Saturday 22 April 2017

Kenali Punca Masalah Rahim Bengkak dan Cara Mengatasinya Tanpa Pembedahan


Menurut Dr. Malinda, ramai di kalangan wanita yang tidak mengetahui apabila mereka menghadapi masalah rahim, adakah uterus atau ovari yang sebenarnya membesar. 


Jika anda berhadapan dengan perkara ini, adalah lebih baik anda dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak? Ini memudahkan anda untuk mendapatkan konsultansi atau pandangan dari pakar. Lebih baik jika anda dapat menyertakan gambar dari ultrasound yang telah dibuat.


Gambarajah struktur rahim seorang wanita

Secara asasnya, sistem reproduktif wanita terdiri dari :


  • Rahim - Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
  • Kilang telur - Ovari 


Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakan daripada mereka tidak pernah tahu atau tidak didiagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. 
(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).


Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku.

4 punca utama rahim bengkak


1) Hormon estrogen yang berlebihan




Apa itu hormon Estrogen?
Hormon Estrogen adalah hormon yang penting untuk perkembangan seksual dan reproduksi terutama pada wanita. Estrogen juga disebut sebagai hormon seks pada wanita.


Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini. Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan masalah kemandulan.



Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.


2) Lambakan xenoestrogen dalam badan.






Apa itu Xenoestrogen?



Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat di dalam persekitaran seperti makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan. Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. yang boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen di dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3) Obesiti



Lemak yang berlebihan di dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang dipanggil 'Endocanabinoid System'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja akan menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain. Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga boleh menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.

4) Genetik


Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama. Anda perlu lebih berhati-hati



Tanda-tanda fibroid dan cyst

  • haid tidak teratur / berpanjangan
  • sakit perut
  • sakit ketika hubungan kelamin
  • perut membuncit
  • pendarahan abnormal
Jika anda mengalami tanda-tanda diatas segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan

Supplement yang dicadangkan untuk membantu mengecutkan fibroid dan menghilangkan cyst



1) Vivix



Mengapa Vivix mampu mengecutkan fibroid dan hilangkan cyst? Kerana Vivix mempunyai fungsi sebagai anti growth. Gabungan reveratrol dan polifenol di dalam Vivix menjadikan ia 10 kali ganda lebih berkuasa dari resvatrol yang lain dan mampu membunuh sel-sel ketumbuhan yang menyerang tubuh badan melalui 4 cara.

2) GLA Complex


GLA Complex terdiri dari omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon. GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO. EPO juga Omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural.

3) Vitamin ACE




Ketiga-tiga vitamin ini mempunya antioksida yang tinggi yang mampu bertindak ke atas cyst dan fibroid dan ia juga berfungsi untuk menguatkan antibodi seseorang yang dijangkiti masalah ini.

sumber


Apa kata mereka yang telah sembuh dari fibroid dan csyt setelah mengamalkan supplement ini.

Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3


Sekiranya anda ingin mendapatkan vitamin-vitamin ini anda bolehlah menghubungi saya atau..




Sebarang pembelian produk Shaklee dari blog ini melayakkan anda untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA!!  


**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda
























Kenapa Rahim Bengkak?
Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.
Ok.
Basically,
Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.
Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.
So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?
Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.
Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).
Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.
Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :
1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.
3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.
4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal
Perlukah operation?
Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.
So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?
Cadangan diet yang sesuai :
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.
2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.
Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?
Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.
Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.
(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.
Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.
Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Green tea - powerful antioxidant
GLA boleh ke?
- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.
Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.
Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.
Take care of your health.
Wanita - Anda Istimewa :)
Luv,
Dr. Malinda


https://www.facebook.com/drmalindahealthacademy/photos/a.762820030417925.1073741825.559658090734121/879517292081531/?type=3

Wednesday 12 April 2017

3 Sebab Utama Kenapa Vitamin Wajib Diambil Di Zaman Moden ni

Sejak dah berkecimpung dalam dunia supplement ni, banyak juga soalan tentang keperluan vitamin ni. Tak kira la soalan ni dari customer saya mahu pun kenalan rapat saya. Antara soalan yang diajukan :


  • Perlu ke makan vitamin ni?
  • Orang muda dan sihat perlu ambik vitamin jugak ke?
  • Bukan ke vitamin ni untuk orang yang dah sakit je?
  • Saya ni rajin riadhah. dah cukup sihat dah. Tak perlu dah makan vitamin
  • Vitamin ni untuk orang yang suka makan fastfood je. Saya ni jaga makan ikut piramid makanan tau. seimbang sangat. tak payah dah vitamin-vitamin ni
  • Orang yang tak makan sayur/buah je yang selalu sakit ni. Saya tak pernah skip sayur/buah setiap kali meal. so mustahil nak kena apa-apa kanser pun”


Sebelum saya meneruskan penerangan ni, kita perlu faham bahawa vitamin ni BUKAN ubat yang perlu dimakan SEMASA sakit. Sebaliknya kita makan vitamin ni SEBELUM sakit. (kalau boleh dan lebih elok). Tapi bukan bermakna kalau dah sakit tak boleh makan dah vitamin ni.. Ya.. still boleh dimakan.. Tapi mencegah tu kan lebih baik dari merawat.

Kenapa Vitamin Wajib Diambil Di Zaman Moden ni?

1) Sumber protein yang paling murah



dalam banyak-banyak daging, ayam daging lah sumber protein paling murah; ~RM6.80/kg pada zaman sekarang ni. Sebab tu kebanyakan daripada kita makan lagi banyak daging ayam daripada daging-daging lain. Tapi anda tahu tak apa masalah ayam daging zaman sekarang ni?

Hakikatnya, hampir semua ayam daging yang kita makan ni disuntik hormon supaya cepat besar dan berat pun lebih besar daripada dulu kerana penternak nak ayam-ayam yang mereka jual ni lebih cepat besar supaya lebih banyak dan lebih cepat untung. Kalau tak suntik, ayam-ayam ni akan jadi lambat besar sampai bisnes penternakan mereka tak balik modal. 

Kesimpulannya ayam-ayam yang kita makan ni ada macam-macam bahan kimia dan tentulah tak selamat untuk tubuh badan kita..

2) Buah dan sayur dah tak cukup nutrien


Zaman dulu nak tuai padi 2 kali je setahun tapi sekarang dah boleh tuai 4 kali setahun. Teknologi jadi makin maju sampai kita boleh percepatkan dan gandakan tuaian. Namun, tahu tak apa kesan sampingan disebaliknya?

Masa padi hanya boleh dituai 2 kali je setahun dulu, tanah-tanah sawah tu cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah yang dah hilang tu. Jadi, padi-padi yang terhasil masa tu bukan setakat boleh buat kita kenyang je tapi juga boleh bagi cukup nutrisi.

Tapi bila dah sampai 4 kali setahun, tanah dah tak cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah. Baru je kembalikan separuh nutrisi kita dah tuai semula. Akibatnya, walaupun hasil tuaian padi naik 2 kali ganda tapi nutrisi yang terkandung dalam setiap biji beras yang kita makan tu semakin berkurangan.

Begitu jugalah pada apa-apa jenis tanaman pun seperti sayur sawi, sayur kangkung, buah tembikai, buah durian dan sebagainya. Walaupun kita rasa macam banyak makan buah/sayur, tapi nutrisinya dah jauh lebih berkurang. 

Se;ain tu kita tengok juga pada buah-buahan yang harganya murah banyak guna macam-macam pestisid, racun & bahan kimia. Contohnya buah tembikai ada yang disuntik warna merah supaya isinya nampak sedap sangat. durian pula direndam pewarna kuning/hijau bagi nampak asyik. tak ke haru?

3) Udara tak bersih

Majoriti penduduk Malaysia memang tak pernah bersenam pun sepanjang minggu lepas dan pasti kekal malas nak bersenam 7 hari akan datang.

Berapa je lah kalori yang terbakar kalau setakat seterika baju sekolah anak-anak? Mop lantai? Cuci pinggan? dan bandingkan lah pula dengan berapa pinggan nasi lauk ayam yang kita dah makan hari tu? belum lagi masuk air manis, teh tarik madu special, kari kepala ikan terlajak laris, sup kambing super-power atau menu extra kalori macam roti canai bagai tau.

Segelintir yang rajin bersenam pula suka buat kat outdoor, fresh air katanya. tambahan pula, nak bersenam kat gymnasium mahal, dekat RM200 sebulan. Lepas minyak pergi-balik kerja juga tu.

Namun, tahu tak ada macam-macam asap beracun kat udara kita sekarang ni? asap kilang, asap jerebu dan asap kereta. Lagilah majoriti kita duduk dekat kawasan pekan/bandar sebab nak dekat dengan tempat kerja.

Kajian membuktikan udara kita yang tercemar ni adalah punca macam-macam penyakit pernafasan sekarang yang boleh membawa kematian.

Kesimpulannya.......

Kalau kita cukup bersenam sekalipun kita tetap perlukan vitamin sebagai pendinding (tingkatkan imunisasi badan) lawan macam-macam penyakit. Shaklee ada Nutriferon untuk ini.

Walaupun dah cukup makanan seimbang kita tetap perlukan vitamin untuk detox macam-macam benda yang tak elok yang kita terpaksa telan selama ni. Shaklee ada Set Detox untuk ini.

Walaupun hari-hari makan sayur/salad/buah kita tetap perlukan vitamin untuk cukupkan nutrisi yang makin berkurangan dalam hasil tanaman. Shaklee ada vitamin A-Z untuk ini.

Vitamin bukan lagi jadi pilihan. Kita semua, keluarga kita dan orang lain pun sangat-sangat perlukan vitamin. Tambahan pula, kita dah tak hidup zaman atuk/nenek kita yang suci murni tu. kita sedang hidup di zaman pengilang, petani dan penternak yang sanggup buat apa saja nak untung banyok. Lebih parah, situasi ni akan jadi makin teruk sebab semua pun tak sanggup nak:

  • belanja lebih nak tapis asap-asap kereta sampai bersih
  • biar ayam-ayam tu membesar secara normal, biar kecik pun
  • kurangkan hasil tanaman supaya nutrisi tanah kembali pulih 
Tak sanggup kan?

Jadi, kita lah yang perlu sihatkan diri sendiri dengan tak tinggal makan vitamin-vitamin ni. Tapi perlu diingat, bukan lah maksudnya kalau makan vitamin ni kita takkan mati. Cuma vitamin ni lah pendinding yang kita ada supaya risiko nak kena apa-apa penyakit tu jadi lebih rendah. 

So, bagi anda yang ingin dapatkan vitamin Shaklee, atau ada apa-apa pertanyaan boleh lah menghubungi saya segera k..



**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda




Sunday 9 April 2017

Apa yang mertua lakukan sampai doktor tak jadi nak bedah jantung

Apa perasaan anda bila dapati anda atau ahli keluarga anda disahkan ada menghidap penyakit jantung? Mesti risaukan.. Atuk dan bapa saudara saya adalah pengidap sakit jantung dan kedua-dua nya telah pergi menghadap ilahi. Al fatihah..



Punca serangan jantung

  • Merokok
  • Kolestrol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Berat badan berlebihan / obesiti
  • Sejarah ahli keluarga 
  • Gaya hidup tidak aktif dan diet yang kurang sihat

Apa yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan jantung?

Mencegah itu lebih baik dari merawat. Tapi sekiranya anda telah disahkan menghidap penyakit jantung, jangan risau, masih ada peluang untuk anda sembuh dengan cara mengamalkan :

  • Selalu bersenam
  • Menyeimbangkan pengambilan kalori
  • Menurunkan berat badan jika obesiti
  • Berhenti merokok
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengawal kolestrol
  • Mengawal pengambilan gula
  • Banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Mengambil supplement untuk menyokong kesihatan jantung

Supplement / makanan tambahan yang dicadangkan untuk kesihatan jantung

  • Vivix

  • Phytocol - ST
Beberapa kajian telah membuktikan bahawa pengambilan diet yang sihat dengan sterol dan stanol tumbuh-tumbuhan dapat memberikan manfaat yang ketara terhadap kesihatan. Sterol dan stanol adalah bahan semula jadi yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Struktur molekulnya yang sama seperti kolesterol membolehkannya bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan dan membantu meningkatkan kesihatan tubuh secara amnya.


  • Membekalkan 2,000 mg sterol dan stanol tumbuh-tumbuhan setiap hari.
  • Mampu mencegah penyerapan kolestrol dari makanan
  • Omega Guard
  • Menurunkan kolestrol LDL dalam darah
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Meningkatkan metabolisme badan untuk membakar lemak

Apa kata mereka yang mengamalkan Vivix untuk jantung mereka


Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3


Testimoni 4


Kesimpulannya, Vivix adalah supplement terbaik dalam membantu merawat masalah jantung melalui 4 mekanisma utama. Sekiranya anda ingin mendapatkan Vivix untuk kesihatan jantung anda, segera lah menghubungi saya..


**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda







4 Cara Vivix Bertindak Dalam Membantu Merawat Penyakit

Seperti mana yang saya terangkan dalam entri sebelum ini, RESVERATROL dan POLIFENOL adalah bahan utama di dalam Vivix. Resveratrol di dalam Vivix mempunyai 10 kali ganda kuasa dan keberkesanannya dalam melawan penyakit berbanding resveratrol dalam produk-produk yang lain yang ada di pasaran.




Bagaimana Vivix bertindak dalam membantu merawat penyakit 

Vivix bertindak melalui 4 mekanisma :


  • Pertahanan sel / cell defense
  • Tenaga sel / cell energy
  • Pembaikan sel / cell repair
  • Prestasi sel / cell performance


Pertahanan sel / cell defense


Pertahanan sel bermaksud - Vivix berupaya mempertahankan sel dari kerosakan biological. Contohnya kita makan processed food, makanan yang ada perisa, pewarna, conservative tambahan dan macam-macam lagi. Hasil kita makan makanan-makanan ini tadi ia telah menyebabkan stress biologi kepada sel badan.

Salah satu contoh kajian ialah, selepas seseorang itu mengambil makanan berlemak tinggi (biological stress), sel-sel badan akan bertindak menghasilkan biomarker tertentu sebagai respon kepada makanan yang tinggi lemak itu tadi.

Biomarker ni tanda sel badan sedang menghadapi biological stress. Lagi tinggi biological stress, lagi banyak biomarker ni akan dihasilkan dan lagi cepat sel-sel badan kita mengalami kerosakan/penuaan.

Maka, di sinilah tugas Vivix yang mampu menahan biomarker tersebut dari dibebaskan. Dengan ini  tiadalah sel-sel yang rosak, dan lambatlah sel-sel menghadapi masalah penuaan

Tenaga sel / cell energy



Untuk pengetahuan anda, pusat penghasilan tenaga dalam sel adalah mitokondria, Vivix telah terbukti dapat meningkatkan penghasilan tenaga sel dari peringkat mitokondria lagi.


Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.

Pembaikan sel / cell repair


Sel yang tidak di baiki akan menyebabkan kerosakan pada DNA sel, mewujudkan “typo” yang boleh menjejaskan fungsi sel dan ketahanan sel. Ini di sebabkan oleh serangan radikal bebas ke atas sel tersebut. 

Hasil kajian mendapati, ramuan di dalam Vivix dapat melindungi sel dari kerosakan DNA, support pembaharuan DNA yang sihat.

Prestasi sel / cell performance



AGE Protein bermaksud Advanced Glycation End Products (AGEs) iaitu bahan merbahaya yang terhasil apabila gula yang berlebihan bergabung dengan protein di dalam tubuh badan kita. AGE protein juga merupakan salah satu sebab berlakunya penuaan sel dalam badan kita dan selalu dikaitkan dengan penyakit berikut :



  • DiabetisSekiranya badan sudah pun mempunyai masalah dalam insulin yang tak cukup, AGE protein ini akan membuatkan penyakit diabetes bertambah teruk.

  • Penyakit jantung dan strokeAGE protein boleh menyebabkan kolesterol jahat (LDL) melekat pada dinding arteri darah. LDL juga akan teroksida dan menyebabkan banyak lagi komplikasi jantung.
  • Penyakit Alzheimer / nyanyukPengumpulan AGE protein boleh memusnahkan sel-sel intraselular. Molekul Age protein akan bergabung dengan molekul sel yang normal dan menyebabkan sel normal berubah bentuk dan hilang ciri-ciri asalnya.
Di sinilah tugas Vivix  dalam menghalang penghasilan AGE Protein ni dan memperbaiki prestasi sel dari peringkat mitokondria.















Moga penjelasan saya tentang bagaimana Vivix bertindak di dalam badan dapat memberi pemahaman yang jelas kepada anda semua. Kalau anda nak dapatkan Vivix boleh lah menghubungi saya k..



**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda


Wednesday 5 April 2017

Fungsi dan Cara Penggunaan Setiap Produk di Dalam Set Nutriwhite Shaklee

Makin hari makin bersemangat nak share pasal salah satu produk skincare ohsem Shaklee ni. Dalam entri sebelum ni saya dah cerita sedikit sebanyak tentang Set Nutriwhite Shaklee ni. Dan pada entri kali ni saya nak share tentang fungsi setiap produk dalam set ni.

Apa Fungsi Setiap Produk Dalam Set Penjagaan Wajah Nutriwhite Shaklee dan cara penggunaannya


1) Nutriwhite Action Makeup Remover 


  • Menjadikan kulit semakin lembut, licin dan berseri. 
  • Tunas Pokok Bic berfungsi menanggalkan sel kulit mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan . 
  • Kulit menjadi lebih tegang dan segar dengan ekstrak Aloe Vera. 
  • Kulit kelihatan lebih berseri dengan struktur yang lembut dan tidak berminyak. 

Cara penggunaan

  • Gosok muka seperti scrub sehingga tertanggal sel kulit mati dan kotoran yang meyumbat pori-pori. 
  • Bilas dengan air suam.
  • Jika anda menggunakan alat solek, sapukan dengan kapas terlebih dahulu.
2) Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser 

  • Pencuci muka yang membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Ekstrak Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit. 
  • Alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin
  • Strawberi Begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan mencerahkan kulit 
  • Menyegarkan dan lembut pada kulit. 
Cara penggunaan :



  • Gunakan pencuci selepas makeup remover dan bilas dengan air suam. 
  • Hanya picit sedikit sahaja dan tahan sehingga lebih dari 6 bulan lamanya. 
  • Sebaik-baiknya gunakan hanya 2 jari sahaja (jari tengah dan jari manis) ketika mencuci muka.

3) NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener 



  • Bertindak sebagai toner / penyegar
  • Lembut pada wajah serta menjadikan pH kulit kembali seimbang. 
  • Rosemary menjadikan kulit berasa lebih segar dan tegang.
  • Ekstrak Kudze menjadikan kulit lebih cerah dan tegang. 
  • Kulit dilembapkan dengan Marshmallow. 
  • Sangat effektif.

Cara penggunaan :

  • Tuangkan sedikit di atas tapak tangan, 
  • Ratakan di seluruh wajah dengan menggunakan kapas atau jari

4) NutriWhite Daily Defence Whitening Essence


  • Kulit menjadi tegang dan segar dengan ekstrak 
  • Bearberry Strawberry Begonia berfungsi mengimbangi pigmen kulit.
  • Kacang soya pula bertindak mengurangkan tompok-tompok hitam dan melembutkan kulit.
  • Ekstrak Mulberi pula mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari. 
  • Vitamin C yang aktif ditambah untuk membaiki kulit dan mengembalikan seri wajah 
  • Strukturnya yang mudah diserap oleh kulit menjadikan kulit semakin lembut. 
  • Bertindak sebagai serum

Cara penggunaan :


  • Sapu rata ke atas wajah yang telah dibersihkan. 
  • Sapuan ke seluruh muka dan leher.

5) Nutriwhite Spot Whitening Treatment 


  • Membaiki kesan-kesan jeragat dengan cepat. 
  • Kuasa Pencerahan dari ekstrak Peony dan Likoris berkesan mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit.
  • Vitamin C aktif menjadikan kulit lebih halus dan cerah sekata. 

Cara penggunaan :

  • Sapu sedikit pada bahagian wajah yang gelap dan bermasalah.
  • Digalakkan menggunakan Spot Whitening Treament sebelum tidur, 
  • Elakkan dari terdedah dengan cahaya matahari.

6) Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15



  • Menjadi pendinding dari pancaran matahari
  • Kaya dengan pati Melburi bagi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari. 
  • Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut. 
  • Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran 
  • Sapu sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana SPF 15 hanya bertahan selama 4 jam sahaja
Cara penggunaan :

  • Untuk kegunaan siang dengan melakukan sapuan lembut pada wajah dan leher. 
  • Elakkan dari terkena mata.
7) NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream

  • Memperbaharui sel dan mengembalikan keremajaan kulit semasa tidur 
  • Ekstrak Linden melembapkan dan menyihatkan kulit secara mendalam. 
  • Scullcap bertindak menghilangkan radang dan mencerahkan kulit. 
  • Vitamin C aktif mengembalikan seri wajah dengan mengurangkan tompok-tompok hitam. 
  • Bangun pagi, kulit akan terasa gebu, halus, cerah dan berseri. 
Cara penggunaan :

  • Digunakan pada waktu malam sahaja. 
  • Sapukan lembut dan perlahan-lahan pada wajah. 

Jadual pemakaian produk dalam Set Nutriwhite Shaklee


Nak tahu lebih lanjut tentang Set Nutriwhite Shaklee? Jom tonton video ni..






kredit video 

Apa kata mereka yang dah cuba Set Nutriwhite Shaklee ni?

Testimoni 1


Testimoni 2



Testimoni 3


Testimoni 4


Apa? Dah tak sabar-sabar nak cuba set Nutriwhite Shaklee? Jom hubungi saya segera.. Konsultasi penggunaan akan diberikan secara PERCUMA..


**Pembelian produk dari pengedar yang tidak berpengalaman menyebabkan anda tidak dapat konsultasi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda

Hai Saya Inajay. Pengedar Aktif Shaklee sejak 2011

Bonjour & Welcome

Seorang WAHM, ibu kepada seorang puteri, 2 putera kembar dan seorang putera.

Promosi Mac 2020

Promosi Mac 2020

Pembelian Menggunakan Kad Kredit/Debit

Jom Join Saya

Hubungi Saya

Hubungi Saya

Kategori

Jom Like Mama Twin Punya Cerita

Popular Posts

Powered by Blogger.