Friday, 24 May 2013

Teknik bantuan CPR untuk bayi yang tercekik

Baru-baru ni saya telah menghadiri kursus asas teknik CPR di office saya bagi menyelamatkan mangsa samada yang lemas, tercekik dan sebagainya. Walaupun kursus tersebut dibuat secara ringkas sahaja, sekurang-kurangnya kami telah diberi sedikit pendedahan tentang apa yang harus dilakukan jika perkara-perkara macam ni berlaku dan sedikit pendedahan mengenai teknik-teknik melakukan CPR.  

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik CPR? CPR bermaksud "Cardiopulmonary Resuscitation" atau dalam Bahasa Melayu bermaksud "pernafasan dari mulut ke mulut". Tapi hari ni saya nak fokuskan pada teknik pertolongan cemas dan teknik CPR kepada bayi atau kanak-kanak yang tercekik. Selalukan kita dengar tentang kes-kes bayi  dan kanak-kanak tercekik. Samada tercekik gula-gula, tercekik makanan. tercekik alat permainan seperti  "Lego" dan macam-macam lagi lah.  Kita tak dapat jangka perkara ini akan berlaku. Moga kita, anak-anak dan keluarga sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari musibah. Amin...




Apa yang perlu dibuat jika bayi atau kanak-kanak tercekik :

  1. Paling penting, jangan panik, tenangkan hati, bagi umat Islam haruslah kita berdoa agar anak kita dapat diselamatkan. 
  2. Pegang rahang bayi dan apit sebelah tangan lagi di bahagian belakangnya dan terbalikkan bayi (bahagian mukanya ke bawah). kedudukan bayi mestilah di atas lengan kita. 
  3. Dalam keadaan kepala bayi lebih rendah dari dadanya, tepuk belakang bayi sebanyak lima kali menggunakan hujung tapak tangan. Ampukan kepala bayi di sebelah tangan anda pusingkan ke depan.Letakkan tiga jari selari atas puting susunya dan tekan sebanyak lima kali,
  4. Tekankan dada dalam ukuran satu setengah inci dan tekan sebanyak lima kali
  5. Teruskan tepukan di belakang dan tekanan di dada hingga objek tersekat tersebut keluar atau bayi batuk, menangis atau boleh bernafas sendiri. Jika bayi tidak sedarkan diri segera lakukan CPR.




Teknik bantuan CPR bagi bayi dan kanak-kanak









Di bawah ini, saya sharekan juga kepada anda semua rakaman video yang saya sempat saya rakamkan masa kursus tu. Tapi maaf la ye.. mutu visual rakaman kurang memuaskan maklum le pakai henpon je. Ahaks!!


Semoga perkongsian saya pada hari ini dapat menjadi manfaat kepada anda semua... 


Nak dapatkan vitamin semulajadi Shaklee? Segera hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa dan konsultasi percuma... 


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Monday, 20 May 2013

Set Berpantang Shaklee : Membuatkan pengamalnya rasa lebih sihat dan menawan!

Aha!! Rasa tertarik tak dengan tajuk post saya kali ni? Kali ni saya nak citer plak pasal testimoni Set Berpantang Shaklee ni. Makin hari makin ramai pulak yang order dengan saya set berpantang ni.. Ramai yang beri respon yang sangat mengujakan bila dah try set berpantang ni. Kalau anda nak tahu vitamin apa yang terkandung di dalam set berpantang,  boleh KLIK SINI. Dah tak sabar nak baca testimoni-testimoni tentang set ni? Jom teruskan pembacaan anda.. Saya kongsikan sedikit saje dulu ye.. InsyaAllah jika panjang umur, saya kongsikan lagi ye..


Testimoni 1 :



Testimoni 2 :



Testimoni 3 :




Ha... dengan adanya testimoni-testimoni ni terbuktilah bahawa ramai yang telah berpuas hati dan memberikan respon yang baik bila dah mencuba Set Berpantang Shaklee ni. Bagi anda yang nak mencuba set ni boleh la menghubungi saya. Yang bestnya dalam set ni ada disertakan Zinc yang mana ia amat membantu untuk menyembuhkan luka dengan cepat. Zinc ni sama je fungsinya dengan air gamat asli dan ikan haruan. So, kepada sesiapa yang nak cuba adalah sangat dialu-alukan.. Bila dah cuba set ni dan rasa sesuai jangan lupa pula mencuba SET PENYUSUAN IBU bagi melengkapkan nutrisi dalam susu badan anda.


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - 
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750




Wednesday, 8 May 2013

Gempar!!! Diabetis sembuh selepas 7 bulan menggunakan VIVIX Shaklee

Sudah tentu anda dah tahu tentang keistimewaan satu-satunya tonik anti penuaan dari Shaklee ni.. Bagi anda yang belum pernah mendengar atau terbaca mengenai VIVIX, boleh la KLIK SINI.. Rasa VIVIX ni bagi saya sedap.. Rasa macam masam-masam manis sket.. Macam makan anggur masam. Yang penting tak pahit. Rugi kalo anda tak cuba VIVIX ni. So,  hari ni saya nak share sket dengan anda testimoni salah seorang pesakit diabetis yang mengamalkan VIVIX ni.. Jom kita baca ..


En R. Jitendra
Testimonial bebas diabetis dengan VIVIX.
En. R Jitendra merupakan penghidap Diabetes sejak 14 tahun yang lalu. Kadar gula dalam darah beliau ialah 15.5, tetapi kini setelah mengambil VIVIX Shaklee selama 7 bulan secara konsisten, kadar gula dalam darah telah menurun kepada 4.8 dan beliau telah bebas dari Diabetes. Kata beliau “ Kini saya dapat menikmati kehidupan saya dengan penuh gembira dan hebat; terima kasih VIVIX”

credit

Testimoni dari ibu Puan Norita :

Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu. Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.

Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.
Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik. Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.

credit

vivix


Oleh itu, jika anda ada ahli keluarga yang menghidap sakit diabetis, apa kata anda hadiahkan kepada mereka sebotol vivix tanda kasih anda kepada mereka.. Tentu mereka rasa lebih dihargai kan? Jom dapatkan Vivix hari ni :)


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Jom Makan Vitamin” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!
Salam Sihat, Cantik & Ceria ~ Inajay - Jom Makan Vitamin-
~ Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : Jom Makan Vitamin
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750

Tuesday, 2 April 2013

Tingkatkan sistem imun anda dengan NUTRIFERON

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem imun? 

Sistem imun bermaksud sekumpulan sel, molekul dan organ yang membentuk bahagian yang boleh dilihat seperti kulit, air mata, air liur dan lendir dari mulut, hidung dan paru-paru serta membentuk bahagian yang tidak boleh dilihat seperti tulang sumsum. sel darah putih, antibodi dan hormon. 

Apakah fungsi sistem imun pada tubuh badan manusia?

Sistem imun berfungsi untuk menjaga pertahanan badan kita dari serangan kuman, bakteria, virus, toksin dan sebagainya.Jika sistem imun seseorang itu kuat, maka akan sentiasa sihat dan cergas dan sebaliknya jika sistem imun seseorang itu lemah, maka lemahlah pertahanan badannya untuk melawan penyakit dan mudah sahaja untuk dijangkiti pelbagai jenis penyakit. 

Adakah anda sering sakit, demam dan selsema? Adakah anak anda juga mempunyai masalah seperti anda? Jika YA jawapannya sesuatu perlu dilakukan. Shaklee juga turut menyediakan makanan tambahan untuk anda bagi mengatasi masalah ini. 


NUTRIFERON



Kenapa Nutriferon Shaklee?

Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon* 



Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi



Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia



Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

Rumusan Berpaten Yang Eksklusif



NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Cara pengambilan :

Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat, ATAU,
Satu paket sehari (atau, jika perlu),di minum bersama air. Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.

*interferon adalah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. ia diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

Siapa yang memerlukan Nutirferon?



  • Individu yang ingin mengukuhkan sistem imun
  • Individu yang mempunyai masalah sistem imun
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C dengan dos yang tinggi tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapinya
  • Individu yang mengalami sakit berpanjangan seperti demam dan selsema 
  • Ibu menyusu yang mendapati anaknya sering demam dan sakit berpanjangan


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!~ 
Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : http://www.facebook.com/mommatwinzshoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750  

Sunday, 31 March 2013

Status halal Shaklee : Usah diragui lagi.

Isu status halal Shaklee memang selalu dipersoalkan. Rupa-rupanya ramai lagi yang masih meragui status halal Shaklee di Malaysia. Ya, memang tidak dinafikan produk Shaklee adalah produk antarabangsa. Jika kita teliti dengan betul, tidak semua produk Shaklee terdapat di pasaran Malaysia. Contohnya ada produk yang dijual di US atau Australia tetapi tidak dijual di Malaysia. Kenapa macam tu ye? Produk-produk tersebut diragui dan tidak dapat disahkan status halalnya. Tetapi, bagi pasaran produk Shaklee di Malaysia, produk-produk ini telah pun mendapat sijil halal yang dikeluarkan oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA (ISA) iaitu salah satu badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Sijil Halal Shaklee
Bagi yang meragui pulak badan Islam di Amerika Syarikat ni, korang boleh rujuk di website JAKIM. Boleh tengok dekat muka surat 18, disenarai no. 55. Senarai ni dikemaskini pada 15 Februari 2013. So korang jangan ragu-ragu lagi ye... :)




* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!~ 
Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : http://www.facebook.com/mommatwinzshoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750  

Wednesday, 27 March 2013

Tips berkesan untuk ibu yang ingin berjaya dalam penyusuan.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini. Masih diberi peluang untuk menghirup udara di muka bumi ini...  dan sekali lagi saya bersyukur kerana telah berjaya menyusukan kedua anak kembar saya sehingga berumur dua tahun. Hari ni saya nak sharekan la dengan anda semua beberapa tips yang membawa kesan terbaik untuk mengatasi masalah penyusuan seperti susu sikit, letih, anak tak puas menyusu dan sebagainya..Jom kita baca apa

Kenangan masa susukan baby kembar saya


Tips berkesan untuk berjaya dalam penyusuan ibu :


1. Menjaga waktu solat dan berdoa



Apa kaitan solat dengan doa penyusuan? Solat atau doa adalah tanda kita bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan. Susu yang keluar dari tubuh ibu itu adalah dengan izinNya. Sebagai muslim, kita sepatutnya menaruh harapan yang tinggi kepada Allah SWT dan sentiasa berdoa agar Allah  memudahkan perjalanan rezeki untuk anak kita. Doa yang boleh diamalkan oleh setiap ibu yang menyusukan : 








Yang bermaksud :

8) Allah mengetahui akan apa-apa yang dikandung oleh setiap ibu dan mengetahui tiap apa-apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. dan setiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu

9) Dialah yang mengetahui segala perkara yang ghaib dan yang nyata. Dia juga lah yang Maha Besar lagi Maha Tinggi (yang mengatasi segala-galanya)

2. Menjaga pemakanan.

Setiap ibu yang menyusukan haruslah berwaspada dengan setiap makanan yang diambil. Maksud berwaspada di sini adalah ibu seharusnya tidak mengambil sebarang makanan yang akan menjejaskan pengeluaran susu contohnya mengambil pemakanan tidak seimbang. Ibu perlu memastikan pengambilan makanan hariannya penuh dengan zat yang lengkap sebagaimana yang diperlukan oleh anak yang   menyusu itu.


Pentingkah makanan yang seimbang?


Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan ialah sakit pinggang, sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan terhadap keperluan seks.

Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam. Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul. Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijirin, keju dan yogurt.


* Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang. KLIK SINI

3. Kekerapan penyusuan


Kebanyakan ibu pada zaman moden ini adalah ibu yang bekerjaya. Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak mempunyai masalah seperti yang dihadapi oleh ibu bekerjaya. Perlu diingatkan bahawa "kekerapan penyusuan akan menghasilkan susu yang banyak". Bagi mengatasi masalah ini, ibu bekerjaya perlulah mempunyai jadual mengepam yang tetap dan perlu disiplin. Mengapa perlu jadual yang tetap? Apabila kita mengepam susu pada waktu yang sama, ransangan pengeluaran susu akan sentiasa ada. 


contoh jadual pam susu
4. Sentiasa berfikiran positf dan semangat yang tinggi

Ibu-ibu yang menyusukan perlu sentiasa bersikap positif. Positif di sini bermaksud ibu-ibu haruslah yakin akan dapat menyusukan anaknya sehingga berusia 2 tahun. Bersemangat untuk mendalami ilmu-ilmu penyusuan dan sebagainya. Tidak mudah putus asa jika mengalami masalah kemuruduman susu dan sentiasa mencari jalan penyelesaiannya.




* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!~ 
Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : http://www.facebook.com/mommatwinzshoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750  


Wednesday, 6 February 2013

Omega Guard : Pilihan minyak ikan yang terbaik untuk anda sekeluarga

Apa itu Omega Guard? 

Omega Guard adalah minyak ikan terbaik di dunia. yang diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Omega Guard juga merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA


Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk :

  • Mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan semulajadi
  • Menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arseni, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - sejenis bahan kimia industri yang sangat toksik)
  • Menindas pembentukan lemak trans merbahaya dalam menghasilkan minyak ikan yang shat.
  • Meminimakan bau dan rasa ikan

Siapa yang memerlukan Omega Guard?


  • Warga Emas
  • Pesakit Jantung
  • Wanita
  • Ibu Hamil
  • Pesakit kanser
  • Pesakit darah tinggi
  • Kanak-kanak
  • Orang yang sering lupa
  • Pelajar
  • Ibu Menyusu


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!~ 
Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : http://www.facebook.com/mommatwinzshoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750  

Promosi Februari 2013

Yeahaaa!! Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati promosi harga istimewa Omega Guard pada bulan ini. Beli 6 percuma 1 atau bahasa omputihnya "Buy 6 FREE 1". Ahaks!!! Nak tau apa promosi hebat dari saya pulak tentang Omega Guard? Cepat2 whatsapp saya segera ye..




* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!~ 
Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : http://www.facebook.com/mommatwinzshoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750  

Monday, 28 January 2013

Joint Health Tablet membuatkan kaki mak dah tak sakit lagi

Ingat tak sebelum ni saya ada sharekan tentang kebaikan Advance Joint Health Tablet? Bagi anda yang nak tau apa kebaikan Advance Joint Tablet jom KLIK SINI. Hari ni saya nak sharekan beberapa testimoni beberapa pengguna yang telah memberikan vitamin ni kepada ibu bapa mereka. Maklum la bila dah berusia semua dah mula sakit-sakit. Jom kita baca :


Testimoni daripada Puan Siti Sarah :



Testimoni daripada Puan Hazwah :



Testimoni daripada Puan Masyitah :


Best sangat bila baca testimoni diorang ni. Tak salah kan kalau kita sebagai anak memberikan sesuatu yang terbaik buat ibu bapa kita sebagai membalas jasa mereka. Takkan kita nak tengok orang tua kita sakit sentiasa. Tak sampai hati dibuatnya. Tapi, vitamin ni bukan untuk orang tua saje ye.. Orang muda pon boleh jugak tau. Jom kita baca testimoni seterusnya :


Testmoni daripada Puan Nurul : 



Testimoni daripada Puan Hasmah :


Ok, bagi anda yang berminat nak dapatkan Advance Joint Health Tablet dari Shaklee, boleh la hubungi saya. Jangan risau konsultasi pemakanan akan diberikan secara percuma dan harga special hanya untuk anda!!!

* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!~ 
Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : http://www.facebook.com/mommatwinzshoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750  



Sunday, 27 January 2013

Vitamin ibu hamil : Fungsi dan faedahnya

Teringat masa kali pertama disahkan hamil dulu. Rasa seronoknya bukan main lagi. Maklum la bila dah kawin mesti tak sabar nak ada baby. Masa saya tau saya ngandung dulu, saya ada kat office. Ingat lagi, kawan2 yang belikan "pregnancy test" untuk saya. Pada hal time tu saya relax je. Dorang yang over excited. Bila saya keluar toilet je saya tunjuk la pregnancy test tu kat kawan-kawan saya.. Ada dua line! Sah saya mengandung. Apa lagi time tu semua kawan-kawan saya menjerit happy. Indahnya saat tu kan :)

Eh, tapi kali ni saya bukan nak citer pasal pengalaman saya mengandung tau, saya nak citer pasal vitamin untuk ibu hamil. Sejak kebelakangan ni makin ramai ibu-ibu hamil yang bertanyakan pada saya tentang vitamin Shaklee untuk ibu hamil. Secara jujurnya, bukan semua vitamin Shaklee sesuai diambil oleh ibu hamil. Amat penting bagi ibu hamil mendapat konsultasi yang betul daripada doktor dan penjual vitamin tersebut sebelum   mengambil sebarang ubat-ubatan atau vitamin,

Vitamin untuk ibu hamil dan faedahnya




  • Protein : untuk membina sel. Sel terbina dari protein. tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
  •  Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. Pengambilan vitale@multivitamin shaklee secara konsisten membantu menstabilkan bacaan HB darah ibu yang hamil.
  • B complex : penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala
  • Vitamin C : Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi
  • Kalsium : Pembinaan sel darah merah serta tulang bayi
  • Omega : Membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke 4 kehamilan
Untuk memudahkan ibu-ibu memilih vitamin apa yang perlu dimakan, kami telah menyediakan beberapa set vitamin khas untuk ibu-ibu yang sedang hamil :

SET 1- utk 1st trimester 
  • Multivitamin (LENGKAP DGN IRON & ACID FOLIC)
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • vitamin C
  • Ostematrix (calcium) 

SET 2 – utk 2nd & 3rd trimester

  • Multivitamin (LENGKAP DGN IRON & ACID FOLIC) ,
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • Vitamin C
  • Ostematrix (calcium) 
  • Omega Guard (MINYAK IKAN, DHA)
Walaubagaimanapun, terdapat juga vitamin-vitamin yang dilarang sama sekali untuk ibu hamil mengambilnya kerana jika diambil di awal kehamilan, dikhuatiri akan menyebabkan keguguran.Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Oleh itu, pengambilan vitamin yang mengandungi antioksida yang tinggi akan memberi risiko keguguran pada janin.

Vitamin yang dilarang semasa hamil :
  • Vitamin E 
  • Alfalfa
  • GLA complex
  • Vivix
  • Cinch Shake
Setiap ibu yang hamil pasti mahukan anak di dalam kandungannya sihat dan bila besar nanti menjadi anak yang pintar. Sebelum itu, kesihatan ibu haruslah dijaga. Di Shaklee memang sudah tersedia vitamin-vitamin ini hanya terserah kepada anda untuk memilihnya. Tepuk dada tanya selera :). Nak order vitamin-vitamin ni dengan harga special? Jom hubungi saya segera !!! 



* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!~ 
Website : http://mommatwinz.blogspot.com
FaceBook : Azrina Mohd Jaafar
Fan Page : http://www.facebook.com/mommatwinzshoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805
Shaklee ID : 859750  

Sunday, 13 January 2013

Kekalkan sendi yang sihat dengan 3 langkah

Faedah mengekalkan kesihatan sendi yang berpanjangan.
  • Bebas bergerak sepanjang masa
  • Memelihara sendi yang kuat
  • Mengelakkan sakit sendi seperti arthritis, Osteoarthritis (OA), Tendinitis dan sebagainya
Arthritis

 Shaklee menyediakan tiga jenis vitamin yang berfungsi untuk mengekalkan kesihatan sendi.:


Langkah 1 

  • Bantu kekalkan tulang rawan yang sihat dengan Advance Joint Health Tablet

Kenapa Advance Joint Health Tablet?

  • Mengandungi Ekstrak Boswellia yang terbukti dalam kajian klinikal mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangkamasa seawal 5 hari - hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa dari satu jenama terkemuka !








  • Mengandungi Ekstrak Jagung yang membekalkan sumber glukosamin yang pekat. Glukosamin adalah satu jenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur rawan dan cecair diantara  tulang (sebagai pelincir)
  • Mengandungi Vitamin C yang bertindak sebagai kolagen untuk percantuman sel.
  • Mengandungi Zinc, Kuprum dan Mangganes : Sejenis mineral surih yang diperlukan untuk membina tisu penghubung.


Langkah 2 : 

  • Mengurangkan inflamasi (keradangan) dengan Omega Guard

Kenapa Omega Guard?

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Omega-3

•Melambatkan degradasi tulang rawan
•Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
•Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit


Langkah 3:

  • Mengekalkan sel tulang yang sihat dengan Ostematrix

Kenapa Ostematrix?
  • Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis. 
  • Ostematrix lebih dari kalsium. 
Kandungan yang terdapat di dalam Ostematrix


Dengan adanya cadangan vitamin-vitamin di atas, terpulanglah kepada anda untuk memilihnya. Bagi kami di Shaklee kami hanya menyediakan vitamin semulajadi yang terbaik buat anda. Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan pencegahan awal, sudah tentu sudah mula mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan pemakanan dan supplemen bagi menjamin kesihatan yang memuaskan. Jika anda nak dapatkan lebih konsultasi jom hubungi saya bila-bila masa je :)


* Sila klik LIKE fanpage kami di facebook “Momma Twinz Vitamin Shoppe” untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!!~ Website : http://mommatwinz.blogspot.comFaceBook : Azrina Mohd JaafarFan Page : http://www.facebook.com/mommatwinzshoppe
Phone, sms / whatsapp : 013-6969805Shaklee ID : 859750  

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.