal
    Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .
  • Boleh melindungi diri dari kulat dan bakteria
    Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus. Hal ini kerana anggur ini mengandungi resveraterol yang merupakan phytoalexin di mana ia dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuhan apa diserang pathogen seperti bakteria dan fungi.
  • Mempunyai 20 pasang kromosom
    Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , Manakala anggur muscadin mempunyai 20 pasang lebih 1 kromosom daripada biasa yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.

    Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis antipenuaan khas. Malah kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Ianya menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan bersifat antioksidan yang tinggi. Hebatkan ciptaan Allah?
  • Tidak memerlukan semburan racun perosak
    Anggur Muscadine merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak 
  • Mempunyai ORAC paling tinggi
    Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIES
  • Kaya dengan antioksidan
    Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin 
  • Mengandungi kadar resveratrol 6x lebih tinggi
    Ia mempunyai kadar RESVERATROL 6x lebih tinggi berbanding anggur merah biasa
  • Antikanser dan antiradang
    Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.

Khasiat anggur muscadine 



  1. Mampu mencegah penyakit

    Anggur muscadine mengandungi antioksidan yang tinggi, phytokimia yang membantu untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas. Menurut Havard School of Public Health, memakan makanan yang kaya dengan antioksidan terbukti dapat menurunkan risiko penyakit jantung, kanser, Alzheimer’s (nyanyuk) dan penyakit kronik yang lain.
    Satu kajian yang diterbitkan dalam “Journal of Agricultural and Food Chemistry” mendapati yang anggur muscadine adalah sumber terbaik ellagic acid. Ellagic acid mampu untuk menyekat penghasilan sel kanser (menurut American Institute of Kanser Research). Anggur muscadine juga mengandungi 2 kali ganda lebih vitamin C. Hidangan 35 biji anggur muscadine memberikan 14 miligram antioksidan atau 23% nilai harian yang dicadangkan untuk diet 2,000-kalori.
  2. Mampu menyelesaikan masalah penghadaman

    Anggur muscadine ialah sumber diet terbaik untuk serat. 35 biji anggur muscadine memberikan 105 kalori dan 7 gram serat. Dengan biji yang boleh dimakan dan kulit yang tebal, anggur muscadine memang tinggi dengan kandungan serat larut, bahan yang membantu penghadaman dan mencegah sembelit, haemorrhoids dan diverticulitis. Serat dalam sebiji anggur muscadine bersamaan dengan serat yang terkandung dalam 5 biji anggur tanpa biji yang biasa.
  3. Mampu mengawal berat badan
    Sama macam makan rendah kalori yang lain, anggur muscadine boleh membantu untuk kita mendapat dan kekalkan berat badan yang sihat. Anggur muscadine kaya dengan serat dan air iaitu dua kandungan yang membantu membuatkan kita rasa kenyang tanpa menambah kalori.

    Serat larut dalam anggur muscadine membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Memakan anggur muscadine dan buah-buahan segar yang lain setiap kali kita mengidam nak makan makanan manis juga boleh membantu kita mengelakkan daripada makan makanan  yang tinggi kalori (daripada gula tambahan). Pengambilan gula tambahan yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tidak sihat.

    Shaklee menggunakan anggur muscadine yang kaya dengan antioksidan resveratrol ini untuk menghasilkan tonik anti-penuaan Vivix. Vivix memberi manfaat kepada pelbagai aspek kesihatan terutamanya dalam memperlahankan penuaan dan kerosakan sel sehingga ke tahap DNA.
Kalau anda nak tahu, sekilo buah anggur muscadine ni mencecah ratusan ringgit. Sebab tu la Vivix ni agak mahal harganya. Walau pun harganya mahal, masih ramai yang mengamalkannya kerana kesannya yang sangat-sangat hebat. 

Nak dapatkan Vivix, jom hubungi saya cepat-cepat. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA





0 comments:

Post a Comment

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.