Wednesday, 21 September 2016

Gastrik boleh sembuh dengan ESP? Betul ke?

Biasakan kita dengar tentang penyakit gastrik? Gastrik sering dikaitkan dengan keadaaan jika seseorang tu lambat makan atau tak makan langsung. Jom kita lihat apa definisi sebenar penyakit gastrik ni. 


APA ITU GASTRIK? 

Gastrik adalah sejenis penyakit yang sering berlaku apabila dinding permukaan perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Semasa kita berasa lapar atau perut memerlukan makanan, perut akan menghasilkan asid ini. Jika perut tidak menerima sebarang makanan, asid ini akan mengikis dinding permukaan dalam perut. Jika keadaan berlarutan, maka ini lah yang menyebabkan terjadinya gastrik. 

TANDA-TANDA ANDA DISERANG GASTRIK
  • Sakit pada bahagian atas perut atau abdomen 
  • Rasa senak, berangin dan pedih ulu hati 
  • Kerap kentut dan sendawa selepas makan, 
  • kembung 
  • Rasa loya dan muntah 
  • Hilang selera makan. 
  • Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)

PRODUK SHAKLEE YANG BOLEH MERAWAT GASTRIK

1) ESP

ESP membekalkan protin yang diperbuat dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.

2) Peppermint Ginger Plus

Kombinasi 4 herba yang terdiri dari pudina, halia, jintan (fennel) dan bunga lawang (anise) terbukti secara klinikal dapat membantu mengatasi masalah gastrik, loya, penghadaman dan sendawa. Ia melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.

3) Alfalfa Complex

Sifat semulajadinya yang beralkali membantu meneutralkan keasidan dan mengurangkan keradangan. Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut dengan memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Testimoni gastrik berjaya sembuh dengan ESP 


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.




Seronok kan baca testimoni2 pasal gastrik sembuh ni.. Kebetulan ESP ada promosi best bulan ni.. Jangan lepaskan peluang ye untuk borong banyak2.. Lagi pon expiry date lambat lagi ( 12 May 2018). So tak perlu nak risau.. Nak borong ESP? Jom contact saya cepat2 sebelum promosi tamat..

Wednesday, 7 September 2016

6 sebab utama kenapa perlu ambil Nutriferon untuk elak virus Zika menyerang

Baru-baru ni negara kita digemparkan dengan berita tentang virus Zika yang telah menyerang rakyat Malaysia yang baru melawat anaknya di Singapore. Berita ni amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia terutama bagi ibu-ibu yang sedang hamil kerana jangkitan virus ini akan memberi kesan yang sangat buruk kepada bayi dalam kandungan yang ibunya diserang virus ini. 

Setakat ini jangkitan virus Zika tiada vaksin yang boleh menyembuhkannya sama macam denggi yang hanya bergantung dengan sistem imun tubuh sahaja untuk melawan jangkitan ini.  Salah satu cara untuk meningkatkan imun sistem dalam badan kita adalah dengan pengambilan Nutriferon. Tak tau Nutriferon tu apa? Meh klik sini


6 sebab utama kenapa perlu ambil Nutriferon untuk elak virus Zika menyerang

1. Terbukti daripada kajian ke atas manusia - campuran fitonutrien yang berkesan & selamat memberi sokongan imun yang tepat pada peringkat sel.
2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi. Interferon adalah kumpulan protein yang sangat penting dalam sistem imun tubuh & paling mahal.
Interferon dihasilkan secara semulajadi dalam badan. Sekarang ada ubat interferon digunakan untuk merawat Hepatis B, AIDS dan kanser.
3. Dicipta oleh penemu interferon - Dr Yasuhiko Kojima yang menemui interferon pada tahun 1954.
4. Rumusan berpaten yang ekslusif. Sebelum dipasarkan Nutriferon telah melalui set2 ujian yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan & prestasi.
5. Dikaji selama 40 tahun. Menggunakan berjuta2 sebatian sebelum Dr Kojima menemui ekstrak 4 tumbuhan yang boleh meningkatkan interferon secara semulajadi.
6. Sejak Nutriferon dibangunkan, beberapa kajian klinikal ke atas manusia telah mendokumenkan keberkesanan suplemen ini. Dimuatkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Complementary Medicine - mengetengahkan pelbagai faedah Nutriferon.
Kita sebagai ibu bapa perlulah mengambil inisiatif untuk melindungi seluruh anggota keluarga kita dari jangkitan virus ini. Nak dapatkan Nutriferon dengan segera? Hanya RM 181.25 sekotak anda layak untuk melindungi ahli kelurga yang tersayang. Cepat2 whatsapp saya di 0136969805 

Friday, 2 September 2016

17 risiko akibat kekurangan protin yang perlu kita tahu.

Kepentingan pengambilan protin

Tahukah anda? Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protin yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum kerana protin diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi dan neurotransmitter. Bila protin dalam badan tak cukup, maka mudahlah penyakit-penyakit nak datang menyerang.


Tubuh badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Air
2. 25% Protin
3. 8% Lemak
4. 1% Kombinasi antara Minerals & Vitamins 100%

Risiko akibat kekurangan protin

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

 


Thursday, 25 August 2016

Kepentingan pengambilan kalsium dalam kehidupan seharian

Seperti yang kita sedia maklum, kalsium berada di dalam tulang, tapi pernahkah anda terfikir kalsium juga ada di dalam darah kita..


Sebenarnya, sebanyak 99% kalsium berada di dalam tulang dan gigi kita manakala 1% lagi berada di dalam darah. Tapi, jangan ingat 1% ni jumlah yang kecil dan tiada fungsi ye. Sebenarnya 1% ini la fungsinya penting sangat. 1% kalsium ini lah yang akan memastikan sistem degupan jantung dan sistem saraf dalam tubuh badan kita berfungsi dengan baik.

Menurut kajian, apabila kalsium dalam darah berkurangan dari 10mg /100ML darah, badan kita akan adjust balik kadar kalsium tu supaya ia naik semula. Jika sumber kalsium tidak diperolehi dari makanan yang diambil, kalsium akan di ambil dari tulang atau gigi kita. Hati-hati ya, jika anda sudah berumur 30 tahun ke atas, banyak mana kalsium yang kita ada pada masa itu, banyak itulah juga lah kita akan bawa hingga ke hujung usia. 

Sumber kalsium adalah dari makanan yang berlemak dan berkalori. Dewasa ini, ramai yang ingin menjaga badan dan dalam pada masa yang sama, pengambilan makana berlemak dan berkalori telah dikurangkan. Ini akan menyebabkan sumber kalsium akan berkurangan. Persoalannya? Adakah kita minum 4 gelas susu setiap hari? atau adakah kita mengambil jumlah kalsium yang cukup setiap hari bagi menampung keperluan kalsium dalam tubuh badan kita..

Paling mudah kita ambil pil kalsium setiap hari. Nak tahu kalsium yang mana yang terbaik di pasaran? KLIK SINI


Monday, 22 August 2016

LANDMARK STUDY - Bukti Shaklee adalah supplement terbaik di dunia

Apa maksud landmark study?


Landmark study bermaksud kajian yang dilakukan bertujuan untuk membuktikan sesuatu perkara tu dinilai dan dilihat oleh semua orang. Selain itu,  untuk mengkaji keberkesan produk Shaklee dalam jangka masa panjang (40-50 tahun lepas makan produk Shaklee). Landmark study dijalankan oleh mereka yang pakar dalam bidang berkaitan dan kajian yang dibuat juga boleh dinilai atau dinilai semula oleh mana-mana pakar/pihak ketiga di bidang berkaitan.


Kenapa Shaklee sanggup buat Landmark Study?




Sebenarnya hanya Shaklee je satu-satunya syarikat supplement di dunia ni yang ada landmark study. Shaklee beriya-iya nak buat landmark study ni sebab bila Mr. Roger Barnett (CEO Shaklee) ni beli company Shaklee, dia rasa tak puas hati sebab orang dok kata Shaklee ni bagus. Semua company boleh claim produk dia bagus tapi mana landmark studynye? Betul tak? Lagi pon, Shaklee nak membuktikan bahawa produknya betul-betul mampu meningkatkan taraf kesihatan para pengamalnya. Dengan sebab ni lah pada tahun 2007, Mr. Roger Barnett telah melantik National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) iaitu satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US untuk membuat landmark study berkaitan Shaklee. Dahsyat kan?

NHANES pulak telah melantik Dr. Gladys Block iaitu wakil dari satu institusi penyelidikan yang hebat iaitu University of California, Berkeley (UC-Berkeley) untuk mengetuai study ni. Doktor ni bukan calang-calang orang tau. Beliau ni adalah antara orang yang hebat dalam bidang Epidemiologi & Public Health Nutrition. Baik buruk dari hasil ujikaji ni beliau akan tetap publishkan. Yang buat piramid makanan yang biasa kita guna tu doktor ni lah.. Hebat tak hebat?


Macamana landmark study ni dibuat?

Pada mulanya, pihak UC Berkeley School of Public ni memang dah ada kajian dah ke atas 2 golongan:
1. Golongan yg tak ambil supplemen langsung. Cuma jaga pemakanan/diet sahaja.

2. Golongan yg ambil 1 jenis supplemen sahaja. Bukan jenama Shaklee.
Untuk Shaklee Landmark Study ni, Shaklee minta kepada pihak pengkaji ni untuk masukkan 1 lagi golongan untuk ujikaji perbandingan; iaitu mereka yg telah 20 tahun mengamalkan Vitalizer (multivitamin) Shaklee. 


Apakah hasil Landmark Study Shaklee ni?

Tadaaa!! Ini lah hasil keputusan secara detail Landmark Study yg dilakukan ke atas 3 golongan ini oleh pihak UC Berkeley School of Public Health; di mana:
1. BIRU - Golongan yg tidak mengambil apa-apa supplemen. Hanya menjaga pemakanan/diet sahaja.

2. MERAH - Golongan yg mengambil 1 jenis vitamin/supplemen sahaja jenama lain.
3. HIJAU - Golongan yg mengamalkan supplemen Shaklee selama 20 tahun.


Keputusannya adalah seperti berikut:


👉
 Responden HIJAU mempunyai 11% paras nisbah kolesterol yg lebih rendah berbanding HDL. Dalam bacaan kolesterol badan kita, HDL mewakili 'kolesterol baik'. Manakala LDL adalah 'kolesterol jahat'. Responden HIJAU memiliki nisbah antara keduanya ini lebih rendah. Bermaksud, paras HDL yg tinggi/baik dalam badan responden HIJAU mampu menyingkirkan LDL yg jahat bagi memastikan bacaan total cholesterol yg normal.

👉
 Responden HIJAU mempunyai 33% paras trigliserida yg lebih rendah berbanding responden BIRU & MERAH. Trigliserida adalah lemak dalam bentuk kimia yg terkandung di dalam makanan & juga tubuh manusia. Lebih rendah kadar trigliserida bermaksud jantung & badan seseorang itu adalah lebih sihat.

👉
 Responden HIJAU mempunyai 36% paras homocysteine yg lebih rendah berbanding responden BIRU & MERAH. Homocysteine adalah asid amino yg dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita. Lebih rendah paras homocysteine ini, maka lebih optimum taraf kesihatan jantung & badan kita.


Responden HIJAU mempunyai 59% paras protein C-Reaktif yg lebih rendah berbanding responden BIRU & MERAH. Protein C-Reaktif ini terkandung di dalam darah kita. Lebih tinggi kadar protein C-Reaktif ini, maka badan kita akan lebih sensitif & mudah terjejas oleh biological stress akibat response badan terhadap ancaman-ancaman yg menjejaskan kesihatan. Bila kadar protein C-Reaktif lebih rendah, bermaksud badan akan lebih sihat & taraf kesihatan sukar terjejas.
👉
 Responden HIJAU juga mempunyai risiko yg lebih rendah dalam mendapat penyakit kritikal seperti diabetes, serangan jantung, kegagalan fungsi jantung, stroke & penyakit koronari jantung.


💥 Nota penting:


Responden HIJAU mengamalkan Vitalizer Shaklee yg mengandungi:
✔ Vitalea with iron formula (multivitamin lengkap)
✔ Caroto-E-Omega
✔ B + C Complex
✔ Optiflora Probiotics


Kesimpulannya, berdasarkan Shaklee Landmark Study yang dibuat ni, maka jelas terbukti bahawa JENAMA SUPPLEMEN yang anda ambil adalah AMAT PENTING. Malah, hanya dengan menjaga pemakanan/diet sahaja juga tidak cukup untuk menjadikan kesihatan kita pada paras yang paling optimum. Kenapa? Kerana kita juga terdedah kepada pelbagai pencemaran tanpa sedar serta faktor physical & biological stress setiap hari, setiap waktu, setiap saat. Malah air kosong yg kita minum & udara yg kita sedut setiap hari juga tidak lagi suci sepenuhnya. 

Maka atas bukti hasil Shaklee Landmark Study inilah yg menjadikan SHAKLEE SEMEMANGNYA TIDAK SAMA dengan mana-mana jenama lain di dunia. So, jangan kata "ala, sama je aku beli vitamin kat farmasi. Lagi senang. Tak payah nak cari ejen bagai". NO. It's TOTALLY different. Melainkan, jenama yang anda ambil itu juga mempunyai bukti hasil dari Landmark Study juga.

Jom amalkan Shaklee tanpa rasa was-was sikit pon kerana Shaklee adalah supplement yang paling terbaik di dunia.. Berbanggalah kerana anda semua makan Shaklee.. 

Tuesday, 16 August 2016

9 Manfaat Pengambilan Ostematrik

Gambar di atas merupakan contoh makanan yang baik untuk kesihatan dan kekuatan tulang. Kebanyakannya adalah di dalam bentuk sayur-sayuran dan kekacang. Akan tetapi, semasa proses masakan berlaku, segala nutrisi yang tersimpan di dalam makanan tersebut musnah disebabkan haba masakan yang tinggi.

Walaupun kita mengambil sayuran dah susu setiap hari, ia belum menjamin keperluan kalsium kita adalah mencukupi. Oleh sebab inilah kita memerlukan supplement bagi memenuhi keperluan tulang yang sihat dah kuat. Supplement yang terbaik untuk tulang adalah Ostematrix.


Apa itu Ostematrix?

Ostematrix adalah vitamin yang mengandungi kalsium. Ia juga mengandungi mineral lain seperti magnesium, vitamin D, baron, zink, kuprum dan vitamin K. Semua nutrien ini penting dan perlu ada dalam tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% didalam badan.

Bagaimana Ostematrix bertindak dan berkesan dalam kesihatan tulang?


Kalsium

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi ia turut membantu menetapkan degupan jantung. Kalsium juga sangat penting dalam membantu mempertahankan fungsi sistem saraf dan otot serta buah pinggang. Selain itu, kalsium membantu mengurangkan kolestrol dalam darah.

Vitamin D

Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.


Magnesium

Secara umumnya magnesium membantu atasi kekejangan dan keletihan otot. Magnesium dapat mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang di percayai menjadi punca sakit kepala dan migrain. Ia juga melegakan masalah sindrom PRA haid. Dengan adanya magnesium ia dapat membantu vitamin D dalam penyerapan kalsium di dalam badan dengan lebih baik.

Boron, zink, Kuprum dan Vitamin K

Vitamin K akan mengikat mineral dan membentuk tulang. Boron pula membantu vitamin K bagi memelihara metabolisma tulang dan pertumbuhan otot. Zink dan kuprum membantu mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang.

Kesan Kekurangan Kalsium 

  • Kerap sakit gigi
  • Gusi berdarah
  • Kejang otot
  • Rambut kasar
  • Tumit pecah/kasar
  • Kuku rapuh
  • Kebas kaki dan tangan
  • Kulit kering

Kebaikan / Manfaat Ostematrix

  1. Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
  2. Mengelakkan penyakit osteoporosis (Tulang Rapuh)
  3. Memulihkan kekejangan otot dan kebas kaki tangan
  4. Menstabilkan tekanan darah
  5. Melegakan sakit ketika haid
  6. Membantu masalah gastrik
  7. Mengurangkan sakit belakang
  8. Membantu melegakan sembelit
  9. Melegakan sakit kepala

Golongan Yang Memerlukan Ostematrik 

  • Ibu menyusu / mengandung
  • Mereka yang selalu letih
  • Mereka yang kurang tidur / susah tidur dan sukar untuk bangun pagi.
  • Wanita yang mengalami masalah PMS (Pra haid)
  • Mereka yang mengalami kekejangan otot dan kebas kaki tangan
  • Mereka yang alah dengan pengambilan bahan tenusu sepertu susu
  • Mereka yang kerap sakit kepala

Testimoni berkaitan pengambilan Ostematrix






Monday, 15 August 2016

Kalsium berlebihan punca penyakit batu karang? Betul ke?

Dalam salur darah kita, selain kolestrol, ada banyak lagi benda yang boleh melekat dalam salur darah kita termasuklah kalsium. Apabila kalsium termendap, ia dinamakan calcification. Kesan dari calcification ini, ia akan mengeraskan bahagian yang  termendap tu. Selain dari salur darah, banyak tempat ia boleh termendap seperti otak, buah dada, sendi dan buah pinggang. Ini adalah penyebab terjadinya penyakit batu karang.

Salur Darah

Adakah pengambilan kalsium berlebihan menjadi punca penyakit batu karang? 


Jawapannya TIDAK. Berdasarkan kajian dari Universiti Harvard, pengambilan kalsium tiada kaitan dengan batu karang atau apa-apa saja penyakit dari penyebab calcification ini. Sama ada anda makan kalsium atau tidak risikonya adalah sama.
Punca utama yang dapat dikenal pasti adalah :
  • kecederaan dalaman
  • jangkitan kuman
  • masalah genetik
  • masalah auto-imune
  • pernah menjalani pembedahan.

Jadi, jangan takut nak makan kalsium sebab takut kena penyakit batu karang ye.. 

Adakah masalah calcification ini boleh dirawat?


Melalui ujikaji yang dijalankan oleh International Journal of Molecular Sciences, kalsium adalah bukan penyebab kepada berlakunya calcification, tetapi ia berlaku disebabkan oleh :
  • pengawet makanan
  • makanan diproses
  • lemak trans
  • gula

Untuk mengelakkan masalah ini anda dinasihatkan untuk mengurangkan atau tidak makan langsung makanan-makanan yang disebutkan di atas. 

Di dalam kajian yang sama, supplement yang dicadangkan ialah :

Testimoni Vivix dalam merawat penyakit batu karang





Thursday, 21 July 2016

4 kandungan utama di dalam Vivix yang sebabkan ia special sangat.

Vivix memang tak asing lagi. Sana sini orang dok sibuk cerita pasal 'magic' nye vivix ni. Kenapa Vivix ni magic sangat sampai boleh bantu rawat atau cegah macam-macam penyakit. Bukan tu je, pengamal vivix ni akan kelihatan 25 tahun lebih muda dari umur sebenar. Kan ke best tu..

Jom kita baca apa kandungan Vivix yang sebabkan ia special sangat.

Kandungan utama dalam Vivix



1) Muscadine grapes

Muscadine Grape ialah satu spesies anggur yang sangat unik kerana ia mengandungi lebih 1 (satu) kromosom  dari tumbuhan biasa, iaitu 20 kromosom.  Kelebihan ini menjadikan ia spesis anggur yang paling kaya dengan POLIFENOL (satu bahan penting yang sangat baik untuk kesihatan terutamanya untuk pencegahan kanser)

Satu lagi bahan penting ialah Asid Ellagik yang tinggi yang membantu untuk menghentikan tindakan kimia penyebab kanser. Ia mempunyai sifat anti-mikrob dan anti-virus.

Satu lagi uniknya anggur ini ialah saiznya yang sebesar BOLA GOLF! 

2) Purple carrot

Purple Carrot merupakan sumber terbaik untuk Vitamin A, sumber antioksida yang MUJARAB termasuk antocianin (yang menyebabkan warna merah menyala, ungu atau biru pada buah). 

Antocianin membantu untuk antioksidan, anti-radang, anti mikrob dan juga anti kanser. Ia juga sangat baik untuk kesihatan saluran darah, platlet, dan lipoprotein yang penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

3) Elderberry

Elderberry merupakan satu tumbuhan yang terkenal dalam rawatan tradisional untuk flu/selsema terutamanya influenza B. Ia dapat mengurangkan kesan akibat influenza seperti sakit otot dan ketidakselesaan akibat selsema.

Ia mengandungi unsure Flavonoids, salah satu sumber antioksida yang sangat baik untuk mengukuhkan system imunisasi untuk melawan jangkitan bacteria dan virus.

Elderbery turut kaya dengan kandungan Antocianin yang membantu untuk antioksidan, anti-radang, anti mikrob dan juga anti kanser. Ia juga sangat baik untuk kesihatan saluran darah, platlet, dan lipoprotein yang penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Bukan sekadar antioksidan, Elderberry juga ada vitamin A,B, C dan nutrient seperti asid amino. Kesemua nutrient ini baik untuk menguatkan imunisasi, merendahkan kolestrol, beri pelindungan kepada penyakit-penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung & strok.

Elderbery juga sangat baik untuk mengurangkan stress, penglihatan dan juga penghadaman.

4) Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed)

Tumbuhan ini adalah sumber utama kepada bahan RESVERATROL yang juga terdapat dari ektrak kulit dan biji anggur merah.

Resveratrol mengandungi bahan polifenol dan antioksidan yang dapat membantu untuk melambatkan penuaan, merendahkan kolestrol, meredakan tekanan darah, meningkatkan tenaga berterusan dan juga dapat membantu mengawal berat badan.

Kajian makmal telah membuktikan Resveratrol melawan penuaan di peringkat selular, mengaktifkan tindakan genetic  (DNA) untuk mengawaltur tindakbalas dalam badan yang normal. 


Testimoni pesakit kanser sembuh dengan Vivix

Kita hanya berusaha, tapi Allah yang menentukan.. Saya pasti bila kita atau ahli keluarga kita ada yang sakit pasti kita akan rasa sedih dan berusaha untuk cari rawatasn yang terbaik bagi pesakit. Begitu je pesakit kanser.  Kanser adalah penyakit yang paling ditakuti di Malaysia kerana ia boleh membawa maut. Tapi yakinlah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati.

Vivix adalah salah satu cara usaha kita merawat kanser. Di sini saya sertakan beberapa testimoni pesakit kanser sembuh dengan usaha mengamalkan Vivix secara konsisten.

Kanser rahim



Kanser hati


Kanser ovari



Kanser payudara



Kanser rahang



Kanser tahap 4


Kanser usus


Banyak lagi sebenanye testimoni-testimoni tentang Vivix rawat kanser ni. Tapi saya share la ni dulu ye.... Nak dapatkan vivix? Jom roger saya cepat-cepat..

"Mencegah itu lebih baik dari merawat"



Wednesday, 20 July 2016

Bagaimana Vivix bertindak membantu melawan kanser

Apa itu kanser?

Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel tidak normal yang tidak terkawal atau bercelaru di dalam tubuh badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem imun untuk berfungsi dengan baik.

sel normal dan tidak normal

Bagaimana sel kanser bermula dan merebak

Sel kanser bermula apabila sel-sel di dalam tubuh badan tumbuh secara tidak terkawal.  Pada hakikatnya sel-sel di dalam badan kita memang akan mengalami proses kematian dan akan diganti dengan sel-sel yang baru. Tetapi sel-sel yang baru tersebut akan meniru sel-sel yang mati tadi. Jika sel -sel yang mati tadi tu rosak, maka sel-sel baru itu pun turut rosak. Ini lah yang menyebabkan kanser berlaku. 

Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

Jenis-jenis kanser

  • Kanser kolon
  • Kanser hati
  • Kanser payudara
  • Kanser prostat
  • Kanser paru-paru 
  • dan lain-lain lagi

Bagaimana Vivix bertindak melawan kanser

Salah satu daripada kandungan utama dalam Vivix adalah resveratrol yang telah terbukti dalam banyak kajian saintifik boleh membantu mencegah dan merawat kanser.
Apa itu Resveratrol?
Resveratrol merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya. Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberi dan kacang.

salah satu tumbuhan di dalam vivix yang mempunyai resveratrol

Antara kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan resveratrol melawan kanser:


  • Kajian dalam Annals of The New York Academy of Sciences pada tahun 2011 melaporkan beberapa kajian awal menunjukkan resveratrol mempunyai kesan anti kanser.
  • Kajian yang diterbitkan oleh FACEB jurnal pada October 2011 menunjukkan resveratrol berjaya menghalang sel kanser payu dara daripada membesar.
  • Kajian yang dibuat oleh University of Nebraska pada tahun 2008 mendapatiresveratrol berjaya menghalang estrogen daripada bertindak balas dengan DNA dan menyebabkan kanser payu dara.
  • Kajian yang dibuat oleh University of Florida pada tahun 2011 menunjukkan resveratrol mempunyai sifat anti-carcinogenic yang boleh menghalang sel normal menjadi sel kanser.
  • Kajian yang dibuat oleh University of Kansas pada tahun 2012 menunjukkan resveratrol boleh membantu menghalang kanser prostate daripada membesar.

  • Bagaimana Vivix bertindak membantu melawan kanser


    Vivix membantu merawat kanser dengan membetulkan DNA sel yang rosak supaya signal sel dapat diproses dengan betul. Ini akan menyebabkan sel-sel kanser yang rosak ini ‘membunuh diri’ melalui proses apoptosis.
    Apabila semakin lama menggunakan Vivix, sel-sel kanser akan semakin berkurangan dan akhirnya hilang. Anda boleh teruskan dengan Vivix walaupun anda sudah bebas kanser kerana khasiat Vivix sangatlah banyak.

    Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

    Bonjour & Welcome

    Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

    Promosi Mac 2020

    Promosi Mac 2020

    Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

    Jom Join Saya

    Hubungi Saya

    Hubungi Saya

    Kategori

    Jom Like Mama Twin Punya Cerita

    Popular Posts

    Powered by Blogger.