9 Tips Ajar Anak Puasa Penuh Bulan Ramadhan
Pejam celik pejam celik tak sangka anak-anak dah besar dah rupanya. Dah sampai masanya kita sebagai ibu ayah untuk mendidik anak-anak untuk berpuasa. Mungkin ada ibu ayah yang dah mula mendidik anak berpuasa penuh seawal usia 5 tahun. Tapi bagi saya biarlah diusia seawal itu kita tegaskan dahulu didikan mengenai solat. Bila dah didik dengan solat, barulah kita didik mereka berpuasa.. Tahun ni si kembar dah darjah 1 memang dah sampai masanya saya ajar mereka untuk berpuasa penuh.
Tips Ajar Anak Puasa Penuh Bulan Ramadhan
1) Beri kefahaman kepada mereka tentang puasa di bulan Ramadhan.
Terangkan kepada mereka kenapa perlu berpuasa. Kita boleh selitkan sebab utama kenapa Allah suruh umat Islam berpuasa. Ceritakan bagaimana orang susah tak dapat makan. Dengan berpuasa kita juga dapat rasa bagaimana kesusahan mereka. Terangkan ganjaran yang Allah beri untuk orang berpuasa. Anak-anak ni hatinya bersih. Bila kita cerita tentang ganjaran yang Allah beri, cerita tentang syurga. Pasti mereka berminat nak tahu dan terus rasa nak masuk syurga.
2) Ajar anak berpuasa secara berperingkat.
Ingat ye ibu ayah. Kita perlu bijak mendidik anak-anak. Sekiranya anak-anak tidak tahan untuk berpuasa penuh sehari, jangan dipaksa. Mungkin hari pertama dan kedua,puasa setengah hari dahulu, hari ketiga dan seterusnya barulah berpuasa penuh
3) Sediakan makanan yang mereka suka ketika bersahur dan berbuka
Sebelum menyediakan makanan sahur dan berbuka, tanyalah mereka dahulu apa yang mereka nak makan. Bila kita sediakan menu kesukaan mereka pastilah mereka happy!
4) Beri pujian
Ha.. anak-anak ni paling suka dapat pujian. Time ni lah ibu ayah nak beri pujian pada mereka yang dah berjaya puasa penuh. Bila dah dipuji, mesti esoknya bersemangat nak puasa lagi.
5) Jangan dedahkan perihal makanan kepada mereka di siang hari.
Tak kisahlah tunjuk makanan secara depan-depan ke.. tengok iklan makanan di tv ke..cerita tentang makanan ke.. kita yang dewasa ni pon boleh terliur tengok makakan, kanak-kanak apatah lagi..
6) Sediakan aktiviti menarik buat mereka
Bulan puasa ni ibu ayah boleh buat aktiviti yang menarik sekali gus boleh mengelakkan mereka dari rasa ingin makan. contohnya.. aktiviti mewarna, aktiviti bercerita tentang sahabat-sahabat nabi, aktiviti menghafal surah-surah pendek dan sebagainya.
7) Beri mereka makanan tambahan
Kesihatan sangat-sangat penting bagi anak-anak yang berpuasa. Bagi saya pastilah Meal Shake dan Performance Drink jadi pilihan saya untuk anak-anak. Makanan tambahan ini sangat penting agar mereka kekal cergas semasa berpuasa
8) Minum air kosong yang banyak
Pastikan anak-anak minum air kosong yang banyak sesudah berbuka puasa untuk mengelakkan hidrasi dan keletihan.
9) Tidur awal
Pastikan anak-anak tidur awal dan dapat tidur yang mencukupi. Siang dah letih berpuasakan, jadi masa ni lah untuk anak-anak berehat secukupnya.
Selamat Berpuasa Untuk Seluruh Umat Islam. Semoga Segala Amalan Kita DiTerima Allah SWT. InsyaAllah....
Cara 1 : Anda boleh terus klik ke SET BERPUASA SHAKLEE UNTUK ANAK-ANAK dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK
Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.
Hubungi saya :
Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805
Assalammualaikum .
ReplyDeleteBetul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Baca Tips Mudah Untuk Melatih Anak berpuasa Di Bulan Ramadhan. Jom kita jalani kehidupan yang sihat dan miliki tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas .