Saturday, 3 December 2016

Betul ke soya bahaya?

Selalu kan kita dengar, tak elok makan soya.. makan soya nanti akan melemahkan kejantanan lelaki, makan soya nanti akan mengganggu kesuburan wanita dan lelaki dan macam-macam lagi lah. Persoalannya betul ke semua ni? Adakah ia mitos semata-mata? ok jom kita baca sharing yang saya ambil dari blog fatimahtony.com


Tahukah anda, kebanyakkan isu soya yang dikupas di dalam mana-mana blog dan kajian yang dilakukan adalah melibatkan soya GMO, dan bukannya soya Non-GMO 

Apa beza GMO dengan Non-GMO?

  • Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia.
  • Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?
  • Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.
  • Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.
  • Maka semenjak itu, permintaan soya melonjak naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO.
  • Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.
  • Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.
  • Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya.
  • Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
    1. Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
    2. Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari
Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.
Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????

Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?

  • Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.
  • Phyto-estrogen adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia.
  • Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan.
  • Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.
  • Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan.
  • Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut.
  • Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.
  • Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain.
  • Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?

  • Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya.
  • Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia.
  • Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).
  • Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan.
  • Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu.
  • Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya menyebabkan kanser?

  • Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50.
  • Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara.
  • Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian.
  • Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO.
  • Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?

  • Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO.
  • Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya.
  • Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain.
  • Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.

Soya bahaya pada kanak-kanak?

  • Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak.
  • Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya.
  • Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan…
  • Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. 
  • Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.
  • Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni. Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya.
  • Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia.
  • Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana.
  • Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????

  • Sekarang isu  ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan  ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali.
  • Apa yang anda perlu tahu adalah  ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?
  • Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP).
  • Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan.
  • Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya.
  • Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?


  • Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavone yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.
  • Tapi tidak dengan  ESP Shaklee ya.
  • Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan isoflavone dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavone adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.
  • Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses.
  • Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari.
  • Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.
  • Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak.
  • Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana.
  • Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan.
  • Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya segera. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Kenapa saya katakan Shaklee adalah bisnes yang menguntungkan

Pejam celik pejam celik dah 5 tahun saya bersama Shaklee. 5 tahun tu bukan masa yang singkat tau. Lama tu... Dan sepanjang 5 tahun tu saya tak pernah pulak rasa nak beralih arah dari buat Shaklee. Kenapa ye? Ha jom saya bagi tau apa sebab-sebabnya..


Shaklee adalah bisnes yang menguntungkan kerana :


1. Jadi ahli dengan harga yang murah

Dengan hanya RM80 anda dah boleh berbangga menjadi seorang pengedar Shaklee. Tak payah nak buat loan bank atau pinjam kawan-kawan untuk jadi ahli. Dengan menabung pon anda boleh jadi ahli. Nak tahu cara jadi ahli? Boleh klik sini

2. Boleh dapat keahlian percuma



Dah la daftar ahli murah, boleh pulak dapat keahlian percuma. Jika anda beli produk dalam 200 uv (200 point) iaitu sekitar RM650++ anda boleh mendapat  keahlian secara percuma. Untungkan?

3. Shaklee adalah bisnes yang fleksibel

Fleksibel yang saya maksudkan ialah anda boleh buat bisnes Shaklee di mana-mana sekalipun asalkan ada talian internet, Zaman moden ni saya percaya semua ada handfon yang berinternet kan? Ha gunakan kelebihan tu untuk buat bisnes Shaklee. Katr rumah pon boleh buat bisnes

4. Kelas Shaklee percuma

Kalau anda nak tahu, setiap bulan Shaklee ada menyediakan kelas nutrisi secara percuma. Untuk beri konsultasi kepada pelanggan, pengedar perlu datang ke kelas untuk menambah ilmu. Datang je tak perlu bayar pon

5. Shaklee mesra kanak-kanak



Jika anda hadir ke kelas yang dianjurkan oleh Shaklee atau upline anda, anda dibenarkan untuk membawa anak-anak ke kelas tersebut. Kebanyakan pengedar-pengedar Shaklee terdiri dari ibu-ibu yang masih beranak kecil. Jadi, jika ada kelas, ibu-ibu tak perlu rasa bimbang anak-anak tiada penjaga. Bawak je.. Untungkan?

6. Kumpulan sokongan yang sangat-sangat best

Selain dari hadiri kelas, kami juga ada kelas sokongan secara online terutama di whatsapp group dah fb group. Di group ini juga banyak membincangkan ilmu shaklee. Best tau. Guna henpon je. Sesambil menyusu leh tengok hp belajar...

7. Bonus yang adil dan saksama

Bonus yang Shaklee beri sangat-sangat adil dan saksama. Takde istilah downline teruk pulun sales upline goyang kaki... Di Shaklee siapa yang kerja keras dia akan dapat hasilnya.. Bonus shaklee akan dimasukkan pada setiap 15hb setiap bulan. Tak pernah lambat. Best tau

8.  Order Shaklee secara online

Ni paling saya suka. Kalau nak order Shaklee buka je pc atau henpon, order terus secara online. Mudah sangat. Tak payah sibuk-sibuk nak hadap jem, cari parking untuk beli shaklee. Kalau nak order untuk customer pon boleh. Shaklee akan terus poskan kepada lokasi customer. Bestkan? Kalau nak tahu cara order Shaklee secara online? klik sini

9. Trip Mewah Shaklee



Sebagai menandakan penghargaan Shaklee kepada kerja keras pengedar-pengedarnya, Shaklee menyediakan insentif percutian yang sangat mewah. Bukan setakat tambang kapal terbang je, penginapan, jalan-jalan, duit makan pon Shaklee taja tau. Best tak best? Nak dapatkan insentif ni ada syarat-syaratnya. Sebab tu la kami semua bekerja keras untuk dapatkan insentif ni..

Ha.. setakat ni dulu saya cerita yang best-best tentang bisnes Shaklee ni walaupun ada banyak lagi yang best tentang Shaklee. Next entry saya sambung cerita lagi ye..Kalau anda nak bisnes dengan Shaklee, jom hubungi saya. saya ada group sokongan yang kuat. Saya akan bimbing anda sehingga anda berjaya dapat bonus 4,5 atau 6 angka. Jom tak rugi pon join 😊






Kepentingan Pengambilan Ostematrik dalam Set Berpantang Shaklee

Sembelit selepas bersalin memang tak dapat dipisahkan lagi. Kira-kira 20% ibu-ibu mengalami sembelit selepas melahirkan. Sakitnya sembelit lepas bersalin ni Allah je lah yang tahu, dengan luka lepas bersalinnya lagi.. dengan sembelitnya lagi.. huuuu...




Kalau anda nak tahu, pengambilan Ostematrik dalam Set Bersalin Shaklee sangat-sangatlah pentingnya. Nak tau kenapa? Jom teruskan baca...

Kenapa Ostematrik penting diambil selepas bersalin atau ketika dalam waktu berpantang?

  1. Kalsium merupakan komponen utama dalam susu ibu selain air dan protein
  2. Membantu ibu mendapat rehat yang berkualiti 
  3. Melegakan otot dan saraf ibu dan mengelakkan tekanan bersama B Complex dalam set bersalin Shaklee. 
  4. Mengelakkan daripada gigi rosak dan sakit tulang pada ibu. Ibu menyusu yang tidak mendapat cukup kalsium lazimnya akan mendapat masalah gigi rosak dan sakit tulang. (rujuk keistimewaan Ostematrix no. 1 dan 7)

Bagaimana Ostematrik membantu ibu-ibu menyelesaikan masalah sembelit selepas melahirkan atau ketika berpantang?

Magnesium adalah salah satu kandungan utama di dalam Ostematrik dan bahan yang membantu dalam menyelesaikan masalah sembelit adalah Magnesium.

Magnesium akan meningkatkan kandungan air di dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan yang terhadam bergerak di dalam usus). Ia juga menolak makanan ke dalam usus.

Magnesium bertindak di dalam usus dengan dua cara :

  • Merehatkan otot di dalam usus -
    membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit
  • Menarik air -
    Meningkatkan kandungan air di dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.
Oleh kerana magnesium menarik air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak semasa pengambilan Ostematrik

Apa kata ibu-ibu yang mengamalkan Ostematrik ketika berpantang

Testimoni 1


Testimoni 2


Jom tonton video ni pulak :




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Friday, 2 December 2016

9 Cara Bagaimana Nak Kurus Tanpa Ubat

Berat badan dah naik? Adoiii! Ini lah yang selalu menjadi mimpi ngeri setiap orang. Pantang berat badan naik sikit, dah risau, dah tak nak makan langsung, dah tak boleh tidur malam. Eh, jangan la ma macamtu.. Banyak cara kita nak turunkan berat badan ni.. Jom ikut perkongsian saya ni.

9 Cara Bagaimana Nak Kurus Tanpa Ubat


1. Setkan minda untuk kurus

Ini sangat penting. Apa jua yang kita nak lakukan mesti mula dengan niat dan mind setting yang betul. Bila dah set dalam kepala nak kurus, kita mesti lakukan. Jangan asyik nak bertangguh dan cari alasan

2. Pelajari ilmu tentang kalori

Bila rasa nak turunkan berat badan, kita perlu tahu jumlah kalori yang kita perlu ambil dalam sehari. Jangan ambil lebih dan jangan pula ambil kurang. Kalau kurang kalori, lapar pulak kita nanti. Tu yang jadikan kita asyik nak makan je.

3. Makan dalam kuantiti yang kecil

Setiap kali makan, perlu jaga portion makanan, jangan ambil terlalu banyak. Makan secara kerap, tapi dalam kuantiti yang sedikit

4. Elakkan makan waktu malam

Waktu ideal untuk mengambil makan malam adalah seawal 6.30 petang. Paling lambat pon sebelum pukul 8 malam. Ini adalah kerana makanan memerlukan 4 jam untuk hadam. Kalau kita makan pukul 10 malam, pukul 2 baru boleh kita tidur.  Nabi pon dah ajarkan.... 

5. Elakkan makanan dan minuman bergula

Tahukah anda pengambilan gula adalah penyebab utama berat badan naik dan berlakunya masalah kegemukan? Cuba elakkan gula, pasti berat badan anda mudah turun.

6. Tukar kepada makanan rendah lemak

Kalau selalu kita makan makanan yang tinggi berlemak, jadi tukarlah pola pemakanan kita. Kalau selalu pagi-pagi makan nasi lemak, tukar lah kepada sarapan dengan roti. Kan berkhasiat tu?

7. Banyakkan makan buah

Bila rasa lapar, makan lah buah. Bila makan buah, pasti anda akan rasa kenyang. Banyak vitamin yang kita boleh dapat bila makan buah. Makan buah, kulit pon cantik., Tak nak ke?

8. Banyakkan minum air masak

Minum air masak adalah salah satu cara untuk hilangkan rasa lapar. Seotang individu perlu minum sekurang-kurangnya 3 Liter air masak dalam sehari. Selain dari tu kesihatan pon akan terjaga. Toksin juga jadi penyebab badan jadi gemuk. Bila banyak minum air masak, toksin pon akan keluar melalui air kencing

9. Banyakkan berjalan atau berjogging

Tips yang paling mudah, jika selalu anda naik lif di pejabat, apakata anda naik tangga pula. Bila naik tangga banyak pergerakan kita buat. Dalam masa yang sama lemak pon akan pecah. Bestkan?

Mudahkan tips-tips yang saya share ni. Bila kita ubah gaya hidup, pasti ada perubahan.. Jom kuruskan badan 😊





Turunkan kolestrol dengan Vivix Shaklee


Tahukah anda? Hasil dari tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 mendapati 9.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah.  


Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, 94% rakyat di negara ini tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi dalam setiap hidangan mereka.  Hasil tinjauan NHMS juga turut mendapati kebanyakan golongan belia tidak mengambil berat mengenai kegiatan fizikal dan hanya memberi keutamaan pada aktiviti itu bila sudah meningkat usia.  "Disebabkan tiada kesedaran diri, masyarakat lebih gemar menjalani gaya hidup kurang sihat dan ini menjadi salah satu faktor peningkatan ketara beberapa penyakit seperti diabetes, hipertensi dan paras kolesterol dalam darah.  "Walaupun peratus bagi kegiatan fizikal meningkat, pada masa yang sama risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia turut meningkat.

"Peningkatan ini disebabkan hanya golongan berumur 40 hingga 59 tahun melakukan kegiatan fizikal manakala peratusan golongan berusia 18 tahun ke atas melakukan kegiatan fizikal masih rendah.  "Kalangan umur 40 hingga 59 tahun ini kebanyakannya adalah mereka yang 'sudah menerima mesej' untuk bersenam apabila doktor menasihatkan mereka berbuat demikian kerana sudah dikesan mempunyai pelbagai penyakit," katanya ketika berucap pada majlis Yang Berhormat Menteri Kesihatan bersama Media di kementeriannya, di sini.  

Secara umumnya, NHMS 2015 mendapati rakyat negara ini menunjukkan peningkatan ketara penyakit tidak berjangkit berbanding tahun sebelumnya dan lebih membimbangkan, kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui atau menghiraukan mengenai penyakit yang mereka hidapi.  Jelas beliau, antara penyakit tidak berjangkit dan beberapa isu kesihatan berkaitan yang dipantau oleh NHMS 2015 termasuk diabetes, tekanan darah tinggi, tabiat merokok, obesiti dan pengambilan alkohol.  "Mengikut laporan NHMS 2015, saya dapati negara ini sedang menjurus untuk menjadi sebuah 'negara gemuk' kerana dianggarkan lebih 3.3 juta penduduk mengalami masalah berat badan.  "Masalah berat badan ini bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, sebaliknya laporan terkini menunjukkan masalah obesiti turut meningkat dengan ketara dalam kalangan kanak-kanak.

sumber


Tanda-tanda kolestrol tinggi


  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki 
  • Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi 
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk 
  • Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala 
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah 
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. 

Kesan kolestrol tinggi dalam badan

  • Masalah kegemukan
  • Darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Strok

Bagaimana Vivix boleh bertindak menurunkan kolestrol 

Apa itu Vivix?


Bagaimana Vivix bertindak?



Testimoni Vivix turunkan paras kolestrol

Testimoni 1


Testimoni 2



Testimoni 3


Testimoni 4



Jom rawat masalah ini sebelum terlambat. Lakukan pemeriksaan doktor secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita lebih-lebih-lebih lagi apabila usia menjangkau ke 40 tahun. Sekiranya berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh hubungi saya segera. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Thursday, 1 December 2016

Tips buang angin dalam badan dengan cepat

Siapa kat sini yang pernah rasa perut sebu, pedih ulu ati atau sakit dada? Saya percaya kita semua pernah rasa semua ni kan? Ini adalah tanda-tanda badan kita dah dimasuki angin. Macamana angin boleh masuk dalam badan kita ni ye? Punca sebenar angin masuk ke dalam badan adalah berbeza mengikut setiap individu. Salah satu punca adalah dari udara yang ditelan. Apabila seseorang dalam keadaan tertekan atau stress maka dia lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Selain itu, angin di dalam badan adalah berpunca dari bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita 



Sumber makanan penyebab angin di dalam badan :

1) Kekacang 
2) Sayuran seperti :      
  • Brokoli       
  • Kobis       
  • Taugeh       
  • Bawang      
  • Asparagus       
  • Bendi      
  • Terung 
3) Buah-buahan seperti :       
  • Pear      
  • Apple       
  • Peach 
4) Bijirin seperti :       
  • Cereal       
  • Roti gandum 
5) Minuman ringan dan jus buah
6) Susu dan produk daripada susu dan keju 
7) Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti       
  • Roti       
  • Bijirin       
  • Sos salad 
8) Makanan bertepung 
9) Pemakanan~ Jadual makan tidak teratur, pengambilan makanan yang memberi tindakbalas 'alahan' seperti nangka, labu, mee kuning, daging beku dll, kafein dan minuman soda(bergas). 

Tips buang angin dalam badan

1. Hindari makanan penyebab angin

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza pada setiap individu. Kenal pasti makanan yang menjadi penyebab berlakunya angin di dalam badan kemudian hindari makanan tersebut

2. Mengambil ubat

Ubat-ubatan seperti antasids, simethicone dan activated charcoal yang boleh didapati di farmasi-farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. 


3. Kurangkan menelan udara

Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap semasa makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

4. Banyakkan minum air masak/suam      

Ini adalah supaya ruang tersebut diganti dengan air dan bukannya angin.

5. Lakukan urutan visera (abdomen): 

Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan ini sehingga terasa semua angin keluar.

6. Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang banyak dipasaran. tapi pastikan semulajadi ok

7. Kunyah makanan perlahan-lahan supaya lebih senang hadam.

8. Makan dalam porsi yang kecil setiap 2 3 jam. 

9. Amalkan minuman air halia atau bawang putih

sumber1
sumber2


Buang angin segera secara semulajadi dengan Shaklee

Peppermint Ginger Plus


Bahan-bahannya terdiri dari :

Pudina
  • Melegakan otot perut
  • Membantu dalam proses penghadaman, mabuk laut/darat, melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kelhilangan selera makan
  • Merangsang pengeluaran peluh, oleh itu dapat menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema

Halia
  • Merangsang rembesan enzim Slavia untuk pencernaan makanan
  • Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang)
  • Berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan

Pokok Adas (fennal)
  • Menghilangkan kembung perut
  • Melegakan sakit perut, gejala selsema
  • Membantu dalam masalah alergi pada saluran usus

Cekur Manis (anise)
  • Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba pada musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut

Kelebihan Peppermint Ginger Plus

1. Memberikan kelebihan pada otot perut untuk melancarkan sistem penghadaman

    2. Mempunyai rasa pudina yang memberikan kesegaran kita mengambilnya.

      3. Boleh diambil oleh mereka yang selesema kerana kita akan berpeluh untuk menghalang daripada dijangkiti demam.

        4. Menghilangkan ketidakselesaan perut yang terjadi akibat salah makan.

          Tips pengambilan Peppermint Ginger Plus


          1. Ibu mengandung yang mengalami masalah loya yang teruk atau morning sickness.

          **Boleh dicampurkan dengan madu suam bagi menghilangkan pening tersebut.

          2. Mereka yang selalu kembung perut dan sukar membuang angin.

          **Boleh diambil dengan teh lemon atau teh biasa untuk menyenangkan proses membuang angin.

          3. Mereka yang menghadapi masalah gastrik. Dinasihatkan mengambil makanan mengikut waktu untuk mengelakkan sakit gastrik menjadi teruk.

          **Boleh juga diambil bersama ESP bagi membekalkan tenaga berterusan kepada kita. 

          4. Mereka yang menghadapi masalah percernaan dan selalu sakit perut.



          Apa kata mereka yang dah mengamalkan Peppermint Ginger Plus

          Testimoni 1



          Testimoni 2




          Testimoni 3


          Jika anda ada masalah angin dalam badan bolehlah mencuba Peppermint Ginger Plus ni...  Jom hubungi saya dengan segera.. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


          Kempen Shaklee Tanam Pokok Untuk Selamatkan Bumi

          kempen shaklee tanam pokok. akhbar utusan 2/4/2009
          Dah baca keratan akhbar kat atas ni? Keratan akhbar ni pada tahun 2009. Masa tu Shaklee memang tengah giat menjalankan kempen penanaman pokok untuk selamatkan bumi. Baguskan Shaklee ni. Semua produknya berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi dah tiada bahan kimia pon. Kesalamatan produk Shaklee sangatlah terjamin dan kita tak perlu risau untuk menggunakannya.

          Nak dijadikan cerita, hari ni saya bersama mak, abah saya serta anak-anak saya pergilah berjogging di Taman Botani Kepong FRIM. Taman Botani ni tak la jauh dari rumah mak abah saya. So, takde masalah la kalau nak pergi. Bila berjogging ni saya ambil la kesempatan untuk melihat sendiri pokok-pokok yang ditanam oleh Shaklee 7 tahun lepas. Roger Barnett pon datang tau masa kempen ni..dasat kan?  Ok jom jamu mata tengok gambar-gambar yang saya ambil hari ni.. 

          kayu tanda bukti shaklee tanam pokok
           Dah tak berapa nampak dah tanda ni. Ye lah berpanas hujan hari-hari. 7 tahun dah kot. Macam ni lah rupanya.. Janji perkataan Shaklee tuv tetap ada..

          pokok shaklee tanam
           Cantiknya.. saya pon suka kehijauan...

          pokok shaklee tanam

          ambil kesempatan bergambar kenangan

          Hehe.. inilah buktinya yang saya datang sendiri ambil gambar pokok-pokok ni. Best tau.. Meh saya blanje lagi gamba kecantikan view kat Taman Botani ni..

          cantiknya..

          bergamba kenangan bersama anak2

          Subhanallah.. cantiknya view kat sini.. Saya memang suka permandangan yang hijau ni. Kalau anda yang selalu stress dengan kerja tu, apakata sesekali luangkan masa untuk berehat di sini. Mesti anda rasa tenang je tengok view kat sini. Siapa kata kat KL ni ada bangunan-bangunan je.. Pokok-pokok hijau masih disimpan di sini tau.. So.. meh la datang..

          Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

          Bonjour & Welcome

          Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

          Promosi Mac 2020

          Promosi Mac 2020

          Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

          Jom Join Saya

          Hubungi Saya

          Hubungi Saya

          Kategori

          Jom Like Mama Twin Punya Cerita

          Popular Posts

          Powered by Blogger.