Thursday, 24 November 2016

Bagaimana cara nak jadi ahli Shaklee

Kebanyakan dari kita memang dah tau yang Shaklee ni memang produk yang terbaik di dunia. Motto yang dipegang oleh Shaklee - Better You, Better World menunjukkan bahawa bila kita berubah jadi insan lebih baik, dunia pun akan berubah menjadi lebih baik


Bagaimana Shaklee menjadikan kita insan yang lebih baik?


1) Dengan menghapuskan segala bahan kimia bahaya dalam kehidupan kita.
Sebagai contoh, Kita cuci baju guna sabun wangi atau softener wangi ..Anda tau tak bahan apa yang menjadikannya wangi? Bunga? Memang tak la. Ia adalah wangian yg diformulasi dari bahan kimia dan menyamai bauan bunga-bunga tersebut. Walaupun kita cuma PAKAI dan HIDU, bahan-bahan tersebut akan masuk ke dalam badan kita melalui kulit dan hidung. Akibatnya imun sistem kita terganggu. Jadi bertukarlah kepada GET CLEAN Fresh Laundry, Basic H dan sebagainya yang memang tiada bahan kimia.

2. Dengan mengelakkan dari menggunakan bahan yang merbahaya

Di dalam Shaklee kita diterangkan dengan bagaimana sel-sel kita bekerja. Walaupun kami tak belajar biologi, kami belajar di dalam Shaklee. So, dalam produk Shaklee tiada lah istilah : 

"putih dalam 3 hari"
"kurus dalam 5 hari"


3. Diperkuatkan dengan bukti melalui LANDMARK STUDY

Di pasaran, terdapat pelbagai produk yang masing-masing mengatakan produk mereka bagus dan berkesan tanpa bukti kajian yang nyata, tetapi Shaklee membuktikan kebaikan produk Shaklee dengan hasil Landmark Study Shaklee. Dan hanya Shaklee satu-satnnya syarikat yang membuat kajian ini. 

Bila dah tau kelebihan menjadi ahli Shaklee, mesti anda tertanya-tanya bagaimana cara nak jadi ahli Shaklee sebab memang dah tau yang Shaklee ni memang produk yang terbaik dan selamat. Jom saya terangkan.

Bagaimana nak daftar jadi ahli Shaklee?


Bayaran pendaftaran untuk jadi ahli Shaklee hanyalah RM68.90. Kos postage untuk member kiyt pula RM10.60. ( total RM 79.50). Nak jadi ahli untuk makan sendiri pon boleh, nak jadi ahli untuk tambah income pon boleh., Yang best nya bila cukup point beli produk, Shaklee akan bagi kita CASH BACK!

Bagaimana nak daftar jadi ahli Shaklee secara PERCUMA?


Ha jangan tak tau nak jadi ahli Shaklee secara percuma pon boleh tau. Bila anda membeli produk dengan 200 point, anda layak untuk mendapatkan keahlian secara percuma. Mana lah tau kot-kot kawan-kawan atau saudara mara nak beli Shaklee juga, anda boleh kumpul order untuk cukupkan point tu. Best kan? Bila dah dapat free membership anda tetap akan dapat cash back dari Shaklee. Memang berbaloi..

Dah tak sabar-sabar nak jadi ahli Shaklee? Jom hubungi saya segera. Saya akan uruskan pendaftaran anda segera. 

Jom!! 




Wednesday, 23 November 2016

4 Jenis Vitamin Terbaik Untuk Daya Tahan Tubuh


Belum lagi selesai isu antivaksin, sekarang dunia berdepan dengan masalah superbug pula, iaitu kuman yang kebal dengan antibiotik. 




Ada yang kelihatan sihat seperti biasa tapi perlukan rawatan sebab lain tapi dikesan ada organ yang rosak pula sebab jangkitan kuman. Nak tak nak, kita memang terpaksa tingkatkan imun untuk melawan jangkitan kuman-kuman tersebut kerana sistem imun kita membunuh kuman tak sama seperti kita makan ubat. 

Cara untuk meningkatkan sistem imun bagi diri sendiri dan ahli keluarga

1) Vaksin
   Mungkin ada dikalangan ibu bapa yang risau akan kesan sampingan vaksin tapi percayalah kesan        penyakit adalah lagi teruk daripada kesan vaksin.

2)Berikan anak susu ibu sehingga 2 tahun. 
   Titisan susu ibu pertama iaitu kolostrum adalah titisan emas yang mengandungi kandungan antibodi    yang sangat tinggi.

3)Makan makanan yang berkhasiat
  Pastikan di dalam menu masakana harian anda mengandungi karbohidrat, protein dan zat-zat yang     lain. 

4)Jaga emosi. 
Dalam hidup kita memang sentiasa stresskan? Cuba bina suasana gembira dan tenang didalam rumah. Stress boleh melemahkan sistem imun. 

5)Mengamalkan supplement untuk tingkatkan sistem imun
Supplement akan membantu meningkatkan lagi daya tahan tubuh melawan penyakit

4 Jenis Vitamin Terbaik Untuk Daya Tahan Tubuh

1) Vivix

Bioflavonoid di dalam eldeberry yang terdapat di dalam Vivix berfungsi untuk meningkatkan paras antioksidan dan menghalang virus yang merosakkan sel

2) Nutriferon

Nutriferon diperbuat daripada 4 ramuan penting. Keempat-empat ramuan ini apabila digabungkan akan membantu tubuh menghasilkan interferon secara semulajadi.  Interferon adalah kumpulan protein yang sangat penting dalam sistem imun tubuh & paling penting. Interferon dihasilkan secara semulajadi dalam badan.

3) Sustained Release Vitamin C

Pengambilan vitamin C turut membantu meningkatkan sistem imun kerana makanan sel darah putih adalah vitamin C. Beberapa sel sistem imun seperti phagocytes dan t-sel telah terbukti memerlukan vitamin C untuk mengekalkan fungsi mereka. 

4) Garlic Complex

Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.Makan bawang putih boleh meningkatkan jumlah T-sel dalam tubuh badan 


Disebabkan banyak betul penyakit berjangkit yang menular di zaman sekarang ni, adalah amat penting untuk kita meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk melawan penyakit. Kan mencegah itu lebih baik dari merawat.. Semoga kita semua terhindar dari penyakit-penyakit ni.  Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA




Testimoni berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee

Hai semua, berjumpa kita lagi dalam entry kali ni, sebelum ni saya dah terangkan apa yang ada dalam Set Kesuburan Shaklee, hari ni saya nak share pulak beberapa testimoni mereka yang berjaya hamil bila berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee...

Testimoni Set Kesuburan Shaklee












Alhamdulillah, berkat usaha mereka dengan mengamalkan Set Kesuburan Shaklee, mereka akhirnya berjaya hamil. Bagi anda yang ingin mencuba supplement ini, boleh lah menghubungi saya. Sebarang pembelian dari blog ini akan mendapat konsultasi secara PERCUMA










Sukar untuk mendapatkan zuriat? Set kesuburan Shaklee boleh membantu

Saya percaya, setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti berkeinginan untuk mendapatkan zuriat dari hasil perkahwinan mereka. Namun, ada pasangan yang telah diuji oleh Allah S.W.T lambat atau sukar untuk mendapat zuriat. Di usia 2 tahun perkahwinan jika masih tidak mendapat zuriat adalah perkara normal akan tetapi jika usia perkahwinan telah melebihi dari 2 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat, pasangan tersebut perlu mendapatkan nasihat doktor


Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :


1.Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.

Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.


2.Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.

Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.


3.Endometriosis.

Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti puncanya.


4.Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).

Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.


5.Masalah pada rahim.

Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.


Punca- punca masalah ketaksuburan dikalangan lelaki:


1.Masalah gangguan sperma yang tidak matang.

Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma yang tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan alah rendah. Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, Masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.


2.Gangguan kepada pengangkutan sperma.

Dalam 4% dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.


Selain dari mendapatkan nasihat dan rawatan doktor, anda juga boleh mengamalkan pemakanan supplement dari Set Kesuburan Shaklee

Kelebihan yang ada pada Set Kesuburan Shaklee


Bagi lelaki 

  • Meningkatkan nafsu seks dan membantu meningkatkan kebolehan seksual lelaki.
  • Meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma.
  • Memanjangkan tempoh hayat sesuatu sperma.
  • Menghalang sperma dari rosak dan meningkatkan kemampuan pergerakan sperma.
  • Menambahkan hormon lelaki iaitu hormon testosterone.

Bagi wanita
  • Menstabilkan hormon wanita, kerana kestabilan hormon wanita amat penting untuk membolehkan seseorang wanita itu 'lekat'.
  • Menambahkan hormon kewanitaan iaitu hormon estrogen.
  • Menambahbaik kualiti ovum atau "telur" wanita.
  • Meningkatkan keinginan seksual wanita.

Apa yang ada di dalam Set Kesuburan Shaklee


Set Kesuburan Untuk Lelaki

Vitamin E dapat membantu meningkatkan kualiti sperma dan menambahkan kuantiti sperma lelaki. Ia juga dapat meningkatkan ransangan seks kepada suami. Lelaki tidak boleh mengambil Vitamin E setiap hari. Sebaiknya diambil 2 hari sekali atau 3 kali seminggu.

 
Merupakan anti oksidan yang berupaya menghapuskan radikal bebas di dalam badan. Ia juga bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Vitamin C akan menjadikan salur darah lembut dan mengembang seterusnya berupaya untuk mengalirkan lebih banyak darah. Ini dapat membantu lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Set Kesuburan untuk wanita

GLA berfungsi untuk menyeimbangkan hormon wanita yang diketahui berkait rapat dengan kitaran haid dan kesuburan wanita. Ia juga membantu para wanita dalam menghasilkan cecair kesuburan yang memberi ruang untuk sperma terus hidup lebih lama bagi proses persenyawaan iaitu sehingga ke lima hari. GLA juga boleh mengurangkan period pain atau senggugut dan juga mengecutkan cyst.

Vita Lea adalah multivitamin shaklee yang dapat membekalkan pelbagai vitamin di dalam badan seterusnya melengkapkan keperluan nutrisi badan yang tidak dapat kita perolehi daripada makanan harian kita. Keseimbangan nutrisi dalam badan akan menyebabkan sistem badan akan berfungsi dengan baik dan cekap yang juga memberi kesan dalam  meningkatkan kesuburan.

Secara dasarnya, B Complex sangat elok diambil oleh kedua-dua suami dan isteri kerana di samping menjana tenaga, ia juga mengandungi vitamin anti stress yang dapat mengurangkan stress pasangan suami isteri yang mungkin mengganggu hubungan intim pasangan. bagi wanita pula, kandungan asid folik yang terdapat di dalam B Complex amat penting untuk mengelakkan risiko pembentukan tulang belakang bayi yang tidak sempurna.

Alfalfa adalah sangat istimewa untuk wanita kerana merupakan "kacip fatimah" moden yang mampu memberi kesan kepada organ reproduktif wanita. Alfalfa juga boleh merawat penyakit-penyakit wanita seperti keputihan, kegatalan pada vagina dan sebagainya.

Sesungguhnya, rezeki untuk mendapatkan zuriat itu semua adalah dari ketentuan Allah SWT. Kita sebagai hambanya perlulah berusaha, berdoa dan bertawakal dalam memohon rezeki dari Nya. Moga dengan ikhtiar anda mencuba Set Kesuburan Shaklee ini anda dikurniakan zuriat. Amin..



Ok, dalam next entry saya akan kongsikan beberapa testimoni yang telah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee. 

Stay cun........ 


Monday, 21 November 2016

9 Petua atasi rambut gugur secara semulajadi

Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan pula petua untuk mengatasi rambut gugur. Rambut gugur ni memang dah jadi salah satu perkara yang sangat merisaukan semua orang. Ye lah, bila sikat rambut je mesti banyak rambut yang gugur dan terlekat pada sikat. Kadang-kadang tu time mandi pon kita boleh nampak banyak rambut yang gugur. Apa yang menakutkan lagi bila rambut semakin menipis dan kulit kepala sangat mudah kelihatan. Oh tidaaakkk!!!


Punca rambut gugur

  • Penggunaan bahan kimia yang berlebihan.
    Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.
  • Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita).
    Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.
  • Faktor genetik.
    Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.
  • Masalah aliran darah tidak lancar.
    Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
  • Selalu menarik rambut.
    Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.

Petua atasi rambut gugur secara semulajadi

Petua 1: 

Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Petua 2: 

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3:

 Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Petua 4:

 Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

Petua 5: 

Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

Petua 6: 

Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

Petua 7: 

Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

Petua 8:

Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Petua 9: 

Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.

Bagi anda yang menghadapi masalah keguguran rambut, boleh lah mencuba petua-petua yang saya sharekan ini. Akan tetapi jika anda tiada masa untuk menyediakan bahan-bahan seperti di atas ini, anda juga boleh mengamalkan supplement Shaklee bagi menyelesaikan masalah anda.

Vitamin Shaklee yang membantu merawat masalah rambut gugur


B Complex Shaklee adalah satu-satunya vitamin yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. B-Complex membantu untuk kesihatan rambut dengan 4 cara : -

  • terlibat dalam pembentukan rambut yang sihat.
  • melicinkan pertumbuhan rambut pada kadar yang rata
  • B-Copmplex yang cukup akan menguatkan rambut agar tidak mudah retak.
  • membantu mengekalkan warna rambut, penting mencegah rambut beruban.  

Protein merupakan asas bagi rambut sihat yang cantik. hakikatnya, rambut kita terdiri daripada paling kurang 97% protein. 19 daripada 22 jenis asid amino yang membentukkan rambut kita. Jelas tak sekarang kenapa keadaan rambut kita bergantung penuh kepada kualiti protein yang kita ambil.

Kalau kita tak pernah kisah dengan kualiti dan kuantiti protein yang kita ambil, so kita boleh jangka macammana keadaan rambut kita. Rambut kita akan menjadi bercabang, retak, kering, rapuh dan kurang bersinar.

Ini semua tanda-tanda bekalan protein yang tidak cukup. Untuk mendapat sumber protein yang lengkap amalkan lah pengambilan ESP secara konsisten.


Omega Guard adalah minyak ikan Omega 3 yang tinggi kandungan EPA dan DHA. Omega Guard membantu dalam :-

  • Meningkatkan keutuhan rambut agar tidak mudah putus
  • Menyuburkan folikel rambut 
  • Boleh membantu pertumbuhan semula rambut
  • Menambah kekuatan dan ketebalan rambut
  • Baiki kulit kepala yang kering dan menggelupas
  • Tingkatkan peredaran darah dikulit kepala
Omega Guard mempunyai EPA dan DHA. DHA sangat penting dan mempunyai pengaruh besar terhadap keguguran rambut. Antara punca keguguran rambut adalah kekurangan DHA.

Ibu selepas bersalin akan mengalami fasa keguguran rambut yang agak kritikal. Antara punca yang boleh dikaitkan ialah si ibu kekurangan DHA kerana pada masa tersebut adalah fasa 'growth spurts ' untuk bayinya.

Badan akan menarik banyak DHA dari otak dengan ini meyebabkan banyak rambut yang gugur.

Lecithin akan membantu rambut kita lebih tebal dan sihat, Bukan untuk slim aje tau. Setiap helai daripada kira-kira 120, 000 rambut kita tumbuh dari folikel (sejenis pundi) yang mengandungi akar rambut.

Folikel akan menerima nutrien yang kita perolehi dan membekalkan sel-sel baru yang akan membentuk rambut. Rambut yang baru ini akan menggerakkan folikel dan menolak sel-sel rambut tua dihadapannya.

Apabila rambut baru ini tumbuh, makin meninggi, rambut ini akan dilicinkan oleh kelenjar sebum (sebaceous gland) yang berminyak.

Lecithin mengandungi beberapa jenis asid lemak yang perlu bagi membolehkan pergerakan rambut menerusi folikel berjalan lancar tanpa kecederaan.

Kekurangan pelincir (asid-asid lemak) akan merosakkan rambut menyebabkan pertumbuhan rambut terbantut dan malap.

Lecithin juga mengandungi 2 jenis vitamin B iaitu kolin dan inositol, kedua-duanya sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Vitamin rambut ini membantu menebalkan rambut serta menghasilkan sinaran.

Bagi anda yang malas sangat nak amalkan petua-petua tradisi ni, anda amalkan je lah supplement Shaklee.. Next entri saya akan kongsikan testimoni-testmoni tentang berjaya atasi rambut gugur dengan Shaklee ye.. 

Stay cun.... 


Tips cuci muka dengan betul agar muka kekal jelita

Anda tahu tak cuci muka juga ada caranya. Selama ni saya pon hentam kromo je cuci muka, Bila dah tau ada caranya barulah saya tahu cara saya cuci muka sebelum ni salah rupanya, Nak tahu macamana cara cuci muka yang betul, jom teruskan pembacaan anda..


Tips cuci muka dengan betul

  1. Cuci Tangan ~ Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda melainkan anda mahu kuman dan bakteria pada tangan anda hinggap di muka anda.
  2. Buang Kotoran Pada Muka ~ Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan makeup removal. Make up amat susah nak tanggal dengan hanya mencuci muka.
  3. Cuci Muka Menggunakan Pencuci Muka ~ Basahkan muka sedikit. Kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Ratakan pencuci muka ke suluruh muka. Jangan sampai ada bahagian yang tertinggal. Cara urutan yang betul boleh dilihat di gambar, anda harus tekankan kawasan dahi dan t-zone. Urut perlahan-lahan dan jangan menekannya sama sekali.
  4. Bilas Muka ~ Bilas muka dengan air bersih. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka. Sapu toner pada muka untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit.
  5. Pelembap Muka ~ Gunakan pelembab atau moisturizer pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda sebab penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit anda.

    sumber
Mudahkan? Next entri saya akan sharekan pula bagaimana nak jadikan kulit muka cantik berseri dengan skin care shaklee pula.. stay cun,,,,,

Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
ID:859750
Whatsapp : 013-6969805
COD: Putra Height, USJ, Kepong

8 Tips mudah untuk kuruskan badan tanpa perlu ketepikan nasi

Sejak akhir-akhir ni selalu kita dengar orang nak kuruskan badan mesti elakkan makan nasi. Tapi persoalannya di sini, sampai bila kita mampu bertahan untuk tidak makan nasi? sehari? seminggu? sebulan? Silap-silap bila dah tak tahan sangat sebab tak makan nasi, kita lupakan terus hasrat kita nak kuruskan badan. 


Kepentingan nasi dalam diet harian

Tahukah anda? Nasi adalah sejenis karbohidrat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Badan kita memerlukan karbohidrat untuk membuat glukosa untuk ditukarkan kepada tenaga. Karbohidrat ini juga membantu menyediakan tenaga yang diperlukan dan sumber vitamin dan mineral yang baik. 

Untuk mengelakkan berat badan berlebihan, anda perlu tahu jumlah kalori yang perlu diambil dalam diet seharian. Jangan makan ikut selera ye... :) Anda perlu merujuk pada portion makanan seperti di dalam gambar di bawah ini :


Tips kurus tanpa perlu ketepikan nasi :

  1.  Melakukan senaman 20-30 minit sehari
  2.  Minum air lebih dari 3 liter sehari
  3.  Jaga portion makanan 
  4.  Kurangkan / elakkan makanan bergula / manis
  5.  Kurangkan pengambilan gandum
  6. Melakukan detox
  7. Kurangkan stress
  8. Mengamalkan supplement bagi membantu untuk menurunkan berat badan

Mudahkan tips-tips yang saya beri ni? Bila anda amalkan tips-tips di atas ni insyaAllah anda akan mendapat berat badan yang anda inginkan. Yang penting anda mengamalkan tips ini secara konsisten..

Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
ID:859750
Whatsapp : 013-6969805
COD: Putra Height, USJ, Kepong

Sunday, 20 November 2016

Cara cepat turunkan tekanan darah tinggi dengan Vivix Shaklee

Tahukah anda Vivix Shaklee boleh membantu anda menyelesaikan masalah tekanan darah tinggi? Apa yang istimewa sangat Vivix ni? Jom kita baca..

Bagaimana Vivix boleh menurunkan tekanan darah tinggi



💖Resveratrol dalam vivix membantu menyelesaikan tekanan darah tinggi (hypertension) melalui beberapa mekanisme. 

💖Ia menurunkan keradangan sel ke dalam dinding pembuluh darah dan menaikkan kemampuan pembuluh darah tersebut untuk bertindakbalas dengan perubahan dalam tekanan darah. 

💖Tambahan lagi, resveratrol sudah dikenalpasti baru-baru ini untuk menurunkan ketegangan pembuluh darah dan otot jantung yang menyebabkan hypertension berlaku. 

💖Resveratrol juga bertindak didalam sel otak untuk menaikkan tekanan darah yang disebabkan oleh faktor pemakanan atau hormon.

Testimoni darah tinggi berjaya turun dengan Vivix






Azrina Mohd Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
Shaklee ID : 859750
0136969805

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.