Hai semua. Sempena kempen kesihatan tulang yang pihak Shaklee jalankan pada bulan ni (Oktober 2019) maka dengan ini saya kongsikan sedikit info berkenaan kalsium yang perlu anda tahu.
Apa itu kalsium?
Kalsium adalah mineral paling penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia bagi pembentukan tulang dan gigi malah ia juga penting bagi ransangan otak, pembekuan darah dan pergerakan otot.
Untuk pengetahuan anda, tanda kekurangan kalsium ni terbahagi kepada dua iaitu :
- Tanda kecil
- Tanda besar
Tanda-tanda anda kekurangan kalsium
1. Tangan kebas
Tangan akan kerap merasa kebas dan tidak hilang walaupun kita melakukan pelbagai aktiviti seperti melakukan kerja-kerja rumah dan sebagainya.
2. Kejang otot
Peha, kaki, leher dan bahagian otot utama akan rasa sengal, letih dan mudah kejang / cramp.
3. Senggugut
Jika sering senggugut bagi orang perempuan ketika didatangi haid juga merupakan salah satu tanda kekurangan kalsium
4. Kuku rapuh
Bagi yang mempunya kekurangan kalsium yang kronik, mereka akan mengalami masalah kuku rapuh dan kulit juga akan mengalami kekeringan dan gatal-gatal.
5. Mudah pitam dan pengsan
Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan seseorang itu mudah pitam atau pengsan kerana kalsium juga sangat penting bagi membantu fungsi saraf berjalan dengan baik.
6. Kemurungan / anxiety
Kajian mendapati bahawa pengambilan kalsium sebanyak 500mg sehari dapat mengurangkan masalah kemurungan / anxiety.
7. Gigi rapuh
Apabila kekurangan kalsium, badan akan mula menarik kalsium yang ada pada gigi dan tulang yang menyebabkan gigi dan tulang akan menjadi rapuh.
8. Perkembangan kanak-kanak akan terbantut
Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan perkembangan kanak-kanak akan menjadi lambat contohnya lambat tumbuh gigi.
9. Sukar tidur malam (Insomia)
Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan seseorang itu sukar melelapkan mata, pening dan sering berasa letih.
10. Osteoporosis
Osteoporosis adalah masalah tulang nipis dan kerapuhan tulang. Gejala ini mengambil masa yang lama untuk terjadi akibat kekurangan kalsium yang kronik.
Keperluan kalsium rakyat Malaysia (SEHARI) mengikut peringkat umur
Cara mengatasi masalah kekurangan kalsium
1. Banyakkan makan makanan yang mempunyai sumber kalsium yang tinggi seperti :
- Susu dan hasil tenusu seperti keju dan yogurt
- Ikan yang tulangnya boleh dimakan seperti sardin dalam tin dan ikan bilis
- Kacang dan produk kekacang seperti dal, tauhu dan tempe
- Sayur seperti bayam, selada air, sawi, cekur manis, pucuk ubi, kailan, brokoli
2. Makan makanan yang membekalkan vitamin D termasuk ikan berlemak (contohnya salmon, sardin, makeral), minyak ikan dan kuning telur. Walaubagaimanapun, vitamin D hanya terdapat dalam beberapa makanan sahaja dan lazimnya dalam jumlah yang kecil. Maka, pendedahan pada sinaran matahari secara langsung adalah cara terbaik untuk mencapai paras vitamin D optimum.
3. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif. Senaman dan bersukan akan menguatkan lagi kepadatan tulang.
4. Mengamalkan supplemen kalsium seperti Ostematrix Shaklee.
Apa kata mereka yang telah mengamalkan Ostematrix
Jom kita tonton pula video di bawah ni perbezaan antara orang yang mengamalkan pengambilan Ostematrix setiap hari dan tidak mengambil apa-apa supplemen. Temuramah ini telah dibuat oleh Puan Sarah iaitu salah seorang dari pakar nutrisi Shaklee.
Anda berminat nak dapatkan Ostematrix? Anda boleh dapatkan Ostematrix dengan 2 cara :
Cara 1 : Anda boleh terus klik ke Ostematrix dan membuat pembelian terus melalui website Shaklee dengan bayaran menggunakan Kad Debit / Kad Kredit. Penghantaran adalah melalui GDEX / CITYLINK
Cara 2 : Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan pilihan produk yang mana paling sesuai dengan anda, tips dan cara pengambilan yang betul dan konsultasi mengenai penggunaan produk secara PERCUMA.
Hubungi saya :
Azrina Mohd Jaafar
Shaklee ID : 859750
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-6969805
No comments:
Post a Comment