Sunday, 6 January 2013

Mengapa makan vitamin tapi tiada kesan?

Ada juga segelintir pengamal vitamin merungut kenapa mereka ambil vitamin tapi takde nampak kesan pun? Lebih-lebih lagi mereka yang baru mengamalkan pengambilan supplemen yang ingin melihat kesan dengan cepat. Sebagai contoh, ambil vitamin untuk kurangkan berat badan tetapi merungut kenapa berat badannya masih tak turun-turun. Perlu diingatkan di sini makan vitamin tak sama kesannya dengan ubat. Nak tahu apa beza vitamin dan ubat? Tunggu entri saya akan datang ye.. 



Bagi menjawab persoalan di atas, jom kita lihat kat bawah ni beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya masalah ini :-

1. Merasakan minum air kosong tidak penting

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Gemar makan banyak vitamin sekaligus dalam suatu masa

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Mengambil vitamin bersama ubat

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Pengambilan kafien yang tinggi dalam diet harian 

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5, Tidak tahu pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.



Ha.. banyak jugakkan info-info yang perlu kita tahu sebelum, semasa dan sesudah mengambil vitamin. Dengan adanya info yang saya sharekan dari blog Pn Norita ini dapatlah kiranya kita mengambil berat berkenaan faktor-faktor yang disebutkan di atas.


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : http://www.facebook.com/mommatwinzshoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750 
 

1 comment:

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.