Teknik bantuan CPR untuk bayi yang tercekik
Baru-baru ni saya telah menghadiri kursus asas teknik CPR di office saya bagi menyelamatkan mangsa samada yang lemas, tercekik dan sebagainya. Walaupun kursus tersebut dibuat secara ringkas sahaja, sekurang-kurangnya kami telah diberi sedikit pendedahan tentang apa yang harus dilakukan jika perkara-perkara macam ni berlaku dan sedikit pendedahan mengenai teknik-teknik melakukan CPR.
Apakah yang dimaksudkan dengan teknik CPR? CPR bermaksud "Cardiopulmonary Resuscitation" atau dalam Bahasa Melayu bermaksud "pernafasan dari mulut ke mulut". Tapi hari ni saya nak fokuskan pada teknik pertolongan cemas dan teknik CPR kepada bayi atau kanak-kanak yang tercekik. Selalukan kita dengar tentang kes-kes bayi dan kanak-kanak tercekik. Samada tercekik gula-gula, tercekik makanan. tercekik alat permainan seperti "Lego" dan macam-macam lagi lah. Kita tak dapat jangka perkara ini akan berlaku. Moga kita, anak-anak dan keluarga sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari musibah. Amin...
Apa yang perlu dibuat jika bayi atau kanak-kanak tercekik :
- Paling penting, jangan panik, tenangkan hati, bagi umat Islam haruslah kita berdoa agar anak kita dapat diselamatkan.
- Pegang rahang bayi dan apit sebelah tangan lagi di bahagian belakangnya dan terbalikkan bayi (bahagian mukanya ke bawah). kedudukan bayi mestilah di atas lengan kita.
- Dalam keadaan kepala bayi lebih rendah dari dadanya, tepuk belakang bayi sebanyak lima kali menggunakan hujung tapak tangan. Ampukan kepala bayi di sebelah tangan anda pusingkan ke depan.Letakkan tiga jari selari atas puting susunya dan tekan sebanyak lima kali,
- Tekankan dada dalam ukuran satu setengah inci dan tekan sebanyak lima kali
- Teruskan tepukan di belakang dan tekanan di dada hingga objek tersekat tersebut keluar atau bayi batuk, menangis atau boleh bernafas sendiri. Jika bayi tidak sedarkan diri segera lakukan CPR.
Teknik bantuan CPR bagi bayi dan kanak-kanak
sumber dan credit gambar
Di bawah ini, saya sharekan juga kepada anda semua rakaman video yang saya sempat saya rakamkan masa kursus tu. Tapi maaf la ye.. mutu visual rakaman kurang memuaskan maklum le pakai henpon je. Ahaks!!
Semoga perkongsian saya pada hari ini dapat menjadi manfaat kepada anda semua...
Nak dapatkan vitamin semulajadi Shaklee? Segera hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa dan konsultasi percuma...
* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay -
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay -
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750
0 comments:
Post a Comment