Bagaimana Vivix bertindak membantu melawan kanser
Apa itu kanser?
Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel tidak normal yang tidak terkawal atau bercelaru di dalam tubuh badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem imun untuk berfungsi dengan baik.
sel normal dan tidak normal |
Bagaimana sel kanser bermula dan merebak
Sel kanser bermula apabila sel-sel di dalam tubuh badan tumbuh secara tidak terkawal. Pada hakikatnya sel-sel di dalam badan kita memang akan mengalami proses kematian dan akan diganti dengan sel-sel yang baru. Tetapi sel-sel yang baru tersebut akan meniru sel-sel yang mati tadi. Jika sel -sel yang mati tadi tu rosak, maka sel-sel baru itu pun turut rosak. Ini lah yang menyebabkan kanser berlaku.
Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.
Jenis-jenis kanser
- Kanser kolon
- Kanser hati
- Kanser payudara
- Kanser prostat
- Kanser paru-paru
- dan lain-lain lagi
Bagaimana Vivix bertindak melawan kanser
Salah satu daripada kandungan utama dalam Vivix adalah resveratrol yang telah terbukti dalam banyak kajian saintifik boleh membantu mencegah dan merawat kanser.
Apa itu Resveratrol?
Resveratrol merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya. Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberi dan kacang.
salah satu tumbuhan di dalam vivix yang mempunyai resveratrol |
Antara kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan resveratrol melawan kanser:
Bagaimana Vivix bertindak membantu melawan kanser
Vivix membantu merawat kanser dengan membetulkan DNA sel yang rosak supaya signal sel dapat diproses dengan betul. Ini akan menyebabkan sel-sel kanser yang rosak ini ‘membunuh diri’ melalui proses apoptosis.
Apabila semakin lama menggunakan Vivix, sel-sel kanser akan semakin berkurangan dan akhirnya hilang. Anda boleh teruskan dengan Vivix walaupun anda sudah bebas kanser kerana khasiat Vivix sangatlah banyak.
0 comments:
Post a Comment