Friday, 25 November 2016

Harga Vitamin C Shaklee Mahal. Betul ke?

Mungkin anda dah baca tentang Set Cantik Shaklee pada entry saya sebelum ni. Dalam banyak-banyak vitamin dalam set tu, mungkin anda nak cuba Vitamin C dulu, tapi anda tak tahu harga, Ada yang kata vitamin Shaklee ni mahal. Betul ke? Ok meh saya terangkan harga vitamin C berbanding manfaat yang kita dapat dari Vitamin C Shaklee ni.

Kalau anda nak tahu, Nama sebenar vitamin C Shaklee ni adalah Sustained Release Vita C Plus, Oleh sebab namanye panjang beno. maka kami menyebutnya Vitamin C Shaklee je la.. Senang. hehe..

Harga sebotol Vitamin C Shaklee ni adalah RM98.05 termasuk GST. Sebotol ada 180 biji. Jika kita bahagikan harga sebiji vitamin C Shaklee ni hanyalah RM0.54 je. Kalau anda makan sehari 2 biji, sebotol vitamin C ni leh tahan dalam 3 bulan penggunaan. Sangat-sangat murah jika nak dibandingkan dengan kelebihannya berbanding dengan vitamin C yang lain di pasaran.


Setiap tablet Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji buah oren (500mg) iaitu sebanyak 7.5 hidangan dan sebanyak 1.5 hidangan dibebaskan setiap jam ke dalam tubuh badan kita. Ujian klinikal telah membuktikan bahawa mengambil 2 tablet vitamin C sehari mampu kekal di dalam darah kita selama 24 jam. Bestkan? Jadi pilihlah vitamin C Shaklee

7 sebab kenapa perlu memilih vitamin C Shaklee :


  1. Vitamin C Shaklee adalah semulajadi. Tidak mengandungi bahan pengawet dan ia sangat sesuia diambil oleh orang yang mempunyai masalah gastrik
  2. Vitamin C Shaklee mengandungi Bio-Flavonoid iaitu berfungsi untuk menjadikan Vitamin C lebih aktif bertindak. 
  3. Jika anda demam atau selsema, hanya patahkan 2 biji vitamin C dan telan. Ucapkan selamat tinggal kepada ubat-ubat doktor.
  4. Vitamin C Shaklee dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat ( sustained release). Satu biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 500mg. Setiap jam 100mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan.
  5. Vitamin C dapat diserap dengan baik pada dos yang rendah. Jika dos vitamin C tinggi, maka semakin kurang vitamin C yang akan diserap. (itu lah tujuan sustained release dicipta)
  6. Vitamin C Shaklee dihasilkan bersama-sama Bioflavonoids Complex. Bioflavonoids ini adalah antioksida yang terbaik yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Tiada di dalam Vitamin C sintetik. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik untuk kesihatan jantung dan juga alzheimer
  7. Walaupun Vitamin Shaklee dilepaskan dalam masa 5 jam, ia tetap kekal di dalam badan selama 12 jam. Ia akan bekerja dulu di dalam badan sebelum ia keluar.
So, apa nak ditunggu-tunggu lagi? Jom hubungi saya segera untuk dapatkan vitamin C Shaklee ni. Dah banyak testimoni yang best-best tentang vitamin C Shaklee ni. Kalau anda nak dapatkan vitamin ni dengan harga yang lebih murah lagi, jom jadi ahli. Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA


Jom Cantikkan Kulit Dengan Set Cantik Shaklee

Bila sebut pasal kulit cantik, semua nak kulit cantik. Siapa yang tak nak. Betul tak? Tapi nak cantikkan kulit mesti lah ada caranya.Semakin usia kita meningkat, semakin berkuranglah kolagen di dalam badan kita. pengurangan kolagen akan menyebabkan pembentukan kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain seperti : 

  • kulit berkedut, kering dan melayut
  • kuku rapuh dan tidak kukuh
  • rambut halus dan gugur

Bagi anda yang ingin menjaga penampilan, menjaga kulit, tak nak nampak tua dari usia sebenar ini adalah satu petanda yang anda sayangkan diri anda. Tahniah saya ucapkan. Bukan semua orang ada kesedaran macam ni tau.. Anda nak kulit cantik dan sentiasa awet muda walaupun dah berusia? Shaklee ada jawapannya.

Set Kulit Cantik Shaklee

Set Kulit Cantik Shaklee terdiri dari beberapa jenis vitamin iaitu :

1. Vivix


Vivix bertindak untuk pemulihan sel kulit dengan cara :

1. Membantu melindungi dan membaiki DNA
Kandungan Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA. Setiap hari, sel-sel tubuh badan kita diserang oleh hampir sejuta agen yang mampu merosakkan DNA kita. Ia mampu merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan ‘typo’ (kesilapan susunan DNA dari yang asal) yang mana ini boleh mengganggu fungsi sel. Vivix mengandungi resveratrol iaitu sejenis anti-oksidan yang sangat hebat dan terbukti membantu melindungi DNA dari terus rosak. Pada masa yang sama membetulkan sel-sel yang telah rosak.
2. Pengawalaturan gen
Kerosakan dan kecacatan DNA boleh menyebabkan kemerosotan umur pada tahap sel. Dalam satu penemuan utama ramuannya, Vivix membantu mengaktifkan satu sistem pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan terus pada tahap sel.
3. Biogenesis Mitokondria
Mitokondria sangat penting dalam penghasilan tenaga yang diperlukan oleh sel. Mitokondria merupakan penjana tenaga dalam tubuh. Apabila jumlah mitokondria berkurangan, kecekapan sel badan dalam menghasilkan tenaga juga berkurangan. Salah satu kelebihan Vivix adalah ia menggalakkan biogenesis (penghasilan baru) bagi memastikan penghasilan tenaga sentiasa mencukupi seperti yang diperlukan oleh sel.
4. Melambatkan pembentukan proten AGE
Pembentukan dan pengumpulan protein AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan pada tahap sel yang mengganggu kekuatan dan jangka hayat sel. Ramuan Vivix yang mengandungi 10x ganda resveratoral (kandungan unik dalam Anggur Muscadine) sangat membantu melambatkan pembentukan protein AGE itu tadi.
Dengan penemuan-penemuan ini, Vivix terbukti mampu mengaktifkan pengawalan utama genetik yang membantu melambatkan proses penuaan pada peringkat sel lagi.

2. Shaklee Collagen Powder 

Shaklee Collagen Powder terbukti sangat berkesan dalam merawat kulit.


Ujian klinikal ke atas Shaklee Collagen Powder membuktikan 71% pengguna mempunyai tesktur kulit yang lebih gebu selepas mengggunakannya selama 8 minggu berturut-turut
69% peningkatan terhadap kelembapan kulit

75% peningkatan terhadap kelicinan kulit

90% peningkatan terhadap keserian wajah dan kulit

80% pengurangan kedutan diwajah


3. ESP



ESP bertindak untuk mencantikkan kulit dengan :

  • Membentuk kolagen pada kulit
  • Berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit dan mencerahkan kulit
  • Melindungi sel-sel dari kerosakan, mengecilkan pori-pori muka
  • Bertindak sebagai anti oksida, menggantikan sel-sel kulit yang baru

4. Vitamin E

Vitamin E bertindak dalam mencantikkan kulit dengan :


  • Menjaga dan memperbaiki kulit, meneutralkan radikal bebas dan kerosakan sel.
  • Mencegah premature aging ( tua sebelum usia). 
  • Menghalang pembentukan garis-garis halus (kedutan). 
  • Mencegah pembentukan kedutan dengan cara meransang pembentukan kolagen, menyokong pembentukan sel-sel baru dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit. 
  • Memperbaiki serta memudarkan parut-parut jerawat. 

5. Vitamin C



Vitamin C bertindak untuk mencantikkan kulit dengan :


  • Membentuk kolagen. Kolagen adalah asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Mencantikkan kulit. Pengambilan vitamin C setiap hari, untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.


6. B Complex

B Complex bertindak merawat kulit dengan :

  • Melancarkan perjalanan darah. Bila perjalanan darah lancar, kulit akan nampak lebih cantik (glowing). 
  • Mengekalkan kulit dalam keadaan tidak kering. Kulit yang tidak kering nampak lebih sihat dan gebu dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan penuaan. 


Ha ini lah rangkaian vitamin-vitamin untuk cantikkan kulit. Masih belum rasa terbakar lagi dengan testimoni yang saya bagi ni? Ha meh saya blanje lagi testimoni-testimoni lain..







Cukup la dulu kan testimoni yang saya bagi ni.. banyak nye vitamin yang saya kena ambil? Jangan risau. sebenarnya vitamin ni adalah cadangan. Kalau anda ambil lengkap satu set memang superb kesannya. Kalau anda nak cuba yang basic dulu pon boleh. Jangan risau. Eh, jom la whatsapp saya, saya akan konsult anda vitamin mana yang sesuai..

Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA



Thursday, 24 November 2016

Bagaimana cara nak jadi ahli Shaklee

Kebanyakan dari kita memang dah tau yang Shaklee ni memang produk yang terbaik di dunia. Motto yang dipegang oleh Shaklee - Better You, Better World menunjukkan bahawa bila kita berubah jadi insan lebih baik, dunia pun akan berubah menjadi lebih baik


Bagaimana Shaklee menjadikan kita insan yang lebih baik?


1) Dengan menghapuskan segala bahan kimia bahaya dalam kehidupan kita.
Sebagai contoh, Kita cuci baju guna sabun wangi atau softener wangi ..Anda tau tak bahan apa yang menjadikannya wangi? Bunga? Memang tak la. Ia adalah wangian yg diformulasi dari bahan kimia dan menyamai bauan bunga-bunga tersebut. Walaupun kita cuma PAKAI dan HIDU, bahan-bahan tersebut akan masuk ke dalam badan kita melalui kulit dan hidung. Akibatnya imun sistem kita terganggu. Jadi bertukarlah kepada GET CLEAN Fresh Laundry, Basic H dan sebagainya yang memang tiada bahan kimia.

2. Dengan mengelakkan dari menggunakan bahan yang merbahaya

Di dalam Shaklee kita diterangkan dengan bagaimana sel-sel kita bekerja. Walaupun kami tak belajar biologi, kami belajar di dalam Shaklee. So, dalam produk Shaklee tiada lah istilah : 

"putih dalam 3 hari"
"kurus dalam 5 hari"


3. Diperkuatkan dengan bukti melalui LANDMARK STUDY

Di pasaran, terdapat pelbagai produk yang masing-masing mengatakan produk mereka bagus dan berkesan tanpa bukti kajian yang nyata, tetapi Shaklee membuktikan kebaikan produk Shaklee dengan hasil Landmark Study Shaklee. Dan hanya Shaklee satu-satnnya syarikat yang membuat kajian ini. 

Bila dah tau kelebihan menjadi ahli Shaklee, mesti anda tertanya-tanya bagaimana cara nak jadi ahli Shaklee sebab memang dah tau yang Shaklee ni memang produk yang terbaik dan selamat. Jom saya terangkan.

Bagaimana nak daftar jadi ahli Shaklee?


Bayaran pendaftaran untuk jadi ahli Shaklee hanyalah RM68.90. Kos postage untuk member kiyt pula RM10.60. ( total RM 79.50). Nak jadi ahli untuk makan sendiri pon boleh, nak jadi ahli untuk tambah income pon boleh., Yang best nya bila cukup point beli produk, Shaklee akan bagi kita CASH BACK!

Bagaimana nak daftar jadi ahli Shaklee secara PERCUMA?


Ha jangan tak tau nak jadi ahli Shaklee secara percuma pon boleh tau. Bila anda membeli produk dengan 200 point, anda layak untuk mendapatkan keahlian secara percuma. Mana lah tau kot-kot kawan-kawan atau saudara mara nak beli Shaklee juga, anda boleh kumpul order untuk cukupkan point tu. Best kan? Bila dah dapat free membership anda tetap akan dapat cash back dari Shaklee. Memang berbaloi..

Dah tak sabar-sabar nak jadi ahli Shaklee? Jom hubungi saya segera. Saya akan uruskan pendaftaran anda segera. 

Jom!! 




Wednesday, 23 November 2016

4 Jenis Vitamin Terbaik Untuk Daya Tahan Tubuh


Belum lagi selesai isu antivaksin, sekarang dunia berdepan dengan masalah superbug pula, iaitu kuman yang kebal dengan antibiotik. 




Ada yang kelihatan sihat seperti biasa tapi perlukan rawatan sebab lain tapi dikesan ada organ yang rosak pula sebab jangkitan kuman. Nak tak nak, kita memang terpaksa tingkatkan imun untuk melawan jangkitan kuman-kuman tersebut kerana sistem imun kita membunuh kuman tak sama seperti kita makan ubat. 

Cara untuk meningkatkan sistem imun bagi diri sendiri dan ahli keluarga

1) Vaksin
   Mungkin ada dikalangan ibu bapa yang risau akan kesan sampingan vaksin tapi percayalah kesan        penyakit adalah lagi teruk daripada kesan vaksin.

2)Berikan anak susu ibu sehingga 2 tahun. 
   Titisan susu ibu pertama iaitu kolostrum adalah titisan emas yang mengandungi kandungan antibodi    yang sangat tinggi.

3)Makan makanan yang berkhasiat
  Pastikan di dalam menu masakana harian anda mengandungi karbohidrat, protein dan zat-zat yang     lain. 

4)Jaga emosi. 
Dalam hidup kita memang sentiasa stresskan? Cuba bina suasana gembira dan tenang didalam rumah. Stress boleh melemahkan sistem imun. 

5)Mengamalkan supplement untuk tingkatkan sistem imun
Supplement akan membantu meningkatkan lagi daya tahan tubuh melawan penyakit

4 Jenis Vitamin Terbaik Untuk Daya Tahan Tubuh

1) Vivix

Bioflavonoid di dalam eldeberry yang terdapat di dalam Vivix berfungsi untuk meningkatkan paras antioksidan dan menghalang virus yang merosakkan sel

2) Nutriferon

Nutriferon diperbuat daripada 4 ramuan penting. Keempat-empat ramuan ini apabila digabungkan akan membantu tubuh menghasilkan interferon secara semulajadi.  Interferon adalah kumpulan protein yang sangat penting dalam sistem imun tubuh & paling penting. Interferon dihasilkan secara semulajadi dalam badan.

3) Sustained Release Vitamin C

Pengambilan vitamin C turut membantu meningkatkan sistem imun kerana makanan sel darah putih adalah vitamin C. Beberapa sel sistem imun seperti phagocytes dan t-sel telah terbukti memerlukan vitamin C untuk mengekalkan fungsi mereka. 

4) Garlic Complex

Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.Makan bawang putih boleh meningkatkan jumlah T-sel dalam tubuh badan 


Disebabkan banyak betul penyakit berjangkit yang menular di zaman sekarang ni, adalah amat penting untuk kita meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk melawan penyakit. Kan mencegah itu lebih baik dari merawat.. Semoga kita semua terhindar dari penyakit-penyakit ni.  Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA




Testimoni berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee

Hai semua, berjumpa kita lagi dalam entry kali ni, sebelum ni saya dah terangkan apa yang ada dalam Set Kesuburan Shaklee, hari ni saya nak share pulak beberapa testimoni mereka yang berjaya hamil bila berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee...

Testimoni Set Kesuburan Shaklee












Alhamdulillah, berkat usaha mereka dengan mengamalkan Set Kesuburan Shaklee, mereka akhirnya berjaya hamil. Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA










Sukar untuk mendapatkan zuriat? Set kesuburan Shaklee boleh membantu

Saya percaya, setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti berkeinginan untuk mendapatkan zuriat dari hasil perkahwinan mereka. Namun, ada pasangan yang telah diuji oleh Allah S.W.T lambat atau sukar untuk mendapat zuriat. Di usia 2 tahun perkahwinan jika masih tidak mendapat zuriat adalah perkara normal akan tetapi jika usia perkahwinan telah melebihi dari 2 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat, pasangan tersebut perlu mendapatkan nasihat doktor


Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :


1.Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.

Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.


2.Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.

Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.


3.Endometriosis.

Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti puncanya.


4.Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).

Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.


5.Masalah pada rahim.

Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.


Punca- punca masalah ketaksuburan dikalangan lelaki:


1.Masalah gangguan sperma yang tidak matang.

Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma yang tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan alah rendah. Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, Masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.


2.Gangguan kepada pengangkutan sperma.

Dalam 4% dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.


Selain dari mendapatkan nasihat dan rawatan doktor, anda juga boleh mengamalkan pemakanan supplement dari Set Kesuburan Shaklee

Kelebihan yang ada pada Set Kesuburan Shaklee


Bagi lelaki 

  • Meningkatkan nafsu seks dan membantu meningkatkan kebolehan seksual lelaki.
  • Meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma.
  • Memanjangkan tempoh hayat sesuatu sperma.
  • Menghalang sperma dari rosak dan meningkatkan kemampuan pergerakan sperma.
  • Menambahkan hormon lelaki iaitu hormon testosterone.

Bagi wanita
  • Menstabilkan hormon wanita, kerana kestabilan hormon wanita amat penting untuk membolehkan seseorang wanita itu 'lekat'.
  • Menambahkan hormon kewanitaan iaitu hormon estrogen.
  • Menambahbaik kualiti ovum atau "telur" wanita.
  • Meningkatkan keinginan seksual wanita.

Apa yang ada di dalam Set Kesuburan Shaklee


Set Kesuburan Untuk Lelaki

Vitamin E dapat membantu meningkatkan kualiti sperma dan menambahkan kuantiti sperma lelaki. Ia juga dapat meningkatkan ransangan seks kepada suami. Lelaki tidak boleh mengambil Vitamin E setiap hari. Sebaiknya diambil 2 hari sekali atau 3 kali seminggu.

 
Merupakan anti oksidan yang berupaya menghapuskan radikal bebas di dalam badan. Ia juga bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Vitamin C akan menjadikan salur darah lembut dan mengembang seterusnya berupaya untuk mengalirkan lebih banyak darah. Ini dapat membantu lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Set Kesuburan untuk wanita

GLA berfungsi untuk menyeimbangkan hormon wanita yang diketahui berkait rapat dengan kitaran haid dan kesuburan wanita. Ia juga membantu para wanita dalam menghasilkan cecair kesuburan yang memberi ruang untuk sperma terus hidup lebih lama bagi proses persenyawaan iaitu sehingga ke lima hari. GLA juga boleh mengurangkan period pain atau senggugut dan juga mengecutkan cyst.

Vita Lea adalah multivitamin shaklee yang dapat membekalkan pelbagai vitamin di dalam badan seterusnya melengkapkan keperluan nutrisi badan yang tidak dapat kita perolehi daripada makanan harian kita. Keseimbangan nutrisi dalam badan akan menyebabkan sistem badan akan berfungsi dengan baik dan cekap yang juga memberi kesan dalam  meningkatkan kesuburan.

Secara dasarnya, B Complex sangat elok diambil oleh kedua-dua suami dan isteri kerana di samping menjana tenaga, ia juga mengandungi vitamin anti stress yang dapat mengurangkan stress pasangan suami isteri yang mungkin mengganggu hubungan intim pasangan. bagi wanita pula, kandungan asid folik yang terdapat di dalam B Complex amat penting untuk mengelakkan risiko pembentukan tulang belakang bayi yang tidak sempurna.

Alfalfa adalah sangat istimewa untuk wanita kerana merupakan "kacip fatimah" moden yang mampu memberi kesan kepada organ reproduktif wanita. Alfalfa juga boleh merawat penyakit-penyakit wanita seperti keputihan, kegatalan pada vagina dan sebagainya.

Sesungguhnya, rezeki untuk mendapatkan zuriat itu semua adalah dari ketentuan Allah SWT. Kita sebagai hambanya perlulah berusaha, berdoa dan bertawakal dalam memohon rezeki dari Nya. Moga dengan ikhtiar anda mencuba Set Kesuburan Shaklee ini anda dikurniakan zuriat. Amin..



Ok, dalam next entry saya akan kongsikan beberapa testimoni yang telah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee. 

Stay cun........ 


Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.